Salam Aidilfitri: Maksud & Contoh Ucapan سلام عيد الفطر
Ramadan bakal berakhir tidak lama lagi. Pejam celik, pejam celik kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh kurang seminggu lagi.
Mesti anda dah tak sabar nak makan juadah istimewa di hari raya, pakai baju raya baru, bersalaman dan saling mengucapkan Salam Aidilfitri dengan penuh kegembiraan, kan?
Haq, sekiranya anda tercari-cari ucapan Salam Aidilfitri untuk diberikan kepada sanak saudara, rakan-rakan dan pasangan anda boleh rujuk perkongsian di bawah.
Nak jadikan ‘caption’ dekat media sosial pun boleh!
BACA JUGA: Eid Mubarak 2025 (عيد مبارك)- 30 Contoh Ucapan Hari Raya Aidilfitri
Maksud Salam Aidilfitri
Ucapan Salam Aidilfitri adalah salah satu tradisi yang sangat dihargai dalam masyarakat Melayu Islam di Malaysia bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri.
Ia merupakan ungkapan kegembiraan dan rasa syukur atas berakhirnya bulan Ramadan yang penuh dengan ibadah dan ketaatan kepada Allah. Ia juga menandakan permulaan bulan Syawal, di mana umat Islam berkumpul bersama keluarga dan sahabat untuk merayakan kemenangan setelah menjalani ibadah puasa.





Contoh Ucapan Salam Aidilfitri
Ucapan Hari Raya untuk Ibu Bapa
1. Salam Aidilfitri, Ma dan Abah! Semoga syawal ini penuh dengan kebahagiaan untuk kita sekeluarga.
2. Ayah, Ibu!سلام عيد الفطر. Semoga rahmat Allah sentiasa menyertai kita sekeluarga di hari yang mulia ini. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.
3. Salam Aidilfitri kepada ibu dan ayah tercinta. Mohon maaf zahir dan batin atas kekhilafan selama ini. Semoga amalan kita di bulan Ramadan diterima Allah. Amin.
4. Salam Aidilfitri ibu. Terima kasih atas kasih sayang ibu. Minta maaf untuk segala kesilapan selama ini. Kosong-kosong ye!

5. سلام عيد الفطر, maaf zahir batin untuk ibu dan ayah. Semoga bulan Syawal ini mendatangkan keberkatan untuk kita semua.
6. Salam Aidilfitri, Ma dan Abah! Semoga segala doa dan harapan kita tercapai dalam bulan yang mulia ini.
7. Dalam suasana Hari Raya yang penuh meriah ini, izinkan saya mengucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada ibu bapa saya yang tercinta! Semoga hubungan kita semakin erat dan harmoni. Amin.
8. Sempena Hari Raya yang mulia ini, izinkan kami, anak-anakmu ini mengungkapkan rasa terima kasih atas kasih sayang dan segalanya yang telah ibu ayah berikan. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin!

9. سلام عيد الفطر buat kedua orang tuaku yang jauh di mata namun sentiasa dekat di hati. Semoga syawal kali ini memberikan kegembiraan buat ibu dan ayah. Mohon maaf anakmu ini tidak dapat balik beraya bersama. Doakan anakmu sentiasa baik-baik sahaja. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Sayang ibu ayah!
10. سلام عيد الفطر untuk ibu dan ayah yang dikasihi. Mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki atas segala kesilapan selama ini. Semoga Allah sentiasa merahmati ibu dan ayah. Duit raya Along dah bank in tau! Hehe.
11. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mak dan Ayah. Ampunkan segala silap dan salah (Nama) sepanjang tahun ini. Terima kasih kerana membesarkan (Nama) dengan penuh kasih sayang.
12. Buat bonda dan ayahanda tercinta, di hari yang mulia ini, (Nama) memohon ampun maaf zahir dan batin. Doa (Nama) sentiasa mengiringi setiap langkah Mak dan Ayah agar sentiasa sihat dan dilindungi Allah.
13. Selamat Hari Raya, Mak dan Ayah! Maaf zahir dan batin. Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu rahmat dan kebahagiaan buat keluarga kita.
14. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Allah menerima amalan kita dan memberkati Mak serta Ayah dengan kesihatan yang berpanjangan untuk menyambut lebih banyak raya bersama kami.
15. Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa terima kasih (Nama) atas segala pengorbanan Ayah dan Mak. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Sayang Mak dan Ayah selamanya!

Contoh Ucapan Raya untuk Ibu Bapa dalam Bahasa Inggeris
1. Happy Eid to my dearest Mom and Dad. Thank you for your endless love and sacrifices. Please forgive me for any shortcomings. May this Eid bring you immense peace and joy.
2. Eid Mubarak, Mom and Dad! May your hearts be filled with the same happiness and warmth you have always given me. Amin!
3. On this holy occasion, I pray that Allah keeps you healthy and grants you a long, happy life. Thank you for being my strength. Happy Eid Mubarak!
4. Beyond the delicious food and beautiful clothes, the best part of Eid is being with you. Wishing you a serene and joyful Eid filled with laughter. Maaf Zahir dan Batin.
5. Wishing the best parents in the world a blessed Eid. Your guidance is the greatest gift I’ve ever received. Eid Mubarak, and I love you both so much!
Ucapan Hari Raya untuk Kawan-kawan
1. Salam Aidilfitri, kawan-kawan! Semoga hubungan persahabatan kita terus terjalin rapat seperti kuih raya yang lekat bersebelahan.
2. Hari Raya tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran kalian. سلام عيد الفطر, teman-teman!
3. Salam سلام عيد الفطر kawan-kawan. Maaf zahir dan batin, jangan lupa hantar duit raya, jangan jadi kaya raya sorang-sorang!
4. Wahai kawan-kawan, Salam Aidilfitri! Semoga raya kali ini kita dapat duit raya lagi banyak dari tahun lepas kih kih.

5. Hai geng, Salam Aidilfitri! Kalau tak jumpa duit raya pun, jemput datang makan ketupat percuma dekat rumah aku.
6. Hai kawan-kawan, سلام عيد الفطر. Kalau dapat duit raya nanti, jangan lupa bayar hutang. Baru boleh raya dengan senang hati!
7. Wahai kawan-kawan, Salam Aidilfitri, Maaf zahir dan batin. Semoga amalan kita di bulan ramadan diterima Allah. Amin.
8. Salam Aidilfitri sahabatku. Maaf zahir batin ya. Jemput datang beraya di rumah!
9. Selamat hari raya, سلام عيد الفطر buat semua sahabat tercinta. Marilah luangkan masa yang ada untuk beraya bersama-sama. Setahun hanya sekali sahaja. Jom jom.
10. Assalamualaikum sahabat semua. Salam Aidilfitri, maaf zahir batin, kosong-kosong ya! Jemput datang beraya di rumah, makan ketupat sambil borak-borak.
11. Selamat Hari Raya Aidilfitri, [nama kawan]! Maaf zahir dan batin kalau ada terkasar bahasa atau terguris hati sepanjang kita berkawan. Semoga ukhuwah kita terus kekal sampai bila-bila.
12. ya! Makan rendang jangan lupa jemput, duit raya jangan lupa bagi. Maaf zahir batin, moga raya kau tahun ni paling meriah!
13. Terima kasih sebab sentiasa ada waktu susah dan senang. Di hari mulia ini, aku susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf. Selamat Hari Raya, bestie!
14. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Syawal ini membawa keberkahan dan kebahagiaan buat kau sekeluarga. Maaf zahir batin!
15. Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat sahabatku yang paling sporting!

Contoh Ucapan Raya untuk Kawan dalam Bahasa Inggeris
1. Happy Eid Mubarak to my dear friend! May this day bring you lots of laughter, good food, and wonderful memories with your loved ones.
2. Eid Mubarak! I’m so grateful to have a friend like you. Thank you for always being there. Forgive me for any mistakes, and let’s celebrate this beautiful day!
3. Wishing you a vibe-filled Eid! May your Instagram feed be aesthetic and your stomach be full of ketupat. Eid Mubarak, buddy!
4. On this blessed day, I pray that our friendship continues to grow stronger. May Allah shower you with success and happiness. Happy Eid!
5. Sending you warm wishes and virtual hugs this Eid. Hope you have a fantastic celebration. Eid Mubarak and Maaf Zahir Batin!
Ucapan Salam Aidilfitri untuk Pasangan
1. سلام عيد الفطر, sayang! Tiada yang lebih indah daripada merayakan kemenangan Ramadan bersama-sama.
2. Kepada suami/isteri tercinta, Salam Aidilfitri, minal aidil wal faizin! Syawal ini lebih bermakna dengan kehadiranmu di sisiku.
3. Assalamualaikum, cinta hatiku! Salam Aidilfitri. Semoga bahagia dan keberkatan sentiasa menyertai kita.
4. Terima kasih kerana selalu ada di sisi saya, sayang. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Semoga kasih kita kekal abadi dan amalan kita di bulan Ramadan diterima Allah.

5.سلام عيد الفطر, kekasih hatiku. Syukur alhamdulillah atas segala kenangan indah yang kita kongsi. Maafkanlah segala khilafku. Semoga di bulan Syawal ini kita dapat mencipat lebih banyak kenangan indah bersama.
6. Hari ini kita rayakan kemenangan bersama, sayang. Salam Aidilfitri. Taqaballahu minna wa minkum. Semoga cinta kita semakin kukuh dengan redha Allah.
7. Assalamualaikum, suami/isteri tercinta. Semoga syawal kali ini membawa lebih banyak kegembiraan dan cinta dalam kehidupan kita. Salam Aidilfitri!
8. سلام عيد الفطر, cintaku! Maafkanlah segala kesilapan dan ketidaksempurnaanku. Terima kasih atas kasih sayangmu yang tiada putus. Selamat Hari Raya!
9. Di hari yang penuh berkat ini, sayang ingin mengucapkan سلام عيد الفطر kepada suami/isteri ku tercinta. Semoga kasih kita abadi dan diberkati Allah. Maaf zahir batin, kosong-kosong okay!
10. Wahai suami/isteri ku yang tercinta, di saat sinar mentari bersinar terang menyambut kedatangan Hari Raya yang mulia ini, izinkanlah aku menghulurkan ucapan Salam Aidilfitri yang penuh makna untukmu. Maafkanlah segala kesalahan dan khilaf yang mungkin terjadi di antara kita. Izinkanlah aku menjadi bahu yang kukuh untukmu, tempat berteduh saat kesedihan melanda, dan sumber kebahagiaan dalam setiap kejayaan yang kita raih bersama.

11. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat sayangku. Terima kasih kerana menjadi pelengkap hidup dan sentiasa sabar dengan kerenah saya. Maaf zahir dan batin, moga cinta kita diberkati Allah selamanya.
12. Syawal kali ini rasa lebih bermakna sebab ada awak di sisi. Maafkan segala salah silap saya sepanjang kita bersama. Selamat Hari Raya, sweetheart!
13. lamat Hari Raya, sayang. Terima kasih sebab sentiasa jadi penyokong nombor satu saya. Semoga raya-raya akan datang kita terus bersama membina bahagia.
14. Maaf zahir dan batin buat permaisuri/raja hati saya. Semanis-manis kuih raya, awak tetap yang paling manis! Selamat Hari Raya, sayang.
15. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Di hari yang mulia ini, saya berdoa agar hubungan kita terus kuat dan diredhai-Nya. I love you more than words can say.

Contoh Ucapan Raya untuk Kawan dalam Bahasa Inggeris
1. Happy Eid to my better half. Thank you for making every day feel like a celebration. I seek your forgiveness for any mistakes, and I look forward to many more Eids with you.
2. The moon has been sighted, but for me, you are the brightest star in my life. Wishing you a beautiful Eid filled with love and joy. Eid Mubarak, my love.
3. To my dearest partner, Eid Mubarak! Thank you for being my rock and my home. May Allah bless our relationship with endless happiness and peace.
4. I don’t need any Eid gifts because I already have the best one: You. Sending you all my love and warm hugs this Syawal. Maaf Zahir dan Batin.
5. Eid Mubarak to the person who knows me best and loves me most. May Allah keep us together in this world and in Jannah. Have a blessed day, darling.

Background Syawal / Islamik
Dah tahu nak tulis apa dalam ucapan? Anda boleh gandingkan dengan background kosong di bawah, custom-made ikut kesesuaian anda sendiri.
Background / wallpaper Tema Syawal & Hari Raya ini juga boleh digunakan untuk backdrop program, buku program, brosur, surat jemputan.
Background Syawal / Islamik 1

Background Syawal / Islamik 2

Background Syawal / Islamik 3

Background Syawal / Islamik 4

Background Syawal / Islamik 5

Background Syawal / Islamik 6

Background Syawal / Islamik 7

Background Syawal / Islamik 8

Background Syawal / Islamik 9

Background Syawal / Islamik 10

Background Syawal / Islamik 11



Cara Buat Poster Hari Raya Guna Canva
- Pergi ke laman web Canva atau buka aplikasi Canva di telefon.
- Log masuk menggunakan akaun Google, Facebook atau e-mel.
- Pilih Saiz & Template Poster> Klik “Create a design” dan pilih “Poster” atau masukkan dimensi tersuai (contoh: 1080×1080 px).
- Taip “Hari Raya” di kotak carian untuk melihat template berkaitan.
- Pilih gambar latar yang sesuai seperti corak ketupat, masjid, atau lampu pelita ke. Mana-mana pun boleh.
- Gunakan font yang menarik seperti “Montserrat” atau “Pacifico” untuk ucapan seperti “Selamat Hari Raya Aidilfitri”.
- Tambah ikon yang sesuai seperti bulan sabit, bintang, atau doodle Islamik untuk lebih menarik.
- Jika poster untuk perniagaan, tambah logo syarikat atau media sosial.
- Sesuaikan saiz dan posisi agar tidak mengganggu elemen utama.
- Klik “Download”, pilih format PNG atau JPG untuk kualiti terbaik. Pilih PDF Print untuk resolusi tinggi.
Untuk lebih mudah, anda boleh rujuk video Tiktok yang dikongsikan oleh editwithfr di bawah:
Untuk mendapatkan lebih banyak lagi perkongsian berkenaan dengan ilmu agama dan soal jawab berkenaan fiqh dari sudut pandang Mufti, anda boleh ikuti kami di e-Central (Agama) dan Taqwa.
Semoga ucapan-ucapan ini mampu mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang antara anda dan insan tersayang dalam menyambut Hari Raya yang mulia.
Akhir kata, Selamat Hari Raya!




