Piala Dunia 2026 [LIVE] RTM Klik, Jadual Perlawanan

WORLD CUP 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Piala Dunia 2026 atau FIFA World Cup 26 merupakan penganjuran Piala Dunia edisi ke 23 oleh FIFA, iaitu badan induk bola sepak antarabangsa. Layari www.fifa.com untuk jadual penuh perlawanan dan maklumat terkini mengenai kejohanan.

Perancangan asal FIFA sebenarnya adalah untuk 16 kumpulan dengan tiga pasukan setiap kumpulan, namun perubahan telah dibuat.

Piala Dunia di Amerika Utara pada 2026 akan bermula dengan 12 kumpulan, dengan empat pasukan dalam setiap kumpulan, iaitu perubahan daripada format asal 16 kumpulan tiga pasukan.

Berikut dikongsikan maklumat dan info terkini tentang Piala Dunia atau FIFA World Cup 2026.

Sumber: FIFA World Cup
Sumber: Sports Gully

Piala Dunia 2026

Piala Dunia 2026 atau FIFA World Cup 26 adalah edisi ke-23 kejohanan bola sepak antarabangsa yang dianjurkan oleh FIFA. Piala Dunia FIFA diadakan setiap empat tahun sekali sejak pertama kali dianjurkan pada 1930.

Kejohanan ini akan diadakan dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026 dan menjadi yang pertama dalam sejarah diadakan di tiga negara serentak: Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico.

Piala Dunia 2026 juga merupakan edisi pertama dengan penyertaan 48 pasukan kebangsaan lelaki, menjadikan format pertandingan lebih besar daripada sebelumnya.

Pasukan-pasukan ini akan dibahagikan kepada 12 kumpulan, dengan empat pasukan setiap kumpulan, diikuti pusingan kalah mati sehingga menghasilkan 104 perlawanan sepanjang kejohanan.

Tiga negara tuan rumah mendapat tempat automatik tanpa perlu melalui kelayakan.

Piala dunia 2026
Sumber: FIFA World Cup

Lokasi Fifa World Cup 2026

Piala Dunia 2026 akan berlangsung di tiga buah negara Amerika Utara: Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Ini adalah kali pertama kejohanan itu dianjurkan oleh tiga negara berbeza dan ia akan menjadi kali pertama acara itu akan dipertandingkan di Kanada. Manakala, Amerika Syarikat pula akan menganjurkan majoriti perlawanan semasa kejohanan ini.

Terdapat 16 lokasi yang akan digunakan sebagai bandar tuan rumah untuk Piala Dunia 2026 iaitu, Amerika Syarikat sebanyak 11 lokasi, Kanada pula 2 lokasi dan Mexico akan mempunyai 3 lokasi.

Pecahan lokasi sebenar untuk kejohanan bola sepak paling berprestij ini adalah seperti yang berikut:

1. Amerika Syarikat (11)

  • Atlanta – Mercedes-Benz Stadium
  • Boston – Gillette Stadium
  • Dallas – AT&T Stadium
  • Houston – NRG Stadium
  • Kansas City – Arrowhead Stadium
  • Los Angeles – SoFi Stadium
  • Miami – Hard Rock Stadium
  • New York/New Jersey – MetLife Stadium
  • Philadelphia – Lincoln Financial Field
  • San Francisco – Levi’s Stadium
  • Seattle – Lumen Field

2. Kanada (2)

  • Toronto – BMO Field
  • Vancouver – BC Place

3. Mexico (3)

  • Guadalajara – Estadio Akron
  • Mexico City – Estadio Azteca
  • Monterrey – Estadio BBVA

Semua perlawanan peringkat kalah mati dari suku akhir dan seterusnya akan berlangsung di Amerika Syarikat, termasuk perlawanan akhir.

BACA JUGA: Piala Dunia (FIFA World Cup) : Senarai Juara Dari 1930 – 2018

Tarikh Fifa World Cup 2026

Tarikh rasmi FIFA World Cup 2026 ialah dari 11 Jun 2026 hingga 19 Julai 2026.

Kejohanan akan dimulakan dengan perlawanan pembukaan pada 11 Jun 2026 dan berakhir dengan perlawanan final pada 19 Julai 2026, dengan keseluruhan tempoh berlangsung selama kira-kira 39 hari.

piala dunia 2026
Piala Dunia 2026

Format Piala Dunia 2026

Format Piala Dunia 2026 menggunakan format baharu dengan 48 pasukan dan 12 kumpulan, berbeza daripada edisi-edisi sebelum ini yang hanya melibatkan 32 pasukan dan 8 kumpulan.

FIFA pada mulanya merancang untuk mempunyai 16 kumpulan tiga, dengan dua pasukan dalam setiap kumpulan mara ke peringkat kalah mati bermula dengan pusingan 32.

Walau bagaimanapun, Matt Slater dari The Athletic mencatatkan kelemahan format ini, termasuk dua pasukan terakhir dalam peringkat kumpulan bersekongkol dengan hasil yang saling menguntungkan.

Tanpa mempunyai semua pasukan bermain pada masa yang sama, hampir mustahil untuk memastikan keadilan dengan setiap perlawanan.

Secara ringkasnya, berikut ialah format terkini dan terbaru Piala Dunia 2026:

Struktur keseluruhan

  • Jumlah perlawanan: 104 perlawanan dari peringkat kumpulan hingga final.
  • Jumlah pasukan: 48 pasukan kebangsaan lelaki.
  • Tempoh kejohanan: 39 hari (11 Jun – 19 Julai 2026).

Peringkat kumpulan

  • 48 pasukan dibahagikan kepada 12 kumpulan (Kumpulan A hingga Kumpulan L).
  • Setiap kumpulan mengandungi 4 pasukan.
  • Setiap pasukan bermain 3 perlawanan (format liga satu pusingan dalam kumpulan).

Kelayakan ke pusingan kalah mati

Daripada 48 pasukan, 32 pasukan akan layak ke pusingan kalah mati seperti berikut:

  • 12 juara kumpulan.
  • 12 naib juara kumpulan.
  • 8 pasukan tempat ketiga terbaik (diambil berdasarkan mata, beza jaringan dan kriteria lain yang ditetapkan peraturan pertandingan).

Pusingan kalah mati

Selepas peringkat kumpulan, format adalah sistem kalah mati:

  • Pusingan 32 terbaik (Round of 32).
  • Pusingan 16 terbaik.
  • Suku akhir.
  • Separuh akhir.
  • Penentuan tempat ketiga.
  • Final.

Jika perlawanan kalah mati terikat selepas 90 minit, masa tambahan dan, jika perlu, sepakan penalti akan digunakan untuk menentukan pemenang.

piala dunia 2026
Sumber: FIFA World Cup

Senarai Pasukan

Piala Dunia di Amerika Utara pada 2026 akan bermula dengan 12 kumpulan membabitkan empat negara sekumpulan yang juga perubahan daripada perancangan format asal.

Juga buat pertama kalinya, kejohanan Piala Dunia kali ini akan menyaksikan penyertaan 48 pasukan, 16 lebih banyak daripada tujuh edisi terakhir kejohanan sejak 1998.

Pembahagian tempat mengikut konfederasi benua telah pun ditentukan:

  1. AFC (Asia): Lapan tempat langsung + satu tempat play-off antara konfederasi
  2. CAF (Afrika): Sembilan tempat langsung + satu tempat play-off antara konfederasi
  3. Concacaf (Amerika Utara dan Tengah, serta Caribbean): Enam tempat langsung + dua tempat play-off antara konfederasi
  4. CONMEBOL (Amerika Selatan): Enam tempat langsung + satu tempat play-off antara konfederasi
  5. OFC (Oceania): Satu tempat terus + satu tempat play-off antara konfederasi
  6. UEFA (Eropah): 16 tempat langsung

Tiga negara tuan rumah akan layak secara automatik ke kejohanan ini, sekali gus menduduki tiga daripada slot Concacaf.

Setiap konfederasi benua mempunyai autonomi untuk menentukan model pertandingan dan tempoh kejohanan kelayakan mereka.

Tarikh untuk kelayakan akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Piala Dunia seterusnya di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico akan menjadi kejohanan pertama membabitkan 48 pasukan, penambahan daripada 32 pasukan pada kejohanan tahun lalu di Qatar.

“Format yang diubah itu memastikan tiada risiko pakatan sulit dan semua pasukan dapat bermain minimum tiga perlawanan yang memberikan keseimbangan masa rehat antara pasukan yang bertanding,” kata FIFA.

Ia bermakna akan ada 104 perlawanan, penambahan besar berbanding 64 perlawanan pada kejohanan 2022 dan ia lebih banyak berbanding perancangan asal untuk Piala Dunia 2026 yang menampilkan 80 aksi.

Undian Peringkat Kumpulan

Undian peringkat kumpulan Piala Dunia 2026 sudah dijalankan dan terdapat 12 kumpulan (A hingga L) dengan 4 pasukan dalam setiap kumpulan, merangkumi 48 pasukan keseluruhan.

Berikut ialah senarai pasukan mengikut kumpulan:

Kumpulan A

  • Mexico
  • Afrika Selatan
  • Korea Selatan
  • Republik Czech

Kumpulan B

  • Kanada
  • Bosnia & Herzegovina
  • Qatar
  • Switzerland

Kumpulan C

  • Brazil
  • Maghribi (Morocco)
  • Haiti
  • Scotland

Kumpulan D

  • Amerika Syarikat (USA)
  • Paraguay
  • Australia
  • Turkiye

Kumpulan E

  • Jerman
  • Curaçao
  • Ivory Coast (Pantai Gading)
  • Ecuador

Kumpulan F

  • Belanda
  • Jepun
  • Sweden
  • Tunisia

Kumpulan G

  • Belgium
  • Mesir
  • Iran
  • New Zealand

Kumpulan H

  • Sepanyol
  • Cabo Verde (Tanjung Verde)
  • Arab Saudi
  • Uruguay

Kumpulan I

  • Perancis
  • Senegal
  • Iraq
  • Norway

Kumpulan J

  • Argentina
  • Algeria
  • Austria
  • Jordan

Kumpulan K

  • Portugal
  • DR Congo
  • Uzbekistan
  • Colombia

Kumpulan L

  • Panama
  • England
  • Croatia
  • Ghana

piala dunia 2026
Sumber: FIFA World Cup

Jadual Fifa World Cup 2026 – Peringkat Kumpulan

Jadual rasmi peringkat kumpulan Piala Dunia FIFA 2026 akan berlangsung dari 11 Jun sehingga 27 Jun 2026 waktu tempatan (bersamaan 12 Jun hingga 28 Jun 2026 waktu Malaysia).

Di bawah adalah susunan perlawanan mengikut pembahagian kumpulan (Kumpulan A hingga L) mengikut waktu Malaysia (MYT) yang disiarkan menerusi RTM dan Unifi TV:

🗓️ 12 Jun 2026 (Jumaat)

  • 04:00 AM | Kumpulan A : Mexico vs Afrika Selatan (Banorte Stadium)
  • 11:00 AM | Kumpulan A : Korea Selatan vs Republik Czech (Akron Stadium)

🗓️ 13 Jun 2026 (Sabtu)

  • 04:00 AM | Kumpulan B : Kanada vs Bosnia & Herzegovina (BMO Field)
  • 10:00 AM | Kumpulan D : Amerika Syarikat vs Paraguay (SoFi Stadium)

🗓️ 14 Jun 2026 (Ahad)

  • 04:00 AM | Kumpulan B : Qatar vs Switzerland (Levi’s Stadium)
  • 07:00 AM | Kumpulan C : Brazil vs Maroko (MetLife Stadium)
  • 10:00 AM | Kumpulan C : Haiti vs Scotland (Gillette Stadium)
  • 01:00 PM | Kumpulan D : Australia vs Turkiye (BC Place)

🗓️ 15 Jun 2026 (Isnin)

  • 02:00 AM | Kumpulan E : Jerman vs Curacao (NRG Stadium)
  • 05:00 AM | Kumpulan F : Belanda vs Jepun (AT&T Stadium)
  • 08:00 AM | Kumpulan E : Ivory Coast vs Ecuador (Lincoln Financial Field)
  • 11:00 AM | Kumpulan F : Sweden vs Tunisia (Estadio BBVA)

🗓️ 16 Jun 2026 (Selasa) [1]

  • 01:00 AM | Kumpulan H : Sepanyol vs Tanjung Verde (Mercedes-Benz Stadium)
  • 04:00 AM | Kumpulan G : Belgium vs Mesir (Lumen Field)
  • 07:00 AM | Kumpulan H : Arab Saudi vs Uruguay (Hard Rock Stadium)
  • 10:00 AM | Kumpulan G : Iran vs New Zealand (SoFi Stadium)

🗓️ 17 Jun 2026 (Rabu)

  • 04:00 AM | Kumpulan I : Perancis vs Senegal (MetLife Stadium)
  • 07:00 AM | Kumpulan I : Iraq vs Norway (Gillette Stadium)
  • 10:00 AM | Kumpulan J : Argentina vs Algeria (Arrowhead Stadium)
  • 01:00 PM | Kumpulan J : Austria vs Jordan (Levi’s Stadium)

🗓️ 18 Jun 2026 (Khamis)

  • 02:00 AM | Kumpulan K : Portugal vs DR Congo (NRG Stadium)
  • 05:00 AM | Kumpulan L : England vs Croatia (AT&T Stadium)
  • 08:00 AM | Kumpulan L : Ghana vs Panama (BMO Field)
  • 11:00 AM | Kumpulan K : Uzbekistan vs Colombia (Banorte Stadium)

🗓️ 19 Jun 2026 (Jumaat)

  • 01:00 AM | Kumpulan A : Republik Czech vs Afrika Selatan (Mercedes-Benz Stadium)
  • 04:00 AM | Kumpulan B : Bosnia & Herzegovina vs Switzerland (SoFi Stadium)
  • 07:00 AM | Kumpulan B : Kanada vs Qatar (BC Place)
  • 10:00 AM | Kumpulan A : Mexico vs Korea Selatan (Akron Stadium)

🗓️ 20 Jun 2026 (Sabtu)

  • 04:00 AM | Kumpulan D : Australia vs Amerika Syarikat (Lumen Field)
  • 07:00 AM | Kumpulan C : Maroko vs Scotland (Gillette Stadium)
  • 09:30 AM | Kumpulan C : Brazil vs Haiti (Lincoln Financial Field)
  • 12:00 PM | Kumpulan D : Turkiye vs Paraguay (Levi’s Stadium)

🗓️ 21 Jun 2026 (Ahad)

  • 02:00 AM | Kumpulan F : Sweden vs Belanda (NRG Stadium)
  • 05:00 AM | Kumpulan E : Ivory Coast vs Jerman (BMO Field)
  • 08:00 AM | Kumpulan I : Norway vs Senegal (Stadium Rasmi)
  • 09:00 AM | Kumpulan E : Curacao vs Ecuador (Arrowhead Stadium)
  • 01:00 PM | Kumpulan F : Jepun vs Tunisia (Estadio BBVA)
  • 04:00 PM | Kumpulan L : England vs Ghana (Stadium Rasmi)

🗓️ 22 Jun 2026 (Isnin)

  • 01:00 AM | Kumpulan H : Arab Saudi vs Sepanyol (Mercedes-Benz Stadium)
  • 04:00 AM | Kumpulan G : Iran vs Belgium (SoFi Stadium)
  • 07:00 AM | Kumpulan H : Tanjung Verde vs Uruguay (Hard Rock Stadium)
  • 10:00 AM | Kumpulan G : Mesir vs New Zealand (BC Place)
  • 01:00 PM | Kumpulan J : Argentina vs Austria (Dallas Stadium)
  • 07:00 AM | Kumpulan L : Panama vs Croatia (Stadium Rasmi)
  • 01:00 PM | Kumpulan J : Jordan vs Algeria (Stadium Rasmi)
  • 01:00 PM | Kumpulan K : Colombia vs DR Congo (Stadium Rasmi)

🗓️ 23 Jun 2026 (Selasa)

  • 05:00 AM | Kumpulan I : Perancis vs Iraq (Philadelphia Stadium)
  • 01:00 PM | Kumpulan K : Portugal vs Uzbekistan (Houston Stadium)

🗓️ 24 Jun 2026 (Rabu)

  • 06:00 AM | Kumpulan C : Maroko vs Haiti (Mercedes-Benz Stadium)
  • 06:00 AM | Kumpulan C : Scotland vs Brazil (Stadium Rasmi)

🗓️ 25 Jun 2026 (Khamis)

  • 03:00 AM | Kumpulan B : Switzerland vs Kanada (Stadium Rasmi)
  • 03:00 AM | Kumpulan B : Bosnia & Herzegovina vs Qatar (Stadium Rasmi)
  • 04:00 AM | Kumpulan E : Ecuador vs Jerman (Stadium Rasmi)
  • 04:00 AM | Kumpulan E : Curacao vs Ivory Coast (Stadium Rasmi)
  • 07:00 AM | Kumpulan F : Jepun vs Sweden (Dallas Stadium)
  • 07:00 AM | Kumpulan F : Tunisia vs Belanda (Stadium Rasmi)
  • 09:00 AM | Kumpulan A : Republik Czech vs Mexico (Stadium Rasmi)
  • 09:00 AM | Kumpulan A : Afrika Selatan vs Korea Selatan (Stadium Rasmi)

🗓️ 26 Jun 2026 (Jumaat)

  • 10:00 AM | Kumpulan D : Turkiye vs Amerika Syarikat (Stadium Rasmi)
  • 10:00 AM | Kumpulan D : Paraguay vs Australia (Stadium Rasmi)
  • 12:00 PM | Kumpulan H : Tanjung Verde vs Arab Saudi (Houston Stadium)

🗓️ 27 Jun 2026 (Sabtu)

  • 03:00 AM | Kumpulan I : Norway vs Perancis (Stadium Rasmi)
  • 03:00 AM | Kumpulan I : Senegal vs Iraq (Stadium Rasmi)
  • 10:00 AM | Kumpulan J : Algeria vs Austria (Stadium Rasmi)
  • 10:00 AM | Kumpulan J : Jordan vs Argentina (Dallas Stadium)
  • 11:00 AM | Kumpulan G : New Zealand vs Belgium (Stadium Rasmi)
  • 11:00 AM | Kumpulan G : Mesir vs Iran (Stadium Rasmi)
  • 05:00 PM | Kumpulan L : Panama vs England (MetLife Stadium)
  • 07:30 PM | Kumpulan K : DR Congo vs Uzbekistan (Mercedes-Benz Stadium)
  • 08:00 AM | Kumpulan H : Uruguay vs Sepanyol (Stadium Rasmi)

🗓️ 28 Jun 2026 (Ahad)

  • 05:00 AM | Kumpulan L : Croatia vs Ghana (Philadelphia Stadium)
  • 07:30 AM | Kumpulan K : Colombia vs Portugal (Stadium Rasmi)
WORLD CUP 2026

Rujuk: https://www.fifa.com/

Jadual Penuh Perlawanan Piala Dunia 2026

Berikut adalah jadual lengkap fasa pusingan kalah mati (Knockout Stage) Piala Dunia FIFA 2026 yang akan berlangsung bermula 29 Jun sehingga hari perlawanan akhir pada 19 Julai 2026 mengikut tarikh rasmi kejohanan FIFA:

1. Pusingan 32 Terbaik (Round of 32)

Fasa ini melibatkan 2 pasukan teratas setiap kumpulan (24 pasukan) ditambah dengan 8 pasukan tempat ketiga terbaik (Peringkat Kalah Mati bermula 29 Jun – 4 Julai waktu Malaysia).

  • 29 Jun – 4 Julai 2026: Sebanyak 16 perlawanan kalah mati akan berlangsung di stadium hos utama termasuk Los Angeles (SoFi Stadium), Seattle (Lumen Field), Mexico City (Stadium Azteca), Vancouver (BC Place), New York New Jersey, Dallas, Houston, Kansas City, Atlanta, Boston, Philadelphia, dan Miami FIFA.

2. Pusingan 16 Terbaik (Round of 16)

Pemenang daripada pusingan 32 terbaik akan berentap untuk merebut slot ke suku akhir.

5 Julai – 8 Julai 2026: Berlangsung di bandar-bandar terpilih:

  • New York New Jersey (MetLife Stadium)
  • Vancouver (BC Place)
  • Seattle (Lumen Field)
  • Mexico City (Stadium Azteca)
  • Houston (NRG Stadium)
  • Dallas (AT&T Stadium)
  • Atlanta (Mercedes-Benz Stadium)
  • Philadelphia (Lincoln Financial Field)

3. Peringkat Suku Akhir (Quarter-Finals)

  • 10 Julai 2026 (Jumaat): Suku Akhir 1 – Bertempat di Boston (Gillette Stadium) FIFA
  • 11 Julai 2026 (Sabtu): Suku Akhir 2 – Bertempat di Los Angeles (SoFi Stadium) FIFA
  • 12 Julai 2026 (Ahad): Suku Akhir 3 – Bertempat di Kansas City (Arrowhead Stadium) FIFA
  • 12 Julai 2026 (Ahad): Suku Akhir 4 – Bertempat di Miami (Hard Rock Stadium) FIFA

4. Peringkat Separuh Akhir (Semi-Finals)

  • 15 Julai 2026 (Rabu): Separuh Akhir 1 – Bertempat di Dallas (AT&T Stadium) FIFA
  • 16 Julai 2026 (Khamis): Separuh Akhir 2 – Bertempat di Atlanta (Mercedes-Benz Stadium) FIFA

5. Penentuan Tempat Ke-3 (Third-Place Play-off)

  • 19 Julai 2026 (Ahad – Waktu Malaysia): Kalah SF1 vs Kalah SF2 – Bertempat di Miami (Hard Rock Stadium) FIFA.

6. Perlawanan Akhir / Final (World Cup 2026 Final)

  • 20 Julai 2026 (Isnin – Waktu Malaysia / Pagi): Pemenang SF1 vs Pemenang SF2 – Bertempat di MetLife Stadium, New Jersey (19 Julai waktu tempatan AS) FIFA.

Kesemua aksi penentu dari pusingan suku akhir sehingga ke perlawanan akhir ini akan disiarkan secara langsung untuk pasaran Malaysia melalui platform RTM dan Unifi TV.

Muat turun jadual World Cup FIFA 2026 (PDF) di bawah:

Juara World Cup FIFA 1930-2022

LIVE Streaming Fifa World Cup 2026

Dari Malaysia, siaran langsung FIFA World Cup 2026 dijangka boleh ditonton melalui gabungan saluran TV berbayar, TV percuma dan platform penstriman rasmi.

  • Astro​
  • RTM (TV1/TV2/TV Okey​)
  • Aplikasi Astro GO / sooka​
  • Platform digital rasmi FIFA (FIFA+)
  • RTM Klik (sebahagian besar aksi sama ada secara langsung atau siaran tertunda mengikut jadual ditetapkan).
  • Unifi TV (semua 104 perlawanan)

Maklumat Lanjut

Dapatkan info terkini, keputusan semasa, dan pasukan yang berjaya ke peringkat seterusnya dalam Piala Dunia FIFA 2026 di portal rasmi FIFA di www.fifa.com, atau Facebook FIFA World Cup.

Soalan Lazim Piala Dunia 2026

Apa itu Piala Dunia 2026?

Piala Dunia 2026 (FIFA World Cup 26) ialah edisi ke‑23 kejohanan bola sepak dunia anjuran FIFA, dengan format baharu 48 pasukan dan 12 kumpulan.

Di mana Piala Dunia 2026 diadakan?

Kejohanan ini dianjurkan bersama di tiga negara Amerika Utara: Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, dengan 16 bandar menjadi tuan rumah.

Bila tarikh Piala Dunia 2026?

Piala Dunia 2026 akan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026, selama kira‑kira 39 hari.

Berapa banyak pasukan yang bertanding?

Sebanyak 48 pasukan kebangsaan lelaki akan mengambil bahagian, meningkat daripada 32 pasukan pada edisi‑edisi sebelum ini.

Negara mana yang layak automatik?

Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico layak automatik sebagai tuan rumah bersama, menggunakan sebahagian slot konfederasi Concacaf.

Bagaimana pembahagian slot mengikut benua?

AFC (Asia): 8 tempat langsung + 1 play‑off antara konfederasi
CAF (Afrika): 9 tempat langsung + 1 play‑off
Concacaf: 6 tempat langsung + 2 play‑off (termasuk 3 tuan rumah)
CONMEBOL (Amerika Selatan): 6 tempat langsung + 1 play‑off
OFC (Oceania): 1 tempat langsung + 1 play‑off
UEFA (Eropah): 16 tempat langsung

Berapa jumlah perlawanan keseluruhan?

Dengan format 48 pasukan, jumlah perlawanan meningkat kepada 104 berbanding 64 perlawanan pada Piala Dunia 2022.

Perlawanan Final berlangsung di mana?

Perlawanan akhir akan berlangsung di:
🏟 MetLife Stadium, New York/New Jersey, USA
📅 19 Julai 2026

Adakah Video Assistant Referee (VAR) digunakan?

Ya. Piala Dunia 2026 akan menggunakan VAR sepenuhnya.

Siapa juara bertahan?

Juara bertahan Piala Dunia adalah Argentina (Piala Dunia 2022)

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut