Jadual waktu berbuka ialah waktu umat Islam akan berbuka puasa di Melaka pada tahun 2026 / 1447H bagi daerah Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah boleh disemak melalui portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di pautan https://www.islam.gov.my/.

Berikut dikongsikan jadual waktu imsak dan berbuka di seluruh Melaka bagi tahun 2026.
Jadual ini adalah berdasarkan takwim waktu solat JAKIM.
Baca juga: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian
Jadual Waktu Berbuka Melaka 2026 (Ramadan 1447H)
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1447H / 2026 BAGI SELURUH NEGERI MELAKA
| Hari | Hijriah | Miladiah | Imsak | Berbuka |
|---|---|---|---|---|
| Khamis | *1 | *19 | 6:05 pagi | 7:28 malam |
| Jumaat | 2 | 20 | 6:05 | 7:28 |
| Sabtu | 3 | 21 | 6:05 | 7:28 |
| Ahad | 4 | 22 | 6:05 | 7:28 |
| Isnin | 5 | 23 | 6:05 | 7:28 |
| Selasa | 6 | 24 | 6:04 | 7:28 |
| Rabu | 7 | 25 | 6:04 | 7:28 |
| Khamis | 8 | 26 | 6:04 | 7:27 |
| Jumaat | 9 | 27 | 6:04 | 7:27 |
| Sabtu | 10 | 28 | 6:04 | 7:27 |
| Ahad | 11 | MAC | 6:04 | 7:27 |
| Isnin | 12 | 2 | 6:03 | 7:27 |
| Selasa | 13 | 3 | 6:03 | 7:27 |
| Rabu | 14 | 4 | 6:03 | 7:27 |
| Khamis | 15 | 5 | 6:03 | 7:26 |
| Jumaat | 16 | 6 | 6:02 | 7:26 |
| Sabtu | 17 | 7 | 6:02 | 7:26 |
| Ahad | 18 | 8 | 6:02 | 7:26 |
| Isnin | 19 | 9 | 6:02 | 7:26 |
| Selasa | 20 | 10 | 6:01 | 7:26 |
| Rabu | 21 | 11 | 6:01 | 7:25 |
| Khamis | 22 | 12 | 6:01 | 7:25 |
| Jumaat | 23 | 13 | 6:00 | 7:25 |
| Sabtu | 24 | 14 | 6:00 | 7:25 |
| Ahad | 25 | 15 | 6:00 | 7:25 |
| Isnin | 26 | 16 | 6:00 | 7:24 |
| Selasa | 27 | 17 | 5:59 | 7:24 |
| Rabu | 28 | 18 | 5:59 | 7:24 |
| Khamis | **29 | **19 | 5:58 | 7:24 |
| Jumaat | 30 | 20 | 5:58 | 7:23 |

NOTA:
- *Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia
- **Tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia
Untuk mengetahui waktu solat terkini bagi setiap waktu, sila rujuk : WAKTU SOLAT BANDAR-BANDAR UTAMA DI MALAYSIA
Doa Berbuka Puasa
Hebatnya doa sebelum berbuka kerana menjelang waktu berbuka dan bersahur termasuk dalam waktu yang mustajab untuk berdoa.
Selamat berbuka puasa.
Berikut adalah doa berbuka puasa sebagai rujukan semua.
Doa 1
ذَهَبَ الظَّمَـأُ، وابْــتَلَّتِ العُرُوقُ، وثَــبَتَ الأَجْرُ إِن شَاءَ اللهُ
Dzahaba-zh Zama’u, Wabtalati-l ‘Uruuqu wa Tsabata-l Ajru, Insyaa Allah
Maksudnya:
“Telah hilang dahaga, urat-urat telah basah, dan telah diraih pahala, insya Allah.”
(HR. Abu Daud 2357, Ad-Daruquthni dalam sunannya 2279, Al-Bazzar dalam Al-Musnad 5395, dan Al-Baihaqi dalam As-Shugra 1390. Hadis ini dinilai hasan oleh Al-Albani).

Doa 2
i) Doa Berbuka Puasa Ketika Seorang
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”
ii) Doa Berbuka Puasa Ketika Ramai
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

Adab Semasa Berbuka
Berikut sedikit nota ringkas tentang adab berbuka puasa yang dikongsikan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.
- Duduk dengan tenang
- Membaca doa
- Menyegerakan berbuka puasa
- Memulakan dengan buah tamar dan air
- Amalkan makan secara sederhana dan tidak membazir

Baca juga: JAKIM : Doa Berbuka Puasa & Ketika Hampir Berbuka
Soalan Lazim Waktu Berbuka Melaka 2026
Umat Islam di Malaysia dijangka mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (Khamis). Seperti biasa, tarikh rasmi akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam sebelumnya.
Berbeza dengan negeri besar lain, seluruh negeri Melaka hanya mempunyai satu (1) zon waktu solat sahaja iaitu Zon MLK01. Ini merangkumi daerah Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin. Jadi, waktu berbuka di Bandar Hilir adalah sama dengan di Merlimau atau Masjid Tanah.
Ya. Di Melaka, hari Awal Ramadan adalah cuti umum negeri. Istimewanya pada tahun 2026, kerajaan negeri juga telah mengumumkan cuti khas tambahan untuk penjawat awam, menjadikan deretan cuti yang sangat panjang (6 hari berturut-turut) bermula dari Tahun Baru Cina (17-18 Feb), 1 Ramadan (19 Feb), hingga Hari Pengisytiharan Kemerdekaan (20 Feb).
Secara geografi, Melaka terletak sedikit lebih ke timur berbanding Kuala Lumpur dan Selangor. Oleh itu, matahari terbenam lebih awal di Melaka, biasanya dengan perbezaan waktu sekitar 2 hingga 3 minit lebih awal daripada Kuala Lumpur.
Walaupun berjiran, waktu berbuka Melaka adalah berbeza. Melaka biasanya sewaktu dengan kawasan Tampin (Negeri Sembilan) atau Tangkak (Johor), namun tetap ada perbezaan minit yang kecil. Pastikan anda sentiasa merujuk kod zon MLK01.