Simpan duit ASB dengan mudah secara online tanpa perlu ke kaunter melalui portal myASNB, aplikasi myASNB atau bank tertentu. Untuk kemudahan urusan dalam talian, layari portal rasmi myASNB di www.myasnb.com.my dan daftar akaun ASB anda hari ini.
Di sini kami kongsikan cara simpan duit ASB online dengan cepat dan mudah melalui portal ASB, aplikasi myASNB dan juga melalui bank anda. Jom baca!
Apa Itu ASB (Amanah Saham Berhad)?
Amanah Saham Berhad (ASB) adalah satu dana pelaburan khas untuk orang Bumiputera di Malaysia yang mula diperkenalkan pada tahun 1990 oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
ASB bertujuan membantu pelabur Bumiputera menyimpan duit dan melabur dengan risiko yang rendah tetapi memberi pulangan konsisten setiap tahun.
Pelaburan dalam ASB bermula dengan serendah RM10 dan harga setiap unit tetap RM1, jadi duit pelaburan tidak akan berkurangan nilai.
ASB mempunyai had pelaburan maksimum RM300,000 bagi setiap individu, tetapi nilai dalam akaun boleh bertambah lebih dari itu melalui dividen (keuntungan) yang diberikan.
Dividen ini biasanya diumumkan setahun sekali dan dikira berdasarkan jumlah simpanan minimum setiap bulan.
ASB dianggap pelaburan yang selamat dan mudah kerana tiada caj tambahan dan boleh diuruskan melalui banyak saluran seperti cawangan ASNB, bank, dan portal dalam talian myASNB.
Ringkasnya, ASB adalah cara mudah dan selamat untuk warga Bumiputera menabung dan melabur dengan pulangan yang dijangka stabil dan tiada risiko rugi modal.
Pelaburan ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu kekalkan simpanan berkembang dalam jangka panjang dengan kemudahan akses melalui pelbagai platform.
Perbezaan ASB, ASBF, ASM
Berikut perbezaan ringkas antara ASB, ASBNF dan Amanah Saham Malaysia (ASM):
| Produk | Keterangan Ringkas | Ciri Utama |
|---|---|---|
| ASB (Amanah Saham Bumiputera) | Dana unit amanah harga tetap RM1 seunit, khusus untuk pelabur Bumiputera, diuruskan oleh ASNB. | Harga unit tetap, pulangan dari dividen, had pelaburan RM300,000, bebas cukai. |
| ASBNF (Amanah Saham Bumiputera Financing) | Skim pembiayaan ASB yang membolehkan pelabur membeli unit ASB melalui pinjaman bank atau institusi kewangan. | Mempunyai kewajipan bayar ansuran bulanan, melabur pakai wang pinjaman. |
| Amanah Saham Malaysia (ASM) | Dana unit amanah lain di bawah ASNB yang terbuka untuk semua rakyat Malaysia tanpa had Bumiputera, dan harga unit berubah mengikut pasaran. | Harga unit berubah-ubah ikut pasaran, berisiko lebih tinggi, dan tidak mempunyai had pelaburan tetap. |
Cara Simpan Duit ASB Online
Untuk membuat pemindahan atau simpan duit ke akaun ASB ini, anda perlulah ada akaun ASB yang aktif terlebih dahulu.
Jika anda masih belum pernah mendaftar atau mengaktifkan akaun ASNB online, sila rujuk langkah di sini: Cara Pendaftaran MyASNB & Aktifkan Akaun ASB Online
Jangan risau kalau anda nak guna semula duit, anda masih boleh keluarkan semula dari ASB sama ada secara online atau manual.
1. Cara Simpan ASB Melalui Portal myASNB
- Layari laman web rasmi www.myasnb.com.my
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan
- Klik pada “Pelaburan Tambahan” atau “Tambah Pelaburan”
- Masukkan jumlah wang yang ingin disimpan
- Pilih kaedah pembayaran Perbankan Atas Talian (FPX)
- Pilih bank dan sahkan pembayaran melalui online banking
- Setelah selesai, resit transaksi akan dipaparkan sebagai bukti
2. Cara Simpan ASB Melalui Aplikasi myASNB
1. Muat turun aplikasi myASNB di di App Store, Google Play, atau App Gallery.
2. Daftar sebagai pengguna baru, atau log masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan sekiranya sudah mempunyai akaun.

3. Klik ikon “Labur”

4. Pilih Unit Amanah yang ingin dilaburkan. Klik, “Beli Dana Baru”.
- Kalau nak simpan duit untuk anak, boleh pilih akaun anak-anak.
- Kalau nak tambah akaun sendiri, pilih akaun sendiri ya.

5. Masukkan amaun dana yang ingin dilaburkan. Klik, seterusnya. Anda boleh melabur serendah RM10. Anda juga boleh pilih sama ada nak buat pelaburan sekali atau berulang (deposit berulang).

6. Pilih cara pembayaran (FPX/Online Banking). Pilih bank pilihan anda untuk transaksi.

7. Semak pengesahan jumlah unit, kaedah pembayaran dan maklumat bank. Klik “Seterusnya” dan “Pasti” untuk pengesahan.

8. Anda akan dibawa ke bank pilihan anda tadi. Log masuk seperti biasa.
9. Sahkan transaksi anda menggunakan Secure TAC (kod pengesahan 6 digit yang dijana dalam aplikasi myASNB) atau Push Authentication, bergantung pada fungsi keselamatan yang anda aktifkan.
10. Setelah transaksi berjaya, resit digital akan dipaparkan dan anda boleh memuat turun untuk rujukan. Dana akan terus masuk ke akaun ASB yang dipilih.
11. Selesai.
3. Cara Simpan ASB Melalui Bank
Selain portal ASNB di www.myasnb.com.my, atau aplikasi myASNB, anda juga boleh simpan duit ASB dan melakukan urusniaga lain secara dalam talian menerusi Maybank2u (MAE), CIMBOcto, AffinAlways, RHBNow, HLB Connect, AmOnline, Bank Islam dan Touch n Go. Tertakluk kepada terma dan syarat.
1. Cara Transfer Duit ke ASB Melalui Aplikasi MAE
- Buka aplikasi MAE & log masuk seperti biasa.
- Di bahagian “Quick Actions”, klik butang “Transfer”.
- Pilih tab “ASNB” yang terletak di bahagian atas skrin.
- Pilih akaun ASB anda di bawah senarai “Favourites” (jika pernah buat pindahan sebelum ini), atau pilih “New Transfer” untuk pindahan baharu.
- Masukkan jumlah wang yang ingin disimpan ke dalam akaun ASB. Klik “Transfer Now”
- Sahkan transaksi untuk melengkapkan pindahan.
👉 Untuk semakan baki akaun ASB, anda boleh pergi ke bahagian “Maybank2u”, pilih tab “Wealth”, kemudian klik “ASNB Accounts”.

2. Cara Transfer Duit ke ASB Melalui Aplikasi CIMB Octo
- Buka aplikasi Cimb Octo & log masuk seperti biasa.
- Di skrin utama, pilih menu “MyWealth”.
- Tekan pada pilihan “ASNB” untuk akses ke pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad.
- Pilih akaun ASB yang ingin anda tambah dana.
- Tekan butang “Subscribe / Pembelian” untuk memulakan transaksi.
- Isi maklumat simpanan:
- Pilih akaun ASB penerima dana.
- Pilih akaun CIMB anda di ruangan “From”.
- Masukkan jumlah wang yang ingin dilaburkan.
- Baca dan terima deklarasi dengan klik “Agree & Proceed”, kemudian tekan “Confirm”.
- Semak pengesahan – transaksi simpanan anda akan dipaparkan sebagai berjaya.
3. Cara Transfer Duit ke ASB Melalui AffinAlways
- Log masuk aplikasi/mobile banking Affin Always.
- Pilih menu “ASNB Unit Trust” di paparan utama aplikasi.
- Pilih dana ASNB yang ingin anda laburkan atau top up (ASB, ASB2, dll.).
- Masukkan jumlah pelaburan (minimum RM1, maksimum RM15,000 setiap transaksi).
- Pilih akaun pembayaran anda (simply savings/current account Affin).
- Sahkan maklumat dan transaksi dengan TAC/OTP.
- Transaksi akan diproses serta-merta jika dibuat dalam waktu operasi ASNB.
4. Cara Transfer Duit ke ASB Melalui RHBNow
- Log masuk ke akaun RHBNow melalui portal web atau aplikasi mudah alih RHB Mobile Banking.
- Pada paparan utama, pilih tab “Accounts” untuk pilih akaun ASNB anda yang telah dihubungkan.
- Tekan “Top Up” untuk tambah nilai ke akaun ASB.
- Pilih “New Top Up” untuk tambah nilai ke akaun ASB sendiri atau akaun pihak ketiga (contohnya akaun anak).
- Masukkan jumlah duit yang ingin disimpan ke ASB (minimum biasanya RM10).
- Semak butiran transaksi termasuk akaun bank dan akaun ASB.
- Sahkan dan tekan “Approve” untuk sahkan transaksi.
- Anda akan menerima notifikasi dan SMS yang mengandungi kod OTP untuk pengesahan.
- Masukkan OTP tersebut untuk lengkapkan transaksi.
- Setelah selesai, wang akan dimasukkan ke akaun ASB yang dipilih dan resit digital boleh dirujuk semula dalam aplikasi.
5. Cara Transfer Duit ke ASB Melalui HLBConnect
- Log masuk ke aplikasi HLB Connect atau portal online banking HLB.
- Pilih menu “Pay & Transact” > “Transfer” > “New Transfer”.
- Masukkan akaun ASB penerima dan jumlah wang yang hendak dipindahkan.
- Pilih jenis pindahan: DuitNow (transfer segera) atau IBG (transfer tertunda).
- Sahkan maklumat dan lengkapkan transaksi dengan memasukkan kod TAC yang dihantar ke telefon.
- Duit akan dipindahkan ke akaun ASB dalam masa nyata (jika guna DuitNow) atau ikut masa proses IBG.
6. Cara Transfer Duit ke ASB Melalui AmOnline
- Log masuk: ke aplikasi AmBank Online atau portal AmOnline.
- Navigasi ke menu “Account”: yang biasanya terletak di bahagian bawah skrin aplikasi.
- Geser skrin ke kiri: untuk mencari pilihan “Investment” dan ketik padanya.
- Pilih akaun ASNB: yang anda ingin melabur atau menabung.
- Pilih “Buy New Fund”: untuk memulakan pembelian unit dana ASB baru.
- Tetapkan had transaksi: anda jika perlu, dalam tetapan aplikasi AmOnline untuk urusan transaksi anda.
7. Cara Transfer Duit ke ASB Melalui Bank Islam (BIMB)
- Buka aplikasi BIMB Mobile: dan navigasi ke menu “Kekayaan” (Wealth).
- Pilih “Tambah Kekayaan Baru” (Add New Wealth) dan kemudian pilih “Hubungkan Akaun ASNB” (Link ASNB Account) untuk menyambungkan akaun ASB anda.
- Selepas akaun ASB anda berjaya disambungkan, ketik pada akaun ASB anda dari menu Kekayaan.
- Pilih “Deposit Dana” (Deposit Funds) dan pilih dana ASB yang ingin anda laburkan.
Rujuk: https://www.bankislam.com/personal-banking/services/asnb-via-ib/
8. Cara Simpan Duit ASB Melalui Touch n GO
1. Log masuk portal myASNB.com.my
2. Pilih unit amanah dan klik pelaburan tambahan
3. Masukkan amaun pelaburan
4. Pilih e-Dompet Touch N’ Go untuk pembayaran

Auto Labur ASB
Auto Labur ialah perkhidmatan di myASNB yang membolehkan pelabur ASNB menetapkan pelaburan setiap bulan secara automatik.
- Portal myASNB: Akaun sendiri, akaun anak-anak (Akaun Minor)* dan/atau Pihak Ketiga.
- Aplikasi myASNB: Akaun sendiri dan/atau akaun anak-anak (Akaun Minor)* sahaja.
- *Akaun Minor=Akaun Bijak/Remaja
Pelaburan minimum ialah serendah RM10.00 dan jumlah maksimum adalah RM30,000.00 jika anda menggunakan auto labur di ASB. Tiada caj yg dikenakan untuk kemudahan ini.
Perkhidmatan Auto Labur akan diaktifkan dalam tempoh 48 jam selepas anda membuat sebarang pendaftaran/kemas kini. Sebaik sahaja diaktifkan, pelaburan bulanan yang anda tetapkan akan berkuat kuasa secara automatik mengikut tarikh potongan yang dipilih.
Cara Mendaftar Auto Labur – Simpan Duit ASB Automatik Setiap Bulan






Cara Muat Turun Aplikasi myASNB
Buka platform muat turun aplikasi pada telefon pintar anda mengikut jenis sistem operasi:
- Untuk Android, buka Google Play Store.
- Untuk iPhone/iOS, buka App Store.
- Untuk telefon Huawei, buka App Gallery.
Taip “myASNB” pada bar carian.
Pilih aplikasi rasmi “myASNB” yang diterbitkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Klik butang “Muat Turun” atau “Install”.
Setelah muat turun selesai, buka aplikasi dan daftar akaun baru atau log masuk jika sudah ada akaun.
Selesai! Kini anda boleh gunakan aplikasi untuk urus simpanan ASB, pelaburan dan semakan baki secara mudah dan selamat di mana-mana sahaja.
Pautan rasmi muat turun:
Senarai Cawangan/Ejen ASNB
Berikut ialah senarai cawangan/ejen ASNB yang anda boleh pergi untuk sebarang urusan berkaitan ASNB:
- Maybank
- Maybank Islamic
- CIMB
- CIMB Islamic
- RHB
- RHB Islamic
- Pos Malaysia
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Affin Bank
- Alliance Bank
- AmBank
- AmBank Islamic
- Bank Muamalat
- HongLeong Bank
- HongLeong Islamic Bank
- Bank Islam
- AFFIN Islamic
Had Pengeluaran Maksimum
Had minimum jualan balik ialah 100 unit manakala had maksimum jualan balik yang ditetapkan adalah sebanyak 2,000 unit dalam setiap satu (1) bulan kalendar bagi kesemua unit amanah ASNB.
Contoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Ogos:
| Tarikh | Unit Amanah | Jumlah Jualan Balik (unit) | Baki Jualan Balik yang dibenarkan bulan Ogo | Status urus niaga |
|---|---|---|---|---|
| 11/8 | ASB | 1400 | 600 | Berjaya |
| 15/8 | ASB 3 Didik | 600 | 0 | Berjaya |
| 20/8 | ASN | 100 | 0 | Tidak berjaya |
Urus niaga pada 20/8 tidak berjaya kerana pemegang unit telah mencapai had maksimum 2,000.00 unit bagi bulan Ogos.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan info terkini, sila layari portal rasmi ASNB di pautan: https://www.asnb.com.my/V2/asnbv2_0index.php
Jika anda masih belum ada akaun ASB, sekarang ni dah boleh buka secara online sahaja. Rujuk artikel berikut: Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB
Untuk maklumat lanjut pendaftaran dan buka akaun ASB boleh rujuk pautan ini: https://www.asnb.com.my/asnbv2_3services.php#pendaftaranakaun
- Tel: 03 – 7730 8899
- WhatsApp: 6019 – 2235747
- Emel: [email protected]
Waktu Operasi
- Isnin – Ahad : 8.00 pagi – 8.00 malam
- (kecuali pada cuti umum kebangsaan dan cuti umum Wilayah Persekutuan)
Jom mulakan simpanan di ASB sekarang. Jangan risau simpan duit di ASB sebab bila-bila masa kita nak guna duit nanti boleh bawa keluar juga. Dividen pun tinggi. Simpan 50k pun dah dapat 2k 3k dah setahun ok juga kan.
Semoga bermanfaat!
Soalan Lazim – Cara Simpan ASB Online
a, anda boleh simpan duit ke akaun ASB melalui portal rasmi myASNB, aplikasi myASNB, serta perbankan internet Maybank2u, CIMBClicks, RHBNow, AffinOnline, HLB Connect dan lain-lain. Transaksi juga boleh dilakukan melalui e-wallet seperti Touch ‘n Go.
Pelaburan minimum serendah RM10 untuk tambah pelaburan ASB secara online.
Daftar akaun baru boleh dibuat secara online melalui portal atau aplikasi myASNB dengan proses eKYC (imbas MyKad depan, belakang, dan selfie). Proses biasanya mengambil masa 5-10 minit.
Untuk anak bawah 18 tahun, pendaftaran masih perlu dilakukan di kaunter atau ejen sah dengan dokumen lengkap. Namun akaun dewasa boleh buka secara online.
Semua semakan baki, dividen dan penyata akaun boleh dibuat melalui aplikasi myASNB atau di portal rasmi www.myasnb.com.my.
Ya, transaksi disahkan menggunakan TAC SMS atau Secure TAC dan Push Authentication untuk keselamatan tambahan.
Pengeluaran secara online ada had maksimum RM2000 setiap pengeluaran, dan boleh dilakukan melalui portal myASNB.
Hubungi pusat khidmat pelanggan ASNB di 03-7730 8899 atau emel [email protected] untuk bantuan.




