Sukan Asia Hangzhou 2023 [LIVE] Aksi Atlet Malaysia & Pingat

Sukan Asia Hangzhou 2023: Aksi LIVE, Jadual Atlet Malaysia & Kutipan Pingat

Sukan Asia 2022, yang pada asalnya dijadualkan pada September 2022 telah ditunda ke 23 September hingga 8 Oktober 2023, sekaligus dikenali sebagai Sukan Asia 2023.

Sukan Asia 2022telah ditangguhkan pada Mei berikutan penularan pantas COVID-19 di dalam dan sekitar bandar tuan rumah Hangzhou di China.

Temasyaa kali ini merupakan edisi ke 19 temasya kejohanan terbesar di peringkat Asia dan penganjuran kali ini merupakan kali yang ke 3 di negara China setelah edisi Beijing (1990) dan Guangzhou (2010).

Tarikh & Lokasi Acara Sukan Asia 2023

Tarikh Kejohanan : 23 September sehingga 8 Oktober 2023.

Upacara Pembukaan: 23/09/2023

Upacara Penutup: 08/10/2023

Lokasi : Hangzhou, China

Stadium utama Pusat Sukan Olimpik Hangzhou dikenali sebagai Big Lotus, adalah stadium ketiga terbesar di China. Ia kelihatan seperti bunga teratai dan mempunyai bentuk yang dinamik dan elegan.

Stadium ini menampilkan konsep reka bentuk yang diilhamkan oleh dinamik Sungai Qiantang dan daya tarikan sutera Hangzhou.

sukan asia 2023 2022 hangzhou

Artikel berkaitan: Piala Dunia 2026: Tarikh, Pasukan, Format & Jadual Perlawanan

Acara Sukan Dipertandingkan

Berikut merupakan senarai acara sukan yang akan dipertandingkan pada Sukan Asia 2023 ini:

  • Akuatik
  • Angkat berat
  • Memanah
  • Badminton
  • Besbol
  • Bola baling
  • Bola keranjang
  • Bola sepak
  • Bola tampar
  • Catur
  • Bina badan
  • Ekuestrian
  • Golf
  • Gimnastik
  • Gusti
  • Billiard & Snuker
  • Hoki padang
  • Judo
  • Kabaddi
  • Kanu & Kayak
  • Karate-do
  • Lawan pedang
  • Lumba basikal
  • Mendayung
  • Menembak
  • Olahraga
  • Sofbol
  • Soft tenis
  • Perahu layar
  • Ping pong
  • Ragbi
  • Sepak takraw
  • Skuasy
  • Taekwondo
  • Tenis
  • Tenpin boling
  • Tinju
  • Triatlon
  • Wushu

Secara umumnya, sejumlah 40 jenis sukan akan dipertandingkan dan setiap sukan mempunyai kategori-kategori tertentu yang menawarkan pingat pada para peserta.

Maskot & Logo Sukan Asia 2023

Maskot bagi Sukan Asia Hangzhou 2022 merupakan “Three Sporty Robots” atau lebih dikenali sebagai “Smart Triplets” iaitu Congcong, Lianlian dan Chenchen masing-masing mewakili Tapak Warisan Dunia UNESCO di bandar tuan rumah.

Maskot rasmi Sukan Asia 2023
Logo rasmi Sukan Asia 2023

Sejarah Penyertaan Kontinjen Malaysia & Negara Peserta

Temasya Sukan Asia yang mula diperkenalkan pada tahun 1951 di New Delhi adalah merupakan temasya yang diadakan setiap 4 tahun sekali di mana temasya ini dianjurkan oleh Majlis Olimpik Asia (OCA). Cetusan bagi mengadakan temasya sukan di kalangan negara-negara Asia bermula pada tahun 1948 apabila 13 buah negara perwakilan Asia mula menyertai Sukan Olimpik di London.

Sukan Asia telah berkembang dengan pesatnya sehingga menjadi temasya kedua terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik dari segi bilangan jenis sukan yang dipertandingkan.

Bermula dari 6 jenis sukan, 11 buah negara dan 489 atlet, kini ianya telah meningkat kepada 40 jenis sukan dan 45 buah negara OCA dan 11338 atlet pada Sukan Asia XVIII Jakarta/Palembang 2018.

Malaysia mula mengambil bahagian sejak tahun 1954 dan dikenali sebagai Malaya pada ketika itu. Secara amnya, di temasya Sukan Asia 1994, kontinjen negara menyertai 59 acara diikuti 93 acara di Sukan Asia 1998 daripada jumlah keseluruhan acara yang dipertandingkan. Walau bagaimanapun, pada Sukan Asia XVI, di Guangzhou 2010, Malaysia telah mengambil bahagian dalam 186 acara daripada jumlah 476 acara yang dipertandingkan dan ini adalah merupakan penyertaan acara terbesar kontinjen Malaysia ke Sukan Asia.

Walaupun Negara telah menyertai Sukan Asia pada tahun 1954, namun pungutan pingat negara hanya bermula di Sukan Asia III, 1958 di Tokyo, Jepun.

Prestasi terbaik Kontinjen Negara di temasya ini adalah pada temasya Sukan Asia XVI, di Guangzhou 2010 dengan memenangi 9 pingat emas, 18 perak dan 14 pingat gangsa. Berikut adalah merupakan rumusan penyertaan dan prestasi kontinjen negara di temasya Sukan Asia.

Mengikut statistik, sebanyak 40 buah negara di Asia akan mengambil bahagian dalam temasya 2022-2023 ini termasuklah para atlet dari negara kita Malaysia.

Senarai penuh negara yang menyertai temasya edisi kali ini boleh dilihat daripada tangkap layar di atas yang diperolehi daripada laman web penganjur.

Jadual Atlet Malaysia @ Sukan Asia Hangzhou 2023

Bagi Sukan Asia kali ini, Malaysia menghantar kontinjen seramai 294 orang atlet.

Atlet negara akan bersaing dalam 143 acara bagi 22 jenis sukan daripada 40 jenis sukan yang akan dipertandingkan pada edisi kali ini.

Ketua Kontinjen Negara (CDM) ke Sukan Asia Hangzhou adalah Datuk Chong Kim Fatt.

Malaysians In Action || 8 Oktober 2023

[KEMASKINI]

Kontinjen Malaysia in Action di Sukan Asia Hangzhou 2022 bagi tarikh 8 Oktober 2023 (Ahad)

Berikut adalah jadual acara atlet Malaysia bagi tarikh 7 Oktober 2023 (Sabtu).

sukan asia 2023
sukan asia 2023 pingat
pingat sukan asia 2023
pingat sukan asia 2023
pingat sukan asia 2023
sukan asia 2023 pingat 6

Untuk melihat senarai penuh jadual pertandingan dan lokasi setiap acara dipertandingkan, sila rujuk halaman rasmi penganjur di https://ocasia.org/games/2-hangzhou-2023.html atau rujuk laman Facebook Majlis Sukan Negara.

Kutipan Pingat Sukan Asia 2023 (Medal Tally)

Carta kedudukan pingat Sukan Asia 2022 Hangzhou setakat 7 Oktober 2023 | 10.00 malam

Kontinjen negara kini berada di kedudukan ke-14 dengan 6 emas, 8 perak dan 18 gangsa.

pingat sukan asia 7 oktober 2023
Sumber: Astro Radio News

Statistik Penyertaan & Pencapaian Kontinjen Malaysia Pada Edisi Lalu

Berikut adalah senarai penyertaan atlet negara dalam Sukan Asia edisi terdahulu.

Sukan Asia 2023 kutipan pingat malaysia
Sukan Asia 2023 kutipan pingat malaysia

Antara sukan yang berpotensi menyumbangkan pingat buat kontinjen negara dalam Sukan Asia adalah acara terjun (Akuatik), Badminton, Boling dan Sepak Takraw.

Sukan Asia 2023 kutipan pingat malaysia

Menurut sumber dari SEAsia Stats, Thailand adalah negara yang memenangi pingat terbanyak di Asia Tenggara dan menduduki tempat ketujuh, daripada Sukan Asia pada 1951 hingga yang terbaru pada 2018.

Indonesia menduduki tempat kedua di Asia Tenggara dengan ranking 10, dan Filipina menduduki tempat ketiga dengan ranking 12.

Sukan Asia 2023

Berapa banyak pingat yang anda rasa Malaysia akan perolehi di Sukan Asia Hangzhou 2022 ini?

[LIVE] Sukan Asia 2023

Sukan Asia, Hangzhou 2023. Akan datang bermula 23 September hingga 8 Oktober 2023.

RTM merupakan Penyiar Rasmi bagi kejohanan ini.

Saksikan secara langsung di :

  • Saluran TV Okey
  • 110 MYTV
  • 146 Astro
  • Sukan RTM
  • 111 MYTV
  • RTMKLIK (online streaming)

MAKLUMAT LANJUT

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!