Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan STPM Semester 2 2026 dibuka bermula 25 MEI SEHINGGA 19 JUN 2026. Untuk memohon, sila layari pautan berikut: https://mecea.mpm.edu.my/permohonan_sukarelawan/ bermula 25 Mei 2026.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) membuka tawaran sebagai sukarelawan pengawas peperiksaan STPM kepada individu yang berminat untuk berkhidmat bagi menjayakan proses peperiksaan besar ini.
Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh rujuk info lebih terperinci di bawah.
BACA JUGA: Sekolah Model Khas KPM 2026 – Senarai Sekolah & Permohonan
Iklan Tawaran Sebagai Sukarelawan Pengawas Peperiksaan STPM Sem 2 2026
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) kini membuka peluang kepada individu warganegara Malaysia untuk menyertai program sukarelawan pengawas peperiksaan STPM Semester 2 bagi tahun 2026.
Program ini bukan sahaja membuka peluang kepada pelajar, pesara, dan pekerja bukan kerajaan untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti produktif, malah ia memberi pengalaman berharga serta elaun harian sepanjang tempoh bertugas.
Rujuk poster hebahan di bawah:

Kelayakan
Tawaran ini terbuka kepada:
- Pesara Kerajaan (Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
- Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Institut Pendidikan Guru (IPG), Lepasan IPTA/IPTS/Asasi/Matrikulasi
- Guru Sekolah Menengah Agama (SMA) Kerajaan Negeri/Sekolah Swasta/Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
- Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)/Pekerja Kontrak Kerajaan
- Kakitangan Bukan Kerajaan/Pesara kerajaan/Pesara Swasta
Syarat Lantikan
Selain itu, bagi memastikan calon pengawas dapat menjalankan tugas dengan baik, MPM menetapkan beberapa syarat kelayakan asas yang perlu dipenuhi. Secara umumnya, calon mestilah:
- Warganegara Malaysia;
- Tidak menduduki mana-mana peperiksaan semasa ditugaskan sebagai pengawas;
- Berumur tidak kurang daripada 19 tahun dan tidak melebihi 65 tahun;
- Mempunyai kelulusan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf;
- Sihat fizikal dan mental serta tiada penyakit kronik;
- Dapat memberikan komitmen sepenuhnya dan boleh mematuhi arahan/peraturan;
- Bagi pesara, keutamaan kepada yang mendapat pengesahan kesihatan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan/swasta;
- Keutamaan kepada yang boleh memandu dan mempunyai lesen sah serta mempunyai kenderaan sendiri;
- Pelantikan petugas peperiksaan adalah sebagai pengawas peperiksaan sahaja;
- Had bilangan pengawas sukarelawan adalah bergantung kepada keperluan Jabatan Pendidikan Negeri; dan
- Sekiranya pemohon tidak menerima surat perlantikan 3 hari sebelum peperiksaan/ujian bermula, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Calon yang mempunyai pengalaman sebagai pengawas peperiksaan di mana-mana institusi sebelum ini amat digalakkan untuk memohon, namun pengalaman bukanlah syarat wajib.
Syarat dan kriteria tambahan :
| KATEGORI | SYARAT DAN KRITERIA TAMBAHAN |
|---|---|
| Kategori 1: Pesara Kerajaan (Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) | Umur tidak melebihi 65 tahun.Terbuka kepada pesara PPP siswazah atau bukan siswazah. |
| Kategori 2: Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Institut Pendidikan Guru (IPG), Lepasan IPTA/IPTS, Lepasan Matrikulasi, Lepasan Asasi. | Berumur 19 tahun dan ke atas. |
| Kategori 3: Guru Sekolah Menengah Agama (SMA) Kerajaan Negeri/Sekolah Swasta/Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) | Berumur 19 tahun dan ke atas.Terbuka kepada guru siswazah atau bukan siswazah. |
| Kategori 4: Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)/Pekerja Kontrak Kerajaan | Berumur 19 tahun dan ke atas.Mempunyai kelulusan minimum SPM atau setaraf. |
| Kategori 5: Kakitangan Bukan Kerajaan / Pesara Kerajaan / Pesara Swasta | Berumur 19 tahun dan ke atas.Bagi pesara, umur hendaklah tidak melebihi 65 tahun.Mempunyai kelulusan minimum SPM atau setaraf. |
Cara Mohon Sukarelawan Pengawas Peperiksaan STPM 2026
Untuk memohon, sila layari pautan berikut https://mecea.mpm.edu.my/permohonan_sukarelawan/
Isi borang dengan lengkap. Sila baca arahan dengan teliti;
- Sila lengkapkan borang ini dengan huruf besar.
- Sila lampirkan salinan kad pengenalan dan dokumen/sijil berkaitan.
- Sila tandakan (/) di petak berkenaan.
- Kelayakan: Lepasan IPT/AKP/Bersara
Tempoh Permohonan Dibuka
Permohonan untuk menjadi sukarelawan pengawas peperiksaan STPM 2025/2026 dibuka mulai 25 MEI SEHINGGA 19 JUN 2026.
Tarikh dan Masa Bertugas
Tarikh dan masa bertugas bagi sukarelawan pengawas peperiksaan STPM tahun 2025/2026 dijadualkan adalah mengikut jadual rasmi peperiksaan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia seperti di bawah:
- 29 Jun 2026
- 30 Jun 2026
- 1 Julai 2026
- 2 Julai 2026
- 6 Julai 2026
Sepanjang tempoh ini, sukarelawan akan menjalankan tugas mengawal dan memantau peperiksaan STPM di lokasi yang telah ditetapkan.
Kadar Bayaran
- RM100 untuk keseluruhan tempoh sesi peperiksaan Semester 2 STPM 2026
- Elaun Perjalanan Kenderaan: RM0.85 bagi setiap kilometer
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP, JPN) di negeri pilihan yang dikemukakan permohonan.
Maklumat SPP, JPN boleh diperolehi di: https://direktori.moe.gov.my
Soalan Lazim Pengawas Peperiksaan STPM 2025/2026
Pengawas peperiksaan STPM akan bertugas mengikut jadual rasmi Peperiksaan STPM 2025/2026 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia:
– 29 Jun 2026
– 30 Jun 2026
– 1 Julai 2026
– 2 Julai 2026
– 6 Julai 2026
Untuk memohon, sila layari pautan berikut : https://mecea.mpm.edu.my/permohonan_sukarelawan/
– Pesara Kerajaan (Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
– Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)/Pekerja Kontrak Kerajaan
– Kakitangan Bukan Kerajaan/Pesara kerajaan/ Pesara Swasta
– Pelajar lnstitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), lnstitut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Institusi Pendidikan Guru (IPG), Lepasan IPTA/IPTS/Asasi/Matrikulasi
– Guru Sekolah Menengah Agama (SMA) Kerajaan Negeri/Sekolah swasta/Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Tugas utama termasuk mengawasi perjalanan peperiksaan di dalam dewan, mengedarkan bahan peperiksaan, memungut kertas jawapan, mengawal pergerakan calon semasa peperiksaan berlangsung, dan membantu ketua pengawas dalam pelaksanaan tugas.
Pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui e-mel atau telefon dalam tempoh tertentu. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas sebulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.
Ya, elaun dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dan bayaran akan dibuat selepas tamat tempoh peperiksaan. Ia turut termasuk elaun perjalanan dan elaun harian mengikut kadar semasa.
Lokasi bertugas akan di lokasi peperiksaan yang telah ditetapkan oleh pihak lembaga peperiksaan di negeri masing-masing, termasuk pusat-pusat peperiksaan di seluruh Malaysia.
Ya, asalkan berumur 18 tahun ke atas dan memenuhi kriteria lain seperti sihat tubuh badan, tiada rekod jenayah, serta mampu menjalankan tugas dengan baik, mereka layak memohon.
Pemohon perlu menyediakan dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan, bukti kelayakan akademik dan dokumen sokongan lain yang diperlukan semasa proses permohonan online.




