MySTR – Semakan Status STR 2026, Daftar, Login

mystr 2026 fasa 2
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

MySTR merupakan sebuah portal sehenti untuk program bantuan kerajaan Persekutuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bagi tahun 2026, pemohon dikehendaki daftar Akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026 walaupun telah mempunyai akaun sebelum ini. Untuk mendaftar dan membuat semakan permohonan, sila ke pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Melalui portal ini, rakyat Malaysia yang layak memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mendaftar, menyemak dan mendapatkan maklumat terkini mengenai program bantuan rakyat ini.

Dengan peningkatan kewujudan aktiviti penipuan dalam talian daripada scammer, diharapkan dengan kewujudan portal rasmi STR yang dikenali sebagai MySTR ini dapat mengelakkan lebih ramai Malaysia yang dalam kesempitan daripada ditipu oleh scammer yang mengambil kesempatan daripada rakyat yang terdesak.

Kadar Bantuan STR 2026

Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan lagi bagi tahun 2026.

Menurut Belanjawan 2026 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2026:

daftar mystr 2026

Cara Daftar Akaun MySTR

Laman web Sumbangan Tunai Rahmah (STR) baru sahaja dikemaskini.

Untuk makluman, anda dikehendaki untuk mendaftarkan semula akaun anda di laman MySTR walaupun telah mempunyai akaun sebelum ini untuk memastikan anda memperoleh segala manfaat di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini.

Untuk daftar akaun MySTR anda, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari portal MySTR di alamat https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik pada butang “LOG MASUK”.
  3. Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
  4. Pengesahan soalan keselamatan akan dipaparkan. Klik butang ‘Seterusnya’.
  5. Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
  6. Klik butang ‘Daftar Akaun’.
daftar mystr 2026
daftar mystr 2026
Sumber: Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah – Panduan Pengguna

Log Masuk Akaun MySTR

Setelah anda menyelesaikan proses pendaftaran di atas, anda boleh login ke dalam akaun anda dengan cara berikut:

  1. Masukkan nombor kad pengenalan anda di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang “Log Masuk”
  3. Kemudian, klik “Semak” setelah memastikan nombor kad pengenalan anda betul.
  4. Klik “Ya” sekiranya kata kunci keselamatan anda betul.
  5. Masukkan kata laluan, dan klik “Log Masuk”
  6. Selesai.
daftar mystr 2026

Sekiranya anda telah memohon STR, status permohonan anda akan dipaparkan di bahagian “Semakan Permohonan” seperti dalam gambar di bawah:

BACA JUGA: Lupa Kata Laluan STR 2025, Ini Cara Dapatkan Semula Password

Cara Semakan Status MySTR

Semakan status STR boleh dibuat melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah untuk semakan STR:

  1. Klik log masuk MySTR (https://bantuantunai.hasil.gov.my/)
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran
  6. Masukkan kata laluan

Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

Untuk mengetahui sama ada wang anda telah dikreditkan, sila klik di butang MAKLUMAT BAYARAN.

Sila rujuk STATUS KREDIT. Jika dinyatakan DALAM PROSES PENGKREDITAN, bermaksud bayaran sedang dalam proses dikreditkan dalam akaun bank anda.

Jika dinyatakan BERJAYA KREDIT, bermaksud bayaran telah selesai dikreditkan dalam akaun bank anda.

Kaedah Bayaran STR

Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengikut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.

Cara Semakan Status / Bayaran MySTR

  1. Klik log masuk MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran
  6. Masukkan kata laluan

Semakan bayaran / jadual STR boleh dilakukan atas talian di portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Lupa Kata Laluan MySTR

Jika anda terlupa kata laluan akaun MySTR, sila rujuk panduan di bawah:

Maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai STR 2026 seperti semakan status bayaran STR, cara mohon, kemaskini atau portal MySTR, sila hubngi pegawai yang bertugas di:

Soalan Lazim – MySTR

Rujuk Soalan Lazim (FAQ) MySTR 2026 di sini:

STR FASA 2
STR FASA 2
STR FASA 2
STR FASA 2
STR FASA 2
STR FASA 2
STR FASA 2
1. Bila pembayaran STR Fasa 2 2026?

Pembayaran STR Fasa 2 2026 akan mula salurkan pada 10 Mac 2026 (Selasa).

2. Bila tarikh akhir kemas kini/rayuan Fasa 2?

Pada 12 Januari hingga 13 Februari 2026 (Jumaat)

3. Siapakah yang layak menerima STR 2026?

Permohonan STR 2026 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada
Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan

4. Bagaimana cara daftar akaun baharu di MySTR?

Layari laman web rasmi MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my
Klik “Daftar Akaun Baharu” dan isi maklumat peribadi seperti nombor MyKad, e-mel, dan kata laluan. Pengesahan akan dihantar melalui e-mel atau SMS.

5. Apakah langkah untuk reset kata laluan MySTR jika terlupa?

Klik pautan “Terlupa Kata Laluan” di halaman MySTR login, masukkan nombor MyKad, dan ikut arahan untuk menetapkan kata laluan baharu melalui pautan pengesahan e-mel atau SMS.

6. Saya telah membuat permohonan Baharu STR 2026 pada Oktober 2025 bagi kategori Bujang dan permohonan tersebut Lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?

Bagi permohonan STR 2026 yang diluluskan dengan kategori Bujang, anda akan
menerima RM600 setahun atau RM50 sebulan yang akan dibayar melalui SARA

7. Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan STR 2026?

Salinan MyKad, dokumen bukti pendapatan, sijil nikah atau sijil lahir anak, dan dokumen sokongan lain jika diperlukan.

8. Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status pembayaran melalui Portal
Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my?

Semakan status pembayaran oleh dibuat pada menu seperti berikut:

i. Klik Log Masuk MySTR
ii. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
iii. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
iv. Masukkan Kata Laluan
v. Klik Semakan Status
vi. Klik Maklumat Bayaran

9. Apakah syarat kelayakan pendapatan untuk STR 2026?

Kelayakan bergantung pada kategori seperti isi rumah, warga emas, atau bujang dengan had pendapatan tertentu. Sila rujuk https://bantuantunai.hasil.gov.my

10. Apa yang perlu dilakukan jika status semakan Bantuan Tunai Rahmah “Tidak Layak”?

Pemohon boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan dengan mengemukakan dokumen sokongan.

11. Permohonan STR 2026 saya berstatus Tidak Lulus dan saya telah membuat
Permohonan Rayuan pada April 2026. Permohonan Rayuan saya berstatus Lulus
bagi kategori Isi Rumah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah, berapakah
amaun bayaran yang akan diterima?

Kelayakan STR 2026 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan
diluluskan. Anda akan menerima amaun bayaran bermula daripada Fasa 3 dan Fasa 4
sahaja.

12. Berapa pembayaran STR Fasa 2 2026?

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 2026:

1. Isi Rumah Pendapatan ≤ RM2,500
Tiada anak: RM150
1 – 2 anak: RM300
3 – 4 anak: RM450
5 anak dan ke atas: RM600

2. Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
Tiada anak: RM100
1 – 2 anak: RM100
3 – 4 anak: RM200
5 anak dan ke atas: RM250

3. Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan ≤ RM5,000)
Bayaran: RM150STR FASA 2STR FASA 2STR FASA 2

13. Bagaimanakah kaedah pembayaran STR?

Kaedah Pembayaran STR adalah seperti berikut:
a. Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan

b. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai kepada penerima sekiranya:
i. Status pengkreditan gagal kredit; atau
ii. Tiada Maklumat akaun ban

14. Akaun bank semasa saya menerima STR Fasa 1 berstatus tidak aktif / tutup,
bagaimanakah kaedah pembayaran STR Fasa 2 yang saya akan terima?

Pembayaran STR Fasa 2 akan dikreditkan ke dalam akaun bank berkenaan sekiranya
status pengkreditan STR Fasa 1 adalah berjaya kredit dan tiada pengemaskinian
maklumat akaun bank dalam tempoh kemas kini maklumat asas Fasa 2 dibuka.

Tuntutan tunai bagi bayaran Fasa 2 di kaunter BSN hanya boleh dibuat selepas status
gagal kredit dipaparkan dalam semakan portal STR. Penerima perlu hadir ke Cawangan
BSN bersama kad pengenalan asal penerima bagi membuat tuntutan bayaran.

15. Permohonan STR 2026 saya Lulus pada bulan Mei 2026 dan telah menerima
bayaran bagi Fasa 3. Adakah saya juga akan menerima bayaran bagi Fasa 1 dan
Fasa 2.

Tidak. Kelayakan STR 2026 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan
diluluskan. Anda hanya layak menerima bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 sahaja kerana permohonan dikemukakan pada bulan Mei 2026 iaitu setelah pembayaran Fasa 2
berlaku. Oleh itu, bayaran yang akan diperolehi hanyalah bagi Fasa 3 dan Fasa 4
sahaja.

16. Adakah saya layak bayaran STR 2026 bermula daripada Fasa 1 sekiranya saya
membuat permohonan baharu pada bulan Disember 2025?

Bulan Disember 2025 merupakan tempoh permohonan bagi semakan kelayakan Fasa
2 STR 2026. Jika permohonan yang dibuat pada bulan Disember 2025 berstatus Lulus,
anda akan layak STR 2026 mulai Fasa 2.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut