Program Pelajar Cemerlang (PPC) Matrikulasi 2024: Syarat & Permohonan

Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi atau singkatannya PPC merupakan sebuah program khas untuk pelajar Matrikulasi yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian.

Oleh itu, permohonan bagi program ini tidak dibuka untuk pelajar yang tidak menyampung pengajian di Matrikulasi di bawah penyeliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Walau bagaimanapun, ramai pelajar Matrikulasi sendiri mungkin tidak pernah mendengar pengenai program tajaan ini.

Apa PPC Matrikulasi?

Secara ringkasnya, Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi merupakan tawaran biasiswa kepada pelajar lepasan Matrikulasi KPM untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di luar negara.

Program PPC Matrikulasi bawah SLTPPM dilaksanakan sejak tahun 2006 ke United Kingdom dengan penghantaran seramai 18 pelajar lulusan matrikulasi ke universiti terkemuka di United Kingdom (UK) dalam bidang STEM.

Kumpulan pelajar berkenaan juga menyambung pengajian ikhtisas Post Graduate Certificate in Education di United Kingdom selama setahun.

Program pengajian yang ditawarkan juga mungkin berubah dari semasa ke semasa mengikut pengumuman terkini oleh pihak KPM.

Pelajar akan menerima Biasiswa Perguruan Persekutuan untuk pengajian ijazah pertama dalam/luar negara selama 3 hingga 4 tahun beserta 1 tahun pengajian Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) dalam negara.

Pelajar yang telah menamatkan pengajian DPP dan lulus temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan akan dilantik sebagai pensyarah di kolej matrikulasi KPM.

Tawaran PPC Matrikulasi 2024

biasiswa ppc matrikulasi

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka peluang kepada pelajar cemerlang Program Matrikulasi KPM untuk memohon Program Pelajar Cemerlang (PPC) Matrikulasi 2024 bawah Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM).

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah:

  • Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM)
  • Perakaunan
  • Bahasa Inggeris

Bagi pengajian bidang STEM dan Perakaunan pelajar akan ditempatkan di luar negara sama ada Australia atau New Zealand dan bidang Bahasa Inggeris di United Kingdom manakala bagi bidang Bahasa Inggeris dalam negara pelajar akan ditempatkan di Universiti Malaya/ Universiti Awam (UA) yang ditetapkan oleh KPM.

Calon akan dipilih berdasarkan panduan berikut:

  • Calon memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.
  • Diperaku Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temu duga. Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan pengiraan merit yang akan mengambil kira markah akademik, temu duga dan kokurikulum calon

Artikel berkaitan: Semakan Keputusan PSPM – Peperiksaan Semester Program Matrikulasi

Tempoh permohonan

Permohonan bagi PPC Matrikulasi 2024 dibuka dari 23 hingga 29 Febbruari 2024.

Syarat permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat am bagi permohonan PPC Matrikulasi mulai tahun 2024:

  • Terbuka kepada semua pelajar tahun akhir yang sedang mengikuti pengajian di Program Matrikulasi KPM.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan gred minimum kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET).
  • Mencapai skor minimum lapan dalam penilaian kokurikulum.
  • Tiada rekod disiplin.
  • Sihat tubuh badan.

Proses pengambilan PPC 2024

Berikut merupakan garis masa proses pengambilan PPC Matrikulasi 2024.

ppc matrikulasi tesl
ppc matrikulasi tesl 2024

Cara mohon

Pelajar yang berminat untuk memohon tawaran biasisa Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi 2024 ini boleh menghantar permohonan secara dalam talian melalui portal Matrikulasi KPM di alamat http://apps.matrik.edu.my/index.php

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!