TERKINI: PEMBAYARAN STR 2026 FASA 2 AKAN DISALURKAN BERMULA 10 MAC 2026 (SELASA). STR 2026 (Kategori Berkahwin) layak menerima mengikut jumlah pendapatan dan bilangan anak. Semakan status terkini bayaran boleh dilakukan melalui portal mySTR.
Untuk tahun 2026, bayaran STR untuk isi rumah berkahwin dikurangkan sebanyak RM300 berbanding sebelum ini.
Namun, pengurangan itu diimbangi dengan kenaikan RM300 bagi Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang diberikan dalam bentuk kredit untuk pembelian keperluan asas.
Oleh itu, jumlah keseluruhan bantuan STR dan SARA untuk isi rumah berkahwin kekal sama seperti sebelum ini, dengan minimum SARA kini RM1,200 setahun.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai STR Berkahwin 2026.
BACA JUGA: STR Bujang 2026 Digantikan Dengan SARA RM600
Tarikh Bayaran STR FASA 2 2026 & Kadar
Bayaran STR Fasa 2 untuk tahun 2026 akan dibayar pada 10 Mac 2026 (Selasa). Bank Simpanan Nasional (BSN) dijangka menjadi bank pertama yang memproses pembayaran bagi fasa-fasa tersebut.

Kadar Bantuan STR 2026 – Kategori Berkahwin / Isi Rumah
Kadar bayaran STR 2026 ditentukan berdasarkan kelayakan penerima bermula dari fasa permohonan yang telah diluluskan. Jumlah bantuan yang diterima akan dibayar secara berperingkat (berfasa) mengikut kategori kelayakan penerima bagi setiap fasa permohonan.
Rujuk jadual di bawah:
- Isi Rumah Pendapatan ≤ RM2,500
- Tiada anak: RM150
- 1 – 2 anak: RM300
- 3 – 4 anak: RM450
- 5 anak dan ke atas: RM600
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Tiada anak: RM100
- 1 – 2 anak: RM100
- 3 – 4 anak: RM200
- 5 anak dan ke atas: RM250
- Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan ≤ RM5,000)
- Bayaran: RM150

KATEGORI BUJANG / WARGA EMAS TIADA PASANGAN
Pendapatan Bujang ≤ RM2,500
(Berumur 21 – 59 tahun / OKU berumur 19 – 59 tahun)
- Kaedah pembayaran adalah melalui SARA.
Jumlah Keseluruhan Bayaran STR & SARA 2026 Setiap Kategori
| Pendapatan | Kadar STR 2026 | |||
| Isi Rumah Tiada Had Umur | Anak ≥ 5 | Anak 3 – 4 | Anak 1 – 2 | Anak 0 |
| ≤ RM2,500 | RM2,200 | RM1,700 | RM1,200 | RM700 |
| RM2,501 – RM5,000 | RM950 | RM700 | RM450 | RM200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan ≥ 60 tahun | ||||
| ≤ RM5,000 | RM600 | |||
| Bujang 21 – 59 tahun / OKU Bujang 19 – 59 tahun | ||||
| ≤ RM2,500 | Dibayar melalui SARA | |||
Untuk pengetahuan anda, bantuan tunai STR untuk semua kategori isi rumah (berkahwin) telah dikurangkan jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.
Sebagai ganti pengurangan itu, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dinaikkan kepada RM1,200 setahun (RM100 sebulan) untuk semua isi rumah penerima STR.
Jumlah bantuan tahunan (STR + SARA) bagi isi rumah berpendapatan bulanan < RM2,500 boleh mencecah:
- RM1,900 (tanpa anak)
- RM2,400 (1-2 anak)
- RM2,900 (3-4 anak)
- RM3,400 (5 anak ke atas)
Bagi isi rumah berpendapatan RM2,501–RM5,000, jumlah bantuan tahunan ialah:
- RM1,400 (tanpa anak)
- RM1,650 (1-2 anak)
- RM1,900 (3-4 anak)
- RM2,150 (5 anak ke atas)
Penerima dari kategori miskin/miskin tegar e-Kasih boleh layak dapat tambahan SARA sehingga RM200 sebulan (RM2,400 setahun).
Langkah penurunan STR dan kenaikan SARA ini untuk menggalakkan lebih banyak bantuan disalurkan secara kredit khusus bagi pembelian barangan keperluan asas dan bukan dalam bentuk tunai sepenuhnya.
Warga emas tiada pasangan dan bujang juga menerima SARA mengikut kadar kategori masing-masing.
Penekanan utama kerajaan ialah memastikan jumlah bantuan kekal kompetitif, sambil memberi tumpuan kepada penggunaan kredit SARA yang lebih terurus dan tersasar.

Tarikh Permohonan STR 2026
Tarikh permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 dibuka mulai 13 Oktober 2025 dan akan berlangsung sepanjang tahun.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my atau secara pengemukaan borang di Pejabat LHDNM berdekatan.
Untuk tahun 2026, semua pemohon perlu mendaftar akaun MySTR baharu walaupun telah mempunyai akaun sebelum ini.

Penerima yang tidak mengemas kini permohonan selama 3 tahun berturut-turut diwajibkan untuk mengemaskini permohonan STR 2026 agar kelayakan bantuan tidak terputus.
Bantuan STR 2026 dijangka mula dibayar pada awal tahun 2026 melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank atau pembayaran tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tiada akaun bank.
Untuk sebarang masalah log masuk, lupa kata laluan, atau bantuan lanjut, pemohon boleh menghubungi talian Hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747.
Syarat Kelayakan STR 2026 (Berkahwin)
Anda layak mendapat bantuan STR 2026 bagi kategori isi rumah sekiranya memenuhi syarat-syarat di bawah:
- Pemohon mesti berstatus berkahwin (ada pasangan) atau ibu/bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan isi rumah hendaklah RM5,000 atau ke bawah.
- Pasangan pemohon boleh merupakan warganegara Malaysia atau bukan warganegara Malaysia.
- Jika mempunyai anak (anak kandung, anak tidak sah taraf, atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN), anak mestilah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke bawah, atau berumur 19 tahun dan ke atas jika masih belajar sepenuh masa di IPTA/IPTS.
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan bekerja di Malaysia.
- Maklumat pasangan mesti diisi dengan lengkap dalam borang permohonan.
- Dokumen sokongan perlu dilampirkan sekiranya berlaku perubahan status seperti sijil perkahwinan, sijil kelahiran anak, sijil perceraian, sijil kematian pasangan, dan lain-lain yang berkaitan.
- Pemohon mestilah bukan pelajar sepenuh masa di IPTA atau IPTS bagi kategori bujang.
Secara ringkas, kategori isi rumah berkahwin layak jika pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan dan memenuhi syarat-syarat dokumentasi serta status keluarga seperti di atas.
Cara Semakan Status / Kelayakan STR Berkahwin 2026
Ingin semak kelayakan anda?
Untuk membuat semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:
- Layari Portal STR
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang ‘Semakan Permohonan’
- Status kelulusan anda akan dipaparkan seperti dalam lampiran di bawah.



Cara Tukar Status Dari Bujang Kepada Berkahwin
Sekiranya anda baru sahaja melangsungkan perkahwinan, anda perlu mengemaskini permohonan anda kerana syarat kelayakan individu bujang dan pasangan yang sudah berkahwinan adalah berbeza.
Untuk mengemaskini permohonan anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Login di Portal STR.
- Klik “Kemaskini Permohonan”
- Tukar status perkahwinan daripada Bujang ke Kahwin
- Isi tarikh perkahwinan
- Isi maklumat pasangan
- Isi maklumat anak (jika ada)
- Kemaskini maklumat waris
- Tekan butang “Teruskan”
- Isi kod dan sahkan CAPTCHA
- Tick kotak Perakuan Permohonan
- Klik Hantar
- Tekan butang Cetak untuk cetak salinan permohonan anda
Kaedah Memohon STR 2026
Permohonan STR 2026 boleh dibuat bermula 13 Oktober 2025. Permohonan boleh dilakukan melalui dua cara iaitu;
- Melalui Portal STR 2026 atau;
- Secara manual dengan pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan anda.
Sila rujuk panduan pengguna bagi tatacara untuk membuat permohonan STR 2026.
Permohonan STR 2026 Online – Melalui Portal MySTR
Untuk memohon melalui Portal STR 2026, sila rujuk langkah-langkah berikut:
- Layari Portal STR 2026.
- Klik butang “Permohonan Baharu”.
- Pilih sama ada ingin meneruskan permohonan dengan MyDigital ID (imbas kod QR) atau klik ‘Ya, Teruskan’ untuk permohonan biasa tanpa MyDigital ID
- Lengkapkan maklumat pemohon isikan nombor MyKad anda dan tekan butang “Semak” untuk pengesahan awal.
- Isi semua maklumat peribadi, maklumat tanggungan, pendapatan, maklumat bank dan alamat emel yang diperlukan dalam borang permohonan.
- Muat naik dokumen sokongan seperti salinan MyKad, sijil nikah, sijil kelahiran anak, bukti pendapatan atau dokumen berkaitan sekiranya diminta.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Buat pengesahan dan tandakan kotak persetujuan sebelum menghantar permohonan.
- Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan permohonan selepas berjaya dihantar untuk semakan status kemudian hari.
NOTA:
- Permohonan dibuka sepanjang tahun bermula 13 Oktober 2025.
- Permohonan juga boleh dibuat di kaunter LHDN atau Pusat Khidmat Hasil jika menghadapi masalah akses online.
- Anda WAJIB daftar akaun MySTR baharu walaupun pernah mohon STR sebelum ini.
- Pastikan semua maklumat diisi lengkap dan betul untuk mengelakkan permohonan ditolak.
Permohonan Baru STR 2026 Secara Manual
Pemohon boleh muat turun Borang BK-01 untuk permohonan STR 2026. Kaedah penghantaran borang STR 2026 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh:
- Diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
- Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat:
- Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR ; atau
- Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA
- Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
| Individu | Jenis Dokumen |
|---|---|
| Pemohon | Salinan Sijil Perkahwinan yang di keluarkan oleh JAIN / JPN; atau Salinan Sijil Kematian pasangan yang di keluarkan oleh JPN; atau Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh JAIN / JPN; atau Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah. |
| Pasangan | Salinan Pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / Sijil Lahir / Kad Pengenalan lama. |
| Anak | Anak Kandung: i. Salinan Sijil Lahir; dan ii. Salinan MyKad / MyKid Anak Angkat: i. Salinan MyKad / MyKid; dan ii. Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN |
BACA JUGA: Permohonan STR 2026 – Syarat Kelayakan & Cara Mohon
Kemaskini STR 2026
Permohonan kemaskini STR 2026 dibuka mulai 13 Oktober 2025 dan berlangsung sepanjang tahun secara atas talian di Portal Rasmi STR atau secara manual di Pejabat LHDNM terdekat.
Semua pemohon, termasuk penerima sedia ada, perlu membuat kemaskini jika berlaku perubahan maklumat seperti status perkahwinan, bilangan anak, pendapatan isi rumah, alamat, nombor telefon, akaun bank, dan lain-lain.
Pemohon yang tidak mengemas kini permohonan selama 3 tahun berturut-turut WAJIB melaksanakan kemaskini untuk memastikan kelayakan bantuan tidak terputus.
Log masuk ke akaun MySTR menggunakan ID Pengguna (nombor MyKad) dan kata laluan. Jika belum mempunyai akaun, daftar pengguna baharu terlebih dahulu.
Menu ‘Kemas kini Permohonan’ boleh diakses di dashboard selepas log masuk MySTR.
Isi semua ruangan mandatori yang bertanda (*), terutamanya maklumat peribadi, pasangan (jika ada), anak tanggungan, dan akaun bank aktif.
Jika terlupa kata laluan atau gagal menjawab soalan keselamatan, akaun akan disekat sementara dan boleh cuba semula selepas 24 jam. Sebarang bantuan lanjut, hubungi Pejabat LHDNM atau Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Semua kemaskini akan digunakan bagi pembayaran STR berikutnya serta semakan kelayakan bantuan SARA.
BACA JUGA: Kemaskini STR 2026 (Sumbangan Tunai Rahmah)
Kaedah Bayaran STR 2026
Kaedah pembayaran STR 2026 bagi pasangan yang sudah berkahwin adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank: Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Muat Turun Soalan Lazim (PDF) STR 2026
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026
- Permohonan STR 2026
- Semakan Status STR 2026
- Kemaskini Maklumat STR 2026
- Pembayaran STR 2026
- Maklumat Waris & SKK STR 2026
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan bagi bantuan STR untuk kategori isi rumah, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas seperti yang berikut:
- Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel: [email protected]
- Laman Web STR
Alamat Kementerian Kewangan Malaysia
Sekretariat STR
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Presint 2, 62592 Putrajaya
Elakkan dari terjebak dengan skim penipuan berkaitan STR 2025.
Soalan Lazim STR 2026 Berkahwin








Semua warganegara Malaysia yang sudah berkahwin, berpendapatan isi rumah bulanan RM5,000 dan ke bawah, serta menetap di Malaysia layak memohon jika memenuhi syarat-syarat lain seperti bilangan anak dan status perkahwinan.
Pemohon layak mohon jika pasangan adalah warganegara atau bukan warganegara tetapi perkahwinan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)/Jabatan Agama Islam Negeri. Jika nikah luar negara, perlu ada sijil kelahiran anak yang berdaftar di JPN sebagai bukti.
Ya, kemas kini maklumat adalah penting jika berlaku perubahan status seperti kahwin, cerai, kematian pasangan atau perubahan pendapatan dan bilangan anak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini maklumat jika ada perubahan.
Ya, dokumen seperti kad nikah, sijil perkahwinan, atau sijil kelahiran anak perlu disertakan bagi mengesahkan status pasangan dan anak.
Permohonan STR 2026 dan kemaskini dibuka bermula 13 Oktober 2026 sehingga sepanjang tahun.
Boleh, maklumat akaun bank dan lain-lain perlu dikemas kini jika ada perubahan untuk tujuan pembayaran STR.
Kadar bantuan berbeza mengikut jumlah anak dan pendapatan isi rumah. Jumlah maksimum gabungan STR + SARA bagi isi rumah paling ramai anak dan terendah pendapatan (bawah RM2,500, lima anak ke atas) adalah hingga RM3,400 setahun (tidak termasuk tambahan SARA untuk kategori e-Kasih).
Pemohon perlu kemas kini status di portal STR supaya bantuan dikira semula mengikut kategori yang layak, misalnya kepada kategori ibu/bapa tunggal atau warga emas tiada pasangan.
Hanya satu permohonan yang akan diproses untuk satu isi rumah; kemas kini status pasangan pada permohonan agar tiada pertindihan permohonan.
Semakan dibuat melalui portal rasmi STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana di Malaysia.
1. Isi Rumah
Warganegara Malaysia.
Berkahwin, atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak menepati syarat.
Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
Salah seorang pasangan mesti berumur 21 tahun ke atas
2. Warga Emas Tiada Pasangan
Warganegara Malaysia.
Berumur 60 tahun ke atas.
Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
3. Bujang
Warganegara Malaysia.
Berumur 21 hingga 59 tahun.
Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.
Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Rasmi STR
Selain itu, permohonan juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi borang di pejabat LHDNM atau pusat yang ditetapkan.
Permohonan rayuan boleh dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.




