Tentera Darat (TD) membuka peluang kepada Pegawai dan Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) untuk meningkatkan kelayakan akademik melalui Skim Pengajian Tinggi Tentera Darat (SPTTD) bagi sesi akademik 2027/2028.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai skim pengajian ini.

Mengenai Skim Pengajian Tinggi Tentera Darat
Skim Pengajian Tinggi Tentera Darat atau SPTTD merupakan platform bagi Pegawai dan Anggota LLP melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana dan Doktor Falsafah secara sepenuh atau separuh masa
Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Angkatan Masa Hadapan – Domain Daratan (AMH-D2) bagi Elemen Pemimpin dalam melahirkan pemimpin yang berpengetahuan tinggi, kompeten dan berdaya saing melalui pengukuhan pemikiran strategik, kritis, kreatif, inovatif serta pembangunan kepakaran dalam pelbagai bidang.
Melalui inisiatif ini, TD berhasrat untuk memperkukuh kesiapsiagaan dalam mendepani persekitaran strategik yang dinamik serta mempertingkat keupayaan operasi domain daratan bagi menghadapi spektrum ancaman masa hadapan yang semakin kompleks dan berteraskan teknologi.
Jenis Kemudahan
Jenis kemudahan bagi skim pengajian ini adalah seperti berikut:
- Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) dengan biasiswa (Tajaan yuran dan elaun bagi Program Lepasan Ijazah)
- CBBP dengan bantuan (Tajaan yuran sahaja bagi pengajian Sijil, Diploma & Sarjana Muda)
Kemudahan Elaun
Kemudahan elaun yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Elaun Buku
- Elaun Alat Perkakas
- Elaun Sara Hidup
- Elaun Latihan Amali
- Elaun Thesis
- Elaun Penempatan
- Elaun Akhir Pengajian
- Elaun Bantuan Sewa Rumah (EBSR)
- Elaun Bantuan Keluarga
- Tambang Penerbangan (Luar Negara)
- Tambang Cuti Ihsan (Luar Negara)
- Elaun Pakaian Panas (Luar Negara)
- Elaun Membawa Barangan Lebihan (Luar Negara)
- Pasport, Visa serta lain-lain bayaran mengikur keperluan negara dan IPT (Luar Negara)
Syarat Umum
Syarat umum yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
- PhD, Sijil, Diploma, Ijazah Pertama: Tidak Melebihi 45 tahun Sarjana: Tidak melebihi 50 tahun
- Calon mesti menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dari kelayakan sedia ada
- Kemudahan cuti belajar maksimum 2 kali sahaja sepanjang perkhidmatan
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang perlu juga dipenuhi adalah seperti berikut:
i- Pegawai
- Tempoh minimum perkhidmatan:
– Peg Perubatan/Pergigian – 3 Tahun
– Peg Tugas Am – 5 Tahun - Jika TJP, hendaklah memohon Tauliah Tetap dahulu sebelum kelulusan diberikan
- Disokong oleh Ketua Perkhidmatan & Lembaga Pemilihan berkaitan
ii- Anggota Lain-lain Pangkat
- Tempoh minimum perkhidmatan: 4 Tahun
- Mempunyai baki tempoh perkhidmatan yang mencukupi bagi memenuhi ikatan perjanjian selepas menamatkan pengajian
- Mendapat kelulusan Ketua Perkhidmatan
Cara Memohon
Permohonan perlu dimajukan kepada Sel Pendidikan, Bahagian Sumber Manusia (G1), MK TD melalui Jabatan Arah Kor/Rej masing-masing sebelum 31 Mei 2026.
Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen tersebut:
- Butir-butir Peribadi terkini yang disahkan
- Gambar berukuran pasport (beruniform) tanpa pakaian kepala
- Pengesahan BMI
- Laporan Prestasi (BAT D 11/BAT D 30)
- Salinan MyTentera
- Sijil Akademik/Transkrip
- Keputusan ADFELPS
- Ringkasan Pencalonan termasuk laluan kerjaya
- Course Outline/Maklumat Pengajian dan Yuran Keseluruhan
- Salinan akreditasi MQA pengajian, rujuk https://www2.mqa.gov.my/mqr/cariananakr.cfm

Soalan Lazim
SPTTD ialah platform bagi Pegawai dan Anggota LLP melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana dan Doktor Falsafah secara sepenuh atau separuh masa
– Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) dengan biasiswa (Tajaan yuran dan elaun bagi Program Lepasan Ijazah)
– CBBP dengan bantuan (Tajaan yuran sahaja bagi pengajian Sijil, Diploma & Sarjana Muda)
– Elaun Buku
– Elaun Alat Perkakas
– Elaun Sara Hidup
– Elaun Latihan Amali
– Elaun Thesis
– Elaun Penempatan
– Elaun Akhir Pengajian
– Elaun Bantuan Sewa Rumah (EBSR)
– Elaun Bantuan Keluarga
– Tambang Penerbangan (Luar Negara)
– Tambang Cuti Ihsan (Luar Negara)
– Elaun Pakaian Panas (Luar Negara)
– Elaun Membawa Barangan Lebihan (Luar Negara)
– Pasport, Visa serta lain-lain bayaran mengikur keperluan negara dan IPT (Luar Negara)
Tidak. Pemohon mestilah tidak melebihi 50 tahun sahaja.
Permohonan perlu dilakukan menerusi Sel Pendidikan, Bahagian Sumber Manusia (G1), MK TD melalui Jabatan Arah Kor/Rej.
Permohonan boleh dibuat sebelum 31 Mei 2026.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Skim Pengajian Tinggi Tentera Darat, sila hantar emel ke alamat [email protected] atau menghubungi 03-40133409.
Baca juga: Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia 2026




