Cuti Umum 2026 & Cuti Sekolah Malaysia KPM

Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan pengumuman rasmi mengenai senarai penuh tarikh-tarikh cuti umum bagi tahun 2026 untuk setiap negeri di Malaysia melalui https://www.kabinet.gov.my/hari-kelepasan-am/

Gunakan maklumat ini untuk merancang percutian, pulang ke kampung, atau meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan.

Rancang awal, jimat kos, dan nikmati masa cuti dengan lebih bermakna.

Berikut dikongsikan senarai Hari Kelepasan am Persekutuan dan Negeri 2026 untuk makluman bersama.

Cuti Umum Malaysia 2026

Senarai hari kelepasan umum 2026 ini termasuk semua negeri di Malaysia iaitu

  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Perlis
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Terengganu

Senarai Cuti Umum Malaysia 2026 Mengikut Bulan & Negeri

Berikut dikongsikan senarai hari kelepasan umum di Malaysia bagi tahun 2026 mengikut bulan dan negeri yang terlibat.


Cuti Bulan Januari 2026

  • 1 Januari (Khamis) – Tahun Baharu (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terenganu)
  • 14 Januari (Rabu) – Hari Keputeraan YDPB Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)
  • 17 Januari (Sabtu) – Israk Mikraj (Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu)

Cuti Bulan Februari 2026

  • 1 Februari (Ahad) – Hari Wilayah Persekutuan (WP KL, Labuan & Putrajaya)
  • 1 Februari (Ahad) – Hari Thaipusam (WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor sahaja)
  • 17 Februari (Selasa) – Tahun Baharu Cina (Hari Pertama – Semua Negeri)
  • 18 Februari (Rabu) – Tahun Baharu Cina (Hari Kedua – Semua Negeri)
  • 19 Februari (Khamis) – Awal Ramadan (Johor & Kedah sahaja)
  • 20 Februari (Jumaat) – Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan (Melaka sahaja)

Cuti Bulan Mac 2026

  • 4 Mac (Rabu) – Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)
  • 7 Mac (Sabtu) – Hari Nuzul Quran (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak)
  • 21 Mac (Sabtu)Hari Raya Puasa – Hari Pertama (Semua Negeri)
  • 22 Mac (Ahad) – Hari Raya Puasa – Hari Kedua (Semua Negeri)
  • 23 Mac (Isnin) – Hari Raya Puasa – Hari Ketiga (Melaka sahaja)
  • 23 Mac (Isnin) – Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor sahaja)
  • 30 Mac (Isnin) – Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Sabah (Sabah sahaja)

Cuti Bulan April 2026

  • 3 April (Jumaat) – Good Friday (Sabah & Sarawak sahaja)
  • 26 April (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)

Cuti Bulan Mei 2026

  • 1 Mei (Jumaat) – Hari Pekerja (Semua Negeri)
  • 17 Mei (Ahad) – Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis (Perlis sahaja)
  • 22 Mei (Jumaat) – Hari Hol Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (Pahang sahaja)
  • 26 Mei (Selasa) – Hari Arafah (Kelantan & Terengganu sahaja)
  • 27 Mei (Rabu)Hari Raya Haji – Hari Pertama (Semua negeri)
  • 28 Mei (Khamis) – Hari Raya Haji – Hari Kedua (Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu)
  • 30 Mei (Sabtu) – Pesta Kaamatan (Sabah, Labuan)
  • 31 Mei (Ahad) – Hari Wesak (Semua Negeri)

Cuti Bulan Jun 2026


Cuti Bulan Julai 2026

  • 7 Julai (Selasa) – Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia (Pulau Pinang sahaja)
  • 11 Julai (Sabtu) – Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang sahaja)
  • 21 Julai (Selasa) – Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar (Johor sahaja)
  • 22 Julai (Rabu) – Hari Kemerdekaan Sarawak (Sarawak sahaja)
  • 31 Julai 2026 (Jumaat) – Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang sahaja)

Cuti Bulan Ogos 2026

  • 24 Ogos (Isnin) – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka sahaja)
  • 25 Ogos (Selasa) – Maulidur Rasul (Semua negeri)
  • 31 Ogos (Isnin) – Hari Kebangsaan (Semua Negeri)

Cuti Bulan September 2026

  • 16 September (Rabu)Hari Malaysia (Semua Negeri)
  • 29 & 30 September (Selasa & Rabu) – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan sahaja)

Cuti Bulan Oktober 2026

  • 10 Oktober (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Sarawak sahaja)

Cuti Bulan November 2026

  • 6 November (Jumaat) – Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak sahaja)
  • 8 November (Ahad) – Deepavali (Kecuali Sarawak, Labuan, Sabah, Kelantan, Terengganu)

Cuti Bulan Disember 2026

  • 11 Disember (Jumaat) – Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor sahaja)
  • 24 Disember (Khamis) – Christmas eve (Sarawak sahaja)
  • 25 Disember (Jumaat) – Hari Krismas (Semua Negeri)

Sumber: https://www.kabinet.gov.my/

Tarikh Cuti Sekolah 2026

Pembahagian Sekolah Kumpulan A dan B Sesi Persekolahan 2026

Takwim sesi persekolahan tahun 2026 di Malaysia dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Pembahagian ini dibuat berdasarkan perbezaan hari cuti hujung minggu bagi negeri-negeri di Malaysia untuk memudahkan pengurusan sesi persekolahan dan cuti sekolah secara lebih tersusun dan efisien.

  • Kumpulan A terdiri daripada sekolah-sekolah di negeri yang mempunyai cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu. Negeri yang termasuk dalam kumpulan ini adalah:
    • Kedah
    • Kelantan
    • Terengganu
  • Kumpulan B merangkumi sekolah-sekolah di negeri yang cuti hujung minggu mereka jatuh pada hari Sabtu dan Ahad. Negeri-negeri dalam kumpulan ini adalah:
    • Perlis
    • Perak
    • Pulau Pinang
    • Selangor
    • Johor
    • Negeri Sembilan
    • Melaka
    • Pahang
    • Sarawak
    • Sabah
    • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

Dengan pembahagian ini, setiap kumpulan memulakan dan menamatkan sesi persekolahan serta cuti penggal secara berbeza mengikut kalendar yang ditetapkan, memungkinkan pengurusan sumber yang lebih baik serta membantu ibu bapa dan pihak sekolah merancang aktiviti pendidikan dan waktu cuti anak-anak dengan lebih teratur.

Jadual rasmi bagi cuti penggal dan cuti akhir persekolahan bagi sesi 2026 telah dimuktamadkan, berikut adalah kalendar akademik KPM sesi 2026:

  • Cuti Penggal 1:
    • 21 Mac – 29 Mac 2026
  • Cuti Pertengahan Tahun 2026:
    • 23 Mei – 7 Jun 2026
  • Cuti Penggal 2:
    • 29 Ogos – 6 September 2026
  • Cuti Akhir Persekolahan Tahun 2026:
    • 5 Disember – 31 Disember 2026

Hari Kelepasan Persekutuan & Cuti Kelepasan Setiap Negeri

Kalau nak tengok negeri apa yang ada cuti tambahan khusus bagi negeri tertentu, boleh semak melalui jadual di bawah ok!

Dengan senarai ini, mudahlah untuk anda membuat perancangan sebarang percutian yang hendak anda lakukan bersama keluarga.

JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN 2026

HARI KELEPASAN AM 2026

JADUAL HARI KELEPASAN AM NEGERI 2026

HARI KELEPASAN AM 2026
HARI KELEPASAN AM 2026

JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN DAN NEGERI 2026

cuti umum 2026

Sumber PDF: Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

KALENDAR KUDA 2026

Turut dilampirkan kalendar terbaru 2026, telah dikemaskini dengan tarikh mula persekolahan pada bulan Januari.

Boleh tengok cuti-cuti lain di kalendar ini. Senang nak plan kan?

Sila rujuk kalendar kuda 2026 :
Kalendar 2026: Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah Malaysia

Bilakah cuti sekolah Malaysia 2026?

Cuti sekolah bergantung pada takwim rasmi KPM dan berbeza mengikut Kumpulan A dan Kumpulan B. Jadual penuh akan diumumkan oleh KPM.

Apakah tarikh Hari Raya Aidilfitri 2026 di Malaysia?

Hari Raya Aidilfitri dijangka jatuh pada 21–22 Mac 2026 (tertakluk pengisytiharan rasmi).

Bilakah Hari Kebangsaan 2026?

Hari Kebangsaan jatuh pada 31 Ogos 2026 (Isnin), sesuai untuk cuti hujung minggu panjang.

Negeri apa yang cuti sempena Tahun Baru @ 1 Januari 2026?

Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terenganu)

Negeri mana yang cuti pada Hari Wesak?

Ia adalah hari kelepasan am bagi semua negeri.

Bila tarikh hari Wesak 2026?

31 Mei 2026 (Ahad)

Negeri mana yang cuti pada Hari Thaipusam?

WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Bila cuti Thaipusam 2026?

1 Februari (Ahad)

Negeri mana yang cuti sempena Hari Nuzul Quran 2026?

Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak

Negeri yang cuti pada Awal Ramadan 2026?

Johor & Kedah sahaja.

Bilakah cuti Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong?

1 Jun 2026 (Isnin)

Bagaimana cara dapat senarai cuti negeri 2026 yang tepat?

Rujuk laman rasmi Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Kabinet) atau portal kerajaan negeri di pautan https://www.kabinet.gov.my/hari-kelepasan-am/

Apakah Negeri Kumpulan A?

Dalam konteks takwim persekolahan Malaysia, Kumpulan A merujuk kepada negeri-negeri yang hujung minggunya Jumaat & Sabtu, iaitu:
Kedah
Kelantan
Terengganu

Negeri lain termasuk Wilayah Persekutuan berada dalam Kumpulan B, yang hujung minggunya Sabtu & Ahad.

Bila cuti Maulidur Rasul? Adakah semua negeri cuti?

25 Ogos (Selasa). Semua negeri akan bercuti.