Waktu berbuka Kelantan 2026 / 1447H boleh disemak melalui portal rasmi JAKIM di pautan https://www.islam.gov.my/. Anda boleh rujuk jadual waktu berbuka puasa yang ditetapkan merangkumi seluruh kawasan dan daerah di Kelantan.

Bagi tahun 2026/1447H, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (Khamis) bergantung pada bergantung pada hasil cerapan anak bulan yang akan dijalankan di beberapa lokasi strategik di seluruh negara.
Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu juga disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti tahun-tahun sebelumnya.
Berikut dikongsikan jadual waktu berbuka Kelantan bagi tahun 2026.
Jadual ini berdasarkan takwim waktu solat JAKIM & Majlis Agama Negeri masing-masing.
Baca juga: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian
Jadual Waktu Berbuka Kelantan 2026 / 1447 H
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1447H / 2026 BAGI SELURUH NEGERI KELANTAN
ZON 1 : Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang (Daerah Chiku

ZON 2 : Jajahan Jeli, Gua Musang, (Daerah Galas dan Bertam) dan Jajahal Kecil Lojing

NOTA:
- *Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia
- **Tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia
Sumber: Laman web rasmi JAKIM – https://www.islam.gov.my/
Untuk mengetahui waktu solat terkini bagi setiap waktu, sila rujuk : WAKTU SOLAT BANDAR-BANDAR UTAMA DI MALAYSIA
Doa Berbuka Puasa
Hebatnya doa sebelum berbuka kerana menjelang waktu berbuka dan bersahur termasuk dalam waktu yang mustajab untuk berdoa.
Selamat berbuka puasa.
Berikut adalah doa berbuka puasa sebagai rujukan semua.
Doa 1
ذَهَبَ الظَّمَـأُ، وابْــتَلَّتِ العُرُوقُ، وثَــبَتَ الأَجْرُ إِن شَاءَ اللهُ
Dzahaba-zh Zama’u, Wabtalati-l ‘Uruuqu wa Tsabata-l Ajru, Insyaa Allah
Maksudnya:
“Telah hilang dahaga, urat-urat telah basah, dan telah diraih pahala, insya Allah.”
(HR. Abu Daud 2357, Ad-Daruquthni dalam sunannya 2279, Al-Bazzar dalam Al-Musnad 5395, dan Al-Baihaqi dalam As-Shugra 1390. Hadis ini dinilai hasan oleh Al-Albani).

Doa 2
i) Doa Berbuka Puasa Ketika Seorang
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”
ii) Doa Berbuka Puasa Ketika Ramai
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

Adab Semasa Berbuka
Berikut sedikit nota ringkas tentang adab berbuka puasa yang dikongsikan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.
- Duduk dengan tenang
- Membaca doa
- Menyegerakan berbuka puasa
- Memulakan dengan buah tamar dan air
- Amalkan makan secara sederhana dan tidak membazir

Baca juga: JAKIM : Doa Berbuka Puasa & Ketika Hampir Berbuka
Soalan Lazim Waktu Berbuka Kelantan 2026
Umat Islam di Malaysia dijangka akan mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (Khamis), tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas aktiviti cerapan anak bulan pada petang 29 Syaaban.
Kelantan dibahagikan kepada 2 Zon utama.
Walaupun berada dalam satu negeri, kawasan seperti Gua Musang dan Lojing (Zon 2) terletak lebih ke arah barat dan mempunyai altitud yang berbeza. Biasanya, waktu berbuka di Zon 2 adalah lewat sekitar 1 hingga 4 minit berbanding Kota Bharu (Zon 1).
Secara amnya, waktu berbuka di Kelantan (terutama Kota Bharu) adalah kira-kira 5 hingga 10 minit lebih awal berbanding Kuala Lumpur kerana kedudukan geografinya yang lebih ke timur.
Bagi mereka yang berada di kawasan yang sukar menerima siaran radio atau azan masjid (seperti pendaki di Gunung Stong atau pekerja di kawasan pedalaman), anda disarankan untuk menyediakan jadual waktu berbuka mengikut koordinat atau zon terdekat (Zon 2) sebagai rujukan manual.