Sarawak ID (Sarawak Pass) ialah satu identiti digital tunggal yang digunakan oleh pengguna untuk mengakses pelbagai perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Dengan menggunakan Sarawak ID, ia membolehkan anda untuk akses servis digital dalam talian yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak berserta dengan servis-servis lain yang menyokong Sarawak ID.
Layari sarawakid.sarawak.gov.my untuk pendaftaran, login, semakan dan maklumat lebih lanjut.
Mulai 1 Januari 2025 juga, anda boleh semak kelayakan bantuan Kerajaan Negeri Sarawak iaitu SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) melalui SarawakID/Sarawak Pass.
Jadi, sudahkah anda mendaftar?
Di sini kami kongsikan cara mendaftar Sarawak ID, login dan manfaatkan perkhidmatan ini bersama.
Ringkasan Sarawak ID & Bayaran SKAS Fasa 1
Sarawak Pass merupakan portal sehenti yang memudahkan rakyat menyemak kelayakan dan status pelbagai bantuan kerajaan negeri secara digital.
Penyaluran SKAS Fasa 1 dijadualkan bermula secara berperingkat pada 10 Mac 2026 melalui aplikasi S Pay Global.
Pemohon perlu mempunyai akaun SarawakID yang aktif dan telah disahkan untuk mengakses portal Sarawak Pass bagi semakan status kelayakan.
Trending sekarang
Apakah SarawakID (Sarawak Pass)?
SarawakID kini dijenamakan semula sebagai SarawakPass adalah merupakan identiti digital rasmi Kerajaan Negeri Sarawak yang membolehkan rakyat mengakses semua perkhidmatan dalam talian kerajaan menggunakan satu akaun sahaja.

Ia berfungsi sebagai sistem log masuk tunggal (single sign-on) untuk pelbagai aplikasi dan portal rasmi seperti e-Recruitment bagi permohonan kerja kerajaan negeri, sistem eMunakahat untuk urusan perkahwinan Islam, serta platform bantuan negeri seperti Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
Melalui aplikasi mudah alih SarawakID App, pengguna boleh mengakses pelbagai jenis kemudahan dengan cepat dan mudah.
Pengguna perlu mengesahkan identiti mereka menggunakan kaedah eKYC (electronic Know Your Customer), iaitu pengesahan wajah dan dokumen pengenalan.
Kemudian, log masuk ke sistem kerajaan dengan imbasan muka atau kod QR, menjadikan proses akses lebih selamat.
Akaun ini hanya boleh digunakan pada satu peranti pada satu masa, dan disasarkan untuk warganegara berusia 13 tahun ke atas.
Bermula tahun 2024, kerajaan negeri telah pun mengumumkan transformasi SarawakID menjadi SarawakPass, selaras dengan agenda pendigitalan negeri yang diinspirasikan oleh sistem SingPass di Singapura.
SarawakPass bukan sahaja mengekalkan fungsi SarawakID sebagai identiti tunggal tetapi turut memperluas penggunaannya kepada sektor swasta dan sistem pembayaran digital seperti S-Pay Global.
Ini menjadikannya satu pelantar identiti digital yang meliputi urusan kerajaan, transaksi harian, dan keselamatan siber negeri.
Melalui inisiatif ini, SarawakPass menjadi komponen utama dalam ekonomi digital Sarawak, dengan objektif untuk memudahkan interaksi rakyat dengan kerajaan, meningkatkan kecekapan urusan atas talian, serta memperkukuh keselamatan data peribadi pengguna.

Cara Daftar Sarawak ID (Sarawak Pass)
Jika anda masih belum mempunyai Sarawak Pass (atau Sarawak ID), sila rujuk langkah membuat pendaftaran berikut:
CARA DAFTAR SARAWAK ID MELALUI WEBSITE
1. Layari portal rasmi Sarawak Pass di pautan berikut: https://spass-public.sarawak.gov.my/register
2. Pilih sama ada anda seorang warganegara Malaysia atau bukan warganegara Malaysia. Jika anda pilih warganegara, pilih kotak “Warganegara Malaysia”.

3. Kemudian, isi semua maklumat yang diperlukan, seperti:
- Nama Penuh
- Nombor MyKad
- Nombor telefon bimbit Malaysia yang sah untuk surat-menyurat akan datang termasuk OTP.
- Emel
- Kata Laluan (Minimum 8 aksara. Mesti mengandungi sekurang-kurangnya satu aksara besar, satu nombor dan satu aksara khas)

4. Tandakan kotak Semakan Keselamatan dan kotak persetujuan terma dan syarat serta polisi privasi. Klik “Hantar”.

5. Seterusnya, adalah proses verifikasi. Klik “Sahkan” untuk mengesah kan nombor telefon dan emel yang didaftarkan adalah betul.

6. Apabila anda klik “Sahkan”, kod TAC akan dihantar ke nombor telefon bimbit dan emel anda. Masukkan kod TAC tersebut ke ruang yang disediakan dan klik “Sahkan”.

7. Setelah selesai, klik “Hantar”.
8. Anda telah pun berjaya membuat pendaftaran Sarawak Pass. Sila log masuk menggunakan nombor mykad dan kata laluan yang didaftarkan.
CARA DAFTAR SARAWAK PASS MELALUI APLIKASI (SarawakPass)
1. Muat turun aplikasi SarawakPass di:

2. Klik “Let’s begin” untuk memulakan pendaftaran akaun.
3. Pengguna boleh memilih sama ada MyKad atau Passport sebagai dokumen pengesahan utama. Seterusnya tekan Register untuk meneruskan pendaftaran.
4. Setersunya, lengkapkan proses Pengesahan Identiti (Identity Verification). Caranya ialah imbas bahagian hadapan MyKad dan juga bahagian belakang MyKad.
Tujuan langkah ini ialah memastikan identiti pengguna sah dan padanan maklumat dilakukan secara automatik.
5. Lengkapkan tetapan Profil (Profile Setup). Pengguna perlu mengisi Nombor MyKad, Nama penuh, Alamat dan maklumat lain yang diperlukan.
6. Cipta kata laluan baharu dengan syarat berikut:
- Minimum 8 aksara
- Mengandungi sekurang-kurangnya satu nombor (0–9)
- Mengandungi huruf kecil dan besar
- Tiada aksara khas diperlukan
7. Pengesahan OTP (OTP Verification). Masukkan kod OTP yang dihantar ke nombor telefon berdaftar. Pilihan untuk menghantar semula (Resend OTP) atau pengesahan melalui e-mel juga disediakan.
8. Pengesahan Identiti Tambahan (Identity & Face Verification). Aplikasi akan mengimbas wajah pengguna untuk memastikan ia sepadan dengan MyKad.
Panduan imbasan wajah:
- Elak memakai cermin mata hitam atau topi.
- Pastikan cahaya mencukupi.
- Jangan halakan kamera ke arah cahaya terlampau kuat.
- Elakkan suasana gelap atau backlight kuat.
Proses ini menggunakan pencahayaan berwarna semasa pengesahan muka.
9. Tetapan Kod PIN (Setup PIN Code). Pengguna perlu mencipta PIN 6 digit untuk keselamatan tambahan.
- Tidak dibenarkan urutan nombor (contoh: 123456)
- Tiada pengulangan digit (contoh: 666666)
10. Selepas PIN ditetapkan, pengguna perlu mengaktifkan pengesahan biometrik (cap jari atau pengecaman wajah peranti) untuk log masuk masa depan dengan lebih selamat.
11. Anda akan dibawa ke paparan Skrin Utama Aplikasi (Home). Paparan utama memaparkan:
- Profil pengguna dan identiti digital (My Digital Identity)
- Dompet digital (Wallet)
- Manfaat seperti Kenyalang Gold Card, Senior Citizen Health Benefits, dan Sumbangan Kesejahteraan Asas Sarawak (SKAS)
- Akses pantas ke aplikasi kerajaan seperti Sarawak Gov App, Service Sarawak, S Pay Global, dan SCS Tahkimat.
11. Selesai.
Rujuk panduan bergambar cara daftar Aplikasi SarawakPass di bawah:



NOTA:
- Anda hanya boleh mendaftar untuk akaun SarawakPass sekali sahaja. Semua permintaan akaun SarawakPass adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau diserahkan semula.
- Ruangan -mel dan telefon bimbit yang ditandakan dengan ** menunjukkan sekurang-kurangnya satu daripadanya mesti diisi.
- Memandangkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) akan dihantar melalui SMS atau emel, sila pastikan nombor telefon bimbit dan alamat emel anda yang didaftarkan adalah terkini (masih aktif) sebelum meneruskan proses seterusnya.
Cara Login Sarawak ID (Sarawak Pass)
Untuk log masuk, pengguna boleh menggunakan beberapa kaedah yang selamat dan mudah. Berikut ialah cara-cara login yang terperinci:
Cara Login Sarawak ID (SarawakPass)
1. Login Melalui Password
- Buka aplikasi SarawakPass atau layari portal rasmi Sarawak ID di https://sarawakid.sarawak.gov.my.
- Masukkan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Tekan butang “Log Masuk” untuk akses ke akaun anda dan perkhidmatan kerajaan negeri Sarawak.
- Setelah berjaya, sistem akan log masuk ke akaun anda secara automatik tanpa perlu memasukkan kata laluan.

2. Login Melalui Face Verification
- Pilih pilihan “Login via Face Verification” di aplikasi.
- Imbas wajah anda menggunakan kamera peranti, pastikan pencahayaan cukup dan wajah jelas kelihatan.
- Sistem akan mengesahkan identiti anda secara automatik dan membenarkan akses segera ke akaun Sarawak ID.
3. Login Melalui QR Code
- Pada halaman log masuk, pilih pilihan Login dengan SarawakPass.
- Kemudian, ppaparan akan memaparkan QR code di skrin.
- Imbas kod QR yang dipaparkan menggunakan aplikasi SarawakPass pada peranti anda.

Cara Mengaktifkan Sarawak ID
Sila pergi ke Hantar Semula Pautan Pengaktifan di halaman log masuk Sarawak Pass, dan ikuti langkah-langkah yang tersedia untuk menghantar semula pautan pengaktifan ke emel anda.
Jika anda masih mengalami masalah, anda boleh mendaftar semula akaun baru.
Jika anda masih tidak menerima pautan pengaktifan setelah membuat semua langkah-langkah di atas, sila teruskan untuk melapor masalah ini kepada SAINS Contact Centre.
Permohonan SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak)
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak disalurkan melalui akaun S Pay Global (Sarawak Pay) dalam bentuk kredit tanpa tunai yang boleh digunakan di kedai atau pasaraya yang berdaftar.
Berikut cara membuat permohonan dan semakan kelayakan:
CARA MOHON SKAS
1. Daftar akaun Sarawak ID
- Layari https://sarawakid.gov.my
- Klik ‘Register Now’ dan pilih ‘Warganegara’.
- Isi maklumat peribadi termasuk nombor MyKad, emel, dan nombor telefon.
- Lengkapkan pendaftaran dan log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
2. Daftar akaun S Pay Global (Sarawak Pay)
- Muat turun aplikasi S Pay Global dari Google Play atau App Store.
- Daftar akaun baru dengan maklumat peribadi yang lengkap. Lakukan pengesahan eKYC (gambar MyKad dan selfie).
- Tetapkan PIN 6 digit untuk transaksi.
3. Permohonan SKAS secara online
- Layari portal SKAS rasmi Sarawak di https://sarawak.gov.my
- Log masuk menggunakan Sarawak ID.
- Semasa proses tuntutan SKAS, anda akan diminta untuk mengesahkan akaun S Pay Global yang dihubungkan dengan bantuan ini. Jadi anda perlu masukkan nombor telefon dan username S Pay Global untuk mengaktifkan kredit SKAS.
- Hantar permohonan SKAS.
Sesiapa yang nak apply rayuan SKAS, pun boleh gunakan caranya yang sama. Yang penting setiap individu perlu register akaun di Sarawak ID (Sarawak Pass) terlebih dahulu.
Rujuk panduan bergambar di bawah:

Login ke Sarawak ID. Kalau belum ada akaun, klik ‘Register Now’.
Setelah login, teruskan dengan mengisi borang permohonan SKAS.


Boleh check status selepas submit borang permohonan.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN SKAS
Semakan nama penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) boleh dibuat menerusi laman web https://sarawak.gov.my. Fasa 1 bayaran SKAS adalah bermula bermula 10 Mac 2026 melalui S Pay Global.

Cara Semakan Kelayakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)
- Kunjungi laman web rasmi: https://sarawak.gov.my/skas.
- Pada laman utama SKAS, pilih menu “Semak Kelayakan”.
- Isikan nombor MyKad anda pada ruangan yang disediakan dan tekan butang “Cari”.
- Setelah itu, status permohonan SKAS anda akan dipaparkan di skrin sama ada lulus, tidak lulus atau sedang diproses.
Semakan juga boleh dilakukan di pautan berikut: https://t.ly/SKASNewApplicationPortal
CARA SAHKAN PENERIMAAN BANTUAN SKAS 2026
Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk mengesahkan penerimaan bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 melalui aplikasi S Pay Global:
Kaedah 1: Melalui Notifikasi (Push Notification)
Jika anda menerima notifikasi pada telefon anda:
- Langkah 1: Klik pada notifikasi “S PAY GLOBAL” yang menyatakan kelayakan SKAS 2025/2026 anda telah dihantar.
- Langkah 2: Anda akan dibawa ke halaman pengesahan. Klik butang “Acknowledge”.
- Langkah 3: Status akan bertukar kepada sedang diproses. Anda akan dimaklumkan sebaik sahaja dana dikreditkan ke akaun anda.
Kaedah 2: Melalui Aplikasi (Jika tiada notifikasi)
Jika anda tidak menerima sebarang notifikasi, anda boleh menyemak secara manual:
- Langkah 1: Buka aplikasi S Pay Global dan tekan pada ikon Logo Negeri Sarawak (State Crest) di bahagian atas sebelah kanan.
- Langkah 2: Pada paparan “Aid Acknowledge”, tekan butang “Acknowledge Now”.
- Langkah 3: Sistem akan memproses bantuan tersebut. Tunggu sehingga anda menerima notifikasi bahawa dana telah berjaya dimasukkan ke baki e-dompet anda.



Bayaran SKAS Fasa 1 2026
Bayaran SKAS Fasa 1 2026 akan diagihkan bermula pada 10 Mac 2026 (Selasa) secara berperingkat melalui e-dompet S Pay Global.
Berikut ialah kadar bayaran SKAS Fasa 1 2026:
| Kategori Penerima | Pendapatan Bulanan | Jumlah Fasa 1 |
|---|---|---|
| Isi Rumah | ≤ RM5,000 | ~RM316 |
| Warga Emas (Tunggal) | ≤ RM5,000 | ~RM166 |
| Individu Bujang | ≤ RM2,500 | RM100 |

Rayuan SKAS
Rayuan SKAS 2026 belum dibuka secara rasmi setakat Mac 2026. Ia dijangka dibuka selepas penyaluran Fasa 1 pada 10 Mac 2026.
Proses semakan dan kelulusan rayuan mengambil masa beberapa bulan.
Pembayaran atau penyaluran bantuan kepada penerima rayuan yang berjaya bermula secara berperingkat pada [AKAN DIKEMASKINI].
Ini bermaksud, wang atau kredit SKAS sudah mula dikreditkan ke akaun S Pay Global penerima rayuan yang lulus mulai tarikh tersebut.
Untuk tebus SKAS, rujuk video di bawah:
BACA JUGA: SKAS : Semakan Bayaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak
Terlupa Username & Kata Laluan
Sekiranya anda terlupa kata laluan anda, sila pergi ke halaman log masuk Sarawak ID di sini dan klik “Recover SarawakPass”.
Anda boleh pilih untuk recover username atau password, dengan menggunakan OTP via SMS atau OTP via Emel.
Anda boleh rujuk infografik berikut:
Recover Username

Recover Password

Kemaskini No Telefon & Emel Sarawak ID Melalui Kiosk Service Sarawak
KIOSK Service Sarawak merupakan satu kemudahan untuk memudahkan pengguna SarawakID, untuk mengemaskini sendiri maklumat telefon dan emel SarawakID.
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah bantuan kewangan khusus untuk anak Sarawak, yang boleh diakses melalui aplikasi S PAY GLOBAL (e-dompet). Untuk log masuk ke aplikasi S PAY GLOBAL, pendaftaran dan akaun SarawakID adalah diperlukan.

Maklumat Lanjut
Panduan untuk S PAY GLOBAL
- Bagaimana mendaftar S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
- Lupa kata laluan dan tukar nombor telefon untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
- Tukar telefon mudah alih yang digunakan untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
Panduan untuk SarawakID (Sarawak Pass)
- Panduan Daftar, Login & Recover SarawakPass [ Lihat panduan ]
Panduan untuk SKAS
- Panduan membuat pengesah akaun untuk SKAS dalam aplikasi mudah alih S PAY GLOBAL [ Infografik ].
- Panduan untuk menyemak status penerimaan bantuan SKAS [Video | Infografik].
- Panduan untuk mengemaskini maklumat akaun S PAY GLOBAL dengan SKAS [ Video | Infografik ].
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan S PAY GLOBAL, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim bagi S PAY GLOBAL atau hubungi kami melalui telefon +6082-224599 atau emel ke [email protected].
Bagi pertanyaan yang lain, anda boleh hubungi pusat Talikhidmat dengan mengisi borang atas talian atau telefon +6082-555999 atau emel to [email protected].
Soalan Lazim Sarawak Id (Sarawak Pass)
Sarawak ID adalah platform identiti digital rasmi kerajaan Sarawak yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan secara dalam talian dengan satu akaun sahaja. Ia mempercepatkan dan memudahkan proses pendaftaran, permohonan, dan akses perkhidmatan kerajaan.
Warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas serta memiliki dokumen pengenalan yang sah seperti MyKad atau Passport boleh mendaftar Sarawak ID.
Muat turun aplikasi Sarawak ID, lakukan pendaftaran sekali sahaja dengan pengesahan eKYC menggunakan MyKad dan imbas wajah (face verification). Selepas selesai, anda boleh log masuk menggunakan kata laluan, imbasan muka, atau kod QR.
Sarawak Pass menyediakan akses tunggal ke semua perkhidmatan digital kerajaan Sarawak, termasuk permohonan bantuan seperti SKAS, pelbagai permit, kemudahan pembayaran, dan pengurusan dokumen rasmi secara digital.
Anda boleh menggunakan fungsi “Recover SarawakPass” di aplikasi untuk reset kata laluan, atau hubungi pusat khidmat pelanggan Sarawak ID untuk bantuan lanjut.
Sarawak ID hanya boleh digunakan pada satu peranti pada satu masa bagi memastikan keselamatan akaun pengguna.




