Talian Kasih merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi orang ramai mengemukakan aduan dan pertanyaan mengenai isu-isu keluarga dan kanak-kanak yang boleh diakses melalui https://www.kpwkm.gov.my/portal-main/article?id=talian-kasih.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut berkaitan talian ini.
Apa Itu Talian Kasih 15999?
Talian Kasih merupakan talian prihatin masyarakat yang menghubungkan orang awam dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi mengemukakan pertanyaan, aduan, permohonan bantuan atau sebarang cadangan yang berkaitan dengan penderaan, pengabaian kanak-kanak, gangguan seksual dan pembuangan bayi.
Menerusi talian ini, orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling, kebajikan kumpulan sasar, bantuan perlindungan, perkhidmatan reporduktif dan bimbingan sosial remaja bagi meningkatkan kesejahteraan emosi Masyarakat.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri sehingga September 2025, sebanyak 50,000 panggilan diterima dengan majoriti daripadanya berkaitan isu kebajikan.
Pertanyaan dan aduan tersebut kemudiannya akan diambil tindakan oleh agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dan Institut Sosial Malaysia (ISM).

Jenis Aduan & Pertanyaan
Pertanyaan dan aduan yang boleh dihubungi melalui talian ini adalah seperti berikut:
- Perkhidmatan Kaunseling
- Penderaan
- Pengabaian kanak-kanak
- Gangguan seksual
- Pembuangan bayi
- Kebajikan kumpulan sasar
- Bantuan perlindungan
- Perkhidmatan kesihatan reproduktif
- Bimbinan sosial remaja

Maklumat Aduan Yang Diperlukan
Sekiranya anda ingin membuat sebarang aduan, sila pastikan maklumat yang diberikan mencukupi seperti:
i- Penderaan/Penganiayaan
- Nama mangsa
- Alamat rumah mangsa
- Nama pelaku
- Hubungan mangsa dengan pelaku
- Butiran mengenai keganasan yang berlaku
ii- Gelandangan/Pengemis
- Lokasi gelandangan
- Butiran lanjut mengenai gelandangan terbabit
iii- Penderaan/Penganiayaan
- Nama mangsa
- Alamat rumah mangsa
- Nama pelaku
- Hubungan mangsa dengan pelaku
- Butiran mengenai pengabaian/penderaan yang berlaku (gambar atau video penderaan terbabit jika ada)
Cara Membuat Aduan/Pertanyaan
Untuk membuat aduan atau pertanyaan menerusi Talian Kasih 15999 ini, terdapat beberapa cara boleh dilakukan:
i- Talian Bebas Tol
Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 15999 yang beroperasi 24 jam 7 hari seminggu untuk membuat sebarang aduan atau mengajukan pertanyaan.

ii- Talian whatsapp
Orang ramai juga boleh mengubungi talian whatsapp iaitu 019-2615999 untuk membuat aduan atau pertanyaan.
iii- Muat turun aplikasi
Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi Talian Kasih 15999 di Google Play dan Apple App Store secara percuma.

Panduan aplikasi ini boleh dirujuk melalui file di bawah:
Soalan Lazim
Fungsi utama talian ini diwujudkan adalah untuk mengemukakan pertanyaan, aduan, permohonan bantuan atau sebarang cadangan yang berkaitan dengan penderaan, pengabaian kanak-kanak, gangguan seksual dan pembuangan bayi.
Permohonan kaunseling boleh dilakukan menerusi talian ini dan pihak KPWKM akan berhubung untuk mendapatkan sesi kaunseling secara bersemuka.
Ya. Sila berikan maklumat-maklumat keganasan rumah tangga seperti
– Nama mangsa
– Alamat rumah mangsa
-Nama pelaku
– Hubungan mangsa dengan pelaku
– Butiran mengenai keganasan yang berlaku
Boleh. Untuk whatsapp, sila hubungi talian 019-2615999.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai talian ini, sila layari laman web Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di pautan https://www.kpwkm.gov.my/.
Baca juga: 15+ Destinasi Mesra Keluarga Negeri Sembilan




