Taqabbalallahu minna wa minkum (تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ): Maksud, Contoh

Taqabbalallahu minna wa minkum (تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ): Maksud, Cara Jawab & Contoh Ucapan Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya adalah merupakan ‘Hari Kemenangan’ umat Islam setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan. Ia disambut dengan penuh sukacita dan penuh kesyukuran. 

Selain ucapan ‘Selamat Hari Raya’ atau ‘Maaf Zahir Batin’, ucapan ini juga merupakan ucapan yang sering diucapkan bagi meraikan hari istimewa tersebut. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

Maksud ‘Taqabbalallahu minna wa minkum’

 ‘Taqabbalallahu minna wa minkum’ adalah merupakan satu ucapan yang sering digunakan semasa hari raya. Ia bermaksud: “Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu”. 

  • “Taqabbal” berasal daripada akar kata “qabila”, yang berarti menerima atau menerima dengan baik.
  • “Allahu minna” ertinya “Allah menerima dari kami”.
  • “Wa minkum” artinya “dan dari kamu” 

Keseluruhannya, maksud dari ucapan tersebut adalah harapan agar Allah menerima ibadah kita dan ibadah orang yang kita ucapkan ucapan tersebut kepada mereka.

Cara Jawab

1. Apabila anda menerima ucapan ‘Taqabbalallahu minna wa minkum’, anda boleh menjawab dengan jawapan yang sama. 

Contohnya:

A: Selamat Hari Raya, Taqabbalallahu minna wa minkum. 

B: Ya, Selamat Hari Raya juga. Taqabbalallahu minna wa minkum.

2. Anda juga boleh menjawabnya dengan ucapan; Jazakallahu Khairan yang bermaksud “Semoga Allah memberikan balasan yang baik kepada Anda”. 

Hukum Mengucapkan تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, riwayat yang menyandarkan ucapan: “Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu” merupakan riwayat yang daif jiddan. 

Pendapat yang lebih kuat riwayat ini hanyalah riwayat berbentuk mauquf (terhenti kepada sahabat). 

Walau bagaimanapun diharuskan untuk mengucapkannya berdasarkan riwayat-riwayat lain yang menunjukan para sahabat saling mengucapkan ucapan tahniah tersebut pada hari raya dan riwayat ini berstatus hasan.

30 Contoh Ucapan Taqabbalallahu Minna Wa Minkum (تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ)

1. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Semoga Ramadan kita diterima oleh Allah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan untuk kita!

2. Selamat Hari Raya Aidil Fitri!
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Semoga Allah menerima semua ibadah kita. Amin. 

3. Semoga Allah memberkati dan mengampuni kita semua di hari yang mulia ini. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Selamat Hari Raya!

4. Ya Allah wahai Tuhan pentadbir seluruh keadaan, Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Tinggi kedudukannya. Dengan limpah dan kemurahanMu tukarkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dan berkatilah kami dan seluruh umat Islam dengan keberkatan bulan Syawal.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ. Mohon maaf zahir batin.

5. Terima kasih atas doa dan ucapan selamat, Taqabbal Allahu minna wa minkum. Semoga Allah juga menerima amalan baik anda. 

6. Selamat Hari Raya, Minal ‘aidin wal faizin. وَكُلُّ عَامْ وَأَنْتُمْ بِخَيْر, تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ.

7.  Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir batin. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ.

8. Semoga Allah menerima amal kita semua dan semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang kembali suci dan bahagia. Salam Aidilfitri.

taqabbalallahu minna wa minkum

9. Semoga kita tetap istiqamah dengan Al-Quran, zikir, tasbih dan doa dalam bulan-bulan Syawal dan bulan-bulan yang mendatang. Selamat Hari Raya Aidilfitri. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ.

10. Sempena Hari Raya ini, kami sekeluarga dengan rendah hatinya memohon maaf zahir dan batin. Semoga kasih sayang di antara anggota keluarga kita semakin erat.
 تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ.

11. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ. Semoga Allah memberkati dan menerima amalan kita di bulan Ramadan. Marilah sambut Syawal ini dengan penuh kasih sayang dan kesyukuran. 

12. Semoga Aidilfitri kali ini menjadi kesempatan untuk kita mengeratkan lagi silaturahim antara kita. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum, Taqabal ya Kareem. Semoga kita selalu bersama dalam kebaikan.

Taqabbalallahu minna wa minkum ucapan hari raya

13. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ, semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan mengampuni dosa-dosa kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri!

14. Dengan penuh rendah hati, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir batin. Semoga Allah menerima segala amalan dari kami dan kalian. InsyaAllah… Amiin.

15. Ramadan telah berlalu dengan cepat sekali. Semoga ia meninggalkan kesan yang mendalam buat kita semua. Semoga segala amalan dapat diteruskan dengan penuh istiqamah. Selamat Hari Raya. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ, semoga amalan kita diterima-Nya. Amin. 

16. Ramadan telah mengajar kita untuk bersyukur dan bersabar. Semoga di bulan Syawal ini kita dapat mengekalkan momentum Ramadan dan menjadi lebih baik. Selama Hari Raya, Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Maaf zahir batin ya!

17. Selamat Hari Raya, kosong-kosong ye! Semoga Ramadan yang lepas menjadi titik permulaan kebaikan bagi kita semua. 

18. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ, semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Ibu dan Ayah tercinta.

19. Hari yang ditunggu telah tiba. Selamat Hari Raya, Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Duit raya jangan buat-buat lupa hehe. 

20. Dengan penuh rasa syukur dan kebahagiaan, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada ibu dan ayah. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Semoga segala amal ibadah ibu dan ayah  di bulan suci Ramadan yang telah kita lalui diterima oleh Allah SWT. Jaga kesihatan ye!

21. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati, melindungi, dan memberkati anda dan keluarga. Selamat Hari Raya Aidlfitri. Mohon maaf zahir dan batin.

22. Happy Eid, may Allah bless us with joy and prosperity. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum!

23. Eid Mubarak! Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. 

24. Selamat Hari Raya, semoga Allah merahmati kita semua dan menguatkan iman kita dalam menghadapi bulan-bulan yang mendatang.

25. Selamat Hari Raya, semoga keberkatan Allah menyertai kita semua.

26. Happy Eid! Semoga Allah memberkati kita dengan rahmat-Nya. Taqabbalallah Minna Wa Minkum!

27. Eid Mubarak! Semoga segala usaha kita di bulan Ramadan diterima oleh Allah. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ!

28. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Jemput datang beraya ke rumah. Macam-macam mak saya masak tau. 29. Eid Mubarak! Semoga Allah menerima puasa dan doa kita. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Jaga diri, jaga kesihatan di hari raya ini. Jangan makan banyak sangat okay!

30. Taqabbalallahu minna wa minkum, taqabbalallahu ya karim. Semoga kita masih diberikan kesempatan untuk bertemu dengan  Ramadan tahun depan. Selamat hari raya, maaf zahir batin!

NAK TENGOK BANYAK LAGI CONTOH UCAPAN RAYA & BACKGROUND SYAWAL?

Rujuk artikel berikut:

Sumber rujukan:

  1. IRSYAD AL-HADITH SIRI KE 579: STATUS HADIS MENGUCAPKAN TAHNIAH PADA HARI RAYA – Mufti Wilayah Persekutuan
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!