Bayaran balik cukai kepada pembayar cukai yang layak dan telah selesai diproses akan mula dikreditkan secara berperingkat mulai minggu kedua bulan Mac 2026.
Bayaran balik cukai ialah proses pemulangan lebihan wang oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada pembayar cukai apabila jumlah cukai yang telah dibayar, biasanya melalui Potongan Cukai Bulanan (PCB), melebihi jumlah cukai sebenar yang perlu dibayar bagi sesuatu tahun taksiran.
Secara umumnya, bayaran balik cukai boleh diterima dalam tempoh 30 hari bekerja selepas penghantaran borang bagi Borang Nyata yang dihantar secara e-Filing dan sehingga 90 hari bekerja bagi borang yang dihantar melalui pos atau serahan tangan.
Semua pembayar cukai yang layak dikenakan cukai perlu menghantar borang penyata cukai pendapatan dan boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal LHDN atau MyTax.
Jom baca perkongsian di bawah.
BACA JUGA: Tersilap Lapor Cukai? – Ini Langkah Perlu Dilakukan
Kenyataan Media HASiL


Apa itu Bayaran Balik Cukai?
Bayaran balik cukai ialah pemulangan wang oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada pembayar cukai apabila jumlah cukai yang telah dibayar sepanjang tahun melebihi jumlah cukai sebenar yang sepatutnya dikenakan.
Ini berlaku kerana Potongan Cukai Bulanan (PCB) sering tidak mengambil kira semua pelepasan seperti perbelanjaan perubatan atau pendidikan, menyebabkan lebihan yang layak dipulangkan.
Bayaran balik cukai adalah hak anda sebagai pembayar cukai yang telah membayar lebih daripada jumlah cukai yang sepatutnya.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menetapkan garis panduan yang jelas untuk memastikan proses ini berjalan lancar dan efisien.
Tapi jangan keliru pula dengan pengecualian/pelepasan cukai.
Bayaran Balik Cukai VS Pelepasan Cukai
Berikut adalah perbezaan utama antara pengecualian cukai dan bayaran balik cukai:
| Aspek | Pengecualian Cukai | Bayaran Balik Cukai |
| Definisi | Pengecualian cukai adalah pemotongan daripada pendapatan bercukai – mengurangkan jumlah pendapatan yang dikenakan cukai. | Bayaran balik cukai adalah pengembalian lebihan cukai yang telah dibayar oleh pembayar cukai kepada LHDN. |
| Tujuan | Mengurangkan jumlah pendapatan yang tertakluk kepada cukai melalui pelepasan atau pengecualian tertentu. | Memulangkan lebihan bayaran cukai yang telah dibuat. Biasanya akibat potongan cukai bulanan (PCB) yang lebih tinggi daripada jumlah sebenar cukai yang dikenakan. |
| Contoh | Pelepasan untuk perbelanjaan perubatan, pendidikan, atau pembelian komputer peribadi. | Bayaran balik kepada individu yang telah membayar lebih melalui PCB atau pembayaran anggaran cukai. |
| Proses | Dituntut semasa mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dengan menyenaraikan pelepasan yang layak. | Diterima selepas pengesahan oleh LHDN bahawa pembayar cukai telah membayar lebih daripada jumlah sebenar yang dikenakan. |
| Impak | Mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar pada tahun taksiran tersebut. | Membolehkan pembayar cukai mendapatkan semula wang mereka jika terdapat lebihan bayaran. |
BACA JUGA: Senarai Pelepasan Cukai 2025 Untuk eFiling 2026
Bila akan Terima Bayaran Balik Lebihan Cukai?
Bayaran balik cukai kepada pembayar cukai yang layak dan telah selesai diprpses akan mula dikreditkan secara berperingkat mulai minggu kedua bulan Mac 2026
Pembayar cukai yang telah memfailkan penyata cukai melalui e-Filing atau secara manual boleh menerima bayaran balik cukai berdasarkan garis masa berikut:
- 30 hari bekerja selepas penghantaran borang melalui e-Filing.
- 90 hari bekerja selepas penghantaran borang secara pos atau serahan tangan.
Proses ini tertakluk kepada maklumat yang lengkap dan betul dalam Borang Nyata, serta dokumen sokongan yang diperlukan jika diminta oleh LHDN.
Bayaran balik biasanya dilakukan melalui pemindahan bank terus ke akaun pembayar cukai atau melalui cek.
Jika pembayar cukai tidak menerima bayaran balik dalam tempoh yang ditetapkan, mereka disarankan untuk menghubungi Pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai mereka.

Syarat-Syarat untuk Kelayakan Bayaran Balik
Untuk memastikan bayaran balik cukai diproses tanpa gangguan pada tahun 2026, anda perlu:
- Terlebih membayar cukai.
- Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dikemukakan sebelum atau pada tarikh akhir yang ditetapkan.
- BNCP yang dikemukakan adalah betul dan lengkap.
- Menyertakan dokumen sokongan yang diperlukan jika diminta oleh LHDNM untuk tujuan semakan.
- Pembayar cukai telah mematuhi jadual ansuran cukai yang ditetapkan.
- Bagi individu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB), mereka mungkin layak untuk bayaran balik jika terdapat pengecualian cukai atau perbelanjaan yang dibenarkan yang tidak diambil kira dalam PCB bulanan.
- Memastikan maklumat peribadi dan perbankan yang diberikan dalam BNCP adalah tepat dan terkini.
Cara Mohon Bayaran Balik Lebihan Cukai LHDN
1. Hantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
Hantar BNCP sebelum atau pada tarikh akhir yang ditetapkan (30 April tahun berikutnya untuk individu berpendapatan penggajian).
Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan tepat:
- Maklumat peribadi: Nama, nombor kad pengenalan, nombor cukai pendapatan, dan maklumat bank (untuk bayaran balik).
- Pendapatan: Semua sumber pendapatan seperti gaji, elaun, sewa, atau pendapatan lain perlu dinyatakan.
- Potongan cukai: Pastikan jumlah PCB atau potongan lain yang telah dibuat oleh majikan adalah betul.
- Pelepasan cukai: Sertakan semua pelepasan yang layak seperti perbelanjaan perubatan, pendidikan, pembelian komputer, insurans hayat, dan lain-lain.
- Dokumen sokongan: Simpan resit atau dokumen berkaitan untuk tuntutan pelepasan sekiranya diperlukan oleh LHDN.
Pilih sama ada menghantar secara e-Filing atau secara manual (pos/serahan tangan).
2. Penilaian oleh LHDN
Setelah borang diterima, LHDN akan menilai maklumat yang diberikan. Mereka akan menyemak sama ada anda layak menerima bayaran balik berdasarkan jumlah cukai yang telah dibayar (melalui PCB atau ansuran cukai) berbanding jumlah cukai sebenar yang dikenakan.
Jika terdapat lebihan pembayaran cukai, anda layak untuk menerima bayaran balik.
3. Tempoh Pemprosesan
Tempoh pemprosesan bayaran balik bergantung kepada kaedah penghantaran BNCP:
- 30 hari bekerja jika borang dihantar melalui e-Filing.
- 90 hari bekerja jika borang dihantar secara manual (pos atau serahan tangan).
Proses pemprosesan ini hanya berlaku jika tiada kesilapan dalam borang yang dihantar & tiada semakan lanjut atau audit diperlukan oleh LHDN.
5. Penerimaan Bayaran Balik
Jika anda layak menerima bayaran balik, wang tersebut akan dikreditkan ke akaun bank anda melalui pemindahan elektronik. Oleh itu, pastikan maklumat akaun bank anda dalam BNCP adalah tepat dan terkini.
Sekiranya tiada akaun bank dinyatakan atau terdapat masalah dengan pemindahan bank, bayaran balik akan dibuat melalui cek.
NOTA:
- Secara ringkasnya, pemprosesan bayaran balik cukai semasa (jika ada) akan diproses secara automatik dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan borang jika borang nyata yang telah lengkap diisi dikemukakan secara e-filing dan di hantar sebelum atau pada tarikh akhir pengemukaan.
- Bayaran balik akan dimasukan secara terus ke dalam akaun bank seperti maklumat dalam rekod e-Filing yang dihantar.
Syarat dapatkan bayaran balik cukai adalah seperti berikut:
| Syarat | Penerangan |
| Nama Akaun Bank | Mestilah sama tepat dengan nama dalam kad pengenalan di sistem LHDN. |
| Nombor Akaun Aktif | Pastikan akaun bank tempatan anda masih aktif dan boleh menerima pindahan wang (EFT). |
| Tiada Tunggakan | Anda tidak mempunyai hutang cukai atau penalti daripada tahun-tahun taksiran yang lepas. |
Tidak Menerima Bayaran Balik
Jika anda tidak menerima bayaran balik selepas tempoh pemprosesan yang ditetapkan, anda boleh:
1. Hubungi Pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai anda.
- Sediakan maklumat seperti nombor rujukan cukai pendapatan dan salinan BNCP untuk memudahkan semakan.
2. Semak status bayaran balik melalui portal rasmi e-Filing atau hubungi talian hotline LHDN di 1-800-88-5436.
3. Jika terdapat kelewatan melebihi tempoh pemprosesan standard, anda mungkin layak menerima pampasan sebanyak 2% daripada jumlah bayaran balik berdasarkan bilangan hari kelewatan.
Kelewatan Proses Bayaran Balik Cukai
Kelewatan bayaran balik diproses mungkin disebabkan oleh pihak HASiL perlu membuat pengauditan terhadap Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dikemukakan.
Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menghubungi pejabat HASiL yang mengendalikan fail anda atau Hasil Care Line bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Pampasan Untuk Kelewatan
LHDNM akan membayar pampasan sebanyak 2% kepada pembayar cukai jika bayaran balik tertangguh melebihi tempoh yang ditetapkan (Seksyen 1 1 1D Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).
Kelewatan membuat bayaran balik lebihan cukai pendapatan bermaksud lebihan cukai pendapatan yang dibayar selepas tempoh 90 hari bagi pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) melalui e-Filing dan 120 hari bagi pengemukaan BNCP secara pos atau serahan di kaunter (borang kertas).
Pembayar cukai dinasihatkan untuk menghubungi Pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai mereka sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas berhubung lebihan bayaran cukai selepas tempoh yang ditetapkan.
Rujuk info lebih lanjut di sini: https://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/GPHDN1_2014.pdf
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bayaran balik cukai 2026, sila rujuk di saluran berikut:
- Portal rasmi www.hasil.gov.my atau
- Pautan capaian pantas:
- Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara)
Soalan Lazim Bayaran Balik Cukai
Bayaran balik cukai kepada pembayar cukai yang layak dan telah selesai diproses akan mula dikreditkan secara berperingkat mulai minggu kedua bulan Mac 2026.
Secara umumnya, bayaran balik cukai boleh diterima dalam:
– 30 hari bekerja untuk e-Filing
– 90 hari untuk manual (pos/serahan tangan)
Kelewatan bayaran balik cukai biasanya disebabkan oleh:
– Maklumat Bank Salah: Nama pemilik akaun bank tidak sepadan dengan nama dalam sistem LHDN.
– Kes Audit: Fail anda terpilih untuk semakan rawak atau audit meja (LHDN memerlukan dokumen sokongan resit).
– Tunggakan Cukai: Anda mempunyai hutang cukai atau penalti yang belum dijelaskan dari tahun-tahun sebelumnya.
Jika anda tersilap lapor, anda perlu:
– Hantar surat rayuan atau borang pindaan ke cawangan LHDN yang mengendalikan fail anda.
– Jangan tunggu sehingga audit bermula, kerana penalti mungkin lebih tinggi jika kesilapan dikesan oleh pihak LHDN terlebih dahulu.
Di bawah Seksyen 111D Akta Cukai Pendapatan 1967, anda layak menerima pampasan 2% daripada jumlah lebihan jika LHDN gagal membayar dalam tempoh:
– 90 hari bagi e-Filing.
– 120 hari bagi borang manual.
1. Layari portal MyTax LHDN.
2. Log masuk menggunakan identiti digital anda (MyDigital ID atau Kad Pengenalan).
3. Klik pada menu “Perkhidmatan e-Filing” > “Semakan Status Bayaran Balik”.
Pembayaran balik akan diproses setelah penalti lewat hantar dikenakan ke atas tuan.
Tuan boleh menghubungi LHDNM dimana fail tuan dikendalikan atau Pegawai Perhubungan Awam LHDNM yang berkenaan atau hubungi Hasil Care Line di talian tanpa tol 03-8911 1000 (HASiL) bagi membuat semakan status bayaran balik tuan.
Baucer dividen tidak perlu dihantar kecuali jika diminta oleh pegawai HASiL yang mengendalikan fail tuan.
J: Cek tersebut akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh bayaran bayaran balik diluluskan. Jika tuan masih tidak menerimanya selepas tempoh tersebut, sila hubungi pejabat HASiL yang mengendalikan fail tuan atau Hasil Care Line di talian tanpa tol 03-8911 1000 (HASiL) untuk membuat semakan.
Rujuk: https://www.hasil.gov.my/individu/kitaran-cukai-individu/bayaran/cukai-terlebih-bayar/




