Semakan Keputusan PSPM – Peperiksaan Semester Program Matrikulasi

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Makluman kepada semua pelajar matrikulasi, berikut merupakan Pengumuman Tarikh Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Semester kini boleh disemak secara online.

Rujuk cara membuat semakan dalam artikel ini selanjutnya.

peperiksaan matrikulasi

Tarikh Semakan

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM) 2026

SISTEM DUA SEMESTER (SDS), SEMESTER I, SISTEM EMPAT SEMESTER (SES), SEMESTER I DAN SISTEM EMPAT SEMESTER (SES), SEMESTER III,SESI 2025/2026

Calon PSPM, SDS Semester I, SES Semester I dan SES Semester III,
Sesi 2025/2026 boleh menyemak keputusan peperiksaan mulai
𝟔 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚) 𝐣𝐚𝐦 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 melalui kaedah berikut:

semakan keputusan matrikulasi pspm

Cara Semakan Keputusan PSPM (Peperiksaan Semester Program Matrikulasi)

PENGUMUMAN DAN KAEDAH SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM) 2026 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) boleh dibuat pada 6 Januari 2026 mulai 10.00 pagi.

Calon PSPM boleh menyemak keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:

1. Laman Web Rasmi
https://matrikulasi.moe.gov.my/
i. Pilih “Semakan Peperiksaan”
ii. Masukkan Nombor Matrik dan 6 digit terakhir nombor kad pengenalan (Calon boleh muat turun slip keputusan peperiksaan)

2. Secara manual / telefon
i. Kolej masing-masing
ii. Bahagian Matrikulasi KPM: 03-8884 4083 atau 03-8884 4020

Artikel berkaitan: Program Matrikulasi KPM: Lokasi, Kursus / Jurusan, Permohonan

Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan

Permohonan semak semula boleh dibuat melalui langkah langkah berikut:

Permohonan semak semula keputusan PSPM boleh dibuat melalui langkah-langkah berikut:
i. Muat turun dokumen berkaitan permohonan melalui https://shorturl.at/F1NWC
ii. Permohonan semak semula melalui https://reskor.assessment.com.my/
iii. Pembayaran melalui https://ipayment.anm.gov.my/

Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses.
*Tarikh akhir penerimaan di kolej tertakluk kepada ketetapan pengurusan kolej masing-masing.

Sila rujuk panduan penuh permohonan semakan semula dan borang permohonan melalui lampiran di bawah :

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi
https://matrikulasi.moe.gov.my/ atau ikuti media sosial rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut