Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2023 (SPZAS)

SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR (SPZAS) 2023 KINI KEMBALI!

Berita baik ini buat semua pelajar sekolah rendah, menengah, IPT dalam & luar negara untuk memohon dana ini. Dana ini adalah secara one-off bagi setiap peringkat pelajaran.

Para pelajar boleh membuat permohonan ini bermula dari 3 Oktober hingga 3 Disember 2022 secara dalam talian.

Jangan lupa untuk baca syarat-syarat dan cara-cara untuk buat permohonan terlebih dahulu ya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat dan cara permohonan SPZAS.

Apakah Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS)?

SPZAS adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara dan luar negara bagi golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.

SPZAS ini disasarkan kepada golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.

spzas 2023

Kadar Sumbangan SPZAS

Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima kadar sumbangan mengikut peringkat pengajian seperti dinyatakan berikut:

  1. RM700 (SPZAS dalam negara)
  2. RM1,000 hingga RM2,500 (SPZAS IPT luar negara)

SPZAS DALAM NEGARA

Peringkat pengajian Sijil / Pra Universiti / Asasi / Matrikulasi / Pra Diploma / Diploma / Diploma Lanjutan / Ijazah Sarjana Muda / Sijil Prefesional dan Ijazah Sarjana

SPZAS LUAR NEGARA

Peringkat pengajian Sijil (Pengajian Islam ) / Sijil Profesional / Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana

SPZAS SEKOLAH RENDAH & SEKOLAH MENENGAH

Sementara itu, kadar sumbangan bagi sekolah rendah dan sekolah menengah adalah seperti berikut:

  1. Prasekolah / Tadika : RM200 (per tanggungan)
  2. Sekolah Rendah Kebangsaan : RM200 (per tanggungan)
  3. Sekolah Rendah AGama : RM200 (per tanggungan)
  4. Sekolah Menengah : RM200 (per tanggungan)

Syarat-syarat Permohonan SPZAS

Kriteria kelayakan sumbangan adalah seperti berikut:-

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Ketua keluarga / penjaga lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  4. Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM11,000.
  5. Dokumen sokongan sila rujuk pautan www.zakatselangor.com.my/spzas atau imbas kod QR yang dipaparkan dalam poster di atas.

NOTA: Permohonan adalah untuk BUKAN asnaf fakir, miskin & mualaf.

*Buat asnaf fakir, miskin & mualaf berdaftar, boleh memohon terus https://pendidikan.zakatselangor.com.my

Tarikh Permohonan

Para pelajar boleh membuat permohonan ini bermula dari 3 Oktober hingga 3 Disember 2022 secara dalam talian di www.zakatselangor.com.my/spzas .

Cara Permohonan

permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan www.zakatselangor.com.my/spzas.

Terdapat 11 (sebelas) dokumen yang diwajibkan untuk setiap pemohon memuat naik sewaktu permohonan dilakukan iaitu:

  1. Kad Pengenalan Pemohon
  2. Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga
  3. Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga
  4. Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  5. Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan Terkini(Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  6. *Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini/semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atase Pendidikan Selangor)
  7. *Borang Pengesahan Permastautinan yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  8. Penyata Akaun Bank Pemohon yang masih aktif (Bagi Pengesahan No Akaun Bank)
  9. Kad OKU (Jika Berkenaan)
  10. Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)
  11. Pasport dan Visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara)

*Nota: Borang-borang ini boleh dimuat turun di www.zakatselangor.com.my/spzas.

BilBorangMuat Turun
1Borang Pengesahan Belajar Muat Turun Borang
2Borang Pengesahan Pemastautin Muat Turun Borang
3Borang Pengesahan Pendapatan Muat Turun Borang

Baca juga:

Semakan Status Permohonan

Tempoh kelulusan dan bayaran sumbangan ini adalah dalam masa 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.

Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon secara EFT (Electronic Fund Transfer).

Maklumat Lanjut

Pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor di 1300-88-4343 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan bantuan ini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!