STR 2026 – Daftar MySTR, Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah

str 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

TERKINI: PEMBAYARAN STR 2026 FASA 2 AKAN DISALURKAN BERMULA 10 MAC 2026 (SELASA). Untuk penerima baru yang diluluskan, bayaran akan diterima mulai 30 MAC 2026. Semakan bayaran boleh dilakukan di laman web rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Semua pemohon dikehendaki mendaftar akaun MySTR baharu bagi permohonan STR 2026 walaupun telah mempunyai akaun MySTR pada tahun-tahun sebelumnya.

Permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturut-turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026.

SIARAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN

Berikut dikongsikan cara mendaftar akaun STR dan cara membuat permohonan baharu STR 2026.

Jumlah Bantuan SARA & STR 2026

  • RINGKASAN JUMLAH BANTUAN SARA 2026 :
    • Penerima STR : RM 1,200 setahun (RM100 sebulan)
    • Penerima Ekasih : RM 2,400 setahun (RM200 sebulan)
    • Bujang : RM600 setahun (RM50 sebulan)
    • Bukan penerima STR : RM 100 one-off (Penghargaan SARA)
  • RINGKASAN JUMLAH BANTUAN STR 2026
    • Kategori Isi Rumah dengan Pendapatan bulanan bawah RM2,500 : RM700-RM2200 setahun
    • Kategori Isi Rumah dengan Pendapatan bulanan RM2501-RM5000 : RM200-RM950 setahun
    • Kategori Warga Emas Tiada Pasangan berusia 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan bulanan bawah RM5000 : RM600 setahun
    • Kategori Bujang 21-59 tahun dengan pendapatan RM2500 ke bawah : Tiada
  • RINGKASAN JUMLAH BANTUAN STR + SARA 2026
    • Pendapatan bulanan ≤ RM2,500
      • Tiada anak: RM1,900
      • 1–2 anak: RM2,400
      • 3–4 anak: RM2,900
      • 5 anak ke atas: RM3,400
    • Pendapatan bulanan RM2,501 – RM5,000
      • Tiada anak: RM1,400
      • 1–2 anak: RM1,650
      • 3–4 anak: RM1,900
      • 5 anak ke atas: RM2,150
  • Warga emas bujang: RM1,200
  • Bujang (pendapatan ≤ RM2,500): RM600
Sumber: Ringkasan Belanjawan 2026 (Laman web rasmi MOF)

Tarikh Pembayaran STR 2026 Fasa 2

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bagi tahun 2026 akan mula disalurkan bermula 10 Mac 2026 (Selasa).

Sebanyak RM1.3 bilion disalurkan kepada 5.2 juta penerima melalui pembayaran STR Fasa 2 yang bermula 10 Mac 2026 secara berperingkat.

Seramai 200,000 penerima baharu yang diluluskan turut akan menerima bayaran bermula 30 Mac 2026.

Berikut adalah butiran penting STR Fasa 2 untuk 2026:

Tarikh pembayaran bermula: 10 MAC 2026 (SELASA)

Kaedah pembayaran: Dikreditkan terus ke akaun bank penerima untuk yang mempunyai akaun. Bagi yang tiada akaun bank (termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan), bayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan.

Jumlah bantuan:

  • Isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah: RM150 hingga RM600
  • Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000: RM100 hingga RM250 (bergantung kepada bilangan anak)
  • Warga emas berpendapatan RM5,000 dan ke bawah: RM150.
  • Bujang (pendapatan RM2,500 ke bawah): Tidak menerima bayaran dalam bentuk tunai (STR), sebaliknya akan menerima bantuan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan sebanyak RM50 sebulan (dikreditkan ke dalam MyKad).

Selain daripada bayaran STR Fasa 2, terdapat juga beberapa bantuan iringan yang disalurkan dalam tempoh yang sama:

  • SARA 2026 (Bulanan): Bermula 9 Januari 2026 (RM100-RM200 untuk isi rumah/warga emas, RM50 untuk bujang).

NOTA: Anda boleh menyemak status kelayakan dan jumlah tepat yang bakal diterima melalui portal rasmi MySTR.

Jadual Bayaran STR Fasa 2 2026

Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa bayaran STR Fasa 2 tahun 2026 akan mula disalurkan pada 10 Mac 2026 (Selasa) kepada penerima sedia ada. Bagi penerima baharu, pembayaran pula akan mula dikreditkan bermula 30 Mac 2026.

Berikut ialah tarikh bayaran STR Fasa 2 (2026) :

1. Ada Akaun Bank

  • Penerima Sedia Ada:
    Mulai 10 Mac 2026 secara berperingkat.
  • Penerima Baharu / Rayuan:
    Mulai 30 Mac 2026 secara berperingkat.

2. Tiada Akaun Bank

  • Penerima Sedia Ada:
    Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 10 Mac 2026.
  • Penerima Baharu / Rayuan:
    Tuntutan tunai di cawangan BSN mulai 30 Mac 2026.

3. Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah / Sarawak)

  • Penerima Sedia Ada:
    Tuntutan tunai di cawangan BSN mulai 10 Mac 2026.
  • Penerima Baharu / Rayuan:
    Tuntutan tunai di cawangan BSN mulai 30 Mac 2026.

Ringkasnya:

  • 10 Mac 2026 – Bayaran untuk penerima sedia ada
  • 30 Mac 2026 – Bayaran untuk penerima baharu / rayuan

Tarikh bayaran bantuan ini diawalkan daripada jangkaan asal pada April 2026 bagi membantu rakyat membuat persiapan kewangan lebih awal menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

STR FASA 2

Syarat Kelayakan STR 2026

Berikut adalah kriteria kelayakan individu warganegara untuk STR 2026: 

Kategori IndividuSyarat Kelayakan
Isi Rumah– Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tiada Pasangan– Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
– Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
– Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah
Bujang– Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
– Had umur adalah 21-59 tahun; dan Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan 
– Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa dan Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Jumlah Bayaran STR Fasa 2

A. Kategori Isi Rumah ≤ RM2,500

Bilangan AnakFasa 2 (RM)
0150
1 – 2300
3 – 4450
≥5600
STR FASA 2

B. Kategori Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

Bilangan AnakFasa 2 (RM)
0100
1 – 2100
3 – 4200
≥5250
STR FASA 2

C.  Warga Emas Tiada Pasangan (Umur ≥ 60 tahun, pendapatan ≤ RM5,000)

KategoriFasa 2 (RM)
Warga emas tiada pasangan150
STR FASA 2

D. Bujang (21 – 59 tahun / OKU 19 – 59 tahun, pendapatan ≤ RM2,500)

Tidak menerima bayaran dalam bentuk tunai (STR), sebaliknya akan menerima bantuan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan (dikreditkan ke dalam MyKad).

Cara Daftar Akaun MySTR

Laman web Sumbangan Tunai Rahmah (STR) baru sahaja dikemaskini.

Untuk makluman, anda dikehendaki untuk mendaftarkan semula akaun anda di laman MySTR walaupun telah mempunyai akaun sebelum ini untuk memastikan anda memperoleh segala manfaat di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini.

Untuk daftar akaun MySTR anda, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari portal MySTR .
  2. Klik pada butang “LOG MASUK”.
  3. Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
  4. Pengesahan soalan keselamatan akan dipaparkan. Klik butang ‘Seterusnya’.
  5. Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
  6. Klik butang ‘Daftar Akaun’.
daftar mystr 2026
daftar mystr 2026
Sumber: Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah – Panduan Pengguna

Log Masuk Akaun MySTR

Setelah anda menyelesaikan proses pendaftaran di atas, anda boleh login ke dalam akaun anda dengan cara berikut:

  1. Masukkan nombor kad pengenalan anda di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.
  2. Klik butang “Log Masuk”
  3. Kemudian, klik “Semak” setelah memastikan nombor kad pengenalan anda betul.
  4. Klik “Ya” sekiranya kata kunci keselamatan anda betul.
  5. Masukkan kata laluan, dan klik “Log Masuk”
  6. Selesai.
daftar mystr 2026

Sekiranya anda telah memohon STR, status permohonan anda akan dipaparkan di bahagian “Semakan Permohonan” seperti dalam gambar di bawah:

Kemas Kini Maklumat & Permohanan Baru STR 2026

Kemas kini maklumat Permohonan STR bagi kelayakan fasa 2 boleh dilakukan
bermula 12 Januari 2026 hingga 13 Februari 2026.

Permohonan STR 2025 berstatus Lulus boleh kemas kini maklumat waris bagi tujuan penunaian baki STR serta tuntutan SKK 2025. Tarikh akhir kemas kini waris adalah sehingga 15 Januari 2026. Waris baharu boleh hadir ke BSN mulai 21 Januari 2026 secara berperingkat.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan ke Pejabat LHDNM pada Disember 2025 sehingga Februari 2026, permohonan Tuan / Puan akan diproses pada Fasa 3.

Permohonan baharu STR 2026 boleh dikemukakan melalui:

Kaedah penghantaran borang STR 2026 yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan berkaitan boleh:

  • Diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
  • Penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat:
    • Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR ; atau
    • Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA
      • Nota : Penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

IndividuJenis Dokumen
Pemohon Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau
Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2026
Pasangan Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
Anak Anak Kandung:
i. Salinan Sijil Lahir; dan
ii. Salinan MyKad / MyKid
Anak Angkat:
i. Salinan MyKad / MyKid; dan
ii. Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Sementara itu, pemohon STR yang tidak kemaskini selama 3 tahun berturut-turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026. Kemas kini STR 2026 boleh dikemukakan melalui langkah berikut:

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai STR 2026 seperti semakan status bayaran STR, cara mohon, kemaskini atau portal MySTR, sila hubngi pegawai yang bertugas di:

  1. Portal Rasmi STR; atau
  2. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00
  3. petang); atau
  4. Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00
  5. petang); atau
  6. Hubungi Talian Pejabat HASiL (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
  7. Hadir sendiri ke Pejabat HASiL / HASiL Satelit / UTC.

Soalan Lazim STR 2026

Rujuk Soalan Lazim (FAQ) MySTR 2026 di sini:

STR FASA 2
STR FASA 2
STR FASA 2
STR FASA 2
STR FASA 2
STR FASA 2
STR FASA 2
1. Bila pembayaran STR Fasa 2 2026?

Pembayaran STR Fasa 2 2026 akan mula salurkan pada 10 Mac 2026 (Selasa).

2. Bila tarikh akhir kemas kini/rayuan Fasa 2?

Pada 12 Januari hingga 13 Februari 2026 (Jumaat)

3. Siapakah yang layak menerima STR 2026?

Permohonan STR 2026 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada
Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan

4. Bagaimana cara daftar akaun baharu di MySTR?

Layari laman web rasmi MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my
Klik “Daftar Akaun Baharu” dan isi maklumat peribadi seperti nombor MyKad, e-mel, dan kata laluan. Pengesahan akan dihantar melalui e-mel atau SMS.

5. Apakah langkah untuk reset kata laluan MySTR jika terlupa?

Klik pautan “Terlupa Kata Laluan” di halaman MySTR login, masukkan nombor MyKad, dan ikut arahan untuk menetapkan kata laluan baharu melalui pautan pengesahan e-mel atau SMS.

6. Saya telah membuat permohonan Baharu STR 2026 pada Oktober 2025 bagi kategori Bujang dan permohonan tersebut Lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?

Bagi permohonan STR 2026 yang diluluskan dengan kategori Bujang, anda akan
menerima RM600 setahun atau RM50 sebulan yang akan dibayar melalui SARA

7. Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan STR 2026?

Salinan MyKad, dokumen bukti pendapatan, sijil nikah atau sijil lahir anak, dan dokumen sokongan lain jika diperlukan.

8. Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status pembayaran melalui Portal
Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my?

Semakan status pembayaran oleh dibuat pada menu seperti berikut:

i. Klik Log Masuk MySTR
ii. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
iii. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
iv. Masukkan Kata Laluan
v. Klik Semakan Status
vi. Klik Maklumat Bayaran

9. Apakah syarat kelayakan pendapatan untuk STR 2026?

Kelayakan bergantung pada kategori seperti isi rumah, warga emas, atau bujang dengan had pendapatan tertentu. Sila rujuk https://bantuantunai.hasil.gov.my

10. Apa yang perlu dilakukan jika status semakan Bantuan Tunai Rahmah “Tidak Layak”?

Pemohon boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan dengan mengemukakan dokumen sokongan.

11. Permohonan STR 2026 saya berstatus Tidak Lulus dan saya telah membuat
Permohonan Rayuan pada April 2026. Permohonan Rayuan saya berstatus Lulus
bagi kategori Isi Rumah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah, berapakah
amaun bayaran yang akan diterima?

Kelayakan STR 2026 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan
diluluskan. Anda akan menerima amaun bayaran bermula daripada Fasa 3 dan Fasa 4
sahaja.

12. Berapa pembayaran STR Fasa 2 2026?

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 2026:

1. Isi Rumah Pendapatan ≤ RM2,500
Tiada anak: RM150
1 – 2 anak: RM300
3 – 4 anak: RM450
5 anak dan ke atas: RM600

2. Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
Tiada anak: RM100
1 – 2 anak: RM100
3 – 4 anak: RM200
5 anak dan ke atas: RM250

3. Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan ≤ RM5,000)
Bayaran: RM150STR FASA 2STR FASA 2STR FASA 2

13. Bagaimanakah kaedah pembayaran STR?

Kaedah Pembayaran STR adalah seperti berikut:
a. Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan

b. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai kepada penerima sekiranya:
i. Status pengkreditan gagal kredit; atau
ii. Tiada Maklumat akaun ban

14. Akaun bank semasa saya menerima STR Fasa 1 berstatus tidak aktif / tutup,
bagaimanakah kaedah pembayaran STR Fasa 2 yang saya akan terima?

Pembayaran STR Fasa 2 akan dikreditkan ke dalam akaun bank berkenaan sekiranya
status pengkreditan STR Fasa 1 adalah berjaya kredit dan tiada pengemaskinian
maklumat akaun bank dalam tempoh kemas kini maklumat asas Fasa 2 dibuka.

Tuntutan tunai bagi bayaran Fasa 2 di kaunter BSN hanya boleh dibuat selepas status
gagal kredit dipaparkan dalam semakan portal STR. Penerima perlu hadir ke Cawangan
BSN bersama kad pengenalan asal penerima bagi membuat tuntutan bayaran.

15. Permohonan STR 2026 saya Lulus pada bulan Mei 2026 dan telah menerima
bayaran bagi Fasa 3. Adakah saya juga akan menerima bayaran bagi Fasa 1 dan
Fasa 2.

Tidak. Kelayakan STR 2026 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan
diluluskan. Anda hanya layak menerima bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 sahaja kerana permohonan dikemukakan pada bulan Mei 2026 iaitu setelah pembayaran Fasa 2
berlaku. Oleh itu, bayaran yang akan diperolehi hanyalah bagi Fasa 3 dan Fasa 4
sahaja.

16. Adakah saya layak bayaran STR 2026 bermula daripada Fasa 1 sekiranya saya
membuat permohonan baharu pada bulan Disember 2025?

Bulan Disember 2025 merupakan tempoh permohonan bagi semakan kelayakan Fasa
2 STR 2026. Jika permohonan yang dibuat pada bulan Disember 2025 berstatus Lulus,
anda akan layak STR 2026 mulai Fasa 2.


Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut