Nombor Pengenalan Cukai (TIN) : Semakan dan Pendaftaran

Nombor Pengenalan Cukai atau Tax Identification Number (TIN) merupakan satu nombor identifikasi khas untuk setiap individu yang sudah perlu membyar cukai penndapatan.

Kerajaan dalam Ucapan Bajet 2022 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat, 29 Oktober 2021 telah mengumumkan penggunaan nombor pengenalan cukai (atau TIN) dilaksanakan mulai tahun 2022 bagi memperluaskan asas cukai pendapatan.

Apa itu Nombor Pengenalan Cukai?

Nombor pengenalan cukai adalah NOMBOR CUKAI PENDAPATAN sepertimana rekod sedia ada di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).

Nombor TIN seorang individu adalah gabungan dua belas penamaan digital, yang masing-masing membawa maklumat tertentu:

  • 2 nilai pertama menunjukkan kod pemeriksaan cukai yang memberikan nombor individu kepada orang tertentu;
  • 6 digit yang berikutnya adalah nombor siri pembayar cukai, yang mana maklumat tentangnya dalam senarai pendaftaran;
  • 2 digit terakhir adalah kawalan, dan tujuannya adalah untuk mengesahkan ketepatan nombor tersebut. Dua digit terakhir ditentukan menggunakan algoritma khas.

Artikel berkaitan: Cara Daftar Cukai LHDN Untuk e-Filing

Kategori yang layak mendapat TIN

Mana-mana pembayar cukai yang terdiri daripada kategori di
bawah adalah diwajibkan mempunyai nombor pengenalan cukai (TIN) ini:

  1. Pembayar cukai yang boleh ditaksir dan boleh dikenakan
    cukai; atau
  2. Pembayar cukai yang dikehendaki untuk mengemukakan
    borang nyata.
  3. Setiap warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas

Pembayar cukai adalah merujuk kepada individu atau orang sepertimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967). ‘Orang’ adalah termasuk suatu syarikat, badan, orang, perkongsian liabiliti terhad dan perbadanan tunggal.

Baca lagi: Siapa Perlu Bayar Cukai? Ini Pendapatan Yang Layak Kena Cukai

Permohonan TIN

Nombor cukai pendapatan akan diberikan melalui
permohonan yang dibuat atau diberikan oleh pihak HASiL
menerusi kaedah:

  1. Pendaftaran automatik seperti pendaftaran nombor cukai
    pendapatan individu melalui potongan cukai bulanan
    (PCB);
  2. Pendaftaran secara automatik bagi syarikat baharu
    diperbadankan (syarikat tempatan atau syarikat asing)
    yang telah mendaftar secara dalam talian dengan
    Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui Portal
    MyCoID;
  3. Secara dalam talian di e-Daftar; atau
  4. Proses pendaftaran manual di cawangan HASIL yang berhampiran

Mana-mana pembayar cukai yang telah diberikan nombor cukai pendapatan sebelum atau pada 1 Januari 2022 adalah disifatkan sebagai nombor pengenalan cukai bagi pembayar cukai berkenaan.

Cara mendaftar sendiri TIN

Nombor Pengenalan Cukai boleh diperoleh melalui kaedah
pendaftaran seperti berikut:

  1. Secara dalam talian melalui menu e-Daftar di pautan
    https://mytax.hasil.gov.my; atau
  2. Kemukakan borang pendaftaran ke Cawangan HASiL yang
    berhampiran

Semakan TIN

Semakan Nombor Pengenalan Cukai boleh dibuat melalui:

  1. Secara dalam talian melalui MyTax di pautan
    https://mytax.hasil.gov.my;
  2. HASiL Live Chat;
  3. Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100
    (Luar Negara);
  4. Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL; atau
  5. Cawangan HASiL yang berhampiran.

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Nombor Pengenalan Cukai atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi pegawai yang bertugas melalui salah satu cara dibawah:

  1. HASiL Live Chat;
  2. Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100
    (Luar Negara);
  3. Cawangan HASiL yang berhampiran.
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!