Pengumuman Puasa 2025 & Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan di Malaysia
Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang 28 Februari bersamaan 29 Syaaban 1446H.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan memaklumkan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Permulaan Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan tarikh permulaan puasa pada malam itu melalui melalui radio dan televisyen.
Kebiasaannya, setiap tahun jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di beberapa lokasi seluruh negara.
Prof Datuk Dr Asmadi Mohd Naim, berkata tarikh permulaan puasa dijangka 1 atau 2 Mac, bergantung kepada penampakan anak bulan berkenaan.
Jadual Tarikh Penting Dalam Islam & Tarikh Mula Puasa 2024
Sementara itu, mengikut kiraan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) seperti mana diterbitkan di dalam Almanak Falak Syarie Malaysia (AFSM) dan kalendar JAKIM, tarikh 1 Ramadan dijangka bermula pada 2 Mac 2025.
Doa Apabila Melihat Anak Bulan Ramadan
Rasulullah SAW telah mengajarkan doa untuk dibaca apabila melihat anak bulan Ramadan:
اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ
Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”
Perbanyakkan berdoa dan memohon keampunan agar kita diberikan sebanyak-banyak kesempatan untuk melaksanakan amalan soleh. In sha Allah.
Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Malaysia 2025 / 1446H