STR 2025 Berkahwin: Bayaran Kategori Isi Rumah/Keluarga – FASA 3

STR FASA 3
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

STR 2025 Berkahwin: Bayaran Kategori Isi Rumah/Keluarga – FASA 3

STR 2025 merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu golongan B40 dan M40 dengan memberikan bantuan kewangan tidak kira bagi yang masih bujang atau sudah berkahwin.

Dalam konteks pasangan berkahwin, bantuan ini berfungsi sebagai sokongan kewangan untuk membantu mereka menangani perbelanjaan dalam kehidupan seharian.

Secara umumnya, syarat kelayakan STR 2025 bagi ketiga-tiga kategori iaitu bujang, Warga Emas Tiada Pasangan, Isi Rumah (Berkahwin) adalah berbeza dan jumlah bantuan yang diberikan juga berbeza.

Tarikh Permohonan STR 2025

Permohonan STR 2025 bagi pasangan yang sudah berkahwin akan dibuka sepanjang tahun mulai 19 Oktober 2024.

Pemohon boleh mengemukakan permohonan STR pada bila-bila masa sepanjang tahun.

BACA JUGA: eKasih – Pendaftaran & Semakan Status Bantuan SARA STR 2025

Syarat Kelayakan STR 2025 (Berkahwin)

Anda layak mendapat bantuan STR 2025 bagi kategori isi rumah sekiranya memenuhi syarat-syarat di bawah:

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

STR Fasa 3 – Kategori Keluarga / Berkahwin

Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan dikreditkan mulai OGOS 2025 bagi membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

Pengkreditan adalah dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak. Kaedah bayaran yang akan diterima adalah sama seperti sebelum ini, iaitu melalui akaun bank atau secara tunai.

Semakan status kelulusan STR boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR.

Melalui Belanjawan 2025, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM2.3 bilion kepada 8.3 juta penerima yang layak.

Jika nama anda tiada dalam pangkalan STR, jangan risau kerana permohonan baharu dibuka sepanjang tahun.

Tarikh Bayaran STR Fasa 3 (Kategori Berkahwin/Keluarga)

Pembayaran STR Fasa 3 dijangka disalurkan bermula akhir Julai hingga awal Ogos 2025, berdasarkan sejarah pembayaran terdahulu.

FasaTarikh Bayaran
Fasa 122 Januari 2025
Fasa 224 Mac 2025
Fasa 3Akhir Julai – Ogos 2025 (jangkaan)
Fasa 4November 2025
Tarikh sebenar untuk FASA 3 akan dikemaskini selepas diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

Jumlah Bantuan STR 2025 – Fasa 3

Jumlah bantuan STR 2025 bagi setiap pasangan ini berbeza mengikut jumlah pendapatan isi rumah dan jumlah anak yang dimiliki oleh sesebuah pasangan itu.

Anda boleh rujuk jadual di bawah:

Berapa bayaran Fasa 3 STR 2025 yang akan diterima bagi setiap kategori yang layak?

  • Kategori Isi Rumah <RM2500 : AKAN DIKEMASKINI KELAK
  • Isi Rumah (RM2500-RM5000) : AKAN DIKEMASKINI KELAK
  • Bujang : AKAN DIKEMASKINI KELAK
  • Warga Emas Tiada Pasangan : AKAN DIKEMASKINI KELAK

Kadar bayaran yang akan diterima bagi kategori isi rumah / berkahwin adalah seperti berikut:

a. Kategori Isi RumahPendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500 (tiada had umur)

Bilangan AnakKelayakan Maksimum (RM)Fasa 1 (RM)Fasa 2 (RM)Fasa 3 (RM)Fasa 4 (RM)
01,000500150Akan dimaklumkan dari semasa ke semasaAkan dimaklumkan dari semasa ke semasa
1 – 21,500500300Akan dimaklumkan dari semasa ke semasaAkan dimaklumkan dari semasa ke semasa
3 – 42,000500500Akan dimaklumkan dari semasa ke semasaAkan dimaklumkan dari semasa ke semasa
≥52,500500650Akan dimaklumkan dari semasa ke semasaAkan dimaklumkan dari semasa ke semasa

b. Kategori Isi RumahPendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 (tiada had umur)

Bilangan AnakKelayakan Maksimum (RM)Fasa 1 (RM)Fasa 2 (RM)Fasa 3 (RM)Fasa 4 (RM)
0500150100Akan dimaklumkan dari semasa ke semasaAkan dimaklumkan dari semasa ke semasa
1 – 2750150200Akan dimaklumkan dari semasa ke semasaAkan dimaklumkan dari semasa ke semasa
3 – 41,000250250Akan dimaklumkan dari semasa ke semasaAkan dimaklumkan dari semasa ke semasa
≥51,250300300Akan dimaklumkan dari semasa ke semasaAkan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Sumber : FAQ STR

Cara Semakan Status / Kelayakan STR Berkahwin 2025

Ingin semak kelayakan anda?

Untuk membuat semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semakan Permohonan’
  4. Status kelulusan anda akan dipaparkan seperti dalam lampiran di bawah.

Cara Tukar Status Dari Bujang Kepada Berkahwin

Sekiranya anda baru sahaja melangsungkan perkahwinan, anda perlu mengemaskini permohonan anda kerana syarat kelayakan individu bujang dan pasangan yang sudah berkahwinan adalah berbeza.

Untuk mengemaskini permohonan anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Login di portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik “Kemaskini Permohonan”
  3. Tukar status perkahwinan daripada Bujang ke Kahwin
  4. Isi tarikh perkahwinan
  5. Isi maklumat pasangan
  6. Isi maklumat anak (jika ada)
  7. Kemaskini maklumat waris
  8. Tekan butang “Teruskan”
  9. Isi kod dan sahkan CAPTCHA
  10. Tick kotak Perakuan Permohonan
  11. Klik Hantar
  12. Tekan butang Cetak untuk cetak salinan permohonan anda

Kaedah Memohon STR 2025

permohonan baru str 2025
  1. Secara Dalam Talian
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Hadir ke
    • Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    • Pejabat Satelit LHDNM
    • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
      dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR
  3. Borang Permohonan
    Boleh dicetak oleh pemohon melalui Portal Rasmi STR
    https://bantuantunai.hasil.gov.my

STR 2025 adalah satu peluang yang tidak patut dilepaskan oleh pasangan yang telah berkahwin, terutamanya mereka yang memerlukan sokongan kewangan dan menepati syarat-syarat yang dinyatakan d atas.

Dengan mematuhi syarat yang ditetapkan dan melengkapkan permohonan dengan dokumen yang diperlukan, anda berpeluang menerima bantuan ini supaya sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung.

Kaedah Bayaran STR 2025

Kaedah pembayaran STR 2025 bagi pasangan yang sudah berkahwin adalah seperti berikut:

  1. Kredit ke Akaun Bank: Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
  2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:

  • Tiada maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit

Soalan Lazim STR Fasa 3

Bila duit Str masuk fasa 3?

Pembayaran STR Fasa 3 dijangka disalurkan bermula akhir Julai hingga awal Ogos 2025, berdasarkan sejarah pembayaran terdahulu. 

Siapa yang layak menerima Str?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana di Malaysia.

1. Isi Rumah
Warganegara Malaysia.
Berkahwin, atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak menepati syarat.
Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah468.
Salah seorang pasangan mesti berumur 21 tahun ke atas6.
2. Warga Emas Tiada Pasangan
Warganegara Malaysia.
Berumur 60 tahun ke atas.
Pendapatan RM5,000 dan ke bawah46.
3. Bujang
Warganegara Malaysia.
Berumur 21 hingga 59 tahun.
Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.
Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS

Berapa Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 tahun 2025 masih belum diumumkan secara rasmi oleh kerajaan setakat pertengahan Jun 2025. 

Anggaran Jumlah Bayaran STR Fasa 3:
1, Isi Rumah B40 (< RM2,500): RM300 – RM500
2. Isi Rumah M40 (RM2,501 – RM5,000): RM100 – RM300
3. Bujang (< RM2,500): RM100 – RM150
4. Warga Emas Tiada Pasangan: RM200 – RM300

Cara Mohon STR

Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my

Selain itu, permohonan juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi borang di pejabat LHDNM atau pusat yang ditetapkan.

Maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan bagi bantuan STR untuk kategori isi rumah, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas seperti yang berikut:

Alamat Kementerian Kewangan Malaysia
Sekretariat STR
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Presint 2, 62592 Putrajaya

Elakkan dari terjebak dengan skim penipuan berkaitan STR 2025.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut