Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi (SPBT) – Cara Memohon & Syarat Kelayakan
Sukacita dimaklumkan, pihak Koperasi Tentera telah mengumumkan satu bantuan bagi membantu anak-anak anggota yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS.
Bantuan ini adalah merupakan salah satu usaha untuk meringankan beban ibubapa dan memastikan semua yang berkelayakan mendapat bantuan sewajarnya.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: Bantuan SARA 2024 (Sumbangan Asas Rahmah)
Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi (SPBT)
Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi (SBPT) adalah sumbangan untuk anak-anak anggota yang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS pada peringkat asasi/matrikulasi/diploma/ijazah (Pengajian Sepenuh Masa).
Bantuan ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi dan juga sebagai galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.
Institusi Pengajian Tinggi yang dimaksudkan merangkumi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta kursus-kursus yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) sahaja seperti yang tersenarai di pautan https://www2.mqa.gov.my/mqr/ di bawah Kementerian Pengajian Tinggi tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
Syarat-syarat Kelayakan
Sebelum membuat permohonan, pastikan anda membaca syarat-syarat kelayakan berikut untuk mengelakkan permohonan anda ditolak:
- Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
- Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
- Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan (Status AKTIF).
- Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
- MINIMUM Kepujian/Kompeten bagi 3 matapelajaran termasuk Bahasa Melayu.
- Anak anggota yang menduduki peperiksaan SPM atau yang setaraf (Sijil Vokasional) tahun 2023.
- Anak anggota yang menduduki peperiksaan SPM atau yang setaraf (Sijil Vokasional) tahun 2022, layak memohon sekiranya belum pernah membuat permohonan SBPT 2023.
- Hanya layak untuk sekali permohonan SBPT bagi kemasukan ke IPTA/IPTS.
Cara Memohon
Untuk memohon, calon boleh mendapatkan borang di kaunter-kaunter Ibu Pejabat dan Cawangan KT yang berhampiran.
Atau, muat turun menerusi laman web KT atau di link ini https://www.katmb.com.my/…/2024/08/BORANG-SBPT-2024.pdf
Dokumen Sokongan (Perlu Disahkan)
PEMOHON (ANGGOTA KT)
- Salinan MyTentera (Anggota ATM)
- Salinan MyKad (Awam/Pesara)
ANAK (PELAJAR SEKOLAH MENENGAH)
- Salinan MyKad pelajar
- Salinan slip keputusan peperiksaan SPM 2022 atau 2023 /SVM (Sijil Vokasional 2022 atau 2023)
- Surat tawaran kemasukan ke Pusat Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS)
- Resit bayaran/transaksi online (Yuran pendaftaran)
- Surat pengesahan akaun dari bank/penyata bank online
- Dokumen tambahan seperti PERBAH II/surat perakuan atau lain-lain dokumen yang berkaitan bagi mengesahkan status anak angkat/anak tiri
NOTA: Sila tanda (x) pada petak yang disediakan (di dalam borang) bagi memastikan dokumen sokongan yang disertakan telah lengkap. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
Penghantaran Dokumen
Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui Cawangan KT yang berhampiran atau terus ke ibu pejabat KT yang beralamat di:
>> Koperasi Tentera Wisma Koperasi Tentera No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat 53000 Kuala Lumpur (Untuk Perhatian: Seksyen Kebajikan)
Tarikh Tutup Permohonan
Tawaran Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi 2024 (SBPT 2024) akan dibuka seperti berikut:
- Tarikh buka: 13 Ogos 2024 (Selasa)
- Tarikh tutup: 17 September 2024 (Selasa)
Peringatan Penting!
- Pastikan borang yang diisi adalah borang yang terkini (SBPT 2024).
- Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms atau surat.
- Sekiranya bayaran melalui cek “pihak KT berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan bagi apa-apa kegunaan menurut polisi KT dari masa ke semasa”.
- Borang yang difotostat/emel boleh diterima.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-2303 0000 atau kunjungi cawangan KT berhampiran.