Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Bagi anda yang melakukan perjalanan jauh, terdapat beberapa barang wajib yang ada dalam kereta untuk keselamatan dan kemudahan perlanan anda.

Perjalanan jauh menggunakan kereta sememangnya menyeronokkan, lebih-lebih lagi jika anda bercuti bersama keluarga atau pulang ke kampung.

Namun, ramai pemandu hanya memeriksa minyak dan keadaan tayar sebelum bertolak tanpa menyediakan barang wajib ada dalam kereta yang boleh membantu mengatasi situasi kecemasan.

Bayangkan situasi seperti tayar pancit, bateri kereta lemah atau telefon kehabisan bateri ketika berada di kawasan yang jauh dari bandar.

Tanpa persediaan yang betul, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan boleh bertukar menjadi pengalaman yang menyusahkan.

Kabel Pengecas dan Pemegang Telefon Pintar

pemegang telefon kereta

Hampir semua pemandu hari ini bergantung sepenuhnya kepada aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps untuk mengelakkan kesesakan dan mencari laluan alternatif, jadi pengecas dan pemegang telefon adalah barang wajib ada dalam kereta bagi memastikan peranti sentiasa berfungsi tanpa mengganggu pemanduan.

Kabel pengecas yang rosak atau pemegang telefon yang tidak stabil boleh menyebabkan anda terpaksa memegang telefon semasa memandu, satu kesalahan trafik yang sangat berbahaya.

Sediakan kabel pengecas berkualiti tinggi kerana pengecas kenderaan yang tidak bagus boleh merosakkan telefon anda.

Bagi pemegang telefon, beli pemegang telefon yang kukuh mencengkam papan pemuka atau cermin depan dan tidak mudah jatuh ketika melalui bonggol.

Dengan telefon yang sentiasa bercas dan berada pada sudut pandangan yang betul, anda boleh fokus sepenuhnya kepada jalan raya tanpa perlu menunduk atau mengalihkan pandangan terlalu lama.

Kamera Papan Pemuka (Dashcam)

dash cam kereta

Kemalangan jalan raya boleh berlaku dalam sekelip mata, dan kadang-kadang anda mungkin tidak bersalah tetapi dipersalahkan oleh pihak lain.

Dalam era tuntutan insurans palsu, dashcam telah menjadi barang wajib ada dalam kereta kerana rakaman berterusan mampu menjadi bukti kukuh jika berlaku kemalangan.

Dashcam yang baik akan merakam secara automatik sebaik sahaja enjin dihidupkan, merekodkan tarikh, masa dan kelajuan. Rakaman ini bukan sahaja membantu pihak polis dan syarikat insurans menentukan siapa yang bersalah, malah melindungi anda daripada sindiket langgar lari atau tuntutan palsu di lebuh raya.

Pilih dashcam yang mempunyai resolusi sekurang-kurangnya Full HD, sudut pandangan luas melebihi 140 darjah dan fungsi rakaman malam.

Sesetengah model terkini turut mempunyai fungsi parking mode yang akan terus merakam walaupun kereta diparkir, serta sambungan WiFi untuk memindahkan rakaman terus ke telefon pintar anda.

Kehadiran dashcam juga secara tidak langsung membuatkan anda memandu dengan lebih berhemah kerana mengetahui setiap pergerakan sedang dirakam.

Artikel berkaitan: Dash Cam Kereta: Tips Pemilihan dan Pemasangan

Kit Pertolongan Cemas Lengkap

kit kecemasan dalam kereta

Perjalanan jauh bersama keluarga, terutamanya bersama kanak-kanak, meningkatkan risiko luka kecil, luka melecet, mabuk jalan atau serangan alahan secara tiba-tiba.

Kit pertolongan cemas merupakan barang wajib ada dalam kereta yang boleh menyelamatkan nyawa apabila berlaku luka kecil, pening atau alahan sepanjang perjalanan jauh.

Kit yang lengkap tidak perlu besar, cukup sebuah kotak kecil yang mengandungi plaster pelbagai saiz, kain pembalut elastik, larutan antiseptik, kapas, gunting kecil, sarung tangan pakai buang, minyak angin, ubat penahan sakit asas dan ubat alahan ringan.

Jika anda mempunyai anak kecil, tambahkan juga ubat demam dan termometer.

Simpan kit ini di tempat yang mudah dicapai bukan di dasar bonet yang dipenuhi barang bercuti, tindakan pantas membersihkan luka dan membalutnya dapat mengelakkan jangkitan sebelum anda sampai ke klinik atau hospital terdekat.

Kabel Jumper

jumper kereta

Bateri kereta boleh menjadi lemah tanpa sebarang amaran, terutamanya jika kereta diparkir terlalu lama, lampu kecil terlupa ditutup atau bateri sudah melebihi usia setahun.

Kabel jumper adalah barang wajib ada dalam kereta untuk perjalanan jauh kerana tanpa kabel ini anda tidak dapat menerima bantuan kuasa daripada kenderaan lain walaupun ada pemandu yang ingin membantu.

Kabel jumper adalah barang wajib ada dalam kereta untuk perjalanan jauh kerana tanpa kabel ini anda tidak dapat menerima bantuan kuasa daripada kenderaan lain walaupun ada pemandu yang ingin membantu.

kabel jumper masih boleh menyelamatkan anda dengan bantuan pemandu lain. Simpan kedua-duanya di dalam beg khas di bonet, pastikan kabel jumper mempunyai kualiti tembaga yang tebal dan panjang sekurang-kurangnya 3 meter supaya mudah dicapai walaupun kereta bantuan tidak dapat parkir terlalu rapat.

Tayar Ganti, Jack dan Pembuka Roda

tayar spare kereta

Ketiga-tiga barang ini sengaja diletakkan di kedudukan paling bawah kerana secara amnya, barangan ini memang diletakkan sekali dalam kereta apabila anda membeli kereta baharu.

Namun, Ramai pemandu moden tidak pernah memeriksa tayar ganti sehingga hari tayar pancit berlaku.

Tayar ganti adalah barang wajib ada dalam kereta yang paling penting untuk perjalanan jauh kerana tanpa ia, pam angin sahaja tidak akan membantu jika tayar koyak besar atau rim bengkok akibat lubang.

Pastikan tayar ganti anda mempunyai tekanan angin yang mencukupi, sekurang-kurangnya 60 PSI untuk tayar ganti jenis space saver dan 32 hingga 35 PSI untuk tayar ganti saiz penuh.

Periksa juga kehadiran jack hidraulik dan pembuka roda atau lug wrench kerana tanpa kedua-dua alat ini, tayar ganti tidak dapat dipasang.

Ramai pemilik kereta yang menggunakan sport rim lupa menyimpan soket khas untuk nut berkunci, akhirnya terkandas walaupun tayar ganti ada.

Simpan jack, wrench dan soket khas tersebut bersama tayar ganti di ruang bonet dan pastikan anda tahu cara asas menukar tayar sebelum bertolak.

Penulis
Affan ada penulis di eCentral yang berkongsi artikel berkaitan kewangan, bantuan kerajaan, pendidikan, kerjaya dan isu semasa dengan penyampaian yang ringkas, jelas dan mudah difahami.