Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 9 Mac 2026.
Minggu ini, pelbagai pengumuman dan insentif kerajaan yang telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya STR Fasa 2, Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1, Bantuan Mahasiswa Johor, tarikh keputusan SPM 2025, dan banyak lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

1. STR Fasa 2
Perdana Menteri mengumumkan bahawa bayaran STR Fasa 2 diawalkan kepada 10 Mac 2026 sempena Hari Raya Aidilfitri, melibatkan peruntukan RM1.3 bilion kepada lebih 5 juta penerima STR.

Pembayaran STR Fasa 2 tahun 2026 itu pada awalnya dijangka dibuat pada bulan April 2026.
Jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah seperti berikut:
- Kategori Isi Rumah
- Pendapatan <RM2500 : Kadar bayaran RM150 – RM600
- Pendapatan RM2500-RM5000 : Kadar bayaran RM100 – RM250
- Kategori Warga Emas
- Pendapatan RM5000 ke bawah : Kadar bayaran RM 150

Layari portal rasmi LHDN untuk membuat permohonan dan rayuan di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Bagi yang buat semakan, atau ingin check berapa jumlah yang anda akan terima mengikut kategori, sila rujuk artikel : STR Fasa 2 – Semakan, Jumlah Bayaran Setiap Kategori Mulai 10 Mac 2026
2. SKAS Fasa 1
SKAS FASA 1 (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) bagi tahun 2026 secara rasmi akan mula disalurkan kepada penerima yang layak bermula pada 10 Mac 2026 (Selasa) ini. Semakan boleh dibuat secara online melalui pautan rasmi Kerajaan Sarawak iaitu https://ismonline.sarawak.gov.my/ism/projects/skas/check_eligibility_public/.
Bantuan akan dikreditkan terus menerusi platform SPay Global bagi memastikan proses agihan yang lebih pantas, telus dan selamat.

Fasa kedua pengagihan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak, SKAS 2026 akan dilaksana pada 15 Mei depan, manakala fasa ketiga pula dijadualkan pada 10 November 2026, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM180.6 juta.

Jumlah bayaran fasa 1 adalah seperti berikut:
| Kategori | Pendapatan Bulanan | Jumlah Fasa 1 |
| Isi Rumah | < RM5,000 | RM316 |
| Warga Emas (Tunggal) | < RM5,000 | RM166 |
| Individu Bujang | < RM2,500 | RM100 |
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara penerimaan bantuan ini, sila rujuk artikel berikut:
3. Insentif Mahasiswa Anak Johor 2026
Permohonan Bantuan Mahasiswa Anak Johor sebanyak RM200 dibuka bermula 6 Mac hingga 14 Mac 2026 kepada mahasiswa yang layak.
Bantuan ini terbuka kepada semua semester pengajian dan tanpa syarat pendapatan keluarga bagi membantu meringankan beban pelajar yang sedang melanjutkan pengajian.
Permohonan boleh dilakukan menerusi portal rasmi Bantuan Pelajaran YPJ di pautan https://bantuan-ypj.com/mohon_imaj.php.

4. SIDDIK: Simpanan Pendidikan RM100 Zakat Selangor
Bagi pembayar zakat, anda mungkin akan menerima SMS ini dan berpeluang untuk mendapatkan sumbangan SIDDIK 2026 sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.

SIDDIK 2026 (Sumbangan Pendidikan Anak Muzakki Selangor) ialah inisiatif Lembaga Zakat Selangor menyediakan RM100 seorang (simpanan SSPN Prime) kepada anak pembayar zakat harta yang berumur 7-17 tahun.
Sumbangan berbentuk simpanan pendidikan adalah sebagai tanda penghargaan kepada pembayar zakat.
Permohonan SIDDIK 2026 (Sumbangan Pendidikan Anak Muzakki Selangor) hendaklah dilakukan di portal EZO LZS sebelum 31 Mei 2026.

5. Dana Ekonomi Usahawan Wanita (DEWI)
DEWI merupakan inisiatif daripada KUSKOP yang telah diumumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia.
Tujuan inisiatif ini diwujudkan adalah bagi memperkasa ekosistem perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) milik wanita di seluruh negara selaras dengan misi “Hebatkan Perniagaan Malaysia.”
Inisiatif juga adalah bagi menyelaras dan menyatupadukan pelbagai program pembangunan usahawan wanita yang sebelum ini dilaksanakan secara berasingan.
Program pembiayaan yang ditawarkan menerusi dana ini adalah seperti berikut:
- i- Skim Pembiayaan Wanita
- BR BizLady-i
- MySMELady 2.0
- Skim Pembiayaan Ikhtiar




Permohonan boleh dibuat menerusi pautan dan cara-cara berikut:
- Skim Pembiayaan Wanita: Hubungi atau kunjungan mana-mana cawangan Tekun Nasional
- BR BizLady-i:
a) Layari https://qr2e.bankrakyat.com.my/suite
b) Pilih Pembiayaan Perniagaan-i atau Pembiayaan Mikro-i
c) Klik “Mohon Sekarang.” - MySMELady 2.0: Layari https://www.smebank.com.my/mysmelady
- Skim Pembiayaan Ikhtiar: Hubungi atau kunjungan mana-mana cawangan AIM
6. Permohonan Tabika Perpaduan
Ibu bapa yang mempunyai anak berumur 4 hingga 6 tahun untuk tahun 2027 boleh mula memohon kemasukan ke Tabika Perpaduan bagi kemasukan 2027 melalui pautan https://etabika.jpnin.gov.my/. Tarikh permohonan dibuka mulai 1 Mac 2026 sehingga 31 Ogos 2026.
Kanak-kanak yang layak memohon ialah:
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai Sijil Kelahiran dan MyKid.
- Berumur daripada 4 hingga 6 tahun (keutamaan diberi kepada kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun).
- Keutamaan kepada tempat kediaman atau tempat kerja dalam lingkungan 10km dari lokasi Tabika Perpaduan.
- Murid-murid bukan berkeperluan khas.

7. Pengambilan PDPP
Ada yang berminat nak jadi cikgu?
Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa graduan berkelayakan untuk memohon sebagai Calon Guru Tajaan bagi mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Tahun 2026.
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) adalah kursus perguruan selama satu tahun (3 semester) di Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk melatih graduan bukan pendidikan menjadi guru bertauliah di sekolah rendah KPM.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal my PDPP di https://mypdpp.moe.gov.my/pd atau imbas QR Code untuk maklumat lanjut.

8. Tarikh Gaji Mac & April 2026 Diawalkan
Gaji Penjawat Awam bagi bulan Mac dan April 2026 diawalkan apabila kerajaan melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengumumkan perubahan tarikh pembayaran emolumen penjawat awam.
Gaji Mac 2026 akan dibayar pada 13 Mac 2026 (Jumaat) manakala gaji April 2026 pada 16 April 2026 (Khamis) selepas Perbendaharaan Malaysia meluluskan pengecualian Arahan Perbendaharaan (AP) 105.
Menurut surat rasmi JANM bertarikh 6 Mac 2026, penyelarasan tarikh ini bertujuan memastikan proses pembayaran emolumen kepada penjawat awam dapat dilaksanakan dengan lancar serta memudahkan perancangan kewangan.

9. Tarikh Akhir e-Filing, Tarikh Bayaran Balik (Refund PCB)
Tarikh Akhir e-Filing 2026 Borang Cukai Pendapatan untuk individu tidak menjalankan perniagaan bagi tahun taksiran 2025 ialah 30 April 2026, manakala bagi individu menjalankan perniagaan ialah pada 30 Jun 2026.

Sementara itu, LHDN memaklumkan bahawa bayaran balik cukai akan dikreditkan secara berperingkat mulai minggu kedua Mac 2026. Jadi, bagi sesiapa yang mohon pelepasan cukai / refund PCB, anda mungkin akan dapat bayaran balik sebelum raya!
LHDN juga telah menetapkan garis masa yang jelas untuk pemprosesan bayaran balik cukai:
- 30 hari bekerja selepas penghantaran borang melalui e-Filing
- 90 hari bekerja selepas penghantaran borang secara pos atau serahan tangan
- Bayaran dibuat melalui pemindahan bank terus atau cek


Walaupun pendapatan tak banyak, jangan lupa declare ya, sebab anda boleh kena penalti jika diaudit oleh LHDN!
Nak baca lagi banyak info tentang percukaian, khas untuk newbie? Boleh je tengok kat sini:
- Cara Isi e-Filing 2026 – Panduan Declare Cukai Pertama Kali
- Nombor Pengenalan Cukai (TIN) LHDN : Semakan & Pendaftaran
- Bayaran Balik Cukai – Tempoh Bayaran & Cara Mohon Refund
Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni
Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.




