Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 22 September 2026.

Minggu lepas, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya sistem multi Tabung (Tabung Am & Tabung Istito’ah) TH, penambahbaikan BUDI Diesel, tambahan perlindungan subsidi elektrik, MyKad Generasi Baru, kenaikan had kelayakan pendapatan Baucar Kita Selangor dan macam-macam lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

bantuan insentif minggu ini

1. TH Perkenal Multi Tabung – Tabung Am & Tabung Istito’ah

Pada 11 September 2026, Tabung Haji telah mengumumkan kelayakan giliran haji, yang kini ditetapkan secara automatik. Tiada lagi pendaftaran manual. Dengan sistem terbaru ini, pendeposit yang mempunyai simpanan RM15,000 akan menerima Kelayakan Giliran Haji Automatik. Pelarasan giliran haji akan dilaksanakan pada 1 Januari 2029 tanpa menjejaskan prinsip siapa dahulu, didahulukan (First-Come, First-Served).

Selain itu, Lembaga Tabung Haji (TH) turut memperkenalkan Multi-Tabung, di mana setiap akaun TH kini mempunyai dua tabung iaitu Tabung Am dan Tabung Istito’ah. Multi-Tabung ini bertujuan membantu para pendeposit membina simpanan Haji secara lebih terancang. Apa maksud kedua-dua tabung ini?

  • Tabung Am merupakan tabung utama buat para pendeposit untuk mengurus keperluan simpanan dan transaksi – boleh dikeluarkan serta-merta
  • Tabung Istito’ah memberi fokus kepada pembentukan kemampuan kewangan serta menjadi penanda aras tahap persediaan untuk perjalanan haji – perlu pemindahan ke Tabung Am sebelum boleh dikeluarkan dalam tempoh 10 hari

Kini, selaras dengan pengenalan Pelan Persediaan Haji – #SeruanIstitoah, aplikasi THiJARI akan memaparkan maklumat akaun setiap pendeposit yang kini dibahagikan kepada dua tabung, iaitu Tabung Am dan Tabung Istito’ah.

Ada yang dipindahkan RM1300, RM5 atau RM14995 ke dalam Tabung Istito’ah, tertakluk kepada status pendaftaran Haji masing-masing. Sila rujuk lampiran di bawah untuk lebih faham.

TABUNG ISTITOAH
Sumber: Tabung Haji

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tabung ini, sila rujuk artikel : Tabung Istito’ah TH – Fungsi & Info Penting yang Perlu Anda Tahu

2. MyKad Generasi Baru Diperkenal – Boleh Tukar Secara Online

MyKad Generasi Baharu bukan sekadar tampil dengan wajah baharu. Di sebalik reka bentuknya, terdapat pembaharuan teknologi yang menyokong aspek keselamatan dan pengesahan identiti.

Melalui struktur MyKad yang baharu, elemen keselamatan dipertingkatkan bagi memperkukuh perlindungan identiti, selain membantu mencegah pemalsuan dan penyalahgunaan dokumen pengenalan diri.

mykad generasi baharu 2

Berikut adalah beberapa perkara yang rakyat Malaysia perlu ambil tahu tentang MyKad Generasi Baru:

  1. Tak semua orang perlu berpusu-pusu tukar MyKad sedia ada masih sah dan boleh terus digunakan. Gantian hanya disarankan sekiranya MyKad anda rosak, patah, cip bermasalah atau hilang.
  2. Gantian MyKad Generasi Baharu hanya RM10 bagi gantian biasa.
  3. MyKad Generasi Baharu juga boleh digunakan untuk urusan penebusan subsidi dan bantuan kerajaan seperti BUDI95, tertakluk kepada syarat program berkenaan.
  4. MyKad Generasi Baru tiada fungsi Touch n Go.
  5. Kedudukan cip kini berada di belakang kad, berbanding yang sekarang berada di bahagian depan.
  6. Sebanyak 40 Cawangan JPN dengan Pusat Cetakan tersedia sahaja yang boleh mengeluarkan MyKad pada hari yang sama (sila rujuk lampiran gambar di bawah).

Bagi anda yang malas nak beratur, anda juga boleh membuat permohonan melalui portal rasmi Sistem Gantian MyKad JPN (gantianmykad.jpn.gov.my). Nanti bila dah siap, terus pickup! Proses permohonan Mykad boleh diselesaikan dalam masa kurang daripada 10 minit secara digital.

3. Bil TNB Tinggi? Subsidi Elektrik Kini Ditingkatkan Kepada 800kWj Sebulan

Lebih lapan juta pengguna domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB), atau sehingga 90 peratus pengguna, kini dilindungi daripada caj tambahan bil elektrik bagi penggunaan sehingga 800 kilowatt jam (kWj) sebulan, susulan peningkatan aras perlindungan yang diputuskan kerajaan.

Ini bermaksud, pengguna 800 kWj dan ke bawah dikecualikan daripada beberapa caj bil, iaitu Caj Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA), 8% cukai jualan dan perkhidmatan (SST), serta RM10 caj peruncitan.

Tempoh perlindungan berkuat kuasa bagi penggunaan September hingga 31 Disember 2026, di mana pengurangan September dikreditkan dalam bil Oktober.

TNB turut berkongsi 4 Langkah Jimat Elektrik yang boleh dipraktikkan di rumah:

  1. Pantau penggunaan: Gunakan aplikasi myTNB untuk pantau penggunaan elektrik.
  2. Cekap tenaga: Tetapkan penyaman udara pada 24°C hingga 26°C. Gunakan peralatan elektrik 4 atau 5 bintang.
  3. Guna skim Time of Use (TOU): Gunakan elektrik pada waktu luar puncak (10 malam – 2 petang, Isnin – Jumaat, serta sepanjang hari Sabtu, Ahad, dan cuti umum).
  4. Solar bumbung: Inisiatif Solar ATAP dan SURIANA Home. Rebat sehingga RM3,000 untuk sistem 5 kWac dengan tempoh pulangan modal sekitar 8 tahun.

4. Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 bagi KAA, Dini & Tahfiz 2027

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 bagi KAA, Dini & Tahfiz untuk Kalendar Akademik 2027 akan dibuka mulai 28 September 2026 – 28 Oktober 2026.

Permohonan dibuat secara dalam talian melalui SPAAD (MOEIS / idMe KPM) https://idme.moe.gov.my/login

Ibu bapa/penjaga murid Tahun 6 yang berminat boleh membuat permohonan mengikut panduan dan syarat yang ditetapkan.

Untuk makluman, SPAAD terbuka kepada murid yang berkelayakan untuk memohon kemasukan ke Kelas Aliran Agama (KAA), Aliran Dini dan Tahfiz.

Sila rujuk syarat-syarat dalam infografik di bawah.

Permohonan dibuat secara dalam talian melalui SPAAD (MOEIS / idMe KPM) https://idme.moe.gov.my/login

5. Penambahbaikan BUDI Diesel

BUDI Diesel ditambah baik demi manfaat rakyat. ​Semasa Sambutan Hari Malaysia 2026 di Kuching, Perdana Menteri telah mengumumkan penambahbaikan baharu untuk pemegang kelayakan BUDI Diesel.

Antara penambahbaikan yang diperkenalkan termasuklah:

  1. Pemindahan kelayakan kini boleh dibuat kepada mana-mana individu yang layak dan merupakan pengguna sebenar kenderaan.
  2. Pemilik lebih daripada satu kenderaan diesel persendirian boleh memindahkan kelayakan kepada maksimum tiga individu.
  3. Pemilik pikap atau jip yang layak boleh memohon tambahan 100 liter sebulan, tertakluk kepada syarat ditetapkan.

Permohonan dibuka mulai 16 September 2026. Sila layari budimadani.gov.my atau media sosial Kementerian Kewangan.

6. Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan / Rumah Tamu Dibuka 22 Sept

TEMPAHAN RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN (RPP) DAN RUMAH TAMU (RT) BAGI SUKU KEEMPAT TAHUN 2026

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan membuka Sistem Tempahan Penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Tamu (RT) bagi suku keempat tahun 2026 seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh Penginapan : 1 Oktober 2026 hingga 3 Januari 2027
  • Tarikh Pembukaan Tempahan : 22 September 2026 (Selasa)
  • Masa : 12.00 tengah hari

Semua penjawat awam, pesara Kerajaan dan badan berkanun yang layak adalah dipelawa untuk membuat tempahan melalui sistem yang disediakan bermula pada tarikh dan masa yang dinyatakan.

JANGAN LUPA!!! SILA MENDAFTAR DI SISTEM PROMIS MELALUI CAPAIAN https://promis.bph.gov.my/ UNTUK MEMBOLEHKAN ANDA MEMBUAT TEMPAHAN RPP, RT DAN MENGGUNAKAN SEMUA PERKHIDMATAN DALAM TALIAN DI BPH.

7. Bantuan RM500 Tiket Penerbangan Pelajar Baharu IPTA

Kerajaan menyediakan Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan secara one-off sebanyak RM500 bagi membantu meringankan beban kewangan pelajar baharu yang perlu melakukan perjalanan udara merentas Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan bagi tujuan pendaftaran dan memulakan pengajian.

Pelajar baharu Universiti Awam dan Politeknik Premier yang memenuhi kriteria ditetapkan adalah dipelawa membuat semakan kelayakan.

Tempoh semakan:
17 September – 31 Oktober 2026

Sediakan:
– Surat Setuju Terima Tawaran
– Salinan Kad Pengenalan
– Penyata Bank / salinan buku akaun bank yang aktif

Bantuan sebanyak RM500 akan disalurkan terus ke akaun pelajar yang layak.

8. Rayuan BKJ Fasa 4

Kerajaan Johor meneruskan komitmen membantu Bangsa Johor menerusi program serahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 Tahun 2026 bagi kategori rayuan dan permohonan baharu yang melibatkan peruntukan sebanyak RM47.13 juta yang telah diluluskan.

Usaha ini secara tidak langsung mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memastikan bantuan terus disalurkan kepada golongan yang memerlukan, merentasi pelbagai lapisan masyarakat.

Bangsa Johor boleh membuat semakan secara atas talian di https://bkj.johor.gov.my selain serahan BKJ Fasa 4 bagi rayuan dan kategori permohonan baharu ini akan dilaksanakan oleh agensi pelaksana secara bersemuka di Pejabat ADUN atau Pejabat Agensi yang bertanggungjawab.

9. Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM / Setaraf

Kepada calon lepasan STPM/Setaraf yang membuat permohonan rayuan UPUONLINE bagi Sesi Akademik 2026/2027, keputusan boleh disemak bermula:

  • Tarikh: 24 September 2026 (Khamis)
  • Masa: 12.00 Tengah Hari

HINGGA

  • Tarikh: 28 September 2026 (Isnin)
  • Masa: 5.00 Petang

Semakan boleh dilakukan di platform berikut:

Pengesahan setuju terima tawaran bermula

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.

Penulis
Biografi User