Servis Ihsan Madani Sempena Aidiladha (12 – 25 Mei 2026)

servis ihsan madani
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Program Servis Ihsan Madani@PETRONAS AutoExpert (SIM@PAX) sempena Hari Raya Aidiladha 2026 yang menyasarkan pemberian manfaat kepada golongan sasar melalui penjimatan kos penyelenggaraan kenderaan.

  • Diskaun 10% hingga 30% untuk pakej penyelenggaraan termasuk minyak pelincir mineral, semi sintetik dan mineral di 96 buah bengkel PETRONAS AutoExpert di seluruh negara.
  • Subsidi RM70
  • 12 -25 Mei 2026

Tempahan slot janji temu dibuka mulai 12 Mei 2026 dan orang ramai digalakkan untuk membuat tempahan servis kenderaan lebih awal melalui aplikasi Setel.

Nak tahu lebih lanjut? Jom baca artikel ini selanjutnya.

Pengenalan Servis Ihsan Madani

Servis Ihsan MADANI (SIM) merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Program Payung RAHMAH yang bertujuan membantu rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah untuk mengurangkan beban kos sara hidup berhubung kos penyelenggaraan kenderaan.

Program SIM ini merupakan program kerjasama di antara KPDN dengan tiga (3) pemain utama dalam industri automotif di Malaysia iaitu:

  • PETRONAS Dagangan Berhad melalui Servis Ihsan MADANI@PETRONAS AutoExpert (SIM@PAX);
  • Perodua Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) melalui Servis Ihsan MADANI@Perodua (SIM@Perodua); dan
  • Proton Edar Sdn. Bhd. (Proton) melalui Servis Ihsan MADANI@Proton (SIM@Proton).

Objektif Program

  • Membantu golongan berpendapatan rendah untuk meringankan kos sara hidup melalui pengurangan kos penyelenggaraan kenderaan.
  • Membantu rakyat dengan kerjasama dan iltizam pihak industri.

Cara Mendapatkan Pakej Servis Ihsan Madani Perodua 2026

SIM@Perodua menawarkan pakej penyelenggaraan termasuk minyak pelincir mineral, semi sintetik dan mineral berbanding harga pasaran semasa.

Program ini akan dilaksanakan bermula pada 12 -25 Mei 2026 di 96 buah bengkel PETRONAS AutoExpert di seluruh negara. 

Tempahan slot janji temu dibuka mulai 12 Mei 2026 dan orang ramai digalakkan untuk membuat tempahan servis kenderaan lebih awal melalui aplikasi Setel.

Pusat Servis Perodua terdekat boleh dirujuk di laman sesawang https://www.perodua.com.my/locate

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Nombor kenderaan berdaftar di Malaysia
  • Cukai jalan yang masih sah
  • Terbuka kepada semua kenderaan petrol dan diesel
  • Pakej servis sentetik penuh hanya bagi kenderaan nasional

Tatacara Permohonan

  • Langkah 1: Muat turun aplikasi Setel dan pilih ‘Car Service’.
  • Langkah 2: Pilih bengkel dan book appointment untuk membuat tempahan janji temu.
  • Langkah 3: Pilih pakej servis, isi borang dan tekan butang ‘Submit’.
  • Langkah 4: Tempahan diterima dan akan dihubungi dalammasa 1 – 2 hari bekerja untuk pengesahan tempahan.

Baca juga: Duit Dalam MyKad: Cara Beli Barang Guna IC & Semak Baki

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Servis Ihsan Madani 2026, sila rujuk:

Soalan Lazim Servis Ihsan Madani

Apakah Servis Ihsan Madani?

Ia merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Program Payung RAHMAH yang bertujuan membantu rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah untuk mengurangkan beban kos sara hidup berhubung kos penyelenggaraan kenderaan.

Bagaimana nak dapatkan pakej SIM?

Anda boleh mendapatkan pakej Servis Ihsan Madani (SIM@PAX) melalui aplikasi Setel atau terus ke bengkel PETRONAS AutoExpert yang mengambil bahagian.

– Buka Aplikasi Setel: Log masuk ke akaun anda dan pilih menu ‘Servis kereta’.
– Pilih Bengkel: Cari dan pilih cawangan PETRONAS AutoExpert yang berdekatan dengan anda.
– Buat Temu Janji: Klik pada butang ‘Buat temu janji’.
– Isi Maklumat Kenderaan: Pilih kenderaan anda, lengkapkan borang yang disediakan, dan klik ‘Hantar’.

Apakah yang ditawarkan di bawah program ini?

Melalui program ini, rakyat berpeluang mendapatkan diskaun 10 – 30 % pakej penyelenggaraan termasuk minyak pelincir mineral, semi sintetik dan mineral di 96 buah bengkel PETRONAS AutoExpert di seluruh negara.

Bilakah tarikh program ini dilaksanakan?

Program ini akan dilaksanakan bermula pada 12 -25 Mei 2026 di 96 buah bengkel PETRONAS AutoExpert di seluruh negara. 

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut