Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Permohonan Kemasukan ke Kelas Aliran Agama (KAA), Aliran Dini, dan Tahfiz bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 (Kalendar Akademik 2027) dibuka bermula dari 28 September hingga 28 Oktober 2026 melalui portal rasmi idMe KPM di https://idme.moe.gov.my/login menerusi modul SPAAD.

Kelas Aliran Agama (KAA) melibatkan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) terpilih.

Manakala, aliran Dini dan Tahfiz pula elibatkan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi negeri dan institusi berikut:

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Sarawak
  • Maahad Imtiyaz Integrasi Ilmuan Ulul Albab (ILMU), Selangor
  • SMA Tengku Amalin A’ishah Putri, Kelantan

Rujuk cara memohon, tarikh-tarikh penting, persediaan dan maklumat penting berkaitan Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini, Tahfiz 2027 di bawah.

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini dan Tahfiz 2027

Apa Itu KAA, Dini, Tahfiz?

KAA, Dini, dan Tahfiz adalah program pendidikan bercirikan keagamaan Islam yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di peringkat sekolah menengah. Ketiga-tiga aliran ini digubal untuk memberi peluang kepada murid menguasai bidang keagamaan dan Bahasa Arab tanpa mengabaikan silibus akademik perdana.

  • Kelas Aliran Agama (KAA): KAA adalah kelas khas yang diwujudkan di dalam premis Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) harian biasa yang terpilih di seluruh negara.
  • Kurikulum Bersepadu Dini (KBD): Aliran Dini ditawarkan secara khusus di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak, Selangor (Maahad Imtiyaz Integrasi Ilmuan Ulul Albab), dan Kelantan (SMA Tengku Amalin A’ishah Putri).
    • Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT): Aliran Tahfiz menggabungkan komponen akademik kebangsaan dengan sistem hafazan Al-Quran secara bersistematik, ditawarkan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi negeri dan institusi khas yang sama seperti Aliran Dini.

    Permohonan boleh dilakukan di portal rasmi idMe KPM di https://idme.moe.gov.my/login menerusi modul SPAAD.

    Apa Itu SPAAD?

    SPAAD (Sistem Permohonan Aliran Agama, Aliran Dini dan Aliran Tahfiz) ialah sistem dalam talian yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan bagi memudahkan proses permohonan kemasukan murid ke:

    • KELAS ALIRAN AGAMA: di Sekolah Menengah Kebangsaan
    • KELAS ALIRAN DINI SERTA TAHFIZ: di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

    Permohonan dibuka untuk:

    • TINGKATAN 1
    • TINGKATAN 4

    SPAAD MEMUDAHKAN ANDA:

    • Permohonan dalam taliancepat, mudah dan selamat
    • Maklumat permohonantepat dan terkini
    • Maklumat status permohonansecara masa nyata
    • Data murid selamat dan dilindungi

    SPAAD boleh diakses melalui portal rasmi idMe KPM di https://idme.moe.gov.my/login

      Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini dan Tahfiz 2027

      PERINGATAN: Bagi Ibu bapa / penjaga yang belum pernah mendaftar idMe, perlu mendaftar di “Daftar Baru” sebagai pengguna baharu.

      Tarikh Permohonan Dibuka

      Tarikh permohonan online bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 (KAA, Dini & Tahfiz) Kalendar Akademik Sesi 2027 adalah seperti berikut:

      • Tarikh Buka: 28 September 2026
      • Tarikh Tutup: 28 Oktober 2026

      Siapa Boleh Memohon?

      PENGAMBILAN MURID TINGKATAN 1

      • Warganegara Malaysia beragama Islam
      • Murid Tahun 6 tahun semasa
      • Murid sekolah rendah KPM
      • Murid sekolah rendah luar KPM
      • Pencapaian baik dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
      • Aktif dalam Kokurikulum

      PENGAMBILAN MURID TINGKATAN 4

      • Warganegara Malaysia beragama Islam
      • Murid Tingkatan 3 tahun semasa
      • Pencapaian baik dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
      • Mengikuti kurikulum Bahasa Arab di peringkat menengah rendah
      • Murid daripada sekolah menengah KPM dan luar KPM
      • Aktif dalam Kokurikulum

      MURID DARIPADA:

      • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
      • Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
      • Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR)
      • Sekolah Menengah Kebangsaan – Kelas Aliran Agama (SMK-KAA)
      • Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN)
      • Sekolah Menengah Agama Swasta
      Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini dan Tahfiz 2027

      Cara Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini, Tahfiz 2027

      Bagi ibu bapa / penjaga yang ingin membuat permohonan, sila rujuk cara-caranya di bawah:

      1. Layari portal rasmi pengurusan identiti KPM melalui pautan idMe KPM di https://idme.moe.gov.my/
      2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan kata laluan penjaga yang telah disahkan. Pastikan log masuk menggunakan akaun yang didaftarkan sebagai Penjaga Utama di dalam sistem sekolah (MOEIS).
      3. Pada paparan papan pemuka (dashboard) utama idMe, cari dan klik pada menu Aplikasi, kemudian pilih ikon SPAAD (Sistem Permohonan Aliran Agama dan Dini).
      4. Klik pada pautan permohonan aktif berdasarkan peringkat umur anak anda sama ada Modul Tingkatan 1 atau Modul Tingkatan 4.
      5. Sistem akan menarik profil peribadi dan maklumat akademik anak anda secara automatik melalui integrasi pangkalan data MOEIS. Sila semak ketepatan nama, nombor kad pengenalan, serta rekod sekolah asal anak anda.
      6. Pilih jenis program yang dikehendaki (KAA, Dini, atau Tahfiz). Sistem akan memaparkan senarai sekolah (SMK atau SABK) terdekat yang menawarkan aliran tersebut berdasarkan zon kediaman anda. Susun sekolah pilihan mengikut keutamaan anda.
      7. Klik butang Simpan, klik Penyelarasan Data MOEIS, dan klik Sahkan. Seterusnya, tandakan pada kotak perakuan pengesahan untuk mengaku janji bahawa semua maklumat yang dimasukkan adalah benar.
      8. Klik butang Hantar. Selepas permohonan berjaya diproses, muat turun dokumen PDF dan cetak Slip Permohonan sebagai bukti dokumentasi rasmi.
      Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini dan Tahfiz 2027

      Muat Turun Manual Pengguna SPAAD (PDF)

      Sila rujuk manual pengguna SPAAD di bawah untuk mengetahui cara permohonan kemasukan ke KAA, DINI dan Tahfiz dengan lebih terperinci.

      Proses Permohonan Hingga Penempatan Rayuan

      1️⃣ PERMOHONAN (IBU BAPA/PENJAGA)

      • Kemas kini maklumat anak jagaan
      • Hantar Permohonan

      2️⃣ TEMU DUGA / SARINGAN (BAGI SEKOLAH YANG ADA SARINGAN)

      • Tawaran / Terima tawaran temuduga
      • Proses temuduga (PPD dan Sekolah)

      3️⃣ PADANAN DATA PENTAKSIRAN (BAHAGIAN)

      4️⃣ PROSES PEMILIHAN CALON

      5️⃣ PENAWARAN

      • Keputusan penempatan
      • Pengesahan terima penempatan

      6️⃣ RAYUAN (JIKA GAGAL)

      • Proses pemilihan calon rayuan
      • Penempatan Rayuan

      7️⃣ PENAWARAN MURID SWASTA

      • Keputusan penempatan
      • Pengesahan terima penempatan
      • Rayuan (Jika gagal)
      Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini dan Tahfiz 2027

      Persediaan Sebelum Memohon Melalui SPAAD

      Pastikan anda membuat persediaan berikut bagi memastikan tiada ralat teknikal atau keciciran data murid semasa permohonan sebenar dilakukan:

      IBU BAPA / PENJAGA MURID KPM

      Kemas kini:

      1. Maklumat peribadi
      2. Alamat tempat tinggal
      3. Maklumat anak jagaan (Tahun 6 / Tingkatan 3)

      PENGURUSAN AWAM (KEMENTERIAN PENDIDIKAN)

      • Semua kemas kini dibuat dalam Modul Pengurusan Awam.

      🟡IBU BAPA / PENJAGA MURID DARIPADA INSTITUSI PENDIDIKAN LUAR KPM

      1. Daftar pengguna baharu (jika belum pernah mendaftar)
      2. Kemas kini maklumat peribadi
      3. Kemas kini alamat tempat tinggal
      4. Tambah maklumat anak jagaan (Tahun 6 / Tingkatan 3)

      PENTING: PASTIKAN MAKLUMAT ADALAH TEPAT DAN TERKINI sebelum membuat permohonan di SPAAD.


        Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini dan Tahfiz 2027

        Tarikh-tarikh Penting

        • 14 SEPTEMBER 2026: Hebahan iklan permohonan melalui surat pemakluman, e-mel, media sosial dan web site KPM.
        • 28 SEPTEMBER – 28 OKTOBER 2026 (31 HARI): Permohonan dibuka.
        • 4 – 20 NOVEMBER 2026 (17 HARI): Penerimaan tawaran temuduga dan proses temuduga (bagi sekolah yang membuat pemilihan kelayakan melalui temuduga).
        • 7 – 18 DISEMBER 2026 (12 HARI): Tawaran penempatan, pengesahan penempatan murid dan rayuan (murid KPM).
        • 16 – 23 DISEMBER 2026 (8 HARI): Proses permohonan murid daripada institusi pendidikan luar KPM ke sekolah KPM di PPD/JPN dengan membawa borang permohonan SPAAD dan ASBS.
        • 24 – 31 DISEMBER 2026 (8 HARI): Tawaran penempatan rayuan dan pengesahan penempatan murid rayuan (murid KPM).
        • 24 – 31 DISEMBER 2026 (8 HARI): Tawaran penempatan, pengesahan penempatan dan rayuan murid (murid daripada institusi pendidikan luar KPM).

        Senarai Semak Permohonan, Tawaran Temuduga, Penempatan dan Rayuan

        SENARAI SEMAK PERMOHONAN (IBU BAPA / PENJAGA MURID LUAR KPM)

        📅 TARIKH: 28 SEPTEMBER – 28 OKTOBER 2026

        01) Akses SPAAD melalui idMe

        • Nota: pastikan telah mendaftar dan kemas kini profil ibu bapa/penjaga dan anak jagaan di aplikasi Pengurusan Awam.

        02) Masuk ke profil untuk penyelarasan data MOEIS

        03) Masuk ke laman utama untuk pilih kategori permohonan

        • KAA: Pilih permohonan mengikut tingkatan ➡️ Tingkatan 1 atau Tingkatan 4
        • SABK: Pilih permohonan mengikut tingkatan ➡️ Tingkatan 1

        04) Lengkapkan maklumat permohonan

        • Pilih nama pemohon
        • Pilih sekolah yang ingin dipohon ➡️ Pilihan 1 | Pilihan 2 | Pilihan 3
        • 🔄 Penyelarasan data MOEIS (Semak dan sahkan data):
          • Profil anak
          • Adik beradik
          • Penjaga
          • Alamat
          • Kesihatan
          • Keputusan Peperiksaan Anak

        05) Hantar permohonan

        • a. Sahkan permohonan ➡️ b. Perakuan hantar permohonan ➡️ c. Cetak Borang permohonan ➡️ d. Muat turun Borang ASBS dari manual pengguna ➡️ e. Dokumen diserahkan kepada:
          1. Diserahkan semasa sesi temu duga (bagi sekolah yang dipohon ada temu duga)
          2. Diserahkan kepada PPD/JPN (bagi sekolah yang dipohon tiada temu duga)

        Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini, Tahfiz 2027 4

        SENARAI SEMAK TAWARAN TEMU DUGA, PENAWARAN DAN RAYUAN (TINDAKAN IBU BAPA / PENJAGA MURID KPM)

        06) 📅 4 – 20 NOVEMBER 2026 ➡️ TEMU DUGA

        1. Terima tawaran temu duga (bagi sekolah yang mengadakan temu duga)
        2. Sahkan panggilan temu duga dan mengesahkan kehadiran temu duga
        3. Cetak Surat temu duga
        4. Hadir ke lokasi temu duga

        07) 📅 7 – 18 DISEMBER 2026 ➡️ TAWARAN PENEMPATAN & RAYUAN

        • 👍 JIKA BERJAYA
          1. Terima tawaran penempatan
          2. Sahkan terima penempatan
          3. Cetak surat tawaran
        • 👎 JIKA TIDAK BERJAYA
          1. Klik butang Rayuan
          2. Lengkapkan pilihan sekolah
          3. Hantar permohonan rayuan

        08) 📅 24 – 31 DISEMBER 2026 ➡️ TAWARAN PENEMPATAN RAYUAN

        • 👍 JIKA BERJAYA
          1. Terima tawaran penempatan rayuan
          2. Sahkan terima penempatan
          3. Cetak surat tawaran

        Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini dan Tahfiz 2027

        Maklumat Lanjut

        Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan kemasukan Tingkatan 1 dan 4 ke KAA, Dini, Tahfiz 2027 boleh dirujuk di portal rasmi permohonan: https://idme.moe.gov.my/login

        Bagi urusan berkaitan syarat kelayakan, semakan kuota penempatan sekolah, jadual ujian saringan/temu duga, serta penyerahan dokumen fizikal, anda perlu merujuk kepada Sektor Pendidikan Islam (SPI) di JPN negeri atau PPD kawasan masing-masing.

        Soalan Lazim Permohonan kemasukan ke KAA, Dini, Tahfiz 2027

        Bilakah permohonan online SPAAD Sesi 2027 dibuka dan ditutup

        Permohonan dibuka secara rasmi mulai 28 September 2026 dan akan ditutup pada 28 Oktober 2026 (berlangsung selama 31 hari).

        Di manakah permohonan boleh dibuat?

        Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi modul SPAAD di portal Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) KPM. Tiada borang manual disediakan untuk pendaftaran awal.

        Saya belum pernah mendaftar akaun idMe. Apa yang perlu saya lakukan?

        Anda perlu klik pada butang “Daftar Baru” di laman utama idMe. Isi maklumat anda sebagai penjaga utama, kemas kini profil di Modul Pengurusan Awam, dan tambah maklumat anak jagaan sebelum mengakses aplikasi SPAAD.

        Bilakah keputusan tawaran penempatan akan diumumkan?

        Keputusan rasmi bagi murid KPM akan diumumkan antara 7 hingga 18 Disember 2026. Manakala untuk murid dari institusi luar KPM, keputusan akan diumumkan pada 24 hingga 31 Disember 2026.

        Penulis