Permohonan Matrikulasi KPM bagi kemasukan sesi 2026/2027 (FASA 2) akan dibuka mulai 31 Mac 2026 hingga 4 April 2026 khusus untuk calon SPM 2025. Semak, lengkapkan dan hantar permohonan anda sebelum tamat tempoh melalui pautan berikut: http://matrikulasi.moe.gov.my/
Pelajar boleh membuat semakan permohonan secara percuma melalui pautan online di atas.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM, kelebihannya serta cara membuat permohonan rayuan bagi calon yang tidak berjaya.

Pengenalan Program Matrikulasi KPM
Program Matrikulasi KPM adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.


Jurusan Program Matrikulasi KPM
Program Matrikulasi KPM menawarkan 5 jurusan, iaitu:
- Jurusan Sains
- Jurusan Sains Komputer (Kolej Matrikulasi Perak, Johor, Labuan & Kelantan)
- Jurusan Kejuruteraan
- Jurusan Perakaunan
- Jurusan Perakaunan Profesional
Selain itu, program Hifz al-Quran di Matrikulasi turut dilaksanakan mulai 2025 dan terbuka bagi pelajar yang menepati syarat. Kolej yang menawarkan program ini ialah Kolej Matrikulasi Kelantan dan Negeri Sembilan sahaja.
BACA JUGA: Permohonan Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-IIUM 2026/2027
Syarat Kelayakan

Pemohon perlu memenuhi tiga syarat am permohonan berikut:
- Umur pemohon tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan.
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah calon SPM semasa.
Tawaran khas untuk pelajar tahfiz yang mengikuti Jurusan Sains dan Jurusan Perakaunan, pelajar boleh menyertai program Hifz al-Quran di Matrikulasi.
Syarat-syaratnya ialah:
- Menepati syarat am dan syarat minimum bagi Jurusan Sains dan Jurusan Perakaunan.
- Menghafaz sekurang-kurangnya 10 juzuk Al-Quran.
- Mempunyai Sijil Tahfiz KPM/Sijil Tahfiz Al-Quran MARA/Penyataan Keputusan Prestasi Hafazan KPM/mana-mana sijil hafazan yang berdaftar dengan JAKIM, Majlis/Yayasan Agama Islam Negeri.

Untuk syarat kelayakan setiap jurusan, sila rujuk infografik di bawah:
JURUSAN SAINS

JURUSAN SAINS KOMPUTER


JURUSAN KEJURUTERAAN

JURUSAN PERAKAUNAN

JURUSAN PERAKAUNAN PROFESIONAL

Kelebihan Program Matrikulasi
Umumnya kita tahu terdapat beberapa laluan untuk pelajar melanjutkan pelajaran selepas SPM seperti STPM, Pusat Asasi UM, Diploma atau Matrikulasi.
Antara kelebihan Program Matrikulasi KPM adalah:
Kelebihan :
- Laluan pantas ke universiti
- Yuran pengajian dan penginapan percuma
- Bantuan Sara Hidup bagi yang layak
- Diiktiraf 59 universiti antarabangsa
- Pemegang Sijil Matrikulasi KPM layak memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam pada Gred 5
- Dapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran universiti
- Tempoh pembelajaran yang singkat
- Memperoleh penerpaan soft skill
Risiko :
- Proses pembelajaran yang pantas serta silibus pembelajaran yang mantap dan padu
- Sijil matrikulasi hanya dapat digunakan untuk menyambung pengajian ke pringkat ijazah sahaja.
- Wajib mengambil MUET
- Persaingan daripada Pelajar Asasi dan Tingkatan Enam

Yuran & Bantuan Sara Hidup Pelajar
Bagi pelajar daripada keluarga B40, M40 dengan had pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000.00 ke bawah akan diberi bantuan sara hidup pelajar sebanyak RM1,250.00 setiap semester.
Pelajar yang layak akan menerima BSHP dalam tempoh 43 hari selepas kolej menerima dokumen yang lengkap.
Pembayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar.
Perincian yuran pendaftaran bagi pelajar Program Matrikulasi adalah seperti berikut:

Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan bagi Program Matrikulasi 2026/2027 adalah mulai 10 November 2025 hingga 10 Februari 2026.
Cara Permohonan Matrikulasi 2026/2027
Pautan permohonan akan dibuka dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu bermula 31 Mac 2026 hingga 4 April 2026. Permohonan adalah PERCUMA.
Untuk memohon, ikut langkah-langkah berikut:
- Layari laman sesawang http://matrikulasi.moe.gov.my.
- Klik pada menu Permohonan.
- Klik Daftar Pertama Kali.
- Isi maklumat pendaftaran dengan lengkap, kemudian klik Daftar.
- Semak emel anda untuk membuat pengesahan pendaftaran.
- Klik Setuju untuk meneruskan permohonan.
- Log masuk menggunakan no kad pengenalan dan password yang telah didaftarkan.
- Lengkapkan maklumat akademik, pilihan program matrikulasi (PST, PDT, Kejuruteraan, Perakaunan, Sains Komputer, dsb.).
- Kemukakan dokumen sokongan jika diminta, seperti keputusan SPM awal atau dokumen identiti.
- Pilih kolej matrikulasi pilihan berdasarkan senarai kolej yang disediakan.ā
- Semak dan Hantar Permohonan.
NOTA PENTING:
- Hantar permohonan dan simpan salinan slip permohonan atau nombor rujukan.
- Jika terdapat kesilapan, kemaskini dalam tempoh yang dibenarkan sebelum tarikh tutup permohonan.ā
- Selepas keputusan SPM diumumkan, permohonan fasa kedua akan dibuka untuk kemaskini dan rayuan (biasanya dalam masa 5 hari).
- Pelajar yang belum memohon atau ingin mengemaskini pilihan kursus/kolej perlu membuat kemaskini dalam tempoh ini.ā
- Keputusan permohonan biasanya diumumkan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.
- Semak keputusan secara online di portal yang sama menggunakan akaun permohonan.ā
- Jika berjaya, ikuti arahan pendaftaran kolej matrikulasi yang diberikan.
- Jika permohonan gagal, anda boleh membuat permohonan rayuan menurut prosedur yang ditetapkan melalui portal yang sama.ā
Rujuk panduan bergambar cara permohonan Matrikulasi di bawah:















Anda juga boleh MUAT TURUN PDF PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM MATRIKULASI KPM DI SINI:
Senarai Matrikulasi Di Malaysia
| Institusi / Alamat | Telefon / Faks | E-mel / Laman Web |
| Kolej Matrikulasi Melaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 78300 Masjid Tanah, Melaka. | Tel:06-3832000 Faks:06-3847190 | E-mel:kmm[@]kmm.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmm.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Kementerian Pendidikan Malaysia, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. | Tel:06-4841825 Faks:06-4841821 | E-mel:info[@]kmns.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmns.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Kementerian Pendidikan Malaysia, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. | Tel:04-5756090 Faks:04-5757389 | E-mel:info[@]kmpp.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmpp.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Perlis Kementerian Pendidikan Malaysia, 02600 Arau, Perlis. | Tel:04-9868613, 04-9868614, 04-9868615, 04-9868616 Faks:04-9868542, 04-9868543 | E-mel:info[@]kmp.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmp.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Labuan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan OKK Daud, Merinding, Peti Surat 81735, 87027 Wilayah Persekutuan Labuan. | Tel:087-465311, 087-465314 Faks:087-466500 | E-mel:adminkml[@]kml.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kml.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Payamas, 84900 Tangkak, Ledang, Johor. | Tel:06-9781613 Faks:06-9781595 | E-mel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmj.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Perak Kementerian Pendidikan Malaysia, 31600 Gopeng, Perak. | Tel:05-3594449, 05-3594600 Faks:05-3594412, 05-3594413 | E-mel:info[@]kmpk.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmpk.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia, 06010 Changlun, Kedah. | Tel:04-9286100 Faks:04-9242186 | E-mel:info[@]kmk.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmk.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia, 26300 Gambang, Pahang. | Tel:09-5495000 Faks:09-5499612, 09-5498996 | E-mel:info[@]kmph.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmph.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia, Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah. | Tel:04-4682508 Faks:04-4682281 | E-mel:admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my Laman Web:http://www.kmtk.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia, 26400 Bandar Jengka, Pahang. | Tel:09-4677103 Faks:09-4677102 | Laman Web:http://www.kmtph.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, KM 5, Jalan Kukup, Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor. | Tel:07-6881629, 07-6881630 Faks:07-6881631, 07-6882720 | E-mel:info[@]kmtj.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmtj.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Selangor Kementerian Pendidikan Malaysia, Kathong Mukim Jugra, 42700 Banting, Selangor. | Tel:03-31201410 Faks:03-31201372 | E-mel:webmaster[@]kms.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kms.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Kelantan Kementerian Pendidikan Malaysia, Beg Berkunci No. 3, 16810 Selising, Kelantan. | Tel:09-7808000 Faks:09-7808080 | E-mel:webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmkt.matrik.edu.my |
| Kolej Matrikulasi Sarawak Kementerian Pendidikan Malaysia, Lot 216, Fasa II, Taman Perindustrian Sejingkat, Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak. | Tel:082-439100 Faks:082-433108 | E-mel:admin[@]kmsw.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmsw.matrik.edu.my |
| Kolej MARA Kulim Jalan Junjong, 09000 Kulim, Kedah. | Tel:04-4906422 Faks:04-4906426 | E-mel:info[@]kmkulim.edu.my Laman Web:http://www.kmkulim.edu.my |
| Kolej MARA Kuala Nerang Lot 556, Daerah Padang Terap, 06300 Kuala Nerang, Kedah. | Tel:04-7867250, 04-7867255 Faks:04-7867254 | E-mel:sysadmin[@]kmknerang.edu.my Laman Web:http://www.kmkn.edu.my |
Kalendar Akademik Program Matrikulasi 2025/2026
Berikut dikongsikan juga Kalendar Akademik Program Matrikulasi bagi sesi 2025/2026. Untuk sesi 2026/2027, info akan dikemaskini selepas ditarikh permohonan dibuka.



Maklumat Lanjut Permohonan Matrikulasi
Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada [email protected] atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098 atau Telegram Channel: Jom Masuk Matrikulasi KPM
Ikuti media sosial PMKPM untuk hebahan dan maklumat terkini:
- FB/X/Youtube – Program Matrikulasi KPM
- IG/TikTok – matrikulasikpm
Info lanjut mengenai kemasukan ke Program Matrikulasi KPM ini, sila layari laman web:
https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi.
MUAT TURUN PDF INFO PROGRAM MATRIKULASI KPM:
Soalan Lazim Permohonan Matrikulasi KPM
Permohonan Fasa 2 dibuka mulai 31 Mac 2026 hingga 4 April 2026 melalui portalĀ https://matrikulasi.moe.gov.my. Permohonan adalah secara online dan percuma tanpa sebarang bayaran.
Warganegara Malaysia yang merupakan calon SPM tahun 2025 dan berumur tidak lebih 20 tahun semasa permohonan dibuat. Calon mesti memenuhi syarat akademik minimum ditetapkan mengikut aliran program matrikulasi dipohon.
Terdapat Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) dan Dua Tahun (PDT) dengan aliran seperti Sains, Kejuruteraan, Perakaunan, dan Sains Komputer di kolej-kolej matrikulasi di seluruh Malaysia.
Permohonan dibuat secara online di portal rasmi dengan mendaftar akaun, mengisi borang permohonan, memilih program dan kolej pilihan, dan menghantar permohonan dalam tempoh yang ditetapkan.
Ya, kemaskini permohonan dibuka untuk beberapa hari selepas keputusan SPM diumumkan bagi membolehkan rayuan atau pengemaskinian maklumat pelajar.
Keputusan akan diumumkan secara online melalui portal permohonan rasmi selepas pemprosesan selesai. Calon boleh menyemak dengan menggunakan akaun permohonan mereka.
Permohonan ke Program Matrikulasi adalah PERCUMA tanpa sebarang bayaran permohonan dikenakan.
Calon boleh membuat rayuan permohonan melalui portal matrikulasi dalam tempoh yang diberikan bagi sesi rayuan selepas keputusan diumumkan.




