Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Tahukah anda, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyediakan satu program iaitu Program Bina Baharu Rumah di Bandar (PBBR) bagi membantu golongan yang memerlukan memiliki kediaman yang lebih selamat, selesa dan berkualiti dan permohonan program ini boleh dibuat melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini.

Mengenai Program Bina Baharu Rumah Di Bandar

Program Bina Baharu Rumah di Bandar (PBBR) merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).

Tujuan program ini diwujudkan adalah selain daripada membina rumah baharu, ia juga dapat membantu golongan miskin bandar dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Menerusi program ini, rumah yang tidak lagi sesuai atau tidak ekonomik untuk dibaiki boleh dipertimbangkan bagi pembinaan rumah baharu melalui PBBR, tertakluk kepada syarat kelayakan.

Jenis Rumah Bina Baharu

Jenis rumah yang layak untuk bina baharu ini adalah rumah sesebuah (landed property) sahaja dan rumah teres, berkembar dan rumah berstrata tidak dibenarkan.

Permohonan Yang Tidak Dipertimbangkan

Permohonan yang tidak dipertimbangkan adalah seperti berikut:

  • Pembesaran dan pengubahsuaian bahagian dalam atau luar rumah sedia ada.
  • Pemohon mendiami rumah setinggan.
  • Pemohon telah menerima bantuan bina baru/ baik pulih rumah sama ada dari KPKT atau mana-mana Agensi Kerajaan lain kecuali yang terlibat dengan musibah.
  • Permohonan tidak disertakan dokumen sokongan yang lengkap.

Syarat Utama

Syarat utama untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Mempunyai tapak/tanah yang dikenal pasti.
  2. Mendapat kebenaran pemilik tanah (jika berkaitan).
  3. Lulus penilaian dan semakan kelayakan.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

1- Memohon melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.

2- Lengkapkan dokumen sokongan yang diperlukan.

3- Permohonan akan disemak oleh PBT sebelum dikemukakan kepada KPKT ke alamat:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Kesejahteraan Komuniti
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 15, No.51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya
Tel:03-8891 5051 Faks: 03-8891 5547

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Ketua Isi Rumah/Ahli Isi Rumah
  • Gambar penuh rumah dengan jelas (dari luar)
  • Gambar kerosakan dengan jelas bahawa ianya tidak ekonomik untuk dibaik pulih
  • Satu salinan geran/ carian rasmi di Pejabat Daerah dan Tanah
  • Borang PPKB 4b sekiranya Ketua Isi Rumah/Ahli Isi Rumah tidak memiliki tanah sendiri.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Program Bina Baharu Rumah di Bandar (PBBR)?

PBBR merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) untuk membina rumah baharu, ia juga dapat membantu golongan miskin bandar dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Apakah jenis rumah yang layak untuk bina baharu ini?

Rumah tersebut mestilah rumah sesebuah (landed property) sahaja.

Jika saya ingin membuat pembesaran atau pengubahsuaian rumah, adakah saya boleh memohon bantuan menerusi program ini?

Tidak. Permohonan pembesaran dan pengubahsuaian bahagian dalam atau luar rumah sedia ada adalah tidak dipertimbangkan.

Apakah syarat utama untuk memohon program ini?

– Mempunyai tapak/tanah yang dikenal pasti.
– Mendapat kebenaran pemilik tanah (jika berkaitan).
– Lulus penilaian dan semakan kelayakan.

Bagaimanakah saya ingin membuat permohonan program ini?

Pemohon mestilah memohon melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai PBBR, sila layari laman web KPKT iaitu https://www.kpkt.gov.my.

Baca juga: Masih Cari Rumah Mampu Milik? Mohon PPR Secara Online Melalui SPRN

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS