Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Pengajian Jarak Jauh (PJJ) atau kini lebih dikenali sebagai Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL) di Universiti Awam (UA) Malaysia merupakan mod pengajian yang direka khas untuk golongan bekerja, pelajar dewasa, atau mereka yang memerlukan fleksibiliti masa.

Melalui program ini, anda boleh memperoleh segulung ijazah tanpa perlu meninggalkan kerjaya atau komitmen harian kerana sesi kuliah kebiasaannya diadakan secara dalam talian atau pada hujung minggu sahaja.

Sistem pendidikan tinggi Malaysia menawarkan pelbagai pilihan universiti awam terkemuka yang mengendalikan program PJJ ini dengan pengiktirafan penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Jom rujuk senarai universiti yang tawarkan Pengajian Jarak Jauh di Malaysia.

Apa itu Pengajian Jarak Jauh?

Pengajian Jarak Jauh (PJJ), atau kini lebih dikenali sebagai Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL), adalah satu mod pengajian fleksibel di mana pelajar dan pensyarah tidak perlu berada di dalam bilik kuliah yang sama secara fizikal.

Berbeza dengan pengajian konvensional (sepenuh masa) yang memerlukan anda menghadiri kuliah di kampus setiap hari, PJJ membolehkan anda belajar dari rumah atau tempat kerja menggunakan teknologi digital dan internet.

Sistem pembelajaran PJJ direka khas untuk memberi kebebasan mengurus masa melalui gabungan beberapa kaedah:

  • Sesi Kuliah Maya (Online Learning): Kuliah dijalankan secara dalam talian, sama ada secara langsung (syncronous) melalui aplikasi seperti Zoom, MS Teams, dan Google Meet, atau rakaman video (asyncronous) yang boleh ditonton pada bila-bila masa.
  • Portal Pembelajaran (LMS): Setiap universiti menyediakan sistem pengurusan pembelajaran digital. Di sini, pelajar boleh memuat turun nota, menghantar tugasan, dan berbincang di ruangan forum bersama pensyarah dan rakan sekuliah.
  • Kuliah Hujung Minggu (Face-to-Face/Blended): Sesetengah universiti mewajibkan sesi pertemuan fizikal atau dalam talian yang intensif sekitar 3 hingga 5 kali sahaja dalam satu semester. Sesi ini biasanya diadakan pada hari Sabtu dan Ahad untuk sesi tutorial atau amali.
  • Peperiksaan Fleksibel: Penilaian akhir sama ada dilakukan secara tugasan (assignment), peperiksaan dalam talian, atau peperiksaan fizikal di pusat pembelajaran terdekat yang dipilih oleh pelajar.

Kaedah pembelajaran adalah bergantung pada kursus dan universiti yang menawarkan Pengajian Jarak Jauh.

Siapa yang Sesuai Mengambil PJJ?

Mod pengajian ini sangat ideal untuk golongan berikut:

  1. Golongan Bekerja: Mereka yang ingin menaikkan pangkat, menukar kerjaya, atau meningkatkan tangga gaji tetapi tidak boleh berhenti kerja.
  2. Ibu Bapa / Komitmen Keluarga: Individu yang mempunyai tanggungjawab domestik dan memerlukan jadual belajar yang tidak mengganggu rutin harian keluarga.
  3. Pelajar Dewasa: Mereka yang sudah lama meninggalkan dunia persekolahan dan ingin kembali menuntut ilmu.

Senarai Pengajian Jarak Jauh Di Universiti Awam Malaysia

Berikut adalah antara Universiti Awam (UA) di Malaysia yang menawarkan program Pengajian Jarak Jauh (PJJ/ODL):

1. Universiti Sains Malaysia (USM) RPJJ

  • USM merupakan pelopor dan universiti awam paling awal menawarkan mod pengajian PJJ iaitu sejak tahun 1971.
  • Pembelajaran menggabungkan modul kendiri, sidang video internet, dan Kursus Intensif fizikal wajib selama 1 hingga 2 minggu di kampus induk setiap tahun.
  • Dikendalikan oleh Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) di USM Pulau Pinang.
  • Tempoh pengajian adalah 4 tahun (minimum) hingga 12 tahun (maksimum).
  • Yuran mampu milik & berperingkat

Program ditawarkan:

  • Sains
  • Pengurusan
  • Sains Kemasyarakatan
  • Sastera

Syarat am:

  • Lulus SPM / MCE / SPVM atau setaraf.
  • Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia.
  • Memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas Program Pengajian (Rujuk Syarat Kemasukan).
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET) dalam tempoh (1) tahun dari tarikh mendaftar.

Permohonan boleh dilakukan di https://pohon.usm.my apabila tarikh permohonan dibuka.

Hubungi:

Senarai Pengajian Jarak Jauh Di Universiti Awam Malaysia
Sumber: Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, Universiti Sains Malaysia
Senarai Pengajian Jarak Jauh Di Universiti Awam Malaysia

2. Universiti Utara Malaysia (UUM) PACE

  • Program ini direka khusus untuk golongan bekerja dengan penyediaan 12 pusat pembelajaran fizikal di seluruh Malaysia (termasuk KL, Johor, Sabah, dan Sarawak). Kelas kebiasaannya diadakan secara hibrid atau bersemuka sebanyak 4 kali sahaja dalam satu semester (pada hujung minggu).
  • Diuruskan oleh Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE).

Program Ditawarkan:

  • Bachelor of Public Management with Honours [BPM (HONS.)]
  • Bachelor of Business Administration with Honors [BBA (HONS.)]

Permohonan boleh dilakukan secara online melalui pautan berikut: https://pace.uum.edu.my/daftar-pelajar-odl/

Pengajian Jarak Jauh Di Universiti Awam Malaysia

3. Universiti Teknologi MARA (UiTM) iCEPS

  • Dikendalikan oleh Institute of Continuing Education and Professional Studies (iCEPS).
  • Merupakan penyedia program jarak jauh dan separuh masa terbesar di Malaysia yang dikhaskan untuk kaum Bumiputera.
  • Fleksibiliti yang tinggi diberikan melalui platform e-learning iCEPS dan pilihan kelas hujung minggu (Sabtu/Ahad).

Program ditawarkan:

  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda

Senarai kursus, syarat kelayakan mengikut kursus dan lokasi kampus boleh disemak di sini: https://apply-iceps.uitm.edu.my/index.php/main-course/part-time

Permohonan boleh dilakukan melalui: https://iceps.uitm.edu.my/

Pengajian Jarak Jauh Di Universiti Awam Malaysia

    4. Universiti Putra Malaysia (UPM) UPMET

    • Melalui Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ UPM) setiap individu berpeluang mengikuti program pengajian ke peringkat pra-siswazah dan pasca-siswazah.
    • Diuruskan melalui entiti UPM Education and Training (UPMET).

    Program ditawarkan:

    • Bacelor Sains Perhutanan dengan Kepujian
    • Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Kepujian
    • Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia dengan Kepujian
    • Bacelor Sains Pertanian dengan Kepujian
    • Diploma Pembangunan Manusia
      Pengajian Jarak Jauh Di Universiti Awam Malaysia - Senarai Universiti, Syarat & Cara Mohon
      • Master Pembangunan Sumber Manusia (MHRD)
      • Master Pendidikan Bahasa Melayu
      • Master Pendidikan Pentadbiran Pendidikan
      Pengajian Jarak Jauh Di Universiti Awam Malaysia - Senarai Universiti, Syarat & Cara Mohon
      Pengajian Jarak Jauh Di Universiti Awam Malaysia - Senarai Universiti, Syarat & Cara Mohon

      5. UTM

      • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan program Open and Distance Learning (ODL) serta program Pengajian Jarak Jauh/Separuh Masa yang sangat komprehensif, terutamanya bagi peringkat pascasiswazah (Sarjana/Master & Doktor Falsafah).
      • Bagi anda yang mencari peringkat Sarjana Muda (Degree) untuk golongan bekerja, UTM mengendalikannya di bawah pusat UTMSPACE (Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan).
      • Berbeza dengan ODL pascasiswazah yang 100% online, kelas Sarjana Muda Separuh Masa UTMSPACE menggunakan Mod Pembelajaran Teradun (Blended Learning). Kuliah dijalankan secara dalam talian pada hari biasa, manakala sesi amali atau tutorial diadakan secara bersemuka pada hujung minggu (Sabtu & Ahad) di pusat pembelajaran UTMSPACE.

      Permohonan boleh dilakukan melalui:

      Pengajian Jarak Jauh Di Universiti Awam Malaysia - Senarai Universiti, Syarat & Cara Mohon

      6. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

      Program ditawarkan: https://www.ukmodl.com/odl-programmes

      Permohonan & rujukan:

      Pengajian Jarak Jauh Di Universiti Awam Malaysia - Senarai Universiti, Syarat & Cara Mohon

      Kelebihan Memilih Mod PJJ Awam

      • Yuran disubsidi kerajaan dan jauh lebih rendah berbanding universiti swasta.
      • Sijil Setaraf & Diiktiraf: Mendapat akreditasi penuh MQA dan skrol ijazah adalah sama standard dengan pelajar harian (tanpa label “PJJ”).
      • Kekal Bekerja: Boleh belajar tanpa perlu berhenti kerja atau menjejaskan pendapatan bulanan.
      • Masa Fleksibel: Kuliah dijalankan dalam talian (online) atau hanya pada hujung minggu.
      • Laluan APEL: Boleh guna pengalaman kerja untuk syarat masuk (APEL A) atau potong tempoh pengajian (APEL C).
      • Bantuan Kewangan: Layak memohon pinjaman PTPTN dan pengeluaran Akaun 2 KWSP.

      Soalan Lazim Pengajian Jarak Jauh Di Universiti Awam Malaysia

      Adakah program PJJ Universiti Awam diiktiraf kerajaan dan swasta?

      Ya. Semua program PJJ di Universiti Awam wajib mendapat akreditasi penuh daripada MQA, menjadikannya sah untuk kenaikan pangkat (SPA) atau memohon kerja di sektor swasta.

      Berapakah tempoh masa pengajian untuk PJJ?

      Bergantung kursus dan universiti.

      Adakah saya wajib hadir ke kampus setiap minggu?

      Tidak. Kebanyakan kuliah dijalankan 100% online atau hibrid (bersemuka sebulan sekali pada hujung minggu). Namun, sesetengah universiti (seperti USM) mewajibkan kehadiran fizikal ke kampus selama 1–2 minggu setahun untuk Kursus Intensif/Amali.

      Bagaimanakah sistem peperiksaan PJJ dijalankan?

      Bergantung kepada universiti, sama ada melalui tugasan (assignment) sepenuhnya, peperiksaan dalam talian (online exam), atau peperiksaan fizikal di pusat pembelajaran terdekat pilihan anda.

      Adakah pelajar PJJ layak memohon bantuan kewangan?

      Ya. Anda layak sepenuhnya untuk memohon Pinjaman PTPTN dan membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk pembayaran yuran.

        Penulis