Waktu Berbuka Pulau Pinang 2026 / 1447H – JAKIM

Waktu berbuka Pulau Pinang 2026 / 1447H menjadi rujukan penting buat umat Islam di negeri ini sepanjang bulan Ramadan. Bagi yang ingin menyemak jadual waktu berbuka dan imsak bagi negeri-negeri lain di Malaysia, ia boleh dilihat melalui pautan rasmi JAKIM.

Berikut dikongsikan jadual waktu berbuka puasa Pulau Pinang bagi tahun 2026, yang disusun berdasarkan takwim waktu solat JAKIM serta Majlis Agama Negeri sebagai rujukan sah dan tepat.

BACA JUGA: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian

Jadual Waktu Berbuka Pulau Pinang 2026 / 1447 H

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2026 / 1447 H BAGI SELURUH NEGERI PULAU PINANG (PENANG)

HariHijriahMiladiahWaktu ImsakWaktu Berbuka
Khamis119 Feb6:14 pagi7:33 malam
Jumaat220 Feb6:147:33
Sabtu321 Feb6:147:33
Ahad422 Feb6:147:33
Isnin523 Feb6:147:33
Selasa624 Feb6:147:33
Rabu725 Feb6:137:33
Khamis826 Feb6:137:33
Jumaat927 Feb6:137:33
Sabtu1028 Feb6:137:33
Ahad111 Mac6:127:33
Isnin122 Mac6:127:33
Selasa133 Mac6:127:33
Rabu144 Mac6:117:32
Khamis155 Mac6:117:32
Jumaat166 Mac6:117:32
Sabtu177 Mac6:107:32
Ahad188 Mac6:107:32
Isnin199 Mac6:107:32
Selasa2010 Mac6:097:32
Rabu2111 Mac6:097:32
Khamis2212 Mac6:097:32
Jumaat2313 Mac6:087:32
Sabtu2414 Mac6:087:31
Ahad2515 Mac6:077:31
Isnin2616 Mac6:077:31
Selasa2717 Mac6:067:31
Rabu2818 Mac6:067:31
Khamis2919 Mac6:067:31
Jumaat3020 Mac6:057:31

*Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia

**Tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia

Sumber : Laman web rasmi JAKIM – Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1447H / 2026M

Untuk mengetahui waktu solat terkini bagi setiap waktu, sila rujuk : WAKTU SOLAT BANDAR-BANDAR UTAMA DI MALAYSIA

Doa Berbuka Puasa

Hebatnya doa sebelum berbuka kerana menjelang waktu berbuka dan bersahur termasuk dalam waktu yang mustajab untuk berdoa.

Selamat berbuka puasa.

Berikut adalah doa berbuka puasa sebagai rujukan semua.

Doa 1

ذَهَبَ الظَّمَـأُ، وابْــتَلَّتِ العُرُوقُ، وثَــبَتَ الأَجْرُ إِن شَاءَ اللهُ

Dzahaba-zh Zama’u, Wabtalati-l ‘Uruuqu wa Tsabata-l Ajru, Insyaa Allah

Maksudnya:
“Telah hilang dahaga, urat-urat telah basah, dan telah diraih pahala, insya Allah.”

(HR. Abu Daud 2357, Ad-Daruquthni dalam sunannya 2279, Al-Bazzar dalam Al-Musnad 5395, dan Al-Baihaqi dalam As-Shugra 1390. Hadis ini dinilai hasan oleh Al-Albani).

doa berbuka puasa
Sumber infografik : JAKIM

Doa 2

i) Doa Berbuka Puasa Ketika Seorang

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

ii) Doa Berbuka Puasa Ketika Ramai

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

Sumber infografik : Masjid Negara Malaysia

Adab Semasa Berbuka

Berikut sedikit nota ringkas tentang adab berbuka puasa yang dikongsikan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

  • Duduk dengan tenang
  • Membaca doa
  • Menyegerakan berbuka puasa
  • Memulakan dengan buah tamar dan air
  • Amalkan makan secara sederhana dan tidak membazir
waktu berbuka

Baca juga: JAKIM : Doa Berbuka Puasa & Ketika Hampir Berbuka