Musaadah Tijariyyah 2.0 : Mohon Bantuan Modal Perniagaan RM3,000

MUSAADAH TIJARIYYAH 2.0

Baru nak mulakan perniagaan tapi kekurangan modal?

Atau adakah anda berhasrat untuk kembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik?

Tahukah anda apa yang baitulmal boleh bantu?

Jom mohon bantuan musa’adah Tijariyyah 2.0.

Bantuan ini akan dibuka mulai 16 Oktober hingga 30 Oktober 2021.

Kami kongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat dan cara permohonan bantuan ini di sini.

Apakah Musaadah Tijariyyah 2.0?

Bantuan Zakat Perniagaan Musaadah Tijariyyah ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Bantuan ini akan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

Bantuan ini memberikan modal perniagaan kepada mereka yang ingin memulakan/ mengembangkan perniagaan.

Pemohon yang lulus diwajibkan menghadiri sesi Seminar Asas Keusahawanan sebelum proses bayaran dilaksanakan.

Kadar Bantuan Musaadah Tijariyyah 2.0

Jumlah bantuan adalah RM3,000.00 bagi setiap penerima yang layak.

musaadah tijariyyah 2.0

Syarat Permohonan Musaadah Tijariyyah 2.0

Syarat-syarat permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-  kurangnya 1 tahun
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada Had Kifayah
  5. Bukan penerima bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP dalam tempoh 2 tahun dan Musaadah Tijariyyah 1.0

Perniagaan Yang Dibenarkan

  • Makanan dan minuman
  • Barangan Kering (pakaian, kasut, aksesori, produk kecantikan, bahan bacaan ilmiah)
  • Perkhidmatan (gunting rambut, salun dan spa kecantikan, wirering, urutan)
  • Produk-produk yang bercanggah dengan hukum syarak tidak dipertimbangkan

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Surat akuan sumpah pendapatan pemohon dan pasangan
  • Salinan lengkap SSM yang masih aktif
  • Satu Salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank individu yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini (kecuali Tabung Haji dan ASB)

Lokasi / Tapak Perniagaan Yang Dibenarkan

i) Premis perniagaan boleh samada di dalam/ luar Wilayah Persekutuan

ii) Permis atau kedai yang berada di luar Wilayah Persekutuan boleh dipertimbangkan bagi kes-kes seperti berikut:

  • Perniagaan bergerak
  • Premis berada di kawasan Lembah Klang / Kuala Lumpur / Selangor
  • Pelatih/ penghuni di bawah institusi MAIWP tidak terikat dengan kawasan Lembah Klang

Cara Permohonan

Borang Permohonan Online boleh dimuatnaik di laman web www.maiwp.gov.my

ATAU

Borang manual boleh diambil di Pusat Agihan Zakat (PAZA).

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN DI SINI

  • Lokasi penghantaran borang :
    • Pusat Agihan Zakat (PAZA)
    • MAIWP Cawangan Labuan dan Putrajaya

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 18 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021.

Baca juga: Skim Pinjaman PEKA PKS 3.0 Tanpa Faedah (RM5000 – RM20,000)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan boleh layari laman web di pautan berikut:

https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/84-garis-panduan-permohonan-program-musa-adah-tijariyyah-2-0-baitulmal-maiwp

Telefon: 03- 4047 9444 / Faks: 03- 4044 9444

Facebook: Baitulmal MAIWP

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!