Login eZakatPay: Bayaran Zakat Selangor & Semakan Penyata Online

Kini anda tidak perlu lagi bersusah-susah ke cawangan untuk menunaikan zakat. Lebih mudah bayar zakat online sahaja di EZakatpay!

Terkini Lembaga Zakat Selangor memberi anda kemudahan untuk pembayar dan penerima zakat di Selangor melakukan urusan di eZakat Pay.

Bagaimana untuk daftar dan buat bayaran menggunakan eZakat Pay?

Di sini kami kongsikan caranya untuk makluman bersama.

Apakah eZakatPay?

eZakat Pay merupakan satu kaedah pembayaran zakat secara online di www.zakatselangor.com.my.

Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) sebagai institusi zakat yang memegang amanah, LZS (MAIS) terus komited menguruskan dan memanfaatkan potensi kutipan zakat serta memastikan pengagihan zakat yang dilaksanakan efisien, efektif dan berkesan selaras dengan tuntutan syarak.

ezakatpay

Pendaftaran

Untuk memudahkan anda membuat kiraan dan menyimpan rekod transaksi eZakatPay, anda boleh mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu.

Berikut adalah cara daftar:

  1. Layari pautan daftar eZakat Pay: https://ezo.zakatselangor.com.my/daftar.asp
  2. Borang pendaftaran akan terpapar. Isikan maklumat yang diperlukan pada borang tersebut.
  3. Pada ruangan USER ID, masukkan user id anda inginkan
  4. Masukkan Emel anda yang aktif
  5. Masukkan Nama Ibu anda
  6. Baca Terma dan Syarat dan klik Saya Setuju.
  7. Anda akan terima email pengaktifan, Klik pautan yang ada pada email anda.
  8. Seterusnya masukkan Kata Laluan yang anda inginkan, tekan ok
  9. Pendaftaran anda telah selesai.

Login eZakatPay

Setelah selesai proses pendaftaran di atas, sekarang anda boleh login akaun eZakat Pay anda.

Berikut adalah cara login:

  1. Layari pautan daftar eZakat Pay: https://ezo.zakatselangor.com.my/
  2. Masukkan User ID anda
  3. Masukkan Kata Lalaun anda
  4. Tekan Login
  5. Anda telah berjaya login akaun eZakat Pay.

Cara Bayar Zakat Online Melalui eZakatPay

Untuk bayar zakat online menggunakan eZakat Pay, berikut adalah caranya

  1. Login akaun eZakat Pay anda atau terus ke pautan https://fpx.zakatselangor.com.my/
  2. Ruangan Isi Maklumat Bayaran, isikan maklumat yang diperlukan pada ruangan tersebut
  3. Ruangan Pilih Kaedah Bayaran, anda dikehendaki memilih cara bayaran yang anda inginkan
  4. Ruangan Pilih Bank, pilih bank yang anda ingikan untuk selesai proses pembayaran
  5. Ruangan Resit Bayaran Zakat, anda boleh muat turun resit bayaran zakat.

Baca juga: Diskaun Saman Trafik PDRM 50-60% November 2021

Semak Bayaran & Penyata Zakat Anda

Selepas membuat bayaran, anda boleh membuat semakan danbayaran dan penyata zakat untuk rekod

Anda boleh mengaksesnya melalui https://ezo.zakatselangor.com.my

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari web Rasmi Zakat Selangor di pautan https://www.zakatselangor.com.my/

ATAU

Ikuti Facebook Lembaga Zakat Selangor untuk update terkini.

ATAU

Rujuk Soalan Lazim di bawah:

Apakah kelebihan menggunakan eZakat Pay?

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh

– Semak maklumat bayaran zakat
– Cetak penyata bayaran zakat
– Kemaskini profil individu
– Boleh terus menunaikan zakat
– Mengetahui status bantuan

Bagaimana sekiranya terlupa kata laluan eZakat Pay?

1. Masukkan Email dan Nama Ibu
2. Tekan Reset Kata laluan.
3. Emel pengesahan akan dihantar pada emel anda.
4. Klik link yang ada pada emel anda.
5. Anda akan dibawa pada portal zakat dan tukar password anda.

Adakah dikenakan bayaran untuk menggunakan E-Zakat Pay?

Pembayar tidak perlu mendaftar ataupun membayar untuk membuat bayaran zakat melalui kaedah ini.

Pembayar hanya perlu mempunyai akaun bank, mempunyai ID dan Password dan boleh membuat pembayaran secara online di bank tersebut

Baca juga: Tarikh Buka Sekolah Rendah & Menengah Mengikut Negeri Fasa PPN

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!