Eid Mubarak (عيد مبارك) adalah merupakan perayaan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia. Ia merupakan hari di mana umat Islam merayakan kemenangan selepas menjalani bulan Ramadan.
Ini lah masa yang tepat untuk menjalin silaturrahim dan mengeratkan hubungan antara keluarga, sahabat, dan jiran tetangga.
Untuk mengetahui cuti umum Hari Raya Aidilfitri, sila rujuk portal rasmi BKPP JPM atau Kalendar Akademik KPM
Terdapat pelbagai tradisi yang dilakukan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri antaranya adalah bermain bunga api, memasang pelita termasuklah juga memberikan ucapan-ucapan selamat seperti “Eid Mubarak” kepada insan tersayang.
Jom kita tengok koleksi ucapan Eid Mubarak yang menarik di bawah.
Apa Maksud Eid Mubarak?
Eid Mubarak adalah merupakan perkataan Bahasa Arab yang biasanya digunakan oleh orang Arab Muslim apabila tibanya hari raya.
Secara umumnya, Eid Mubarak bermaksud “perayaan/hari raya yang diberkati”.
Eid bermaksud “perayaan atau hari raya” manakala Mubarak bermaksud “berkati” atau “diberkati“.
Frasa ini digunakan sebagai ucapan selamat semasa menyambut Hari Raya, terutamanya Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

BACA JUGA: Salam Aidilfitri: Maksud & Contoh Ucapan سلام عيد الفطر
Contoh Ucapan Eid Mubarak
Berikut dikongsikan lebih 50 ucapan Eid Mubarak mengikut kategori:
Ucapan Eid Mubarak untuk Keluarga, Rakan & Pasangan
1. Eid Mubarak! Semoga syawal ini dipenuhi dengan kebahagiaan, keberkatan, dan kegembiraan untuk anda dan keluarga.
2. Selamat Hari Raya! Semoga setiap amalan kita di bulan Ramadan diterima Allah. Sambutlah hari kemenangan ini dengan penuh keberkatan dan kegembiraan. عيد مبارك!
3. عيد مبارك! Semoga anda dan keluarga diberikan sinar kebahagiaan tanpa sempadan sempena hari raya yang mulia ini.
4. عيد مبارك. Taqaballahu minna wa minkum taqabbal ya Kareem. Mohon maaf zahir batin ya!
5. Kepada seluruh ahli keluarga tercinta, dengan rendah hati saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya, Mohon Maaf Zahir dan Batin. Semoga dengan berakhirnya Ramadan ini, iman kita semakin bertambah. عيد مبارك semua!
6. عيد مبارك! Semoga hari raya ini membawa kegembiraan yang tiada tandingan dan kebahagiaan yang melimpah kepada anda sekeluarga.

7.عيد مبارك! Marilah kita sambut Hari Raya dengan hati yang bersih dan jiwa yang penuh rasa syukur. Jemput datang ke rumah tau.
8. Eid Mubarak! Di tengah kemeriahan sambutan hari raya ini, jangan kita lupa untuk merenung dan mensyukuri segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Semoga Hari Raya membawa keberkatan dan kebahagiaan yang abadi.
9. Selamat Hari Raya, عيد مبارك! Semoga baju raya baru anda tidak memerlukan ‘software update’ dan ‘bug fixes’ sebelum dipakai. Hehe.
10. Eid Mubarak! Ingatlah, rendang makin sedap bila dimakan bersama-sama, begitu juga kehidupan, lebih bermakna bila kita berkongsi kasih sayang dengan orang sekeliling.
11. Eid Mubarak! Jangan lupa, dalam bermaaf-maafan, bersihkan hati dari segala dendam dan kebencian. Semoga raya ini menjadi lebih bermakna. InshaAllah.
12. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Kalau nak duit raya, datanglah rumah. Eid Mubarak!
13. Eid Mubarak. Meskipun kita merayakan hari ini tanpa kehadiran orang yang kita cintai, jangan lupa bergembira dan raikanlah dengan Hari Raya ini dengan penuh sukacita. Semoga Allah merahmati dan menguatkan hati kita selalu.
14. Eid Mubarak! Meskipun jauh dari keluarga, kawan-kawan seperantauan menjadi keluarga pengganti di sini. Mari kita bersyukur atas nikmat persahabatan dan menyambut raya dengan penuh kegembiraan.
15. عيد مبارك! Walaupun jauh dari kampung halaman, hati ini tetap terpaut pada kenangan indah bersama keluarga di musim raya. Semoga kebahagiaan mereka menjadi kekuatan untuk terus berjuang di perantauan.

16. عيد مبارك, Ma dan Abah! Rindu akan sentuhan kasih sayang dan pelukan kalian semakin menguat di hari raya ini. Semoga Allah terus merahmati kalian dengan kesihatan dan kebahagiaan di sana.
17. Eid Mubarak, kawan-kawan! Walaupun jauh dari kampung halaman, kehadiran kalian di sini membuat raya terasa lebih meriah. Semoga kita terus bersama dalam kegembiraan dan persahabatan.
18. عيد مبارك, sayang! Dalam setiap senyummu, terukir kenangan manis raya di hatiku. Bersama-sama kita mengukir cerita-cerita bahagia di hari raya ini dan selamanya.
19. Selamat Hari Raya, sayang. Dalam setiap doa yang kita panjatkan, harapan untuk terus bersama dalam kebahagiaan menjadi nyata. Semoga cinta kita abadi di bawah lindungan Allah. Eid Mubarak!
20. Selamat Hari Raya, keluarga tercinta! Semoga kasih sayang dan kebahagiaan terus mengalir di antara kita selamanya. Eid Mubarak, Minal Aidil Wal Faizin.
21. Eid Mubarak, rakan-rakan. Sempena bulan yang penuh berkat ini, marilah kita sambut raya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran atas persahabatan kita yang tak ternilai.
22. Eid Mubarak semua. Bersama-sama kita menyambut raya dengan penuh kasih sayang dan kebahagiaan. Semoga setiap detik bersama menjadi kenangan yang abadi di hati.
23. Eid Mubarak kepada semua sahabat dan keluarga! Semoga setiap langkah kita di hari yang mulia ini dipenuhi dengan keberkatan dan kegembiraan yang tak terhingga. Marilah kita bersyukur atas nikmat kemenangan setelah menjalani bulan Ramadan dengan penuh pengabdian.
24. Selamat Hari Raya. Semoga raya kali ini membawa keceriaan dan kedamaian kepada kita semua. Maafkan segala kesilapan dan kekurangan yang terjadi. Semoga kasih sayang dan rahmat Allah sentiasa menyertai kita di setiap langkah hidup kita. Eid Mubarak, Taqabbalallahu minna wa minkum.

25. Hari Raya ini bukan hanya tentang pakaian baru, tetapi juga hati yang diperbaharui. Taqabbalallahu minna wa minkum. Eid Mubarak!
26. Eid Mubarak kepada semua yang merayakannya! Semoga setiap langkah kita di hari raya ini diisi dengan keberkatan, kasih sayang, dan kegembiraan. Maafkan segala kesalahan dan mari kita terus bina hubungan yang kukuh dan penuh kasih sayang. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Taqabbalallahu minna wa minkum.
27. عيد مبارك! Semoga setiap langkah kita dipenuhi dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Maafkan segala khilaf dan kesalahan, dan mari kita mulakan lembaran baru dengan hati yang bersih dan jiwa yang tulus. Taqabbalallahu minna wa minkum.
28. Selamat Hari Raya, semua! Marilah kita gunakan kesempatan ini untuk merenungkan kurniaan yang Allah telah diberikan kepada kita. Gunakan masa ini untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga, sanak saudara dan sahabat. Eid Mubarak.
29. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Marilah kita sambut Hari Raya dengan hati yang penuh kesyukuran atas segala nikmat yang diberikan. Eid Mubarak!
30. Eid Mubarak! Semoga hari yang mulia ini membawa sukacita dan ketenangan kepada kita semua. Marilah kita sambut Hari Raya dengan hati yang bersih dan jiwa yang lapang, serta memaafkan segala kesilapan yang pernah dilakukan. Semoga setiap langkah kita dipenuhi dengan keberkatan dan rahmat Allah SWT. Taqabbalallahu minna wa minkum.

Ucapan Raya Eid Mubarak untuk Caption Media Sosial (Ringkas)
1. Syawal datang lagi, moga kasih sayang kita tetap abadi. عيد مبارك.
2. Dari jauh kiriman doa, tanda ingatan di hari mulia. Eid Mubarak!
3. Syawal telah tiba, moga ukhuwah kita terus terjaga. عيد مبارك!
4. Kosong-kosong ya semua. Moga raya ini membawa seribu keberkatan.
5, Gema takbir raya menusuk kalbu, tanda kemenangan buat kita semua. عيد مبارك!
6. Eid Mubarak. Kuih raya dah siap, baju raya dah on. Jom beraya!
7. Moga keberkatan Ramadan kekal di hati dalam menempuh Syawal yang mulia. عيد مبارك.
8. Keikhlasan di hati, kemaafan di jari. عيد مبارك buat semua rakan taulan.
9. Rendang di kuali, ketupat di meja. Selamat Hari Raya, Eid Mubarak!
10. Sucikan hati, bersihkan jiwa. Selamat Hari Raya Aidilfitri, عيد مبارك.

11. Semoga Allah menerima amalan kita dan memberkati setiap langkah kita. عيد مبارك.
12. Syukur atas segala nikmat yang dipinjamkan. عيد مبارك kepada semua Muslimin dan Muslimat.
13. Diet? Kita bincang lepas raya. Sekarang masa untuk ketupat dan rendang. Eid Mubarak!
14. Cahaya Syawal menyinari jiwa, membawa sinar kedamaian buat semua. عيد مبارك
15. Lupakan sengketa, raikan kemenangan dengan penuh rasa gembira. Eid Mubarak, maaf zahir batin ya!
16. Setiap Syawal ada ceritanya, moga tahun ini ceritanya penuh warna. عيد مبارك.
17. Hari Raya buat semua followers tersayang! Eid Mubarak.
18. Jangan tanya bila nak kahwin, tanya bila nak makan rendang je okay? Eid Mubarak!
19. Semoga Syawal membawa rahmat, keberkatan dan kebahagiaan buat kita semua. عيد مبارك!
20. Dari hati yang tulus, saya memohon maaf zahir dan batin. Selamat Hari Raya Aidilfitri. عيد مبارك!

Ucapan Raya Eid Mubarak Kreatif/Lawak/Unik
1. Diet saya cuti sebulan, sebab ketupat dan rendang dah panggil nama saya. Selamat Hari Raya, Eid Mubarak!
2. Tangan menghulur maaf, perut menghulur ruang untuk open house. عيد مبارك!
3. Kalau ada terkasar bahasa, harap dimaafkan. Kalau ada terkurang duit raya, harap ditambah.
4. Baju raya dah warna sedondon, moga jodoh pun cepat “on”. عيد مبارك!
5. Status: Sedang dalam fasa “Recovering dari Ramadhan, Loading ke Rendang”. Eid Mubarak!
6. Maaf Zahir Batin. Tahun ni saya minta maaf awal, sebab takut nanti sibuk makan. عيد مبارك.
7. Duit raya bukan sekadar kertas, ia adalah simbol kasih sayang (dan inflasi). Selamat Raya!
8. Syawal tiba, timbangan naik. Itu tandanya kita bahagia! عيد مبارك.
9. Raya setahun sekali, tapi rindu kat awak hari-hari. Eh? Selamat Hari Raya, Eid Mubarak!
10. Moga hati seputih baju raya (sebelum terkena kuah kacang). عيد مبارك

11. Lemang di buluh, rendang di kuali, kalau tak minta maaf, tak sah raya kali ni! Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Eid Mubarak!
12. Kereta dah servis, baju dah gosok, hati pun dah sedia nak maafkan awak. عيد مبارك.
13. Berhenti cari kesalahan orang, mula cari mana rumah yang buat open house paling sedap. عيد مبارك.
14. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Kosong-kosong ya? Kalau rindu, boleh ‘call’ terus. Eh. عيد مبارك!
15. Moga kegembiraan Syawal ini ‘auto-save’ dalam memori kita selamanya. عيد مبارك.
16. Kuih raya ada beratus jenis, tapi muka awak tetap yang paling manis. Eid Mubarak!
17. Moga hidup kita lebih cerah daripada lampu lip-lap kat pagar rumah. عيد مبارك!
18. Selamat Hari Raya! Moga dompet anda setebal perut saya selepas makan rendang. عيد مبارك
19. Selamat Hari Raya! Maaf zahir batin kalau saya ada ter-curi hati awak. عيد مبارك
20. Raya pertama: ziarah. Raya kedua: makan. Raya ketiga: tidur. Tradisi tetap tradisi. Eid Mubarak!

Poster Raya Background Syawal / Islamik
Dah tahu nak tulis apa dalam ucapan? Anda boleh gandingkan dengan background kosong di bawah, custom-made ikut kesesuaian anda sendiri.
Background / wallpaper Tema Syawal & Hari Raya ini juga boleh digunakan untuk backdrop program, buku program, brosur, surat jemputan.
Background Syawal / Islamik 1

Background Syawal / Islamik 2

Background Syawal / Islamik 3

Background Syawal / Islamik 4

Background Syawal / Islamik 5

Background Syawal / Islamik 6

Background Syawal / Islamik 7

Background Syawal / Islamik 8

Background Syawal / Islamik 9

Background Syawal / Islamik 10

Cara Buat Poster Hari Raya Guna Canva
- Pergi ke laman web Canva atau buka aplikasi Canva di telefon.
- Log masuk menggunakan akaun Google, Facebook atau e-mel.
- Pilih Saiz & Template Poster> Klik “Create a design” dan pilih “Poster” atau masukkan dimensi tersuai (contoh: 1080×1080 px).
- Taip “Hari Raya” di kotak carian untuk melihat template berkaitan.
- Pilih gambar latar yang sesuai seperti corak ketupat, masjid, atau lampu pelita ke. Mana-mana pun boleh.
- Gunakan font yang menarik seperti “Montserrat” atau “Pacifico” untuk ucapan seperti “Selamat Hari Raya Aidilfitri”.
- Tambah ikon yang sesuai seperti bulan sabit, bintang, atau doodle Islamik untuk lebih menarik.
- Jika poster untuk perniagaan, tambah logo syarikat atau media sosial.
- Sesuaikan saiz dan posisi agar tidak mengganggu elemen utama.
- Klik “Download”, pilih format PNG atau JPG untuk kualiti terbaik. Pilih PDF Print untuk resolusi tinggi.
Untuk lebih mudah, anda boleh rujuk video Tiktok yang dikongsikan oleh editwithfr di bawah:
Cara Membalas Ucapan عيد مبارك
Nak balas macam mana kalau orang ucap Eid Mubarak?
Sebenarnya, tidak ada cara spesifik pun untuk membalas ucapan ini namun anda boleh gunakan dua frasa di bawah sebagai cara untuk membalasnya dengan hormat.
1.“Khair Mubarak“: Anda boleh membalas ucapan Eid Mubarak dengan ucapan “Khair Mubarak”. Ia menggambarkan kemb ali harapan kebaikan kepada individu yang mengucapkannya kepada anda.
2. “JazakAllah Khair”: Selain itu, anda juga boleh membalasnya dengan ucapan “JazakAllah Khair” yang bermaksud “Semoga Allah memberkati anda dengan kebaikan.”
Untuk mendapatkan lebih banyak lagi perkongsian berkenaan dengan ilmu agama dan soal jawab berkenaan fiqh dari sudut pandang Mufti, anda boleh ikuti kami di e-Central (Agama) dan Taqwa.
Akhir kata, semoga hari raya kali ini lebih bermakna untuk anda sekeluarga. Selamat Hari Raya!
Soalan Lazim Ucapan Eid Mubarak
“Eid Mubarak” ialah ucapan dalam bahasa Arab yang bermaksud “Selamat Hari Raya yang diberkati.” Ia digunakan oleh umat Islam di seluruh dunia untuk mengucapkan selamat sempena Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.
Ya, kedua-duanya membawa maksud yang hampir sama. “Selamat Hari Raya” ialah ucapan dalam bahasa Melayu, manakala “Eid Mubarak” berasal daripada bahasa Arab.
Dalam tulisan Jawi, “Eid Mubarak” ditulis sebagai عيد مبارك.
Ya, ucapan ini sesuai digunakan untuk kedua-dua perayaan tersebut kerana “Eid” merujuk kepada hari perayaan dalam Islam.
Ucapan ini bertujuan menyampaikan doa, kegembiraan dan tanda penghargaan kepada orang lain, selain mengeratkan silaturahim sempena hari kemenangan umat Islam selepas Ramadan.
Boleh. Anda boleh mengucapkan “Selamat Hari Raya” atau “Happy Eid” kepada mereka sebagai tanda berkongsi kegembiraan perayaan.



