Tarikh semakan tawaran kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2023 / 2023
Makluman buat ibu bapa, pelajar dan penjaga yang telah menghantar permohonan MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) bagi Tingkatan 1 dan 4 sesi 2023 mulai 1 September hingga 4 November 2022 yang lalu, berikut dikongsikan cara membuat semakan dan tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan ujian kemasukan ke MRSM (UKKM).
Tarikh Semakan UKKM
Semakan Panggilan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) / Ujian Khas Ulul Albab / Ujian Teknikal bagi Tingkatan 1 dan 4 tahun 2023 boleh dibuat pada 23 November 2022 (Rabu) jam 12.30 tengah hari.
Tarikh Ujian Sesi Pertama pula akan diadakan pada tarikh berikut:
- 27 November 2022 – 16 Disember 2022
Untuk makluman, calon boleh membuat semakan tawaran MRSM secara atas talian dengan menggunakan no kad pengenalan masing-masing.
Berikut dikongsikan pautan semakan online dan cara untuk membuat semakan kemasukan MRSM atas talian.
Cara Semakan UKKM MRSM Sesi 2022 / 2023
Selain semakan online di portal UKKM MARA, calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.
SEMAKAN UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM) TINGKATAN SATU & EMPAT 2023
Cara membuat semakan keputusan MRSM sesi 2022 / 2023 bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah dengan langkah berikut:
- Layari portal rasmi Mara di www.mara.gov.my atau terus ke pautan UKKM MARA di bawah
- Semakan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
- https://www.mara.gov.my/semakan-ukkm-tingkatan-1-4-2022/
- Log masuk menggunakan ID yang telah didaftarkan.
- Keputusan akan dipaparkan seperti gambar di bawah.
Semakan Keputusan UKKM
- Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi pautan sistem MyMrsm dalam portal Mara.
- Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari, tawaran kepada calon berkenaan dianggap terbatal.
Calon yang tidak membuat pengesahan terima / tolak tawaran dalam tempoh 7 hari dianggap menolak tawaran kemasukan MRSM berkenaan.
Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima / tolak tawaran kemasukan MRSM dalam tempoh 7 hari.
Baca juga:
- Ranking Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Terbaik Malaysia SPM 2021
- Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) 2023 / 2024
Soalan Lazim UKKM 2023
Berikut dikongsikan info lanjut mengenai UKKM yang bakal diduduki oleh murid-murid tidak lama lagi.
Soalan Lazim Panggilan Menghadiri UKKM / UJian Khas Ulul Albab / Ujian Teknikal / Ujian Khas IGCSE / Bagi Permohonan Ke Tingkatan 1 & 4 MRSM 2023
Tarikh Pendaftaran MRSM Sesi 2022 / 2023
Tarikh pendaftaran pelajar ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi 2022 / 2023 yang lalu adalah pada 11 April 2022.
Tarikh pendaftaran pelajar bagi tawaran kedua akan dimaklumkan dalam surat tawaran.
Manakala tarikh pendaftaran bagi sesi 2023 / 2024 masih belum diwar-warkan.
MRSM menawarkan enam program iaitu
- MRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)
- MRSM International Baccalaureate-Middle Year Programme (IB-MYP)
- MRSM Ulul Albab
- MRSM Program Khas Pendidikan (PKP)
- MRSM Premier
- MRSM Teknikal di bawah Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).
Soalan Lazim (FAQ) Semakan Keputusan & Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023
Sila rujuk soalan lazim tawaran kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023 di bawah:
Semakan boleh dibuat dengan melayari Portal Rasmi MARA di http://www.mara.gov.my
Tindakan selanjutnya yang perlu diambil adalah:
1. Membuat pengesahan penerimaaan tawaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima tawaran
2. Muat turun dan cetak Surat Tawaran, Panduan Pendaftaran MRSM, Senarai Semak dan Lampiran A, Borang Deklarasi Covid-19, Borang Maklumat Pelajar dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.
3. Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa Hari Pendaftaran.
4. Membuat bayaran yuran pendaftaran.
Tidak boleh. Keputusan tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan penempatan adalah tidak dibenarkan.
Calon yang melepasi merit (syarat minimum UKKM dan tidak dalam senarai hitam MARA) sahaja boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui ruang yang disediakan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui e-mel [email protected]
Follow Telegram MARA di >> https://t.me/majlisamanahrakyat
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan pendaftaran kemasukan ke MRSM, sila hubungi MARA di saluran berikut:
- Portal rasmi MARA : www.mara.gov.my
- Telefon : 03-2613 2000
- Facebook : MAJLIS AMANAH RAKYAT
Sebarang persoalan berkaitan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel [email protected] atau melalui talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483