Seramai 200,000 penerima baharu telah diluluskan bagi STR Fasa 2. Bantuan telah disalurkan mulai HARI INI, 30 Mac 2026. Layari portal rasmi LHDN untuk membuat permohonan dan rayuan di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Rujuk info penuh di bawah.
Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2
Kerajaan dengan pimpinan Perdana Menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai BSH, BKM, BPN, BPR. Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bagi STR Fasa 2, pembayaran akan bermula pada 10 Mac 2026 bagi penerima sedia ada. Manakala bagi 200,000 penerima baharu akan menerima bayaran mulai 30 Mac 2026.

Pembayaran STR Fasa 2 akan disalurkan secara berperingkat :
- Mempunyai akaun bank – Dikreditkan terus ke dalam akaun bank
- Tidak mempunyai akaun bank – Pembayaran secara tunai melalui cawangan BSN

Bagi penerima baharu, anda akan menerima bayaran mulai 30 Mac 2026.
Jumlah bantuan yang akan diterima adalah seperti berikut:
- Kategori Isi Rumah
- Pendapatan <RM2500 : Kadar bayaran RM150 – RM600
- Pendapatan RM2500-RM5000 : Kadar bayaran RM100 – RM250
- Kategori Warga Emas
- Pendapatan RM5000 ke bawah : Kadar bayaran RM 150

Permohonan Rayuan/Baru untuk STR Fasa 2
Tarikh akhir untuk permohonan baharu dan rayuan STR bagi kelayakan Fasa 2 2026 ialah 13 Februari 2026.
Anda boleh membuat permohonan baharu atau rayuan secara online melalui portal MySTR sehingga 13 Februari untuk layak Fasa 2.
RAYUAN STR FASA 2
Rujuk cara-cara membuat rayuan STR di bawah:
- Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Log masuk menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Klik Borang, pilih Borang Rayuan.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan (format PDF/JPEG) mengikut kod alasan tidak lulus yang dipaparkan.
- Isi borang, sahkan dan hantar.
Sekiranya masih belum mendaftar MySTR, pastikan anda mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan baru/rayuan.
Untuk membuat permohonan baru, layari portal MySTR dan klik Permohonan Baru.
Tarikh Bayaran STR Fasa 2 2026
Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa bayaran STR Fasa 2 bagi tahun 2026 bermula pada 10 Mac 2026 (Selasa) untuk penerima sedia ada. Bagi penerima baharu, bayaran akan diterima mulai 30 Mac 2026.
Berikut ialah tarikh bayaran STR Fasa 2 (2026) :
1. Ada Akaun Bank
- Penerima Sedia Ada:
Mulai 10 Mac 2026 secara berperingkat. - Penerima Baharu / Rayuan:
Mulai 30 Mac 2026 secara berperingkat.
2. Tiada Akaun Bank
- Penerima Sedia Ada:
Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 10 Mac 2026. - Penerima Baharu / Rayuan:
Tuntutan tunai di cawangan BSN mulai 30 Mac 2026.
3. Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah / Sarawak)
- Penerima Sedia Ada:
Tuntutan tunai di cawangan BSN mulai 10 Mac 2026. - Penerima Baharu / Rayuan:
Tuntutan tunai di cawangan BSN mulai 30 Mac 2026.
Ringkasnya:
- 10 Mac 2026 – Bayaran untuk penerima sedia ada
- 30 Mac 2026 – Bayaran untuk penerima baharu / rayuan
Tarikh bayaran bantuan ini telah diawalkan berbanding tarikh jangkaan pada bulan Apil 2026, bagi membantu rakyat membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Jumlah Bayaran STR Fasa 2
1. Isi Rumah Pendapatan ≤ RM2,500
| Bilangan Anak | Bayaran STR Fasa 2 |
|---|---|
| Tiada anak (0) | RM150 |
| 1 – 2 anak | RM300 |
| 3 – 4 anak | RM450 |
| 5 anak dan ke atas | RM600 |
2. Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
| Bilangan Anak | Bayaran STR Fasa 2 |
|---|---|
| Tiada anak (0) | RM100 |
| 1 – 2 anak | RM100 |
| 3 – 4 anak | RM200 |
| 5 anak dan ke atas | RM250 |
3. Warga Emas Tiada Pasangan (Umur ≥ 60 tahun, pendapatan ≤ RM5,000)
| Kategori | Bayaran STR Fasa 2 |
|---|---|
| Warga emas tiada pasangan | RM150 |
4. Bujang (21 – 59 tahun / OKU 19 – 59 tahun, pendapatan ≤ RM2,500)
Bayaran melalui program SARA (bukan bayaran tunai STR biasa).

Kaedah Bayaran STR Fasa 2
- Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit

Cara Semakan Status STR Fasa 2 & Jumlah Bayaran
Semakan status STR boleh dibuat melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah untuk semakan STR:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan dan klik, Log Masuk.
- Maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti gambar di bawah:

Untuk mengetahui sama ada wang anda telah dikreditkan, sila klik di butang SEMAKAN STATUS.
Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan. Anda akan mendapati paparan seperti berikut:


Sila rujuk STATUS KREDIT. Jika dinyatakan DALAM PROSES PENGKREDITAN, bermakna bantuan tunai tersebut dalam proses untuk dikreditkan ke dalam akaun anda.
Lupa Kata Laluan STR
Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.
Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:
- Layari laman web STR di pautan
- Klik “Terlupa Kata Laluan“
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
- Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
- Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
- Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi dan semakan mengenai program STR.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim STR 2026 Fasa 2
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk FAQ di bawah:








- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR LHDNM
- Hotline STR MoF
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
Bayaran akan disalurkan secara berperingkat mulai 10 Mac 2026 bagi penerima sedia ada.
Manakala 200,000 penerima baharu akan menerima bayaran mulai 30 Mac 2026.
Jumlah bayaran Fasa 2 adalah berbeza mengikut kategori kelayakan. Berikut adalah anggaran berdasarkan struktur STR 2026:
1. Isi Rumah Pendapatan ≤ RM2,500
Tiada anak (0)
RM150
1 – 2 anak
RM300
3 – 4 anak
RM450
5 anak dan ke atas
RM600
2. Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
Tiada anak (0)
RM100
1 – 2 anak
RM100
3 – 4 anak
RM200
5 anak dan ke atas
RM250
3. Warga Emas Tiada Pasangan (Umur ≥ 60 tahun, pendapatan ≤ RM5,000)
Warga emas tiada pasangan
RM150
4. Bujang (21 – 59 tahun / OKU 19 – 59 tahun, pendapatan ≤ RM2,500)
Bayaran melalui program SARA (bukan bayaran tunai STR biasa).
12 Januari hingga 13 Februari 2026 (Jumaat)
Anda boleh menyemak status kelayakan dan bayaran secara dalam talian melalui portal rasmi MySTR:
1. Layari laman web MySTR.
2. Log masuk menggunakan No. MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
3. Klik pada menu ‘Semakan Status’.
Jika status semakan menunjukkan “Gagal Kredit”, anda boleh hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran untuk membuat tuntutan secara tunai dengan membawa MyKad asal.
Ya boleh sebelum 13 Februari 2026.
Jumlah Bayaran STR Fasa 2 2026
1. Isi Rumah Pendapatan ≤ RM2,500
Tiada anak: RM150
1 – 2 anak: RM300
3 – 4 anak: RM450
5 anak dan ke atas: RM600
2. Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
Tiada anak: RM100
1 – 2 anak: RM100
3 – 4 anak: RM200
5 anak dan ke atas: RM250
3. Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan ≤ RM5,000)
Bayaran: RM150




