Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, pelbagai inisiatif dan program menarik telah dirangka oleh pihak kerajaan, kementerian, serta komuniti setempat untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme rakyat Malaysia.

Tema sambutan pada tahun ini adalah “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” dengan mengekalkan logo rasmi Malaysia MADANI.

Jom rujuk senarai inisiatif menarik sempena Merdeka 2026 yang boleh disertai dan dimanfaatkan oleh seluruh lapisan masyarakat di bawah.

Apa Senarai Inisiatif Menarik Sempena Merdeka 2026?

Terdapat banyak inisiatif menarik sempena Merdeka 2026 untuk rakyat Malaysia, antaranya ialah:

1. 10GB Data Internet Percuma

Insentif ini adalah hasil kerjasama Kementerian Komunikasi bersama 5 syarikat telekomunikasi utama (CelcomDigi, Maxis, TM, U Mobile, YES) menerusi Insentif Rebat RAHMAH HKHM 2026.

Data 10GB akan diberikan melalui dua fasa iaitu:

    • 5GB pada Hari Kebangsaan, 31 Ogos 2026
    • 5GB pada Hari Malaysia, 16 September 2026.

    Anda boleh menebus tawaran data ini melalui penyedia perkhidmatan masing-masing mengikut terma kelayakan.

    2. Insentif Sinaran Merdeka 2026 (Rebat Elektrik TNB)

    Tenaga Nasional Berhad menawarkan rebat bagi peningkatan penggunaan elektrik tambahan untuk premis komersial (seperti hotel, stesen minyak, pusat beli-belah, dan bangunan pejabat) yang memasang lampu hiasan sepanjang tempoh 1 Ogos sehingga 30 September 2026.

    Permohonan boleh dibuat bermula 15 Julai hingga 15 September 2026 melalui pautan rasmi myTNB Portal.

    Maklumat lanjut, rujuk: Sinaran Merdeka – Rebat Penggunaan Elektrik Tambahan Ogos-September 2026

    Sinaran Merdeka

    3. Diskaun Kompaun PBT Sehingga 80%

    Beberapa Pihak Berkuasa Tempatan menawarkan potongan kompaun tempat letak kereta besar-besaran sempena bulan kebangsaan.

    Antaranya, Majlis Perbandaran Temerloh menawarkan potongan sehingga 80% bagi kompaun terpilih bermula 15 Ogos hingga 16 September 2026. Pengumuman rasmi boleh dirujuk melalui hantaran Instagram Majlis Perbandaran Temerloh.

    Senarai Inisiatif Menarik Sempena Merdeka 2026 - Jangan Terlepas!
    Instagram Majlis Perbandaran Temerloh

    4. Perisian AI percuma 3 bulan

    Inisiatif khas daripada Kementerian Digital yang menyasarkan 100,000 belia warga Malaysia berusia 18 hingga 30 tahun.

    Akses langganan premium percuma selama 3 bulan ini akan diberikan secara rasmi bermula 31 Ogos 2026 dengan syarat peserta perlu melengkapkan modul kursus kecerdasan buatan (AI) yang disediakan terlebih dahulu.

    Layari portal Rakyat Digital untuk pendaftaran dan ikuti kursus yang diwajibkan.

    Perisian AI Percuma untuk Belia

    5. Pas Pembelajaran Global Coursera 3 bulan

    Pas pembelajaran global Coursera 3 bulan ialah program peningkatan kemahiran digital berskala besar sempena Hari Kebangsaan untuk membantu rakyat Malaysia mengakses ribuan kursus profesional dan sijil antarabangsa secara percuma selama 3 bulan.

     Kohort pertama dengan 25,000 lesen akan bermula pada 16 September 2026.

    Layari portal Rakyat Digital untuk maklumat lanjut.

    Senarai Inisiatif Menarik Sempena Merdeka 2026 - Jangan Terlepas!

    6. Servis Ihsan Madani

    Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ini menawarkan potongan harga subsidi RM70, pemeriksaan 18-poin percuma, potongan harga alat ganti/upah sebanyak 10%, rebat subsidi tunai RM70, serta e-baucar bernilai RM20. Kempen ini berjalan mengikut pecahan tarikh agensi berikut:

    • Perodua: Bermula dari 17 Ogos hingga 30 September 2026.
    • Proton: 17 Ogos 2026 sehingga 17 September 2026.
    • PETRONAS AutoExpert: Berlangsung dari 17 hingga 30 Ogos 2026 (Sempena Hari Kebangsaan) dan fasa kedua pada 2 hingga 15 September 2026 (Sempena Hari Malaysia).

    Rujuk: Servis Ihsan MADANI 2026 Perodua, Proton & Petronas bermula 17 Ogos

    7. Diskaun Pendaftaran PMKS

    Insentif pemotongan yuran pendaftaran sebanyak separuh harga bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) tempatan mendaftarkan perniagaan atau memohon skim pensijilan rasmi sepanjang bulan kemerdekaan.

    Rujuk cara daftar PMKS di sini: Cara Daftar PMKS, Syarat & Kelebihan Jika Berdaftar

    DAFTAR PMKS

    8. Potongan Tambang 50% KLIA Transit

    Rebat perjalanan separuh harga bagi pengguna pengangkutan rel KLIA Transit ke destinasi terpilih sepanjang tempoh sambutan bulan kebangsaan.

    • Beli tiket dalam tempoh: 26 – 31 August 2026
    • Tiket boleh digunakan dalam tempoh: 29 – 31 August 2026.

    Destinasi terpilih:

    • KL Sentral ↔ Putrajaya & Cyberjaya
    • Bandar Tasik Selatan ↔ Putrajaya & Cyberjaya
    • Putrajaya & Cyberjaya ↔ Salak Tinggi

    Promosi ini boleh disemak menerusi kaunter jualan atau platform rasmi KLIA Ekspres / Transit.

    Senarai Inisiatif Menarik Sempena Merdeka 2026 - Jangan Terlepas!

    9. Diskaun 31% Menara Kuala Lumpur

    Potongan harga tiket kemasukan sebanyak 31% sepanjang bulan kebangsaan bersempena tarikh keramat 31 Ogos. Pembelian tiket promosi boleh dilakukan di kaunter fizikal atau laman web rasmi Menara Kuala Lumpur

    • Sah dari 1 Ogos hingga 16 September 2026
    •  Eksklusif untuk warganegara Malaysia sahaja

    Nikmati 31% DISKAUN tiket individu ke:

    • Observation Deck
    • Sky Terrace
    Senarai Inisiatif Menarik Sempena Merdeka 2026 - Jangan Terlepas!

    10. Kemasukan Percuma ke Muzium Pulau Pinang

    Muzium Pulau Pinang dah buka semula sepas 9 tahun tutup. Kemasukan adalah PERCUMA sehingga 31 Ogos 2026 ini.

    • Kemasukan PERCUMA sehingga 31 Ogos 2026!
    • Hentian Bas : Muzium Pulau Pinang
    • Laluan Bas : 104, 204, 502 & CAT
    Senarai Inisiatif Menarik Sempena Merdeka 2026 - Jangan Terlepas!

    Soalan Lazim Senarai Inisiatif Menarik Sempena Merdeka 2026

    Bagaimanakah cara untuk mendapatkan 10GB Data Internet Percuma?

    Anda perlu log masuk ke aplikasi syarikat telekomunikasi masing-masing (pascabayaran/prabayar yang layak) sepanjang bulan sambutan untuk mengaktifkan pas data percuma tersebut mengikut syarat syarikat telekomunikasi.

    Siapakah yang layak memohon Rebat Elektrik “Sinaran Merdeka 2026”?

    Rebat ini terbuka kepada pelanggan komersial TNB (bukan rumah kediaman) seperti bangunan pejabat, kedai, stesen minyak, hotel, dan kompleks beli-belah yang memasang lampu hiasan luar bangunan. Permohonan dibuka sehingga 15 September 2026 di portal myTNB.

    Adakah perisian AI premium dan pas pembelajaran Coursera 3 bulan terbuka kepada semua?

    Pas Coursera terbuka secara meluas mengikut kuota program, manakala Perisian AI Premium Percuma 3 Bulan disasarkan khusus untuk belia warga Malaysia (18-30 tahun).

    Adakah diskaun 31% Menara KL dan kemasukan percuma Muzium Pulau Pinang memerlukan tempahan awal?

    Untuk Muzium Pulau Pinang, anda boleh terus datang secara walk-in sepanjang bulan Ogos sehingga hari kemuncak 31 Ogos. Bagi Menara KL, diskaun 31% boleh dinikmati terus di kaunter atau pembelian atas talian tertakluk kepada had kapasiti harian menara.

    Bagaimanakah cara untuk menikmati potongan tambang 50% KLIA Transit dan siapakah yang layak?

    Potongan tambang 50% ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang membuat perjalanan ke destinasi terpilih sepanjang tempoh promosi Bulan Kebangsaan. Anda boleh menikmati diskaun ini dengan membuat pembelian tiket secara terus di kaunter fizikal stesen atau menerusi aplikasi/laman web rasmi KLIA Ekspres / Transit

    Penulis