Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Pengguna premis komersial boleh mendapatkan rebat penggunaan elektrik tambahan sepanjang bulan Ogos hingga September 2026 melalui Insentif Sinaran Merdeka yang boleh dipohon menerusi melalui portal myTNB iaitu www.mytnb.com.my atau di Kedai Tenaga berhampiran.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini.

Mengenai Sinaran Merdeka

Insentif Sinaran Merdeka merupakan inisiatif tahunan yang telah mula diperkenalkan sejak tahun 2000 untuk menggalakkan pelanggan yang layak untuk menerangi bangunan dan kawasan mereka dengan lampu hiasan, memupuk suasana yang meriah dan patriotik sepanjang musim kemerdekaan.

Menerusi inisiatif ini, ia dilaksanakan khusus untuk meraikan kemerdekaan negara yang ditawarkan khas kepada pelanggan yang terlibat dalam aktiviti komersial.

Untuk tahun 2026, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan program ini sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan boleh dibuat ialah pada 15 Julai sehingga 15 September 2026.

Insentif Ditawarkan

Insentif ini terpakai untuk peningkatan penggunaan elektrik yang melebihi purata penggunaan sepanjang tiga bulan sebelumnya.

Purata insentif ini dikira berdasarkan penggunaan elektrik atau penggunaan yang dibilkan pada bulan Mei, Jun dan Julai 2026.

Kadar Insentif Sinaran Merdeka adalah seperti berikut:

Kategori TarifKadar Insentif
Bukan Domestik Voltan Rendah Am
Bukan Domestik Voltan Rendah ToU
-28.91 sen/kWj
Bukan Domestik Voltan Sederhana Am
Bukan Domestik Voltan Sederhana ToU
-13.37 sen/kWj

Pelanggan yang layak untuk insentif ini akan menerima rebat sebagai pelarasan sekali sahaja dalam bil Oktober 2026 mereka.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon inisiatif ini adalah seperti berikut:

  1. Pelanggan mesti berdaftar di bawah tarif Am atau ToU Voltan Rendah Bukan Domestik, atau tarif Am atau ToU Voltan Sederhana Bukan Domestik, dan hanya mengendalikan aktiviti komersial – seperti bangunan pencakar langit, bangunan pejabat, kompleks komersial, pusat membeli-belah, hotel dan stesen minyak.
  2. Perkhidmatan bekalan elektrik mestilah bermula sebelum 1 Ogos 2025 dan telah menerima sekurang-kurangnya satu bil dengan bacaan meter sebenar sama ada pada bulan Mei, Jun atau Julai 2026.
  3. Permohonan untuk insentif ini akan dibuka dari 15 Julai 2026 hingga 15 September 2026. Pelanggan boleh memohon secara dalam talian melalui Portal myTNB atau mengunjungi Kedai Tenaga terdekat.

Cara Memohon

Permohonan insentif ini boleh dibuat dengan layari laman web www.mytnb.com.my.

    Soalan Lazim

    Apakah yang dimaksudkan dengan insentif Sinaran Merdeka?

    Insentif ini merupakan inisiatif tahunan untuk menggalakkan pelanggan yang layak untuk menerangi bangunan dan kawasan mereka dengan lampu hiasan, memupuk suasana yang meriah dan patriotik sepanjang musim kemerdekaan.

    Bilakah tarikh permohonan insentif ini boleh dibuat?

    Permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai sehingga 15 September 2026.

    Berapakah kadar insentif yang ditawarkan?

    – Bukan Domestik Voltan Rendah Am / Bukan Domestik Voltan Rendah ToU : -28.91 sen/kWj
    – Bukan Domestik Voltan Sederhana Am / Bukan Domestik Voltan Sederhana ToU : -13.37 sen/kWj

    Bilakah saya boleh menyemak pelarasan pemberian insentif ini?

    Pelanggan yang layak untuk insentif ini akan menerima rebat sebagai pelarasan sekali sahaja dalam bil Oktober 2026 mereka.

    Bagaimanakah saya boleh memohon insentif ini?

    Insentif ini boleh dipohon menerusi pautan www.mytnb.com.my.

    Info Lanjut

    Info lanjut mengenai insentif ini, sila layari atau hubungi:

    Baca juga: NUR@PETRA – Rebat RM200 Pembelian Penyaman Udara / Peti Sejuk

    Penulis