Sukacita dimaklumkan, pihak Koperasi Tentera telah mengumumkan satu bantuan bagi membantu anak-anak anggota yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS melalui borang permohonan yang boleh dimuat turun menerusi pautan https://www.katmb.com.my/web/content/14027…
Bantuan ini adalah merupakan salah satu usaha untuk meringankan beban ibubapa dan memastikan semua yang berkelayakan mendapat bantuan sewajarnya.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.

Mengenai Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi (SPBT)
Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi (SBPT) adalah sumbangan untuk anak-anak anggota yang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS pada peringkat asasi/matrikulasi/diploma/ijazah (Pengajian Sepenuh Masa).
Bantuan ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi dan juga sebagai galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.
Institusi Pengajian Tinggi yang dimaksudkan merangkumi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta kursus-kursus yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) sahaja seperti yang tersenarai di pautan https://www2.mqa.gov.my/mqr/ di bawah Kementerian Pengajian Tinggi tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan sumbangan ini boleh dibuat pada:
Tarikh Buka: 29 Jun 2026 (Isnin)
Tarikh Tutup: 27 Julai 2026 (Isnin)

Syarat Kelayakan
Sebelum membuat permohonan, pastikan anda membaca syarat-syarat kelayakan berikut untuk mengelakkan permohonan anda ditolak:
- Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
- Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
- Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan (Status AKTIF).
- Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
- Anak anggota yang menduduki peperiksaan SPM atau yang setaraf pada tahun 2025 atau 2024.
- Minimum Kepujian/Kompeten bagi tiga (3) matapelajaran (Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah)
- Hanya layak untuk sekali permohonan SBPT bagi kemasukan ke IPTA/IPTS.

Cara Memohon
Untuk memohon, calon boleh mendapatkan borang di kaunter-kaunter Ibu Pejabat dan Cawangan KT yang berhampiran atau memuat turun menerusi laman web KT atau di link ini https://www.katmb.com.my/web/content/14027…
Borang permohonan dan dokumen sokongan perlu dihantar ke alamat berikut:
Koperasi Tentera
Wisma Koperasi Tentera
No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat 53000 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian: Seksyen Kebajikan)

Dokumen Sokongan (Perlu Disahkan)
PEMOHON (ANGGOTA KT)
- Salinan MyTentera (Anggota ATM)
- Salinan MyKad (Awam/Pesara)
ANAK (PELAJAR SEKOLAH MENENGAH)
- Salinan MyKad pelajar
- Salinan slip keputusan peperiksaan SPM 2022 atau 2023 /SVM (Sijil Vokasional 2022 atau 2023)
- Surat tawaran kemasukan ke Pusat Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS)
- Resit bayaran/transaksi online (Yuran pendaftaran)
- Surat pengesahan akaun dari bank/penyata bank online
- Dokumen tambahan seperti PERBAH II/surat perakuan atau lain-lain dokumen yang berkaitan bagi mengesahkan status anak angkat/anak tiri
NOTA: Sila tanda (x) pada petak yang disediakan (di dalam borang) bagi memastikan dokumen sokongan yang disertakan telah lengkap. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
Peringatan Penting
- Pastikan borang yang diisi adalah borang yang terkini (SBPT 2026).
- Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms atau surat.
- Sekiranya bayaran melalui cek “pihak KT berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan bagi apa-apa kegunaan menurut polisi KT dari semasa ke semasa”.
- Borang yang difotostat/emel boleh diterima.
Soalan Lazim
SBPT merupakan sumbangan untuk anak-anak anggota yang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS pada peringkat asasi/matrikulasi/diploma/ijazah (Pengajian Sepenuh Masa).
Pemohon boleh membuat permohonan sehingga 27 Julai 2026 (Isnin).
Tidak. Individu hanya layak untuk sekali permohonan SBPT bagi kemasukan ke IPTA/IPTS.
Borang permohonan boleh didapati di kaunter-kaunter Ibu Pejabat dan Cawangan KT yang berhampiran atau memuat turun menerusi laman web KT atau di link ini https://www.katmb.com.my/web/content/14027…
Ya. Borang yang difotostat/emel boleh diterima.
Koperasi Tentera
Wisma Koperasi Tentera
No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat 53000 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian: Seksyen Kebajikan)
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-2303 0000 atau kunjungi cawangan KT berhampiran.
Baca juga: Permohonan Skim Pengajian Tinggi Tentera Darat 2027




