TERKINI: Sila kemas kini maklumat asas sekiranya atau kemukakan Rayuan sekiranya paparan Dashboard MySTR anda wujud mesej peringatan. Kemas kini maklumat Permohonan STR 2026 boleh dilakukan melalui laman web rasmi www.bantuantunai.hasil.gov.my

Jadi, bagi memastikan anda layak untuk mendapat STR fasa 2 dan seterusnya, pastikan anda membuat permohonan dan kemaskini STR 2026 dalam tempoh yang ditetapkan.
Rujuk lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat (Sumbangan Tunai Rahmah) dan cara membuat PERMOHONAN BARU, KEMASKINI MAKLUMAT STR dan semakan status di bawah.
BACA JUGA: Diskaun KTM 30% Mulai 15 April – Terma & Syarat

Siapa Yang Perlu Buat Permohonan Baru / Kemaskini STR 2026?
Ramai yang tertanya-tanya, sama ada mereka perlu membuat kemaskini sekiranya TIADA PERUBAHAN maklumat berbanding sebelum ini.
Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiadapasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:
- Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut.
- Penerima STR yang mempunyai perubahan maklumat terkini seperti sudah berkahwin, bilangan anak sudah bertambah, atau perubahan pendapatan isi rumah.
- Pemohon yang ingin menambah atau mengubah maklumat akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon pemohon dan pasangan, serta maklumat waris juga digalakkan untuk mengemaskini bagi menjamin kelancaran pembayaran bantuan.
- Mereka yang sudah lulus permohonan STR tetapi terdapat perubahan status perkahwinan seperti cerai atau kematian pasangan, boleh mengemaskini maklumat setelah tarikh kemaskini dibuka.
- Individu yang memohon STR dan belum mendaftar akaun bank semasa permohonan awal juga boleh menambah maklumat ini sewaktu kemaskini permohonan.
Cara Kemaskini STR
1. Lawati portal rasmi STR LHDNM di https://bantuantunai.hasil.gov.my dan log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan ID pengguna (No. MyKad) dan kata laluan yang telah didaftarkan.
2. Setelah berjaya log masuk, klik pada menu “Kemas Kini Permohonan” untuk mengemas kini maklumat asas seperti nombor telefon rumah, nombor telefon bimbit, alamat surat menyurat, alamat emel, nombor telefon pasangan, maklumat akaun bank pemohon atau pasangan, serta maklumat waris. (*Sila rujuk panduan bergambar di bawah)
3. Sekiranya belum ada akaun MySTR, pendaftaran boleh dibuat di portal tersebut mengikut panduan yang disediakan.








Selain kemas kini secara dalam talian, pemohon juga boleh mengemukakan kemas kini melalui penghantaran borang kemas kini permohonan STR ke Pejabat LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat.
Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini agar bantuan dapat diproses dan dikreditkan dengan lancar ke akaun bank.
Rujuk panduan kemaskini STR (pdf) dibawah untuk mengetahui Cara Kemaskini STR lebih terperinci:
PANDUAN KEMASKINI STR 2026 (PDF)
BACA JUGA: MySTR – Login & Semakan Status Bayaran STR 2025
Tempoh Kemaskini STR
Tempoh kemaskini STR bagi tahun 2026 ialah bermula 13 Oktober 2025 dan dibuka sepanjang tahun.
Pemohon boleh membuat kemaskini secara manual dengan menghantar borang kemaskini ke pejabat LHDNM, Pejabat Satelit, atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) berhampiran.
Pengguna dinasihatkan sentiasa memantau portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my serta pengumuman media rasmi untuk maklumat tempoh kemaskini terkini supaya tidak terlepas tarikh penting ini.
Cara Semakan Status STR
- Semakan statu permohonan anda boleh dibuat secara online melalui Portal STR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik pada menu “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda yang 12 digit dan tekan butang Log Masuk.
- Jika permohonan STR anda telah didaftarkan, maklumat permohonan akan dipaparkan.
- Klik pada menu “Semakan Permohonan” untuk melihat status kelulusan permohonan dan status bayaran bantuan tunai.
- Dalam bahagian “Maklumat Pembayaran”, anda boleh melihat jumlah bayaran serta status pengkreditan bayaran bagi setiap fasa bantuan STR.
- Jika anda belum mendaftar akaun MySTR, pendaftaran boleh dilakukan di portal yang sama dengan mengikuti arahan yang disediakan.

Bayaran STR akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan. Jika anda tiada akaun bank, pembayaran boleh dituntut tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Untuk pengguna BSN, anda boleh membuat pendaftaran online banking mengikut langkah-langkah yang diterangkan dalam artikel ini: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time Use
Lupa Kata Laluan STR & Kemaskini Yang Baru
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Bayaran STR & SARA 2026
Berikut adalah maklumat terkini tentang bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2026:

- Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM15 bilion untuk STR dan SARA bagi tahun 2026 sebagai usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia.
- Semua penerima STR akan menerima bantuan SARA bulanan sebanyak RM100, iaitu sebanyak RM1,200 setahun.
- Penerima yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih layak menerima bantuan SARA yang lebih tinggi, sehingga RM200 sebulan atau RM2,400 setahun.
- Untuk golongan bujang, bantuan SARA disediakan sebanyak RM600 setahun, bersamaan RM50 sebulan.
- Jumlah maksimum bantuan yang boleh diterima oleh isi rumah berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan dengan lima anak adalah RM4,600 setahun yang merangkumi STR sebanyak RM2,200 dan SARA sebanyak RM2,400.
- Semua bayaran STR akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan. Bagi penerima yang tiada akaun bank, bayaran tunai boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Rayuan STR 2026
Bagi permohonan STR yang Tidak Lulus Fasa 1, permohonan rayuan boleh dilakukan mulai 12 Januari sehingga 13 Februari 2026.
Bagi permohonan STR 2026 Fasa 1 yang berstatus Lulus, Permohonan Rayuan seperti perubahan status perkahwinan, perubahan maklumat pendapatan dan penambahan maklumat anak boleh dikemukakan pada permohonan Fasa 3 mulai 16 Februari 2026.
Anda boleh membuat rayuan di portal rasmi MySTR.
BACA JUGA: Rayuan STR 2026 – Alasan Tidak Lulus, Dokumen Diperlukan
Soalan Lazim Kemaskini STR 2026
Berikut soalan lazim tentang kemaskini STR 2026 bagi kelayakan fasa 3 :




Kemaskini STR bertujuan memastikan maklumat pemohon terkini supaya bantuan kewangan dapat disalurkan dengan tepat dan tidak terganggu.
Mereka yang tidak mengemas kini permohonan selama tiga tahun berturut-turut, penerima STR yang ada perubahan maklumat seperti status perkahwinan, bilangan anak atau pendapatan isi rumah.
Pemohon boleh kemaskini secara dalam talian di portal rasmi STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my) dengan log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan. Sila rujuk panduan melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/Panduan%20Pengguna/PanduanPenggunaSTR2026_KemaskiniPermohonan.pdf
Jika tiada perubahan maklumat yang kritikal, dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan semula. Jika ada perubahan penting, dokumen sokongan perlu dimuat naik semasa kemaskini.
Kemaskini STR untuk FASA 3 bagi tahun 2026 kini dibuka sehingga Jun 2026.
Pemohon berisiko tidak layak menerima bantuan STR pada fasa berikutnya kerana maklumat lama mungkin tidak mencerminkan status semasa.
Permohonan STR 2026 boleh dibuat secara online melalui portal rasmi yang sama dengan kemaskini permohonan. Daftar akaun baru dan lengkapkan maklumat yang diperlukan untuk pemohon baru.
Semakan STR Fasa 3 untuk tahun 2026 boleh dibuat melalui portal rasmi STR dengan login menggunakan ID MyKad. Status kelulusan dan tarikh bayaran akan dipaparkan di akaun pengguna.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak di https://sara.gov.my.
Penerima STR yang layak juga boleh menerima manfaat dari program MyKasih 2026 melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam bentuk kredit pembelian barangan keperluan asas menggunakan MyKad. Semakan dan maklumat MyKasih diselaraskan dengan sistem STR.




