PDPP – Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan 2026

calon guru tajaan kpm pdpp 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

PDPP (PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN TAHUN 2026) kini dibuka bermula 9 Mac sehingga 27 Mac 2026 untuk pengambilan calon guru tajaan Kementerian Pendidikan bagi latihan praperkhidmatan.

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa graduan berkelayakan untuk memohon sebagai Calon Guru Tajaan bagi mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Tahun 2026.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal my PDPP di https://mypdpp.moe.gov.my/pd atau imbas QR Code untuk maklumat lanjut.

Rujuk info penuh permohonan Calon Guru Tajaan KPM bagi mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Tahun 2026 di bawah.

Ringkasan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) 2026

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) adalah kursus perguruan selama satu tahun (3 semester) di Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk melatih graduan bukan pendidikan menjadi guru bertauliah di sekolah rendah KPM.

  • Tarikh Permohonan: Dibuka bermula 9 Mac 2026 sehingga 27 Mac 2026.
  • Portal Rasmi: Permohonan dilakukan secara dalam talian di https://mypdpp.moe.gov.my/pd

Apa Itu PDPP (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan)?

PDPP ialah Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khusus untuk graduan ijazah bukan bidang pendidikan yang ingin menjadi calon guru tajaan.

Program ini melatih bakal guru dengan kemahiran pedagogi, pengetahuan kurikulum, dan pengalaman praktikal mengajar di sekolah rendah KPM selama 1 tahun (3 semester) di Institut Pendidikan Guru (IPG). Ia berbeza dengan PISMP dan PDPP CoS.

Iklan Pengambilan Calon Guru Tajaan PDPP 2026

PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAGI LATIHAN PRAPERKHIDMATAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) TAHUN 2026

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa graduan berkelayakan untuk memohon sebagai Calon Guru Tajaan bagi mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Tahun 2026.

  • Tarikh permohonan akan dibuka pada: 9 Mac 2026 – 27 Mac 2026
  • Mod program: SEPENUH MASA
  • Tempoh pengajian: 1 TAHUN (TIGA SEMESTER)

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di: https://mypdpp.moe.gov.my/pd atau imbas QR Code untuk maklumat lanjut.

Maklumat Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM PDPP 2026

  • Nama Program: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)
  • Mod Program: Sepenuh Masa
  • Interaksi Kuliah: Bersemuka sepenuhnya di IPG kampus
  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di IPG KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM.
  • Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti PDPP selama tiga semester atau satu tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

NOTA:

  1. KPM tidak akan menanggung sebarang kos lain termasuklah kos sewaan penginapan sepanjang tempoh pengajian.
  2. KPM tidak akan bertanggungjawab terhadap implikasi yang timbul sekiranya pemohon perlu melepaskan jawatan bagi mengikuti pengajian.
  3. KPM berhak menawarkan bidang pengkhususan yang berlainan dengan bidang yang dimohon mengikut keperluan KPM. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian hendaklah bersetuju dan patuh dengan terma-terma dalam surat tawaran dan Perjanjian Pendidikan Guru serta pindaanpindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Tarikh Permohonan Dibuka

Tarikh Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan bagi Latihan Praperkhidmatan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Tahun 2026 di buka bermula:

  • 9 MAC 2026 SEHINGGA 27 MAC 2026

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di: https://mypdpp.moe.gov.my/pd atau imbas QR Code di poster hebahan.

Syarat Kelayakan

Permohonan PDPP 2026 ini dibuka kepada individu yang menepati syarat-syarat berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Sihat tubuh badan;
  3. Aktif dalam kegiatan kokurikulum;
  4. Umur tidak melebihi 40 tahun pada 30 Jun 2026 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1986;
  5. Memiliki indeks jisim tubuh (BMI) 32.5 dan ke bawah sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga;
  6. Memiliki sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM (V);
  7. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti awam (UA) di Malaysia dalam bidang yang ditetapkan dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / Cumulative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50; atau
  8. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti swasta (US) di Malaysia atau luar negara dalam bidang yang ditetapkan serta diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / Cumulative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50;
  9. Memiliki ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang memenuhi Kluster Mata Pelajaran (KMP) yang ditetapkan oleh KPM (sila rujuk KMP dalam permohonan secara dalam talian);
  10. Untuk calon OKU, perlu memenuhi syarat kesihatan seperti berikut:
    • Sihat tubuh badan (tidak termasuk dalam konteks ketidakupayaan dan tertakluk kepada Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bil. 2/2017);
    • Boleh menguruskan diri sendiri;
    • Aktif dalam kegiatan kokurikulum; dan
    • Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jika berkenaan.
  11. Calon yang memohon bidang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) kecuali bidang Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) perlu memiliki sekurang-kurangnya gred Kepujian dalam Bahasa Cina/Bahasa Tamil di peringkat SPM;
  12. Untuk opsyen mata pelajaran Bahasa Inggeris, keutamaan akan diberikan kepada calon yang mencapai sekurang-kurangnya tahap CEFR C1 berdasarkan piawaian Common European Framework of Reference (CEFR).
  13. Bagi calon yang memiliki diploma dalam bidang Bahasa Inggeris dan mempunyai tahap penguasaan Bahasa Inggeris B2 atau setaraf boleh dipertimbangkan dengan syarat calon berkenaan hendaklah memperoleh tahap CEFR C1 dalam tempoh pengajian bagi tujuan pelantikan. Senarai ujian yang dijajarkan dengan CEFR adalah seperti di Lampiran 1;

** Mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Calon Tidak Layak Memohon

  1. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan pengajian
  2. Calon yang sedang berkhidmat secara tetap atau calon masih terikat dengan kontrak perkhidmatan dengan mana-mana agensi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.
  3. Calon yang diisytiharkan bankrap.
  4. Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9/DG41.
  5. Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
  6. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
  7. Calon yang memperoleh keputusan senat universiti selepas 20 Mac 2026.

Bidang Pengkhususan

Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
  • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Moral Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas (Prasekolah)

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
  • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Moral Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas (Prasekolah)

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
  • Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Moral Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pendidikan Rendah

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Moral Pendidikan Rendah

Anda boleh buat semakan lebih lanjut di:  SEMAKAN KLUSTER MATA PELAJARAN

Sekiranya tiada pilihan kluster yang bersesuaian dengan Ijazah Sarjana Muda anda, anda TIDAK LAYAK memohon bidang yang ditawarkan.

Cara Mohon Calon Guru Tajaan KPM PDPP 2026

Untuk memohon mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) 2026, sila rujuk langkah-langkah berikut:

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang KPM di alamat https://mypdpp.moe.gov.my/pd mulai 09 – 27 Mac 2026.
  2. Pemohon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. (sila rujuk tarikh-tarikh penting pengambilan PDPP).
  3. Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. KPM tidak akan memproses permohonan yang tidak lengkap, tidak membuat pengesahan dan tidak dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan.
  4. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG.
  5. Sebelum membuat permohonan, pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang https://mypdpp.moe.gov.my/pd bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga dan tarikh-tarikh penting pengambilan.
  6. Pemohon perlu menyemak tarikh-tarikh penting dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini. Walau bagaimanapun, KPM berhak meminda sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.
  7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

NOTA:

  • Pemohon diwajibkan mengemukakan salinan dokumen menerusi Link Pautan Dokumen (muat naik ke Google Drive) pada ruangan ‘PERMOHONAN KURSUS’. Sila ikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Garis Masa Pengambilan PDPP

Berikut ialah garis masa pengambilan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Ambilan Tahun 2026:

TarikhAktiviti / Perkara Utama
7 Mac 2026Paparan Iklan di Portal Rasmi KPM
9 – 27 Mac 2026Permohonan dalam talian dibuka & makluman tarikh Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)
27 Mac 2026 (11.59 malam)Permohonan dalam talian ditutup
30 Mac – 8 April 2026Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)
22 April 2026Semakan keputusan dan temu duga
27 April – 22 Mei 2026Pelaksanaan temu duga
30 Jun 2026Semakan keputusan permohonan yang berjaya
17 Ogos 2026Pendaftaran Pelajar Baharu ke IPG
    • Tarikh dan aktiviti tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
    • Calon perlu membuat semakan bagi setiap keputusn saringan e-UKCG, temuduga dan keputusan berjays di laman sesawang: https://mypdpp.moe.gov.my/pd/

    Perbezaan PDPP CoS vs PDPP

    Rujuk perbezaan PDPP CoS dan PDPP di bawah:

    • PDPP CoS: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Contract of Service
    • PDPP: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan

    PerkaraPDPP CoSPDPP
    PelantikanDilantik sebagai PPP DG9 (CoS) & pengajian PDPP di IPG (Kontrak)Dilantik sebagai PPP DG9 selepas tamat pengajian PDPP
    Penempatan SekolahDitempatkan di sekolah rendah KPM Januari 2027Ditempatkan di sekolah rendah KPM selepas pengajian
    Mula PengajianJanuari 2027Ogos 2026
    Jadual MingguanHujung minggu & cuti sekolahSepenuh masa mengikut Kalendar IPG
    Yuran / ElaunYuran ditanggung sendiriYuran dibiaya KPM + Elaun RM530 sebulan

    Maklumat Lanjut

    Sila hubungi alamat berikut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

    INSTITUSI PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN (u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar

    • No. Telefon : 03-8312 6733/ 6760/ 6723/ 6720/ 6768/ 6693

    Layari portal permohonan PDPP 2026 di: https://mypdpp.moe.gov.my/pd/

    MUAT TURUN BUKU PANDUAN PERMOHONAN CALON GURU TAJAAN KPM PDPP 2026:

    Soalan Lazim Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) 2026

    Bilakah tarikh permohonan PDPP 2026 dibuka?

    Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dibuka bermula 9 Mac 2026 sehingga 27 Mac 2026.

    Apakah mod pengajian yang ditawarkan?

    Program ini dijalankan secara Sepenuh Masa selama 1 tahun (3 semester) di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan.

    Di manakah permohonan Calon Guru Tajaan KPM PDPP 2026 boleh dibuat?

    Permohonan dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal rasmi myPDPP di pautan: https://mypdpp.moe.gov.my/pd/

    Apakah had umur untuk memohon?

    Calon mestilah berumur tidak melebihi 40 tahun pada 30 Jun 2026 (iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1986).

    Apakah syarat akademik minimum?

    – Ijazah Sarjana Muda: Memiliki Ijazah daripada Universiti Awam (UA) atau Swasta (US) yang diiktiraf oleh kerajaan dengan PNGK minimum 2.50.
    – SPM: Sekurang-kurangnya gred Kepujian dalam Bahasa Melayu.

    Adakah terdapat syarat fizikal khusus?

    Ya. Calon perlu mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) tidak melebihi 32.5 untuk dipertimbangkan bagi panggilan temu duga. Calon juga mestilah sihat tubuh badan dan aktif dalam kokurikulum.

    Apakah ujian yang perlu diduduki oleh pemohon?

    Calon yang melepasi saringan awal wajib menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian. Hanya calon yang LULUS e-UKCG akan disenarai pendek untuk sesi temu duga.

    Adakah saya akan terus dilantik sebagai guru tetap selepas tamat pengajian?

    Lulusan PDPP bertujuan untuk memenuhi keperluan guru di Sekolah Rendah KPM. Status pelantikan (tetap atau kontrak) adalah tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) berdasarkan kekosongan jawatan semasa.

    Bolehkah saya memilih lokasi IPG atau bidang pengkhususan?

    Anda boleh menyatakan pilihan bidang semasa memohon, namun KPM berhak menawarkan bidang pengkhususan atau penempatan IPG yang berlainan mengikut keperluan perkhidmatan.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut