Penjawat awam di Malaysia sebenarnya mempunyai pelbagai kemudahan istimewa yang ramai tak tahu dan tidak memanfaatkan sepenuhnya kemudahan tersebut.
Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah merangka skim perlindungan, cuti khusus, kemudahan pembiayaan dan pelbagai lagi kemudahan untuk menjaga kebajikan penjawat awam.
Bukan itu sahaja, selain kemudahan rasmi yang ada dalam pekeliling, penjawat awam dan pesara kerajaan juga layak menikmati pelbagai diskaun gaya hidup, makanan, penginapan hotel, dan sebagainya hasil kerjasama agensi kerajaan bersama pihak swasta.
Jom rujuk apa sahaja kemudahan penjawat awam yang boleh dinikmati di bawah.
Apa Kemudahan Penjawat Awam di Malaysia?
Berikut ialah beberapa kemudahan yang diperuntukkan untuk penjawat awam yang perlu anda tahu:
1. Tuntutan Perjalanan Mengiringi Keluarga bagi Rawatan Luar Stesen
Bagi penjawat awam yang mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidap penyakit kronik atau memerlukan rawatan pakar di luar kawasan stesen bertugas, kerajaan menyediakan kemudahan bantuan kewangan logistik untuk meringankan beban urusan rawatan tersebut.
Pegawai yang mengiringi perubatan keluarga dibenarkan untuk membuat tuntutan perbelanjaan perjalanan (termasuk elaun kilometer kenderaan sendiri atau tambang pengangkutan awam), elaun makan, dan bayaran hotel/lojing mengikut kadar gred pegawai.
- Skop Perlindungan: Terpakai untuk urusan mengiringi ahli keluarga terdekat yang sah dan berkelayakan iaitu pasangan (suami/isteri), anak-anak di bawah tanggungan (belum mencapai umur 21 tahun, atau tanpa had umur jika anak daif/OKU), dan ibu bapa kandung.
- Syarat Utama: Pegawai wajib mengemukakan dokumen sokongan sah iaitu Surat Rujukan (Referral Letter) daripada hospital/clinic pakar asal yang menyatakan perakuan keperluan pengiring, serta dokumen pengesahan kehadiran rawatan di hospital destinasi. Tuntutan elaun sara hidup (makan dan penginapan) ini terhad bagi tempoh tidak melebihi 5 hari perjalanan.

2. Arahan Bekerja Dari Rumah (BDR) Pasca Kematian Pasangan
Kehilangan teman hidup atau pasangan (suami/isteri) merupakan satu tamparan emosi yang amat berat. Menyedari implikasi kesihatan mental dan trauma emosi yang dihadapi oleh penjawat awam, kerajaan menyediakan kelonggaran penempatan kerja sementara pasca bencana domestik ini.
- Mekanisme Pelaksanaan: Selepas pegawai menghabiskan kelayakan Cuti Tanpa Rekod (CTR) bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat yang diperuntukkan selama 3 hari, Ketua Jabatan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan rasmi bagi membolehkan pegawai Bekerja Dari Rumah (BDR).
- Tempoh Maksimum: Diberikan untuk tempoh sehingga tidak melebihi 2 minggu (14 hari). Kemudahan ini direka khusus bagi memberikan ruang kepada pegawai menguruskan kebajikan emosi anak-anak, mengurus harta pusaka, serta menstabilkan semula keadaan psikologi diri sebelum kembali ke pejabat.
- Rujukan Rasmi: Soalan Lazim (FAQ) Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR.4.1.2 (Dasar Bekerja Dari Rumah).

3. Kemudahan Suami Balik Awal Sejam (Jika Isteri Mengandung)
Kemudahan pelepasan waktu bekerja selama satu jam lebih awal kepada pegawai wanita yang mengandung trimester ketiga (usia kandungan 5 bulan ke atas) sudah lama dipraktikkan. Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa kemudahan ini juga dipanjangkan kepada penjawat awam lelaki (suami).
- Syarat: Isteri pegawai juga mestilah seorang penjawat awam. Selain itu, tempat kerja suami dan isteri mestilah berada di lokasi berdekatan (satu bangunan/kompleks/laluan yang sama) yang membolehkan mereka menaiki kenderaan yang sama untuk pulang bersama demi keselamatan.
- Rujukan Rasmi: MyPPSM Ceraian SR.4.2.1 (Pelaksanaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung)
4. Kadar BISH vs BIW semasa Bertukar Wilayah
Isu pertukaran wilayah sering kali menimbulkan keresahan dari segi pelarasan elaun kebajikan. Di bawah struktur Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), kebajikan kewangan pegawai sedia ada dilindungi melalui prinsip Kadar Yang Lebih Menguntungkan bagi memastikan pendapatan bersih bulanan mereka tidak terjejas akibat arahan pertukaran oleh Ketua Jabatan.
- Mekanisme Perlindungan: Apabila seorang pegawai dari Sabah, Sarawak, atau Labuan diarahkan bertukar wilayah ke Semenanjung Malaysia, terdapat situasi di mana kadar tetap Bayaran Insentif Wilayah (BIW) di stesen baharu (Semenanjung) adalah lebih rendah berbanding kadar Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) yang sepatutnya diterima di kawasan tersebut.
- Ketetapan Struktur SSPA: Peraturan menetapkan prinsip perlindungan di mana pegawai layak dibayar menggunakan kadar BISH yang lebih tinggi itu, dan bukannya dipaksa menerima kadar BIW stesen baharu yang lebih rendah. Pembayaran BISH ini akan menggantikan BIW secara automatik demi menjaga kebajikan aliran tunai pegawai.
- Rujukan Rasmi: Dokumen Pekeliling SSPA (Sistem Saraan Perkhidmatan Awam) – Lampiran E (Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan), Ketetapan Rujukan Ceraian E4-U5. Muka surat 29 hingga 30.

5. Pembiayaan Perumahan LPPSA
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menyediakan pembiayaan perumahan khas untuk kakitangan kerajaan. Kelebihan utamanya berbanding bank swasta adalah kadar keuntungan yang tetap dan tidak berubah walaupun kadar faedah pasaran (OPR) naik.

- Inisiatif Baharu SSPA (Bermula 4 Oktober 2026): Had maksimum pinjaman telah dinaikkan sehingga RM1 juta (sebelum ini RM750,000). Kakitangan awam kini juga boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa perlu melangsaikan sepenuhnya baki pembiayaan pertama terlebih dahulu.
- Rujukan Rasmi: Garis Panduan Pembiayaan Perumahan LPPSA (Sistem MyFinancing) di bawah Pekeliling LPPSA Bil. 1/2026 dan Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 (Akta 767).
| Pembiayaan LPPSA (Sektor Awam) | Pinjaman Bank Komersial (Swasta) | |
|---|---|---|
| Kadar Faedah / Keuntungan | Tetap 4.0% Setahun (Flat Rate) | Berubah-ubah (Floating) mengikut acuan OPR semasa |
| Impak Kenaikan OPR | Tiada Kesan. Bayaran bulanan kekal konsisten dari bulan pertama hingga tamat tempoh pinjaman. | Sangat Terkesan. Jika OPR naik, bayaran bulanan atau tempoh pinjaman akan meningkat. |
| Syarat Kelayakan Potongan | Longgar (Sehingga had maksimum 80% potongan slip gaji bersandarkan SSPA) | Ketat (Bergantung kepada skor kredit komersial, komitmen luar, CCRIS/CTOS) |
6. Peluasan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja (Kemalangan Semasa ke Klinik)
- Jika anda terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa pergi ke hospital atau klinik kerajaan untuk temu janji perubatan rasmi, kes ini boleh dianggap sebagai Bencana Kerja di bawah Skim Ex-Gratia Kerajaan. Anda layak menerima pampasan atau bantuan kewangan jika mengalami kecederaan.
- Syarat Wajib (Paling Penting): Sebelum keluar pejabat, anda wajib mengisi dan mendapatkan kelulusan bertulis daripada bos melalui Borang Kebenaran Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja (Slip Pelepasan Am/Slip Keluar 4 Jam). Tanpa borang yang sudah ditandatangani ini, kemalangan akan dianggap sebagai urusan peribadi dan tuntutan pampasan anda akan ditolak.
- Rujukan Rasmi: Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 6.3 – Skim Ex-Gratia Bencana Kerja – Muka Surat 4 & 5 (Di bawah perenggan 5 mengenai Liputan Skim / Perjalanan yang Berkaitan dengan Pekerjaan).

7. Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar
Selain pembiayaan perumahan, kerajaan truut menyediakan kemudahan pembiayaan bagi pemilikan peranti digital untuk menyokong penyampaian perkhidmatan dan kebajikan pegawai perkhidmatan awam tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan.
Rujukan rasmi: Jabatan Akauntan Negara Malaysia




8. Jaringan Kesihatan Mampu Milik Cuepacs Care
Bagi melengkapkan ekosistem perlindungan perubatan keluarga, penjawat awam (termasuk Badan Berkanun) sangat digalakkan mengambil peluang melanggan pelan kad perubatan swasta Cuepacs Care.
Dengan kadar mampu milik, pelan ini mempunyai keunikan tersendiri di mana kadar bayaran bulanan tidak akan naik mendadak mengikut faktor peningkatan umur atau inflasi perubatan tahunan. Ini menjadikannya instrumen pelindung tambahan terbaik bagi melengkapi kemudahan rawatan hospital kerajaan sedia ada.
Rujukan: https://cuepacscaretakaful.com/

9. Diskaun Makanan & Barangan Runcit
- Diskaun 20% Langganan Pandapro: Menerusi Insentif Rebat RAHMAH Pandapro Penjawat Awam, anda mendapat potongan 20% untuk pelan langganan 12 bulan menggunakan e-mel rasmi kerajaan (
@xxx.gov.my).

- Diskaun di Rangkaian The Chicken Rice Shop (TCRS): The Chicken Rice Shop (TCRS) menawarkan diskaun sebanyak 10% untuk penjawat awam di seluruh Malaysia. Anda hanya perlu menunjukkan kad kakitangan awam atau bukti pekerjaan semasa membuat pesanan di kaunter.
10. Hotel, Penginapan
- Rumah Peranginan Persekutuan (RPP): Anda boleh menginap di hotel/resort milik kerajaan di lokasi premium (seperti Cameron Highlands, Langkawi, Port Dickson, malah London) pada kadar subsidi serendah RM50-RM100 semalam.
- Rujukan: Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) JPM.

- Kadar Korporat Kerajaan (Government Rate): Terdapat beberapa rangkaian hotel besar milik agensi kerajaan atau rantaian komersial tertentu menawarkan diskaun harga tertentu kepada kakitangan awam secara walk-in atau tempahan emel rasmi jabatan (menggunakan e-mel
.gov.my).
11. Pengangkutan & Tiket Tarikan
- Diskaun Tiket Penerbangan Malaysia Airlines (MH): Penjawat awam juga berpeluang mendapatkan diskaun tertentu jika menempah penerbangan melalui portal MHgom.
- Tiket Tarikan: Cruise Tasik Putrajaya
- Penjawat awam layak menerima diskaun khas RM10 untuk pembelian tiket Cruise Tasik Putrajaya. Penjawat awam hanya perlu menunjukkan paparan profil / aplikasi HRMIS di telefon pintar semasa pembelian tiket di kaunter.
Soalan Lazim Kemudahan Penjawat Awam
Kemudahan rawatan di hospital/klinik kerajaan meliputi diri pegawai, pasangan (suami/isteri), anak-anak di bawah 18 tahun (atau sehingga 21 tahun jika masih belajar), dan ibu bapa kandung.
Segala urusan pinjaman atau pembiayaan perumahan sektor awam dilakukan secara dalam talian melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Skim Pencen memberikan bayaran bulanan tetap pasca-bersara dan ganjaran perkhidmatan daripada kerajaan, manakala Skim KWSP berasaskan caruman bulanan bersama majikan ke dalam akaun simpanan persaraan.
Penjawat awam layak menerima Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3,000 sekiranya berlaku kematian melibatkan pegawai sendiri, pasangan, atau anak kandung (tertutuk kepada syarat pekeliling). Rujuk https://pencen.jpa.gov.my/bantuan-mengurus-jenazah.html
Ya. Pegawai yang diarahkan bertugas rasmi ke luar negara layak mendapat kemudahan Insurans Kesihatan dan Perjalanan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan mengikut pekeliling perbendaharaan semasa.




