SKAS FASA 1 (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) bagi tahun 2026 secara rasmi akan mula disalurkan kepada penerima yang layak bermula pada 10 Mac 2026 (Selasa) ini. Semakan boleh dibuat secara online melalui pautan rasmi Kerajaan Sarawak iaitu https://ismonline.sarawak.gov.my/ism/projects/skas/check_eligibility_public/. Manakala bantuan akan dikreditkan terus menerusi platform SPay Global bagi memastikan proses agihan yang lebih pantas, telus dan selamat.
Untuk maklumat penuh mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026, sila layari portal rasmi Kerajaan Negeri Sarawak di https://sarawak.gov.my.
Majlis Pelancaran SKAS Peringkat Sarawak akan diadakan di Kuching pada 7 Mac ini dan bantuan Fasa 1 akan disalurkan pada 10 Mac.
Rujuk cara semak dan kadar bantuan SKAS Fasa 1 bagi tahun 2026 di bawah.
Ringkasan SKAS Fasa 1 2026
SKAS Fasa 1 akan diagihkan bermula 10 Mac 2026 melalui aplikasi S Pay Global. Berikut ialah kadar bantuan untuk Fasa 1:
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) ialah bantuan kewangan daripada Kerajaan Sarawak kepada isi rumah dan individu yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah bagi pembelian barangan makanan asas.
Ia disalurkan secara tanpa tunai melalui baucar digital dalam aplikasi SPay Global (SarawakPay), memastikan wang digunakan khusus untuk pembelian barangan harian di premis berdaftar.
Bagi 2026, Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM640 juta untuk SKAS, peningkatan daripada RM557 juta pada 2025.
Bantuan SKAS kali ini dijangka dapat memanfaatkan lebih 1 juta penerima. Bayaran disalurkan setiap empat bulan (tiga fasa setahun) dengan kadar berikut:
Kategori Penerima
3 Fasa Bayaran (Dibayar Setiap 4 Bulan)
Jumlah Setahun
Isi Rumah (≤ RM5,000)
RM316 + RM316 + RM318
RM950
Warga Emas Tanpa Pasangan/Anak (≤ RM5,000)
RM166 + RM166 + RM168
RM500
Bujang (≤ RM2,500)
RM100 + RM100 + RM100
RM300
Kadar ini dinaikkan untuk menangani kenaikan kos sara hidup bermula Fasa 1 yang akan disalurkan secara rasmi pada 10 Mac 2026.
Syarat Kelayakan & Kategori Penerima
Siapa layak menerima Bantuan SKAS?
Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
Penerima SKAS 2026 adalah berdasarkan sumber data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2026.
*Terdapat tiga (3) kategori penerima SKAS isitu isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan.
Kategori Penerima
A) Kategori Isi Rumah
Kahwin; atau
Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa);
Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; dan
Nilai bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 meningkat berbanding tahun lalu untuk setiap kategori.
Berikut ialah kadar bantuan SKAS 2026 yang akan diterima bagi Fasa 1, 2 dan 3:
Kategori Penerima
FASA 1
FASA 2
FASA 3
Jumlah Setahun
Isi Rumah (≤ RM5,000)
RM316
RM316
RM318
RM950
Warga Emas Tanpa Pasangan/Anak (≤ RM5,000)
RM166
RM166
RM168
RM500
Bujang (≤ RM2,500)
RM100
RM100
RM100
RM300
Tarikh Bayaran SKAS Fasa 1
Penyaluran bantuan SKAS Fasa 1 2026 dijadualkan bermula pada 10 Mac 2026 (Selasa) melalui e-dompet S PAY GLOBAL.
Bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat kepada penerima yang layak.
Penyaluran bagi tahun 2026 akan dilakukan secara berkala iaitu setiap empat bulan sekali (tiga kali setahun).
Tarikh Bayaran SKAS Fasa 2
Fasa 2 SKAS yang dijadualkan Julai 2026 akan diawalkan. Tarikh Fasa 2 SKAS ialah pada 25 Mei 2026 (Isnin) sebelum Hari Raya Haji & Gawai 2026.
Kaedah Bayaran
Bantuan SKAS 2026 akan dikreditkan terus ke dalam dompet digital S PAY GLOBAL (Sarawak Pay).
Penerima boleh menggunakan baki tersebut untuk membeli barangan keperluan asas di premis atau pasar raya yang menerima pembayaran melalui aplikasi tersebut.
NOTA:
S Pay Global adalah platform pembayaran digital yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk mempermudahkan transaksi tanpa tunai.
Bagi pengguna Android, anda boleh muat turun aplikasi S Pay Global di Google Play Store atau klik SINI.
Bagi pengguna iOS, anda boleh muat turun aplikasi S Pay Global di Apple App Store atau klik SINI.
Cara Daftar S Pay Global
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pendaftaran S Pay Global untuk SKAS Fasa 1:
Pastikan muka anda dalam bulatan untuk tujuan rakaman.
Masukkan no.TAC yang dihantar ke no.telefon anda untuk pengesahan. Kemudian sila log masuk.
Daftarkan PIN pembayaran anda. PIN ini diperlukan untuk pengesahan pembayaran anda nanti.
Tahniah! Pendaftaran anda telah berjaya. Mulakan gaya hidup CASHLESS anda dengan S Pay Global!
Login S Pay Global & Cara Daftar Sarawak ID
Terdapat beberapa cara untuk log masuk ke SPay Global salah satunya ialah melalui Sarawak ID. Jika anda masih belum mempunyai SarawakID, sila rujuk langkah membuat pendaftaran berikut:
Masukkan nombor pengenalan dan pilih kaedah pengesahan
Masukkan no telefon bimbit / emel untuk terima OTP. Klik Hantar
Masukkan OTP dan Klik Hantar
SarawakID anda akan dipaparkan. Klik Log Masuk untuk log masuk ke akaun SarawakID anda
Cara ‘Acknowledge’ & Tebus SKAS Di S Pay Global
Anda boleh menebus SKAS di SPay Global dengan mudah selepas kredit Fasa 1 pada 10 Mac 2026 untuk pembelian di premis peniaga berdaftar Sarawak sahaja.
NOTA: Bantuan ini tidak boleh ditukar kepada tunai (tidak boleh cash-out).
Rujuk cara-cara tebus atau guna bantuan SKAS Fasa 1 melalui SPAY Global:
Muat turun dan aktifkan aplikasi S PAY GLOBAL.
Pastikan anda sudah kemas kini maklumat akaun anda melalui portal rasmi.
Kemudian, pastikan juga anda sudah terima dan mengesahkan(acknowledge) tuntutan bantuan SKAS di aplikasi S PAY GLOBAL.
Cara acknowledge adalah seperti berikut:
Kami sharekan tutorial yang dikongsikan di media sosial:
LANGKAH 1 : Login dulu ke aplikasi SPay Global. Kemudian tekan pada ikon burung kenyalang tu.
LANGKAH 2 : Tekan butang ‘Acknowledge Now’. (Mesti tekan tau! Kalau tak klik sini, bantuan tak diproses masuk)
Nanti akan keluar paparan macam ni. Teruskan tekan ACKNOWLEDGE tu.
LANGKAH 3 : Check status. Bila keluar paparan ‘In Progress’, bermaksud dah ok la tu. Bantuan sedang diproses.
Setelah selesai langkah utama di atas, anda boleh membuat pembelian menggunakan bantuan SKAS seperti berikut:
Buka aplikasi S Pay Global.
Klik “Scan & Pay” atau “Make Payment” untuk membuat pembayaran.
Klik “Confirm” untuk meneruskan pembayaran.
Klik “Confirm” sekali lagi untuk mengesahkan transaksi.
Masukkan nombor pin.
Selesai.
Anda boleh semak senarai kedai berdaftar dengan menekan butang MERCHANT LISTING dalam aplikasi Spay Global seperti dalam gambar di bawah:
Cara Pendaftaran SKAS Secara Manual
Bagi yang tidak mahir menggunakan pendaftaran online, orang ramai yang layak memohon Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) boleh mendaftar secara walk-in dengan hadir ke lokasi berikut:
Pejabat Daerah / Daerah Kecil
Pusat Servis Sarawak (Kuching, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu & Miri)
Pusat Khidmat ADUN & Parlimen
Pustaka Negeri Sarawak Kuching / Pustaka Sibu / Pustaka Miri
Pemohon diingatkan membawa bersama telefon pintar dan kad pengenalan.
Kemaskini No Telefon & Emel Sarawak ID Melalui Kiosk Service Sarawak
KIOSK Service Sarawak merupakan satu kemudahan untuk memudahkan pengguna SarawakID, untuk mengemaskini sendiri maklumat telefon dan emel SarawakID.
Bagi mereka yang ingin mengemaskini sendiri maklumat (Sarawak ID) seperti kemaskini emel, nombor telefon, lupa katalaluan, lupa nama pengguna boleh datang ke KIOSK Service Sarawak.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Semakan SKAS
Untuk semakan status penerima SKAS fasa 1 dan maklumat lanjut anda boleh layari pautan rasmi https://sarawak.gov.my atau rujuk panduan berikut:
Panduan membuat pengesah akaun untuk SKAS dalam aplikasi mudah alih S PAY GLOBAL [ Infografik ].
Panduan untuk menyemak status penerimaan bantuan SKAS [Video | Infografik].
Panduan untuk mengemaskini maklumat akaun S PAY GLOBAL dengan SKAS [ Video | Infografik].
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan S PAY GLOBAL, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim bagi S PAY GLOBAL atau hubungi kami melalui telefon +6082-224599 atau emel ke [email protected].
Bagi pertanyaan yang lain, anda boleh hubungi pusat Talikhidmat dengan mengisi borang atas talian atau telefon +6082-555999 atau emel to [email protected]
Bermula 10 Mac 2026 (Selasa), secara berperingkat mengikut batch kelulusan.
Siapakah yang layak menerima SKAS Fasa 1 2026?
Bantuan ini dikhususkan kepada rakyat Sarawak (pemegang K-IC) yang memenuhi kriteria berikut: – Isi Rumah: Pendapatan RM5,000 ke bawah. – Warga Emas Tunggal: Pendapatan RM5,000 ke bawah. – Individu Bujang: Pendapatan RM2,500 ke bawah. – Penerima sedia ada STR (Sumbangan Tunai Rahmah) biasanya layak secara automatik.
Sekiranya nama saya ada dalam senarai penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), bagaimanakah bantuan tersebut akan diberikan kepada saya?
Bantuan akan disalur terus menerusi aplikasi SPay Global milik penerima. Untuk itu, penerima perlu memuat turun aplikasi SPay Global di telefon pintar masing-masing.
Apakah yang saya perlu lakukan, jika notifikasi menyatakan akaun SPay Global saya telah wujud, namun saya tidak mengetahui kewujudan akaun tersebut?
Akaun SarawakID dan akaun SPay Global menggunakan username/ID yang sama. Seterusnya untuk mendapatkan maklumat sarawakID, pengguna adalah disarankan untuk mengemaskini maklumat SarawakID anda di laman web https://sarawak.gov.my. Log masuk menggunakan nombor mykad.
Adakah bantuan ini sekali bayar (One-off)?
Tidak. Untuk tahun 2026, SKAS akan dibayar sebanyak tiga (3) kali setahun (setiap 4 bulan). Fasa 1 bermula pada Mac, manakala fasa seterusnya akan diumumkan kemudian.
Berapa kadar bayaran SKAS 2026?
Berikut ialah kadar bantuan SKAS 2026 yang akan diterima – Isi Rumah (≤ RM5,000): RM316 setiap fasa (Jumlah: RM950 setahun) – Warga Emas Tanpa Pasangan/Anak (≤ RM5,000): RM166 setiap fasa (Jumlah: RM500 setahun) – Bujang (≤ RM2,500): RM100 setiap fasa (Jumlah: RM300 setahun)