TERKINI: PEMBAYARAN STR 2026 FASA 1 AKAN DISALURKAN BERMULA 20 JANUARI 2026 (SELASA). KATEGORI BUJANG PULA AKAN MENERIMA BANTUAN SARA SEBANYAK RM50 SEBULAN DALAM SARA FASA 1 BERMULA 9 JANUARI 2026 (JUMAAT).
Permohonan STR 2026 telah dibuka bermula 13 Oktober 2025. Permohonan boleh dilakukan melalui portal mySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Untuk pengetahuan anda, mulai tahun 2026, bagi STR kategori bujang berumur bawah 60 tahun, kerajaan tidak lagi memberikan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara tunai seperti sebelum ini.
Sebagai gantinya, mereka akan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600 setahun, bersamaan RM50 sebulan dalam bentuk kredit yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya terpilih.
Warga emas bujang dengan pendapatan kurang RM5,000 sebulan masih akan menerima STR sebanyak RM600 setahun, dan bantuan SARA mereka dinaikkan daripada RM450 kepada RM600 setahun.
Selain itu, semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima bantuan tambahan RM100 secara one-off melalui SARA pada Februari 2026 sebagai persiapan menyambut bulan Ramadan dan Tahun Baru Cina.
Rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan STR Bujang 2026.

Adakah Penerima STR Bujang Masih Perlu Buat Permohonan?
Seperti yang sedia maklum, tiada bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi kategori Bujang untuk tahun 2026. Namun, mereka yang menepati syarat umur 21 tahun pada 2026 masih perlu membuat permohonan. Ini kerana walaupun tiada bayaran untuk kategori Bujang dalam STR, kelayakan SARA akan membolehkan mereka menerima bantuan bulanan yang akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima mulai bulan permohonan diluluskan.
Perkara tersebut dijelaskan melalui FAQ (Soalan Lazim) yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Sila rujuk lampiran gambar di bawah:

Syarat Kelayakan STR Bujang 2026
Pemohon bujang layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan;-
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
- Bagi yang berumur 21 hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 hingga 59 tahun.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
NOTA : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
NOTA:
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
- Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.
Tarikh Pembayaran SARA 2026 Fasa 1
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 Fasa 1 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 9 Januari 2026 (Jumaat), dengan bantuan bulanan sehingga RM200 dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak.
Selain itu, seramai 22 juta rakyat Malaysia akan menerima bantuan RM100 melalui MyKad yang akan mula dikreditkan pada 9 Februari 2026, bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup menjelang persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina.

Kadar Bayaran STR & SARA 2026 – Kategori Bujang
Kadar Bayaran STR 2026 Untuk Kategori Bujang adalah seperti berikut:
- Mulai 2026, individu bujang berumur bawah 60 tahun tidak lagi menerima bayaran STR seperti sebelum ini.
- Sebaliknya, mereka akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600 setahun, bersamaan RM50 sebulan.
- Kecuali warga emas bujang yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan, kadar STR mereka dikekalkan sebanyak RM600, dan SARA dinaikkan daripada RM450 setahun kepada RM600.
- Untuk kategori bujang biasa, bantuan diteruskan dalam bentuk SARA sahaja tanpa bayaran STR langsung mulai 2026.
- SARA ini bertujuan membantu pembelian barangan keperluan asas seperti makanan dan ubat-ubatan.
Ringkasnya, STR bagi kategori bujang dikurangkan ke sifar, digantikan dengan SARA RM50 sebulan (RM600 setahun) bagi memperluas sokongan bantuan secara kredit ke barangan keperluan.
Kadar bayaran STR 2026 bergantung pada kelayakan berdasarkan fasa permohonan yang diluluskan.
Pembayaran akan dilakukan secara 4 fasa. Rujuk jadual di bawah:

Jumlah Bayaran STR 2026
Kadar bayaran STR 2026 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:
1. Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM2,500)
- Anak ≥ 5: RM2,200
- Anak 3–4: RM1,700
- Anak 1–2: RM1,200
- Tiada Anak: RM700
2. Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000)
- Anak ≥ 5: RM950
- Anak 3–4: RM700
- Anak 1–2: RM450
- Tiada Anak: RM200
3. Warga Emas Tiada Pasangan
- Pendapatan ≤ RM5,000: RM600
4. Bujang
- Pendapatan ≤ RM2,500: Bayaran melalui mekanisme SARA
Jumlah Bayaran SARA 2026
Kategori Penerima STR 2026:
A. Isi Rumah (Tiada had umur)
- Miskin & Miskin Tegar eKasih: RM2,400 (RM200/bulan, Januari–Disember)
- Selain Miskin & Miskin Tegar eKasih: RM1,200 (RM100/bulan, Januari–Disember)
B. Warga Emas Tiada Pasangan
- Miskin & Miskin Tegar eKasih: RM1,800 (RM150/bulan, Januari–Disember)
- Selain Miskin & Miskin Tegar eKasih: RM600 (RM50/bulan, Januari–Disember)
C. Bujang (21–59 tahun)
- Miskin & Miskin Tegar eKasih: RM1,200 (RM100/bulan, Januari–Disember)
- Selain Miskin & Miskin Tegar eKasih: RM600 (RM50/bulan, Januari–Disember)

Cara Semakan Status / Kelayakan STR Bujang 2026
Untuk membuat semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:
- Layari Portal STR.
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang ‘Semakan Permohonan’
- Status kelulusan anda akan dipaparkan seperti dalam lampiran di bawah.

Cara Permohonan STR Bujang 2026
Permohonan STR 2026 boleh dibuat bermula 13 Oktober 2025. Permohonan boleh dilakukan melalui dua cara iaitu;
- Melalui Portal STR 2026 atau;
- Secara manual dengan pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan anda.
Sila rujuk panduan pengguna bagi tatacara untuk membuat permohonan STR 2026.
Permohonan STR 2026 Online – Melalui Portal MySTR
Untuk memohon melalui Portal STR 2026, sila rujuk langkah-langkah berikut:
- Layari Portal STR 2026.
- Klik butang “Permohonan Baharu”.
- Pilih sama ada ingin meneruskan permohonan dengan MyDigital ID (imbas kod QR) atau klik ‘Ya, Teruskan’ untuk permohonan biasa tanpa MyDigital ID
- Lengkapkan maklumat pemohon isikan nombor MyKad anda dan tekan butang “Semak” untuk pengesahan awal.
- Isi semua maklumat peribadi, maklumat tanggungan, pendapatan, maklumat bank dan alamat emel yang diperlukan dalam borang permohonan.
- Muat naik dokumen sokongan seperti salinan MyKad, sijil nikah, sijil kelahiran anak, bukti pendapatan atau dokumen berkaitan sekiranya diminta.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Buat pengesahan dan tandakan kotak persetujuan sebelum menghantar permohonan.
- Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan permohonan selepas berjaya dihantar untuk semakan status kemudian hari.
NOTA:
- Permohonan dibuka sepanjang tahun bermula 13 Oktober 2025.
- Permohonan juga boleh dibuat di kaunter LHDN atau Pusat Khidmat Hasil jika menghadapi masalah akses online.
- Anda WAJIB daftar akaun MySTR baharu walaupun pernah mohon STR sebelum ini.
- Pastikan semua maklumat diisi lengkap dan betul untuk mengelakkan permohonan ditolak.
Permohonan Baru STR 2026 Secara Manual
Pemohon boleh muat turun Borang BK-01 untuk permohonan STR 2026. Kaedah penghantaran borang STR 2026 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh:
- Diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
- Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat:
- Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR ; atau
- Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA
- Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
| Individu | Jenis Dokumen |
|---|---|
| Pemohon | Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2026 |
| Pasangan | Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan |
| Anak | Anak Kandung: i. Salinan Sijil Lahir; dan ii. Salinan MyKad / MyKid Anak Angkat: i. Salinan MyKad / MyKid; dan ii. Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN |
BACA JUGA: Permohonan STR 2026 – Syarat Kelayakan & Cara Mohon
Lupa Kata Laluan STR
Kata laluan STR yang terlupa boleh direset secara online melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah dengan beberapa langkah mudah seperti berikut:
- Layari laman web rasmi Portal STR dan klik “Log Masuk”.
- Pilih pautan “Terlupa Kata Laluan”.
- Masukkan nombor MyKad (12 digit) dan klik “Semak”.
- Masukkan alamat emel yang didaftarkan semasa permohonan STR, lalu klik “Seterusnya”.
- Kata laluan sementara akan dihantar ke emel berdaftar. Semak emel dan salin kata laluan sementara.
- Log masuk semula portal MySTR menggunakan kata laluan sementara.
- Cipta kata laluan baharu dan sahkan kata laluan tersebut, kemudian klik “Tukar Kata Laluan”.
Pilihan Jika Tiada Emel Berdaftar
- Pemohon perlu jawab tiga soalan keselamatan yang didaftarkan sebelum ini.
- Jika gagal selepas tiga percubaan, ID STR disekat dan hanya boleh cuba lagi selepas 24 jam.
- Untuk bantuan lanjut, hubungi hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 atau hadir ke pejabat HASiL.
Fasa Bayaran STR & SARA 2026
| Fasa | Kaedah Pembayaran dan Tarikh Pembayaran |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 (Selasa) |
| Fasa 2 | Maklumat fasa bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
| Fasa 3 | Maklumat fasa bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
| Fasa 4 | Maklumat fasa bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa |
NOTA: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2026
Maklumat Lanjut STR Bujang 2026
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk FAQ berikut:
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026
- Permohonan STR 2026
- Semakan Status STR 2026
- Kemaskini Maklumat STR 2026
- Pembayaran STR 2026
- Maklumat Waris & SKK STR 2026
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:
- Portal Rasmi STR; atau
- Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
- Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC, Kerajaan LHDNM
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi mengenai program STR.
Soalan Lazim STR Bujang 2026
STR Bujang adalah bantuan tunai kerajaan untuk individu berstatus bujang yang layak dan berpendapatan rendah atau sederhana.
Pemohon berstatus bujang berumur 21 hingga 59 tahun atau OKU berumur 19 hingga 59 tahun dengan pendapatan ≤ RM2,500 layak membuat permohonan.
Ya, warga emas bujang (≥ 60 tahun) tiada pasangan dengan pendapatan ≤ RM5,000 turut layak menerima bantuan.
Permohonan STR Bujang 2026 perlu dibuat atau dikemas kini secara dalam talian di Portal STR 2026 mulai 13 Oktober 2025 dengan akaun MySTR.
Untuk bujang berumur 21-59 tahun, bayaran STR telah dihentikan dan digantikan dengan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM600 setahun (RM50 sebulan). Warga emas bujang masih menerima STR RM600 setahun.
Dokumen sokongan seperti kad nikah, sijil lahir anak, atau dokumen rasmi dari Lembaga Hasil Dalam Negeri digunakan.
Permohonan akan dibatalkan dan perlu memohon semula untuk layak meneruskan penerimaan bantuan.
Ya, kepada pemohon yang lulus. Pastikan akaun bank aktif.
Sila rujuk sebab tidak lulus. Sediakan dokumen yang relevan mengikut sebab tidak lulus dan buat rayuan sama ada secara dalam talian atau manual di kaunter LHDNM dalam tempoh yang ditetapkan
Warganegara Malaysia
Berumur antara 21 hingga 59 tahun; bujang OKU layak dari umur 19 tahun ke atas
Pendapatan bulanan RM2,500 ke bawah
Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS (melainkan bujang OKU yang layak dimasukkan sebagai tanggungan keluarga)
Status permohonan dan bayaran STR boleh disemak secara online melalui Portal Rasmi STR menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
Permohonan dan kemaskini maklumat STR untuk sesi 2026 boleh dibuat mulai 13 Oktober 2025.
Ya, walaupun tiada bayaran STR 2026 bagi kategori Bujang, bayaran SARA akan dikreditkan kepada mereka yang layak secara bulanan.




