Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Pihak Honda Malaysia telah melancarkan kereta Honda City 2026 bagi pasaran tempatan dengan harga yang ditawarkan bermula serendah RM 89,900.

Berikut adalah info lanjut mengenai model kereta ini.

Mengenai Honda City

Honda City merupakan sebuah kereta ssedan segmen B popular keluaran syarikat automotif Jepun, Honda yang mula diperkenalkan sejak tahun 1981.

Pada asalnya, Honda City dihasilkan sebagai sebuah kereta bandar raya atau hatchback kompak sebelum dihentikan pada tahun 1994.

Kemudian, Honda menghidupkan semula nama City pada tahun 1996 sebagai sebuah kereta sedan empat pintu khusus untuk pasaran negara membangun dan di Asia berasaskan platform Civic bagi generasi awal.

Ia kemudiannya beralih kepada pelbagai platform segmen-B seperti Honda Jazz dan pesaing dalam segmen ini adalah seperti Toyota Vios dan Nissan Almera.

Honda City lazimnya dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menjana sekitar 119 hp dan tork 145 Nm, atau pilihan hibrid e:HEV.

Reka Bentuk Terbaharu Honda City 2026

i- Bahagian Luar Hadapan

Kereta ini tampil dengan identiti baharu yang lebih moden dengan reka bentuk semula bahagian luar GN2 menampilkan bahagian hadapan yang lebih tajam, dengan lampu hadapan lebih ramping dan bampar baharu.

Bagi versi RS dan hibrid, ia menampilkan corong pengambilan udara tengah dengan reka bentuk lebih tajam dan melengkung ke atas, manakala varian petrol bukan RS pula menggunakan reka bentuk yang kurang agresif dan melengkung ke bawah, diapit oleh elemen ‘air curtain’ berwarna hitam.

Selain itu, gril corak sarang lebah telah direka bentuk lebih ramping, dengan logo Honda kini dialihkan dari gril ke bahagian atas dan elemen ‘unibrow’ yang berwarna sama dengan badan kenderaan.

Model RS turut dilengkapi dengan jalur lampu yang merentasi lebar gril tersebut.

Untuk lampu hadapan, semua varian kini mempunyai lampu hadapan projektor LED berbanding varian E yang sebelum ini menampilkan lampu projektor halogendan sahaja.

ii- Bahagian Luar Pintu

Untuk pemegang pintu kereta pula, reka bentuk terkini menunjukkan warna sama dengan badan kenderaan berbanding kemasan krom sebelum ini.

Selain itu, cermin sisi kereta juga kini mempunyai fungsi lipatan automatik.

iii- Bahagian Luar Belakang

Bahagian belakangnya mengekalkan bentuk yang biasa dilihat sebelum ini, namun bampar belakang telah direka semula menampilkan bahagian tengah jenis ‘jaring’ (mesh) berwarna hitam yang menyerupai gril, sisipan ala-difuser, elemen rekaan berkembar menyerupai ‘taring’, serta pemantul cahaya menegak.

Rekaan lampu belakang berbentuk trapezoid dikekalkan, namun unit pada varian RS kini tampil dengan gaya ‘albino’—elemen rekaan dalamannya menggabungkan warna jernih dan hitam, serta menyala dengan warna merah apabila diaktifkan.

iv- Bahagian Dalam

Untuk bahagian dalam, susun atur dan konfigurasi ruang dalaman kekal sama, namun beberapa bahagian telah ditambah baik seperti kemasan papan pemuka pada varian RS kini beralih daripada kemasan berwarna merah sepenuhnya kepada kemasan perak bertekstur (dengan garisan aksen merah), serta dilengkapi dengan sistem pencahayaan ambien.

Varian E masih mengekalkan unit utama skrin sentuh ‘Display Audio’ bersaiz lapan inci yang sama, lengkap dengan sokongan berwayar Android Auto dan Apple CarPlay.

Untuk varian V dan RS pula telah dinaik taraf kepada skrin sentuh infohibur ‘Display Audio’ baharu yang lebih besar, iaitu bersaiz 10 inci.

Ciri Keselamatan

Untuk ciri keselamatan, Honda SENSING kekal sebagai kelengkapan standard semua varian yang merangkumi:

  • Auto High Beam (AHB)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Low Speed Follow (LSF) – varian e:HEV RS
  • Lead Car Departure Notification (LCDN)

Warna Pilihan

Warna pilihan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Platinum White Pearl
  • Meteoroid Gray Metallic
  • Stellar Diamond Pearl
  • Blazing Red Pearl

Harga Ditawarkan

Harga yang ditawarkan bagi model ini adalah seperti berikut:

  • City 1.5L e:HEV RS: RM 111,900
  • City 1.5L Petrol RS: RM 99,900
  • City 1.5L V: RM 94,900
  • City 1.5L E: RM 89,900

Soalan Lazim

Berapakah harga yang ditawarkan untuk model Honda City 2026?

– City 1.5L e:HEV RS: RM 111,900
– City 1.5L Petrol RS: RM 99,900
– City 1.5L V: RM 94,900
– City 1.5L E: RM 89,900

Apakah warna pilihan yang boleh menjadi pilihan pengguna?

– Platinum White Pearl
– Meteoroid Gray Metallic
– Stellar Diamond Pearl
– Blazing Red Pearl

Apakah ciri keselamatan Honda SENSING masih dikekalkan?

Ya, Honda SENSING kekal sebagai kelengkapan standard semua varian yang merangkumi:
– Auto High Beam (AHB)
– Lane Departure Warning (LDW)
– Road Departure Mitigation (RDM)
– Lane Keep Assist System (LKAS)
– Forward Collision Warning (FCW)
– Collision Mitigation Braking System (CMBS)
– Adaptive Cruise Control (ACC)
– Low Speed Follow (LSF) – varian e:HEV RS
– Lead Car Departure Notification (LCDN)

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan kereta ini?

Anda boleh mengunjungi bilik pameran Honda yang berhampiran.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Honda City Malaysia iaitu https://www.honda.com.my/.

Baca juga: Proton Capital: Skim Pinjaman Kereta Rasmi PROTON, Lulus Dalam 1 Hari!

Penulis