S Pay Global – Semakan Bayaran SKAS 2026

s pay global skas
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

TERKINI: BAYARAN SKAS FASA 1 AKAN DIKREDITKAN MENERUSI PLATFORM SPAY GLOBAL PADA 10 MAC 2026 (SELASA).

S Pay Global (Sarawak Pay) ialah aplikasi rasmi Kerajaan Sarawak yang membolehkan rakyat mengakses pelbagai perkhidmatan termasuk penyaluran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS). Penerima boleh menggunakan aplikasi ini untuk membeli barangan keperluan dengan mudah dan selamat.

Muat turun aplikasi di https://spayglobal.my/ untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

HEBAHAN AWAM : CARA MENGESAHKAN PENYALURAN BANTUAN SKAS 2026 DI S PAY GLOBAL

Acknowledge dari Push Notification

  • Langkah 1: Anda akan menerima pemberitahuan push. [Klik padanya]
  • Langkah 2: Kemudian, klik Acknowledge.
  • Langkah 3: Pengagihan bantuan sedang diproses! Anda akan diberitahu sebaik sahaja dana telah dikreditkan ke dalam akaun anda.

Acknowledge dari Aplikasi

Jika anda tidak menerima sebarang notifikasi dari app tersebut,

  • Langkah 1: Pada aplikasi, klik pada Lambang Negeri Sarawak.
  • Langkah 2: Kemudian, klik pada butang Acknowledge Now.
  • Langkah 3: Pengeluaran bantuan sedang ‘diproses!

Anda akan dimaklumkan sebaik sahaja dana telah dikreditkan ke akaun anda

Sumber: S Pay Global

Cara ‘Acknowledge’ & Tebus SKAS Di S Pay Global

Anda boleh menebus SKAS di SPay Global dengan mudah selepas kredit Fasa 1 pada 10 Mac 2026 untuk pembelian di premis peniaga berdaftar Sarawak sahaja.

NOTA: Bantuan ini tidak boleh ditukar kepada tunai (tidak boleh cash-out).

Rujuk cara-cara tebus atau guna bantuan SKAS Fasa 1 melalui SPAY Global:

  1. Muat turun dan aktifkan aplikasi S PAY GLOBAL.
  2. Pastikan anda sudah kemas kini maklumat akaun anda melalui portal rasmi.
  3. Kemudian, pastikan juga anda sudah terima dan mengesahkan (acknowledge) tuntutan bantuan SKAS di aplikasi S PAY GLOBAL.

Cara acknowledge adalah seperti berikut:

Kami sharekan tutorial yang dikongsikan di media sosial:

LANGKAH 1 : Login dulu ke aplikasi SPay Global. Kemudian tekan pada ikon burung kenyalang tu.

LANGKAH 2 : Tekan butang ‘Acknowledge Now’. (Mesti tekan tau! Kalau tak klik sini, bantuan tak diproses masuk)

Nanti akan keluar paparan macam ni. Teruskan tekan ACKNOWLEDGE tu.

LANGKAH 3 : Check status. Bila keluar paparan ‘In Progress’, bermaksud dah ok la tu. Bantuan sedang diproses.

Terlupa Usernama / Kata Laluan S Pay Global

Jika anda terlupa ID pengguna (username), sila ikuti langkah berikut:

  1. Pada halaman log masuk, pilih “Lupa nama pengguna”.
  2. Masukkan no MyKad / pasport serta no telefon bimbit yang berdaftar dan tekan “Hantar”.
  3. Nama pengguna akan dihantar melalui SMS ke no telefon bimbit anda.
    • Jika tidak terima SMS, semak no telefon yang digunakan semasa pendaftaran akaun.
  4. Gunakan nama pengguna itu dan log masuk semula.

Jika anda terlupa kata laluan (password), sila ikuti langkah berikut:

  1. Pada halaman log masuk, pilih “Terlupa kata laluan”.
  2. Masukkan no MyKad / pasport serta no telefon bimbit yang berdaftar dan tekan “Hantar”.
  3. Kata laluan sementara akan dihantar melalui SMS ke telefon bimbit
    • Log masuk guna kata laluan sementara itu
    • Jika tidak terima SMS, semak no telefon yang digunakan semasa pendaftaran akaun.
  4. Tukar kata laluan sebaik sahaja anda berjaya log masuk menggunakan password sementara.
  5. Selesai! Kata laluan anda telah dikemaskini.

Untuk maklumat penuh mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026, sila layari portal rasmi Kerajaan Negeri Sarawak di https://sarawak.gov.my.

BACA JUGA: Senarai Kedai SKAS di Sarawak, Sabah & Selangor

Apa itu S Pay Global?

S Pay Global (sebelum ini dikenali sebagai Sarawak Pay) ialah aplikasi e-wallet rasmi Kerajaan Negeri Sarawak. Ia membolehkan pengguna melakukan transaksi digital seperti membayar bil, membeli barang, membuat pemindahan wang dan menikmati pelbagai ganjaran dalam aplikasi.

Pengguna hanya perlu mengimbas dan membayar melalui kod QR dari peniaga yang menggunakan aplikasi ini atau pada bil mereka.

S Pay Global juga bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk memudahkan pemindahan wang secara dalam talian melalui Ejen Bank Berdaftar BSN di kawasan pedalaman yang tiada akses kepada kemudahan perbankan.

s pay global skas

S Pay Global menjadi saluran rasmi untuk pembayaran bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS). Bantuan akan terus dikreditkan ke akaun SPay Global penerima. Dari aplikasi itu, pengguna boleh:

  • Menebus e-baucar SKAS untuk barangan keperluan di kedai terpilih.
  • Menyemak baki dan sejarah bantuan melalui ikon Aid Wallet dalam aplikasi.

Kelebihan Guna S Pay Global SKAS

  • Mudah dan selamat, Tiada risiko kehilangan wang tunai.
  • Cepat dan jimat masa . Bantuan terus dikredit ke dompet digital.
  • Boleh digunakan secara meluas di pelbagai kedai dan peniaga berdaftar di Sarawak.
  • Menyokong inisiatif ekonomi digital negeri dengan mengurangkan penggunaan tunai di kalangan rakyat.

Fungsi & Perkhidmatan Utama

Aplikasi ini menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan digital yang membolehkan rakyat Sarawak melakukan urusan harian tanpa tunai dengan mudah, cepat dan selamat.

S Pay Global
Fungsi & Perkhidmatan

1. Pembayaran Kod QR (Scan & Pay)
Pengguna boleh imbas kod QR di kedai atau gerai untuk membuat bayaran segera tanpa menggunakan wang tunai. Kaedah ini digunakan secara meluas di pasar, kedai runcit dan restoran berdaftar.

2. Pembayaran Bil dan Utiliti
Aplikasi ini membolehkan pengguna membayar lebih 30 jenis bil termasuk air, elektrik, cukai taksiran, premium tanah, serta bil kerajaan negeri melalui fungsi Pay My Bills.

3. Pemindahan Dana (Peer-to-Peer)
Pengguna boleh menghantar wang kepada rakan atau ahli keluarga yang juga menggunakan aplikasi ini. Tiada caj dikenakan untuk transaksi sesama pengguna.

4. Ganjaran & Baucar Diskaun
Aplikasi ini juga menawarkan program Loyalty Rewards di mana pengguna boleh mengumpul mata ganjaran dan menebus baucar diskaun di peniaga terpilih.

5. Perkhidmatan Insurans & Pembiayaan
Pengguna boleh membeli atau memperbaharui polisi insurans dan membayar pinjaman pelajaran seperti PTPTN terus melalui aplikasi.

6. Derma dan Sumbangan
Terdapat pilihan untuk membuat derma berulang ke tabung kebajikan, rumah ibadat, atau program komuniti secara digital dan telus.

7. Tempat Letak Kereta (eParking)
Fungsi pembayaran parkir membolehkan pengguna membayar caj parkir jalanan terus dari aplikasi tanpa perlu menggunakan kupon fizikal.

8. Perkhidmatan Makanan dan Tempahan
Pengguna boleh menempah makanan dari peniaga tempatan yang berdaftar serta membuat pembayaran terus dalam aplikasi.

9. Akaun Peniaga (Merchant Account)
Peniaga boleh mendaftar akaun khas untuk menerima bayaran daripada pelanggan menggunakan kod QR atau pautan pembayaran (payment link).

10. Semakan Bantuan Kerajaan (SKAS & BKSS)
Aplikasi ini turut menjadi platform rasmi untuk menerima bantuan digital kerajaan negeri seperti SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) dan BKSS. ​

Muat Turun Aplikasi S Pay Global

S Pay Global
Muat Turun SPayGlobal

Anda boleh memuat turun aplikasi S Pay Global secara percuma melalui Google Play Store untuk peranti Android dan Apple App Store bagi pengguna iOS. 

Atau, scan je QR KOD di bawah:

S Pay Global
Scan QR kod untuk muat turun

Cara Daftar S Pay Global

Pendaftaran S Pay Global untuk SKAS

Ikuti langkah mudah berikut untuk daftar akaun S Pay Global dan mula terima bantuan SKAS secara digital:

Langkah 1: Muat Turun Aplikasi

Langkah 2: Daftar Akaun Baru

  • Buka aplikasi, pilih New User Registration atau pengguna baharu.
  • Pilih status kewarganegaraan anda, sama ada “Malaysian” atau “Others”.

Langkah 3: Isi Maklumat Peribadi

  • Isikan maklumat lengkap seperti nama, nombor MyKad, nombor telefon dan alamat e-mel dengan tepat.

Langkah 4: Muat Naik Gambar MyKad

  • Muat naik gambar bahagian depan MyKad anda bagi tujuan pengesahan.

Langkah 5: Pengesahan Muka

  • Pastikan wajah anda berada di dalam bulatan untuk rakaman selfie bagi pengesahan identiti melalui sistem eKYC.

Langkah 6: Pengesahan Nombor Telefon

  1. Anda akan menerima kod TAC melalui SMS ke nombor telefon didaftarkan.
  2. Masukkan kod TAC tersebut untuk teruskan proses pengesahan.

Langkah 7: Tetapkan PIN Pembayaran

  • Daftar PIN 6 digit yang akan digunakan untuk pengesahan setiap transaksi anda nanti.

Langkah 8: Pendaftaran Berjaya

Kini anda boleh mula menggunakan aplikasi S Pay Global untuk menerima bantuan SKAS dan urusan pembayaran digital lain.

Setelah selesai, pendaftaran akaun anda berjaya.

Anda juga boleh rujuk infografik Pendaftaran S Pay Global di bawah:

S Pay Global
Pendaftran SPay Global untuk SKAS

Login S Pay Global

Pengguna boleh log masuk ke akaun S PAY GLOBAL dengan menggunakan beberapa kaedah iaitu menggunakan username, nombor telefon, atau Sarawak ID.

Rujuk langkah-langkah berikut:

Log Masuk S Pay Global Menggunakan Username

  1. Buka aplikasi S PAY GLOBAL.
  2. Pilih menu “Login”.
  3. Masukkan username yang telah didaftarkan bersama kata laluan.
  4. Tekan butang “Login” untuk masuk ke akaun.
  5. Jika lupa kata laluan, guna fungsi “Forgot Password” untuk reset.​

Log Masuk S Pay Global Menggunakan Nombor Telefon

  1. Pada halaman log masuk, pilih “Use Mobile Number”.
  2. Masukkan nombor telefon yang didaftarkan dalam akaun.
  3. Masukkan 6 digit terakhir MyKad atau nombor pasport sebagai pengesahan.
  4. Sistem akan hantar kod TAC ke nombor tersebut.
  5. Masukkan kod TAC untuk verifikasi dan log masuk.
  6. Kaedah ini mudah dan menggunakan nombor telefon sebagai ID utama.
Log Masuk Guna Nombor Telefon
Log Masuk Guna Nombor Telefon
sarawak pay
S Pay Global
S Pay Global
S Pay Global
S Pay Global

Log Masuk Menggunakan Sarawak ID

Sarawak ID adalah sistem pengenalan digital rasmi kerajaan Sarawak yang boleh digunakan dalam aplikasi S PAY GLOBAL.

  1. Pilih fungsi log masuk menggunakan Sarawak ID di aplikasi.
  2. Masukkan alamat emel dan kata laluan Sarawak ID anda.
  3. Sahkan dengan kod TAC jika diminta.
S Pay Global
Log masuk guna Sarawak ID

BACA JUGA: Sarawak ID (Sarawak Pass) – Cara Daftar & Login

Kemaskini S Pay Global

Pastikan aplikasi S PAY GLOBAL anda dikemas kini ke versi terkini untuk menerima Sumbangan Asas Keperluan Sarawak (SKAS). Sebelum memulakan proses, pengguna mestilah mempunyai akaun SarawakID yang sah.

Langkah 1 – Klik “Update”
Pengguna perlu log masuk ke portal SKAS dan menekan butang “Update” bagi memulakan proses kemas kini maklumat akaun S PAY GLOBAL. Terdapat juga pautan dan kod QR untuk memuat turun aplikasi S PAY GLOBAL melalui Google Play, App Store, atau AppGallery.

Langkah 2 – Isi Maklumat Diperlukan
Setelah itu, pengguna perlu mengisi semua maklumat penting seperti nombor MyKad, nombor telefon, dan maklumat lain yang diperlukan dengan lengkap dan tepat. Selepas selesai, tekan butang “Submit” untuk menghantar maklumat tersebut.

Langkah 3 – Sahkan Penghantaran
Satu tetingkap pengesahan akan muncul untuk memastikan pengguna benar-benar ingin menghantar maklumat yang telah diisi. Pengguna perlu menekan “Yes” untuk mengesahkan dan meneruskan proses penghantaran.

Langkah 4 – Pengesahan Berjaya
Setelah maklumat berjaya dihantar, paparan mesej “Successfully Submitted!” akan muncul di skrin sebagai tanda bahawa proses kemas kini telah selesai dengan jayanya.

Kemaskini S Pay Global
Kemaskini Sarawak Pay

Cara Sahkan Penerimaan SKAS Guna S Pay Global

​Berikut ialah cara terperinci untuk ‘Acknowledge’ (sahkan penerimaan) dan guna baucar SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) melalui aplikasi ini:

  1. Layari portal rasmi SKAS di pautan berikut: www.sarawak.gov.my
  2. Masukkan no kad pengenalan untuk membuat semakan kelayakan.
  3. Anda akan menerima pemberitahuan push notification di telefon bimbit anda. “Tap on the push notification” iaitu anda perlu sentuh atau tekan pemberitahuan tersebut pada skrin telefon anda.
  4. Selepas itu, halaman pengesahan “Aid Acknowledgement” akan dipaparkan, menunjukkan status eKYC telah disahkan dan saiz wallet mencukupi untuk penyaluran bantuan. Anda hanya perlu klik butang “Acknowledge” pada halaman tersebut untuk mengesahkan bahawa anda terima bantuan SKAS.

Selesai.

Atau, anda boleh buka aplikasi S Pay Global, dan klik banner bertulisan SKAS, dan kemudian klik “Acknowledge Now”

Pengesahan ini penting supaya bantuan boleh terus digunakan dan memastikan dana diaktifkan dalam akaun anda.

S Pay Global
Acknowledge SKAS

Cara Tebus SKAS Menggunakan S Pay Global

  1. Untuk guna baucar SKAS, anda boleh pergi ke premis/peniaga rakan niaga S PAY GLOBAL (seperti pasar raya, kedai runcit terpilih).
  2. Pilih “Scan & Pay” pada aplikasi.
  3. Imbas kod QR kedai tersebut, masukkan jumlah untuk dibayar (mengikut keperluan pembelian barang asas).
  4. Sahkan pembayaran dan masukkan nombor PIN transaksi.
  5. Transaksi pembayaran kepada peniaga akan ditolak terus daripada akaun SKAS anda. Tiada tunai terlibat, hanya pembelian barangan asas dibenarkan.
  6. Penerima tidak boleh menunaikan atau menukar bantuan SKAS kepada tunai; hanya boleh ditebus terus untuk pembelian.

Untuk makluman SKAS adalah merupakan program bantuan kewangan yang disediakan kepada kumpulan rakyat Sarawak yang berpendapatan rendah melalui baucar digital.

Nilai bantuan bagi SKAS Fasa 1 (2026), bergantung kepada kategori penerima seperti yang dinyatakan di bawah:

KategoriPendapatan BulananJumlah Fasa 1
Isi Rumah< RM5,000~RM316
Warga Emas (Tunggal)< RM5,000~RM166
Individu Bujang< RM2,500RM100
s pay global skas

Rujuk tutorial video di bawah atau di pautan berikut : https://www.facebook.com/reel/645379171311643

BANTUAN SKAS TIDAK BOLEH DITUNAIKAN

Tindakan tegas boleh diambil sekiranya didapati peniaga menunaikan bantuan SKAS dengan menggugurkan daripada menyediakan perkhidmatan S Pay Global – SKAS.

Manakala, bagi penerima pula mereka boleh disenarai hitam daripada menerima bantuan di masa akan datang.

S Pay Global
Bantuan SKAS tidak boleh ditunaikan

Senarai Kedai Yang Boleh Guna S Pay Global / Bantuan SKAS

Penerima SKAS, kepada yang layak mendapat SKAS, berikut adalah link dan senarai Merchant / Kedai yang boleh guna S Pay Global / SarawakPay mengikut Daerah masing-masing.

Tarikh Bayaran SKAS Fasa 1 2026

Bantuan SKAS Fasa 1 bagi tahun 2026 dijangka mula disalurkan pada 10 Mac 2026 (Selasa) menerusi e-dompet S PAY GLOBAL.

Pengagihan bantuan ini akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan. Sepanjang tahun 2026, pembayaran akan dilaksanakan secara berkala setiap empat bulan, dengan jumlah keseluruhan tiga kali bayaran setahun.

Kaedah Bayaran

Bantuan SKAS 2026 akan disalurkan secara terus ke dalam dompet digital S PAY GLOBAL (Sarawak Pay) penerima yang layak.

Jumlah bantuan yang dikreditkan itu boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai atau pasar raya yang menerima kaedah pembayaran melalui aplikasi berkenaan.

Kadar Bantuan SKAS Fasa 1 2026

Kadar bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi tahun 2026 menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya untuk semua kategori penerima.

Berikut merupakan jumlah bantuan SKAS 2026 yang akan diterima mengikut kategori yang ditetapkan:

Kategori PenerimaFASA 1FASA 2FASA 3Jumlah Setahun
Isi Rumah (≤ RM5,000)RM316RM316RM316RM950
Warga Emas Tanpa Pasangan/Anak (≤ RM5,000)RM166RM166RM166RM500
Bujang (≤ RM2,500)RM100RM100RM100RM300

Semakan Status & Kelayakan SKAS 2026

Semakan nama penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) boleh dibuat menerusi laman web https://sarawak.gov.my. Namun tarikh sebenar untuk semak kelayakan SKAS 2026 masih belum diumumkan secara rasmi.

Kami akan mengemas kini maklumat tersebut dari semasa ke semasa.

SKAS
Semak Status Kelayakan

Cara Semakan Kelayakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)

  1. Kunjungi laman web rasmi: https://sarawak.gov.my/skas.
  2. Pada laman utama SKAS, pilih menu “Semak Kelayakan”.
  3. Isikan nombor MyKad anda pada ruangan yang disediakan dan tekan butang “Cari”.
  4. Setelah itu, status permohonan SKAS anda akan dipaparkan di skrin sama ada lulus, tidak lulus atau sedang diproses.

Semakan juga boleh dilakukan di pautan berikut: https://ismonline.sarawak.gov.my/ism/projects/skas/check_eligibility_public/?m=w&l=en&t=public

Tarikh Permohonan Rayuan SKAS 2026

Menurut semakan terkini di portal rasmi, tiada permohonan dibuka untuk SKAS 2026. Ini kerana bantuan ini akan disalurkan secara automatik kepada penerima yang layak, mengikut data penerima STR 2026 fasa 1.

NOTA: Info ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

BACA JUGA: Lupa Kata Laluan Sarawak Pay & Username S Pay Global

Cara Daftar S Pay Global Sebagai Merchant

Peniaga Tunggal

Cara daftar Sarawak Pay (S Pay Global) sebagai peniaga:

  1. Muat turun dan daftar di aplikasi S Pay Global sebagai pengguna. 
  2. Pilih “Merchant Account” dan isikan borang pendaftaran. 
  3. Muat Naik:
    • Gambar IC (Depan & Belakang)
    • Gambar Premis Perniagaan atau Gambar Lesen Perniagaan
      * Harap Maklum : Akaun bank yang diisi haruslah akaun bank persendirian.
      * Pastikan gambar kad pengenalan diambil dari sudut yang tepat dan maklumat adalah jelas untuk dibaca.
  4. . Sila tunggu emel pengesahan dari pihak S Pay Global untuk status pendaftaran akaun perniagaan SarawakPay.
  5. Setelah pendaftaran anda berjaya, kod QR unik anda akan diaktifkan untuk menerima pembayaran
  6. Templat QR kod S Pay Global boleh dimuat turun di SINI
  7. Selesai! Anda boleh mula menerima pembayaran melalui aplikasi S Pay Global.
SPAY GLOBAL
Pendaftaran Perniagaan Bagi Perniagaan Milikan Tunggal
SPAY GLOBAL
Pendaftaran Perniagaan Bagi Perniagaan Milikan Tunggal

Syarikat, Organisasi & Persatuan

  1. Muat turun dan isi borang permohonan di sini
  2. Sertakan dokumen sokongan berikut
    • Sdn Bhd/Bhd – Borang 49 / perincian SSM
    • Sijil Pendaftaran Perniagaan dan penyata bank
    • Photocopies of NRIC of business owner, all partners or authorized director.
    • Logo syarikat dan 1-2 keping gambar premis perniagaan
  3. Hubungi mana-mana ejen SarawakPay yang berdaftar di bawah untuk melengkapkan permohonan anda.
  4. Tiada yuran atau caj yang akan dikenakan. Pendaftaran adalah PERCUMA.
  5. Muat turun Surat Persetujuan di sini.
SARAWAK PAY
Sarawak Pay Untuk Syarikat, Organisasi & Persatuan

Lupa Pin Pembayaran

Anda terlupa pin pembayaran 6 digit? Jangan risau, ikut cara reset semula pin pembayaran di bawah:

  1. Klik “Forgot Your Pin?”
  2. 6 digit kod tac akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan.
  3. Masukkan kod tac tersebut dan klik “Next”.
  4. Set semula pin pembayaran anda dan klik “Next”
  5. Selesai!
S Pay Global
S Pay Global
S Pay Global
S Pay Global

Lupa Kata Laluan S Pay Global

Jika anda terlupa kata laluan atau menukar nombor telefon, sila rujuk tutorial video berikut untuk reset password:

Maklumat Lanjut

Bagi mengetahuai info terkini dan maklumat lebih lanjut mengenai aplikasi, termasuk cara untuk menjadi pengguna atau peniaga, anda boleh melawat laman web rasmi S Pay Global.

Atau, hubungi perkhidmatan pelanggan melalui email ([email protected]) dan talian (082-22 45 99). 

Tidak perlu keluar ke UTC atau kaunter Service Sarawak, anda boleh laporkan masalah mengenai S PAY GLOBAL anda dengan imbas kod QR dan isi borang berikut.
https://snt.d-crown.com.my/dcrown/cats/home/change_request/

Panduan untuk S PAY GLOBAL

  • Bagaimana mendaftar S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
  • Lupa kata laluan dan tukar nombor telefon untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
  • Tukar telefon mudah alih yang digunakan untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )

Panduan untuk SarawakID

Panduan untuk SKAS

  • Panduan membuat pengesah akaun untuk SKAS dalam aplikasi mudah alih S PAY GLOBAL Infografik ].
  • Panduan untuk menyemak status penerimaan bantuan SKAS [Video | Infografik].
  • Panduan untuk mengemaskini maklumat akaun S PAY GLOBAL dengan SKAS Video  | Infografik ]
S Pay Global
Cara Laporkan Masalah Teknikal S Pay Global

Soalan Lazim S Pay Global

Apakah itu S Pay Global?

S Pay Global adalah platform e-dompet rasmi Kerajaan Sarawak yang memudahkan pembayaran secara digital, pemindahan wang, pembelian, dan penerimaan bantuan kerajaan dengan selamat dan mudah.

Bagaimana cara daftar akaun S Pay Global?

Muat turun aplikasi dari Google Play Store atau App Store, buka aplikasi dan pilih pendaftaran pengguna baru, isikan maklumat peribadi, muat naik dokumen pengesahan, dan sahkan pendaftaran melalui kod TAC yang dihantar ke telefon.

Siapa yang boleh daftar S Pay Global?

Terbuka untuk semua penduduk Sarawak yang mempunyai MyKad atau dokumen pengenalan yang sah, termasuk peniaga yang ingin menerima bayaran digital.

Bagaimana cara tambah nilai akaun (top-up)?

Pengguna boleh tambah nilai melalui perbankan dalam talian, kad kredit/debit, atau pindahan wang sesama pengguna S Pay Global.

Bolehkah saya menerima bantuan kerajaan melalui S Pay Global?

Ya, bantuan seperti SKAS dikreditkan terus ke akaun S Pay Global penerima untuk membolehkan tebusan dan pembelian barangan keperluan secara digital.

Bagaimana cara log masuk jika terlupa kata laluan?

Gunakan fungsi “Lupa Kata Laluan” di laman log masuk, masukkan maklumat yang diminta untuk menerima kod reset melalui SMS dan buat kata laluan baru.

Apakah fungsi utama S Pay Global?

Membuat pembayaran bil, pindahan wang, pembelian barangan dan makanan, pembayaran parkir, menebus baucar diskaun, dan menerima bantuan kerajaan secara digital

Bagaimana cara membayar menggunakan S PAY GLOBAL?

Imbas kod QR dan buat pembayaran dengan mudah dan selamat.

Bagaimana cara mengeluarkan wang dari S PAY GLOBAL?

Pergi ke ‘Akaun Saya’.
Pilih ‘Pengeluaran’.
Tambahkan nama perbankan internet pilihan anda dan nombor akaun bank untuk melakukan pengeluaran. Proses permintaan pengeluaran dalam masa 7 hari perniagaan. Yuran sebanyak RM1.00 akan dikenakan untuk setiap permintaan pengeluaran.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut