Waktu Berbuka WP Labuan 2026 / 1447H – JAKIM

Waktu berbuka WP Labuan 2026 / 1447H boleh disemak melalui portal rasmi JAKIM di pautan https://www.islam.gov.my/. Anda boleh rujuk jadual waktu berbuka puasa yang ditetapkan merangkumi seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Labuan.

waktu berbuka labuan

Berikut dikongsikan jadual waktu berbuka WP Labuan bagi tahun 2026.

Jadual ini berdasarkan takwim waktu solat JAKIM & Majlis Agama Negeri masing-masing.

BACA JUGA: Panduan Solat Tarawih Berjemaah & Bersendirian

Jadual Waktu Imsak & Berbuka WP Labuan 2026/1447H

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 1447 H / 2026

HariHijriahMiladiahWaktu ImsakWaktu Berbuka
Khamis119 Feb5:14 pagi6:33 malam
Jumaat220 Feb5:146:33
Sabtu321 Feb5:146:33
Ahad422 Feb5:146:33
Isnin523 Feb5:146:33
Selasa624 Feb5:146:33
Rabu725 Feb5:136:33
Khamis826 Feb5:136:33
Jumaat927 Feb5:136:33
Sabtu1028 Feb5:136:33
Ahad111 Mac5:126:33
Isnin122 Mac5:126:33
Selasa133 Mac5:126:33
Rabu144 Mac5:116:33
Khamis155 Mac5:116:33
Jumaat166 Mac5:116:33
Sabtu177 Mac5:106:32
Ahad188 Mac5:106:32
Isnin199 Mac5:106:32
Selasa2010 Mac5:096:32
Rabu2111 Mac5:096:32
Khamis2212 Mac5:096:32
Jumaat2313 Mac5:086:32
Sabtu2414 Mac5:086:32
Ahad2515 Mac5:076:32
Isnin2616 Mac5:076:31
Selasa2717 Mac5:076:31
Rabu2818 Mac5:066:31
Khamis2919 Mac5:066:31
Jumaat3020 Mac5:056:31
WAKTU BERBUKA LABUAN

Sumber: Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1447H / 2026M

Untuk mengetahui waktu solat terkini bagi setiap waktu, sila rujuk : WAKTU SOLAT BANDAR-BANDAR UTAMA DI MALAYSIA

Doa Berbuka Puasa

Hebatnya doa sebelum berbuka kerana menjelang waktu berbuka dan bersahur termasuk dalam waktu yang mustajab untuk berdoa.

Selamat berbuka puasa.

Berikut adalah doa berbuka puasa sebagai rujukan semua.

Doa 1

ذَهَبَ الظَّمَـأُ، وابْــتَلَّتِ العُرُوقُ، وثَــبَتَ الأَجْرُ إِن شَاءَ اللهُ

Dzahaba-zh Zama’u, Wabtalati-l ‘Uruuqu wa Tsabata-l Ajru, Insyaa Allah

Maksudnya:
“Telah hilang dahaga, urat-urat telah basah, dan telah diraih pahala, insya Allah.”

(HR. Abu Daud 2357, Ad-Daruquthni dalam sunannya 2279, Al-Bazzar dalam Al-Musnad 5395, dan Al-Baihaqi dalam As-Shugra 1390. Hadis ini dinilai hasan oleh Al-Albani).

doa berbuka puasa waktu berbuka labuan
Sumber infografik : JAKIM

Doa 2

i) Doa Berbuka Puasa Ketika Seorang

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

ii) Doa Berbuka Puasa Ketika Ramai

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

waktu berbuka labuan
Sumber infografik : Masjid Negara Malaysia

Adab Semasa Berbuka

Berikut sedikit nota ringkas tentang adab berbuka puasa yang dikongsikan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

  • Duduk dengan tenang
  • Membaca doa
  • Menyegerakan berbuka puasa
  • Memulakan dengan buah tamar dan air
  • Amalkan makan secara sederhana dan tidak membazir
waktu berbuka

Baca juga: JAKIM : Doa Berbuka Puasa & Ketika Hampir Berbuka

Soalan Lazim Waktu Berbuka WP Labuan 2026

Bilakah tarikh mula puasa 2026?

Umat Islam di Malaysia dijangka mula berpuasa pada 19 Februari 2026 (Khamis). Tarikh rasmi akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui kaedah cerapan anak bulan.

Adakah waktu berbuka Labuan sama dengan Kota Kinabalu?

Secara umumnya, waktu berbuka di Labuan adalah hampir sama dengan Kota Kinabalu (Sabah Zon 7), namun biasanya terdapat perbezaan sekitar 1 hingga 2 minit lebih lewat di Labuan. Pastikan anda merujuk jadual khusus untuk zon WLY02 (Labuan).

Di manakah saya boleh merujuk jadual waktu Imsak dan Berbuka rasmi untuk Labuan?

Penduduk Labuan dinasihatkan untuk merujuk takwim yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan atau melalui portal rasmi JAKIM.

Apakah kod zon waktu solat bagi Wilayah Persekutuan Labuan?

Kod zon bagi Wilayah Persekutuan Labuan ialah WLY02. Pastikan aplikasi waktu solat di telefon pintar anda ditetapkan pada kod zon ini untuk ketepatan waktu azan dan berbuka puasa serta imsak.