Permohonan Sijil Matrikulasi & Transkrip – Semakan & Panduan

Sijil Matrikulasi
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Sijil Matrikulasi merupakan dokumen penting yang mengesahkan kelulusan seseorang dalam Program Matrikulasi dan digunakan untuk pelbagai keperluan pendidikan serta urusan rasmi. Anda boleh rujuk Portal Rasmi Kementerian Pendidikan untuk maklumat lanjut.

Artikel pada kali ini, kami akan menerangkan kepada anda secara jelas tentang prosuder dan syarat permohonan Sijil Matrikulasi.

Apa itu Sijil Matrikulasi

Sijil Matrikulasi ialah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada pelajar yang telah menamatkan pengajian Program Matrikulasi dengan jayanya. Sijil ini menjadi bukti kelayakan akademik pelajar selepas tamat pengajian peringkat prauniversiti.

Sijil Matrikulasi mengandungi maklumat penting seperti nama pelajar, nombor kad pengenalan, sesi pengajian serta pengesahan bahawa pelajar telah lulus Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan.

Dokumen ini lazimnya digunakan sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi, permohonan biasiswa, latihan industri, atau tujuan rasmi lain.

Selain sijil, pelajar juga akan menerima Transkrip Akademik yang memaparkan keputusan peperiksaan dan pencapaian akademik sepanjang tempoh pengajian.

Kedua-dua dokumen ini perlu disimpan dengan baik kerana ia mempunyai nilai rasmi dan sah di sisi undang-undang serta pentadbiran pendidikan di Malaysia.

Syarat Permohonan

Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat penganugerahan Sijil MatrikulasI Pendidikan dan terdiri daripda pelajar lepasan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan seperti yang berikut:

  • Sesi 2015/2016 dan sebelumnya yang belum pernah menerima Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan/ Transkrip Akademik;
  • Sesi 2016/2017 dan seterusnya yang ingin mendapatkan gantian bagi Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan/ Transkrip Akademik yang rosak/ hilang; atau
  • Memerlukan terjemahan bagi Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan/ Transkrip Akademik

Dokumen Permohonan & Caj Perkhidmatan

Pemohon akan dikenakan bayaran caj perkhidmatan seperti yang berikut dan pembayaran boleh dibuat melalui laman sesawang sistem iPayment.

Kategori PermohonanCaj Perkhidmatan
Kategori 1: Permohonan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan kali pertama bagi pelajar lepasan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Sesi 2015/2016 dan sebelumnyaTidak dikenakan bayaran
Kategori 2: Permohonan kali kedua dan seterusnya bagi Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan/ Transkrip Akademik akibat hilang/ rosakRM50.00 bagi setiap permohonan
Kategori 3: Permohonan Terjemahan Sijil Matrikulasi Kementerian PendidikanRM50.00
Kategori 4: Permohonan Terjemahan Transkrip AkademikRM50.00
Bahagian Matrikulasi tidak bertanggungjawab atas kecuaian semasa membuat pembayaran melalui iPayment

Pemohon hendalah memastikan tiga dokumen berikut disertakan semasa membuat permohonan:

  1. Borang permohonan BMKPM/SP-01;
  2. Salinan kad pengenalan pemohon (disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A); dan
  3. Salinan resit pembayaran (kecuali bagi permohonan Kategori 1)

Penghantaran Dokumen Permohonan

Pemohon boleh menghantar dokumen permohonan melalui e-mel: [email protected], secara serahan tangan ke Kaunter Aras 6, Bahagian Matrikulasi atau menggunakan kaedah pos.

Kaedah Serahan Kepada Pemohon

Permohonan akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja bermula dari tarikh permohonan lengkap diterima.

Pemohon akan dimaklumkan melalui e-mel setelah permohonan selesai diproses dan dokumen sedia untuk diambil.

Pemohon boleh mengambil sendiri Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan, Transkrip Akademik, Terjemahan Sijil Matrikulasi atau Terjemahan Transkrip Akademik secara serahan tangan.

Sekiranya pemohon melantik wakil, Surat Pelantikan Wakil (BMKPM/SP-03) perlu dilengkapkan dan wakil hendaklah mengemukakan dokumen pengenalan diri bagi tujuan pengesahan.

Bagi pemohon yang memilih penghantaran melalui kaedah pos, perkara berikut perlu dipatuhi:

  • Menyediakan sampul Pos Laju PraBayar bersaiz A4 beralamat sendiri, yang belum pernah digunakan serta dilengkapkan dengan nama dan alamat surat-menyurat pemohon;
  • Menyatakan nombor rujukan sampul Pos Laju pada borang permohonan;
  • Menggunakan sampul Pos Laju berwarna oren untuk penghantaran ke Semenanjung dan sampul berwarna biru bagi penghantaran ke Sarawak, Sabah atau Labuan; dan
  • Menghantar sampul Pos Laju tersebut bersama dokumen permohonan ke alamat berikut:
    • Puan Rohaiza binti Rozali
      Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan
      Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62604 Putrajaya

Pemohon juga digalakkan menyertakan pelapik keras bersama sampul Pos Laju bagi memastikan dokumen diterima dalam keadaan baik.

Sebarang kerosakan yang berlaku selepas pengeposan adalah di luar tanggungjawab pihak Bahagian Matrikulasi.

Muat Turun Borang Permohonan Sijil Matrikulasi

BORANG PERMOHONAN SIJIL MATRIKULASI / TRANSKRIP AKADEMIK

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui e-mel, [email protected] atau dengan menghubungi 03-8884 4020 / 03-8884 4022.

Soalan Lazim – Sijil Matrikulasi

1. Siapakah yang layak memohon Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan?

Pemohon mestilah pelajar lepasan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan yang:

– Sesi 2015/2016 dan sebelumnya yang belum pernah menerima Sijil Matrikulasi atau Transkrip Akademik;
– Sesi 2016/2017 dan seterusnya yang ingin mendapatkan gantian sijil/transkrip kerana rosak atau hilang; atau
– Memerlukan terjemahan Sijil Matrikulasi atau Transkrip Akademik.

2. Apakah kategori permohonan yang disediakan?

Terdapat empat (4) kategori permohonan, iaitu:

Kategori 1: Permohonan sijil kali pertama (Sesi 2015/2016 dan sebelumnya).
Kategori 2: Permohonan kali kedua dan seterusnya bagi sijil/transkrip yang hilang atau rosak.
Kategori 3: Permohonan terjemahan Sijil Matrikulasi.
Kategori 4: Permohonan terjemahan Transkrip Akademik.

3. Berapakah caj perkhidmatan permohonan?

Caj perkhidmatan adalah seperti berikut:

Kategori 1: Tidak dikenakan bayaran.
Kategori 2: RM50.00 bagi setiap permohonan.
Kategori 3: RM50.00.
Kategori 4: RM50.00.

Bayaran hendaklah dibuat melalui sistem iPayment

4. Apakah dokumen yang perlu disertakan semasa membuat permohonan?

Pemohon perlu menyertakan tiga (3) dokumen wajib, iaitu:

1. Borang permohonan BMKPM/SP-01;
2. Salinan kad pengenalan pemohon (disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A); dan
3. Salinan resit pembayaran (kecuali permohonan Kategori 1).

5. Bagaimanakah cara menghantar dokumen permohonan?

Dokumen permohonan boleh dihantar melalui:

– E-mel: [email protected]
– Serahan tangan: Kaunter Aras 6, Bahagian Matrikulasi
– Pos

6. Berapa lama tempoh pemprosesan permohonan?

Permohonan akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

7. Bagaimanakah pemohon dimaklumkan selepas permohonan diproses?

Pemohon akan dimaklumkan melalui e-mel setelah permohonan selesai diproses dan dokumen sedia untuk diambil.

8. Bolehkah sijil atau transkrip diambil oleh wakil?

Boleh. Jika pemohon melantik wakil, pemohon perlu menyediakan Surat Pelantikan Wakil (BMKPM/SP-03) dan wakil perlu menunjukkan dokumen pengenalan diri untuk tujuan pengesahan.

9. Apakah keperluan jika pemohon memilih penghantaran melalui pos?

Pemohon perlu:

– Menyediakan sampul Pos Laju Prabayar saiz A4 beralamat sendiri;
– Memastikan sampul belum pernah digunakan;
– Menulis nombor rujukan Pos Laju pada borang permohonan;
– Menggunakan sampul oren bagi Semenanjung dan sampul biru bagi Sarawak, Sabah atau Labuan;
– Menghantar sampul Pos Laju bersama dokumen permohonan ke alamat Bahagian Matrikulasi.

10. Ke manakah alamat penghantaran dokumen permohonan?

Dokumen perlu dihantar kepada:

Puan Rohaina binti Rozali
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan
Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62040 Putrajaya

11. Adakah Bahagian Matrikulasi bertanggungjawab atas kerosakan dokumen semasa penghantaran?

Tidak. Sebarang kerosakan selepas pengeposan adalah di luar kawalan Bahagian Matrikulasi. Pemohon digalakkan menyertakan pelapik keras bagi memastikan dokumen diterima dalam keadaan baik.

12. Bagaimanakah cara menghubungi pihak Bahagian Matrikulasi untuk pertanyaan lanjut?

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui:
E-mel: [email protected]
Telefon: 03-8884 4020 / 03-8884 4022

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut