Cara Aktifkan Semula myASNB Online (Akaun Dorman ASB)

Cara aktifkan semula akaun ASB (myASNB) kini boleh dibuat melalui atas talian iaitu online.

Akaun myASNB akan menjadi dorman jika tidak log masuk dalam tempoh yang lama.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kesukaran untuk menghubungi talian perkhidmatan pelanggan kerana trafik yang tinggi dan tidak dapat membuat panggilan dalam tempoh waktu bekerja.

Maka untuk memudahkan urusan pelanggan, anda kini boleh mengaktifkannya semula melalui e-mel.

Apakah myASNB?

Bagi yang belum familiar dengan ASB, myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Dengan memiliki akaun myASNB secara online, maka pengguna tak perlulah beratur untuk membuat simpanan pelaburan atau pengeluaran lagi.

Tapi jika ia dah lama tak digunakan, akaun tersebut akan menjadi dorman (tidak aktif) dan tidak boleh diakses secara online.

Jadi, anda bolehlah mengikuti cara aktifkan akaun myASNB seperti langkah di bawah ini:

Cara Aktifkan Semula Akaun ASB Secara Online (Akaun myASNB Dorman)

Selain hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB atau ke Cawangan ASNB, kini anda boleh emel maklumat peribadi anda untuk aktifkan semula akaun myASNB.

Langkah untuk aktifkan secara online:

  1. Sediakan dokumen pengesahan diri
    • Gambar swafoto bersama MyKad
    • Gambar atau salinan MyKad
    • Salah satu dokumen sokongan: Lesen memandu bergambar, Pasport, Penyata bank persendirian, Bil utiliti elektrik, air telefon dan sebagainya.
  2. Emel ke 𝗺𝘆𝗮𝘀𝗻𝗯𝗶𝗱@𝗽𝗻𝗯.𝗰𝗼𝗺.𝗺𝘆

Bagi anda yang belum mempunyai akaun ASB online, sila daftarkan terlebih dahulu dengan mengikuti langkah berikut: MyASNB: Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang masalah berkaitan myASNB, anda boleh melayari laman web https://www.myasnb.com.my/ ATAU menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.

Bagi pengguna yang ingin kerapkali menyemak dan mengemaskini akaun ASB online, kini anda juga boleh menggunakan Apps myASNB oleh Permodalan Nasional Berhad dengan lebih cepat secara percuma.

Aplikasi ini boleh didapati melalui pautan berikut:

i) Google Playstore:

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pnb.myASNBmobile&hl=en

ii) Apply Apps Store

https://apps.apple.com/my/app/myasnb/id1456333347

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!